You are on page 1of 4

2.

0 TAPAK WARISAN DUNIA UNESCO DI MALAYSIA

UNESCO (Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan


PBB) telah menetapkan empat Tapak Warisan Dunia di Malaysia.
Tapak Warisan Dunia UNESCO adalah tempat-tempat yang
penting kepada warisan budaya atau budaya semula jadi. Pada
tahun 2002 UNESCO mengiktiraf Taman Negara Kinabalu di Sabah
dan Taman Negara Mulu di Sarawak sebagai Warisan Semula Jadi
Dunia. Pada tahun 2008 pula, tapak Warisan Semula Jadi, iaitu
Melaka dan Georgetown telah diiktiraf dan disenaraikan sebagai
Warisan Dunia. Pengiktirafan ini tentu sahaja membanggakan kita
sebagai rakyat Malaysia. Empat warisan yang disenaraikan oleh
UNESCO ini termasuk dalam jumlah 878 senarai Warisan Dunia
yang merangkumi kebudayaan, alam semula jadi dan ciri
bercampur di 145 buah Negara.

Taman Negara Kinabalu merupakan kawasan yang


mempunyai ekologi mega dengan kepelbagaian
habitat dari kawasan rendah tropika, kawasan
hutan hujan tropika, hutan gunung tropika dan
tumbuhan renek pada aras tinggi. Selain Gunung
Kinabalu yang sangat dikenali, di taman ini
terdapat bunga rafflesia yang terbesar di dunia,
pelbagai spesies periuk kera serta pelbagai jenis
flora dan fauna.

Taman Negara Mulu di Sarawak merupakan


kawasan batu kapur seluas 52 864 hektar;
mengandungi 3500 spesies tumbuh-tumbuhan,
memiliki bentuk geografi unik, dilitupi hutan dara
tropika, dan mengandungi rangkaian gua yang
terpanjang dan terbesar di dunia. Salah sebuah gua
yang digelar “Kamar Sarawak” berkeluasan 600
meter x 415 meter dengan ketinggian 80 meter
dikatakan dapat menampung 40 buah kapal terbang
Boeing 747.

Setem ini dikeluarkan pada 9 April 2009. Taman Negara Kinabalu di Sabah dan Taman Negara Mulu di
Sarawak turut diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia bagi kategori alam semula jadi.
Bagi keistimewaan Melaka dan Georgetown sehingga berjaya
dipilih sebagai Bandaraya Warisan Dunia adalah kerana ia bandar
di pinggir Selat Melaka yang telah dibangunkan sejak lebih 500
tahun dahulu sebagai pusat pertukaran barangan dan budaya
antara Timur dan Barat. Pengaruh Asia dan Eropah dapat dilihat
di bandar ini sehingga ke hari ini, sama ada secara langsung dan
tidak langsung. Pengaruh ini dapat dilihat pada bangunan, tempat
ibadah dan kubu yang dibina.
Melaka dan George Town diiktiraf berdasarkan 3 kriteria di
antara 6 kriteria yang dipilih bagi penerimaan Tapak Warisan
Budaya Dunia iaitu:
1. "Melambangkan contoh luar biasa bandar perdagangan
pelbagai budaya di Timur dan Asia Tenggara yang diwujudkan dari
pertukaran perniagaan dan tamadun kebudayaan Melayu, Cina,
India dan Eropah.
2. "Bukti hidup kepada warisan dan tradisi pelbagai budaya Asia
di mana agama dan kebudayaan utama bertemu. dan
3. "Mencerminkan pertemuan elemen-elemen budaya dari
Kepulauan Melayu, India, China dan Eropah yang mewujudkan
senibina, kebudayaan dan rupabentuk bandar yang unik..

Tapak Warisan Dunia yang diiktiraf di Melaka merangkumi kawasan seluas 214.6 hektar. Kawasan ini
melibatkan zon sekitar Bukit St. Paul yang terdiri daripada bangunan-bangunan kerajaan, muzium, gereja
dan kubu tinggalan Portugis dan Belanda serta Bukit Cina, serta kawasan kediaman dan kawasan zon
perniagaan bersejarah yang merangkumi 600 rumah kedai, premis perniagaan dan bangunan tempat tinggal,
rumah-rumah ibadat dan makam-makam.

Di Georgetown, kawasan yang dipilih ialah kawasan seluas 259.4 hektar. Kawasan ini termasuk Lorong
Love, Pengkalan Weld Lebuh Pantai, Jalan Masjid Kapitan Keling, Lebuh Light, Lebuh Bishop, Lebuh Pasar
serta beberapa lebuh lain.
Pemilihan Taman Negara Kinabalu dan Taman Negara Mulu
menjadi contoh kepada negara lain dari segi pemuliharaan
biodiversiti. Kedua-dua buah taman negara ini memenuhi empat
kriteria daripada 10 kriteria yang ditetapkan oleh Jawatankuasa
Warisan Dunia.
Taman Negara Mulu di Sarawak merupakan kawasan batu kapur
seluas 52 864 hektar; mengandungi 3500 spesies tumbuh-
tumbuhan, memiliki bentuk geografi unik, dilitupi hutan dara tropika,
dan mengandungi rangkaian gua yang terpanjang dan terbesar di
dunia. Salah sebuah gua yang digelar “Kamar Sarawak”
berkeluasan 600 meter x 415 meter dengan ketinggian 80 meter
dikatakan dapat menampung 40 buah kapal terbang Boeing 747.
“ Ini kerana, Taman Negara Gunung Mulu juga memiliki salah satu
sistem gua yang paling menakjubkan iaitu gua yang terbesar di
dunia dikenali sebagai Sarawak Chamber manakala Gua Rusa
dilaporkan gua terpanjang di dunia.

You might also like