You are on page 1of 6

BAB 2 STRUKTUR ATOM

A JIRIM

1. Jirim ialah sebarang bahan yang memenuhi ruang dan mempunyai jisim.
2. Jirim terdiri daripada zarah-zarah halus dan diskrit.
3. Terdapat ruang kosong di antara zarah ini.
4. Zarah-zarah ini mungkin: atom, molekul atau ion.
a. Atom
i. Zarah paling kecil bagi sesuatu unsur yang dapat mengambil

bahagian dalam sesuatu tindak balas kimia


ii. Logam dan sesetengan bukan logam seperti karbon dan helium

wujud sebagai atom.


b. Molekul
i. Zarah neutral yang terdiri daripada dua atau lebih atom yang

berpadu secara kimia


ii. Contohnya, gas hidrogen, H2 (terdiri daripada 2 atom hidrogen) dan

air, H2O ( terdiri daripada 1 atom oksigen dan 2 atom hidrogen)


c. Ion
i. Ion ialah zarah yang bercas positif atau negatif
ii. Contohnya; garam biasa atau natrium klorida, NaCl terdiri

daripada ion-ion Na+ dan Cl-.

Unsur adalah bahan kimia yang terdiri daripada satu jenis atom sahaja
Sebatian adalah bahan kimia yang terdiri daripada dua atau lebih unsur

yang berpadu secara kimia

5. Zarah dalam jirim sentiasa bergerak .


6. Resapan berlaku apabila zarah-zarah sesuatu bahan bergerak di antara zarah

bahan yang lain dari kawasan berkepekatan tinggi ke kawasan

berkepekatan rendah.

Resapan dalam gas Resapan dalam cecair Resapan dalam pepejal


Eksperimen

Warna perang wap bromin Warna ungu pepejal Warna biru kuprum sulfat,

dengan cepat memenuhi kalium manganat (VII) CuSO4 merebak sangat


Pemerhatian
kedua-dua balang gas merebak dengan perlahan perlahan di dalam agar-

di dalam air agar

Wap bromin meresap dengan Ion-ion kalium manganat Ion-ion kuprum sulfat

pantas melalui ruang besar (VII) meresap perlahan meresap sangat perlahan
Penerangan
antara zarah udara antar ruang rapat zarah antara ruang padat zarah

air agar-agar

7. Ianya disebabkan oleh susunan zarah dan gerakannnya yang berbeza dalam 3

keadaan jirim (pepejal, cecair dan gas).

Teori kinetik jirim

Keadaan jirim Pepejal Cecair Gas

Susunan zarah

Daya tarikan antara

zarah

Pergerakan zarah

Kebolehmampatan

Bentuk

Isipadu
Perubahan keadaan jirim

1. Perubahan keadaan jirim berlaku apabila tenaga haba diserap atau

dibebaskan melalui proses pemanasan dan penyejukan.


a. Apabila pepejal dipanaskan
i. Tenaga haba diserap zarah-zarah pepejal dan menyebabkan ianya

memperoleh tenaga kinetik dan bergetar kuat


ii. Zarah-zarah bergetar semakin kuat apabila suhu terus dinaikkan

sehingga tenaga yang diperoleh cukup untuk mengatasi daya

tarikan antara zarah


iii. Pada suhu ini pepejal menjadi cecair dan proses ini dinamakan

peleburan
iv. Suhu apabila pepejal bertukar menjadi cecair dinamakan takat

lebur.
b. Apabila cecair disejukkan
i. Zarah-zarah dalam cecair kehilangan tenaga kinetikdan bergerak

dengan lebih perlahan


ii. Apabila suhu semakin menurun, zarah semakin kehilangan tenaga

untuk bergerak bebas.


iii. Pada suhu ini cecair menjadi pepejal dan dinamakan pembekuan.
iv. Suhu apabila cecair bertukar menjadi pepejal dinamakan takat

beku.

cecair pepejal gas


* AKTIVITI 2.4 (M/S 9) & 2.5 (M/S 12) BUKU AMALI

LATIHAN

1. Jadual di bawah menunjukkan bahan dan formula kimia masing-masing.

Bahan Formula kimia Jenis zarah


Argentum Ag
Kalium oksida K2O
Ammonia NH3
Klorin Cl2

a. Nyatakan jenis zarah yang membentuk bahan dalm jadual di atas.

b. Antara yang berikut, yang manakah merupakan suatu unsur? Jelaskan.

c. Antara yang berikut, yang manakah merupakan suatu sebatian?

Jelaskan.

2. Jadual di bawah menunjukkan takat lebur dan takat didih bagi bahan P, Q dan

R.

Bahan Takat lebur (C) Takat didih (C)


P -36 6
Q -28 70
R 98 230

a. Apakah yang dimaksudkan dengan takat lebur?

b. Apakah yang dimaksudkan dengan takat didih?

c. Lukiskan susunan zarah P, Q dan R pada keadaan bilik.


Bahan P Bahan Q Bahan R

3. Takat lebur asetamida boleh ditentukan dengan memanaskan pepejal asetamida

sehingga lebur seperti dalam rajah di bawah. Suhu asetamida dicatatkan setiap

tiga minit semasa disejukkan pada suhu bilik.

a. Apakah tujuan menggunakan kukus air dalam eksperimen ini?

b. Namakan satu bahan lain yang mana takat leburnya boleh ditentukan

dengan menggunakan kukus air seperti rajah di atas?

c. Natrium nitrat mempunyai takat lebur 310C. Bolehkan takat lebur

natrium nitrat ditentukan dengan menggunakan kukus air seperti yang

ditunjukkan dalam rajah di atas? Jelaskan.

d. Mengapa asetamida dalam tabung didih itu perlu dikacau sepanjang

eksperimen?

e. Rajah di bawah menunjukkan graf suhu melawan masa untuk penyejukan

cecair asetamida.
i. Apakah takat beku asetamida?

ii. Suhu antara Q dan R adalah tetap. Jelaskan.

f. Asetamida wujud sebagai molekul. Namakan sebatian lain yang terdiri

daripada molekul.

g. Apakah takat lebur asetamida?

You might also like