You are on page 1of 22

SMK SULTAN ALAUDDIN RIAYAT SHAH 1

PEKAN PAGOH ,
84600 MUAR, JOHOR

*************************
KEM PECUTAN AKHIR
KERTAS 3 BIOLOGI SPM 2018
*************************

*************************
EJÉRCITO :
LEVEL :
MISSION :
SOALAN 1
Pengkolonian merupakan suatu proses yang mana organisma hidup menakluki atau menduduki
suatu kawasan yang baharu yang belum pernah diduduki oleh organisma lain.

Sesaran ialah suatu proses penggantian sesuatu spesies oleh spesies lain secara beransur-ansur
dan berturutan

Berdasarkan maklumat di atas, sekumpulan pelajar telah menjalankan satu eksperimen untuk
mengkaji kesan kelembapan udara terhadap proses pengkolonian dan sesaran kulapok
roti, Mucor sp

Kulapuk roti adalah sejenis saprofit. Kulapuk mencernakan bahan organik mati yang kompleks
kepada yang lebih ringkas bagi mendapatkan nutriennya. Di awal eksperimen tiada
pertumbuhan sebarang kulapuk roti di atas roti putih. Pertumbuhan kulapuk dikesan
bermula dengan pertumbuhan kulapok putih dan diikuti oleh kulapuk kuning

Rajah 1.1 menunjukkan cara pengiraan kulapuk roti dan petunjuk mewakili warna-warna
kulapuk roti yang mengalami pertumbuhan.

Langkah-langkah menjalankan eksperimen ini adalah seperti berikut :

Langkah 1 :
Sekumpulan pelajar ini telah menyediakan dua keping roti putih dengan jumlah air renjisan
yang berbeza.
Langkah 2 :
Sekeping roti putih yang telah direnjiskan dengan 3 ml air suling telah dimasukkan ke dalam
plastik lutsinar A.
Manakala sekeping roti putih lagi tidak direnjiskan air, dimasukkan ke dalam plastik lutsinar B.

Langkah 3:
Kedua-dua roti ini dibiarkan dan disimpan di dalam almari gelap selama 6 hari.

Langkah 4:
Bagi setiap 2 hari, kumpulan ini akan membuat pemerhatian terhadap spesies kulapuk roti yang
bertumbuh di dalam plastik lutsinar A dan mengira luas litupan spesies kulapuk roti yang hadir
di atas permukaan roti dengan menggunakan kertas grid berukuran 100cm2 dan kanta
pembesar

Jadual 1 menunjukkan keputusan eksperimen yang diperolehi selepas 6 hari

Isipadu Kulapuk roti di atas roti putih Jumlah luas yang


renjisan air diliputi oleh kulapuk
(ml) (cm3) selepas 6 hari
Hari ke 2 Hari ke 4 Hari ke 6

3 ml Putih : 3

Plastik A Kuning : 18

Putih ….4cm2

Putih : 1

0ml Kuning : 6

Plastik B

Putih ….2cm2
Kuning …1cm2

a) Rekod jumlah luas yang diliputi oleh kulapuk (cm2) selepas 6 hari di dalam ruang yang
disediakan dalam Jadual 1. [3M]
b) i) Berdasarkan keputusan di dalam Jadual 1, nyatakan dua pemerhatian yang dapat dibuat
daripada eksperimen ini. [3M]

Pemerhatian 1:

Apabila 3ml air suling digunakan untuk direnjis / plastik A digunakan, jumlah luas yang
diliputi oleh kulapok putih dan kulapok kuning selepas 6 hari ialah 3cm2 dan 18cm2

Pemerhatian 2:

Apabila 0ml air suling digunakan untuk direnjis/ plastik B digunakan, jumlah luas yang
diliputi oleh kulapok putih dan kulapok kuning selepas 6 hari ialah 1cm2 dan 6cm2

b) ii) Nyatakan inferens berdasarkan pemerhatian di (b) (i) [3M]

Inferens dari pemerhatian 1:

Permukaan roti yang lembab, menyebabkan peratus litupan kulapok bertambah selepas 6 hari
// menyebabkan kulapok kuning berjaya menyesarkan kulapok putih

Inferens dari pemerhatian 2:

Permukaan roti yang kering, menyebabkan peratus litupan kulapok berkurang selepas 6 hari
// menyebabkan kulapok kuning tidak berjaya menyesarkan kulapok putih

Berdasarkan eksperimen, lengkapkan jadual di bawah. [3M]

Pemboleh ubah Cara mengendalikan pemboleh ubah

manipulasi Guna Isipadu air / kelembapan udara yang berbeza // roti lembab dan roti
kering
Isipadu air // kelembapan udara
// roti lembab dan roti kering
bergerak balas Perhati dan rekodkan jumlah luas permukaan yang diliputi oleh
kulapok roti selepas 6 hari menggunakan grid dan kanta pembesar
Jumlah luas permukaan yang
diliputi oleh Kulapok roti //
selepas 6 hari
// Kira Peratus litupan kulapok roti selepas 6 hari dengan menggunakan
Peratus litupan kulapok roti formula:
selepas 6 hari Peratus litupan kulapuk

= Jumlah luas yang diliputi oleh kulapok (cm2) selepas 6 hari x 100%
Jumlah bilangan grid yang digunakan x luas grid

dimalarkan Tetapkan / guna Jenis roti // keamatan cahaya // suhu yang sama

Jenis roti // keamatan cahaya //


suhu
d) Nyatakan hipotesis bagi eksperimen ini. [3M]

1. Roti lembab menunjukkan jumlah luas permukaan yang diliputi oleh kulapok roti selepas 6
hari lebih tinggi daripada roti kering.

2. Semakin tinggi kelembapan udara, semakin tinggi peratus litupan kulapok roti selepas 6
hari.

3. Semakin meningkat isipadu air di atas roti putih, semakin meningkat jumlah luas
permukaan yang diliputi oleh kulapok roti selepas 6 hari

e) Bina satu jadual untuk merekodkan semua keputusan eksperimen meliputi aspek berikut : [3M]

• Keadaan roti putih


• Isipadu air
• Jumlah luas yang diliputi oleh kulapuk putih dan kuning (cm2) selepas 6 hari
• Peratus litupan oleh kulapuk putih dan kuning selepas 6 hari

Peratus litupan kulapuk = Jumlah luas yang diliputi oleh kulapok (cm2) selepas 6 hari x 100%
Jumlah bilangan grid yang digunakan x luas grid

Keadaan Isipadu Jumlah luas permukaan Peratus litupan kulapok roti selepas 6
roti air yang diliputi oleh kulapok hari (%)
(ml) roti selepas 6 hari (cm2)
Putih Kuning Putih Kuning
Lembab 3 3 18 3 18
Kering 0 1 6 1 6

f) Dengan menggunakan kertas graf yang dibekalkan pada muka surat 11 untuk menjawab
soalan ini. Dengan menggunakan data di dalam 1 (e), lukis carta bar untuk menunjukkan
hubungan keadaan roti putih melawan peratus litupan oleh spesies kulapok putih dan
kuning. [3M]

22 white
yellow
20

18

16

14

12

10

moist dry
g) Berdasarkan carta bar , nyatakan hubungan antara keadaan roti putih melawan peratus
litupan oleh spesies kulapok putih dan kuning. Terangkan jawapan anda. [3M]

R – Roti lembab menunjukkan peratus litupan kulapok putih dan kuning yang lebih tinggi
daripada roti kering
E1 – sebab roti lembab lebih kelembapan / mengandungi banyak air
E2 - menyebabkan lebih/bertambah pertumbuhan mikroorganisma
E3 – kesannya kulapok kuning berjaya menyesar kulapok putih.

h) Eksperimen ini diulang dengan menggunakan jenis roti putih yang sama serta direnjis 3ml
air suling. Roti tersebut kemudiannya telah didedahkan kepada lampu meja yang
berkeamatan cahaya 30 watt selama 3 hari. Ramalkan jumlah luas yang diliputi oleh
kedua-dua kulapok roti. Terangkan ramalan anda.

E1 - jumlah luas yang diliputi oleh kedua-dua kulapok / kulapok putih dan kuning kurang
daripada 18cm3
E2 - suhu tinggi disebabkan oleh keamatan cahaya tinggi
E3 - roti menjadi kering dan tidak sesuai untuk pertumbuhan mikroorganisma

i) Berdasarkan eksperimen ini, apakah yang dapat anda rumuskan tentang `sesaran’ ? [3M]
E1 - proses penggantian secara beransur-ansur ke atas kulapok putih
oleh kulapok kuning (dalam 6 hari) di atas roti putih
E2 - ditentukan oleh jumlah luas yang diliputi oleh kulapok roti
selepas 6 hari
E3 - sesaran dipengaruhi of isipadu air / kelembapan roti

j) Senarai berikut adalah sebahagian daripada radas dan bahan yang digunakan dalam eksperimen ini

Selinder penyukat Jam randik Air suling Kulapok roti Kanta pembesar Roti Putih

Lengkapkan jadual di bawah dengan memadankan setiap pembolehubah dengan radas dan
bahan yang digunakan dalam eksperimen ini. [3M]

Pemboleh ubah Radas Bahan

Manipulasi Silinder penyukat Air suling


Bergerak balas Kanta pembesar Kulapok roti
Malar Jam randik Roti putih

SOALAN 2

Sekumpulan murid telah menjalankan satu eksperimen di dalam makmal untuk mengkaji
kesan pewarnaan ke atas tisu-tisu berlainan dalam pokok Keembung apabila direndam di
dalam larutan pelbagai warna.
Perancangan eksperimen anda hendaklah meliputi aspek-aspek berikut: [17M]

Pernyataan masalah

Adakah warna larutan yang berbeza mempengaruhi pewarnaan ke atas tisu berlainan di
dalam pokok Keembung?

Hipotesis

1. Dalam larutan merah, tisu-tisu yang berbeza diwarnakan dengan jelas berbanding larutan
jernih.
2. Tisu-tisu pokok Keembung yang berbeza yang mengangkut air adalah tisu-tisu xilem.

Pemboleh ubah

Pemboleh ubah dimanipulasikan


Warna larutan yang berbeza // larutan merah dan jernih // mana-mana dua warna

Pemboleh ubah bergerak balas


Pewarnaan ke atas tisu-tisu berlainan // Tisu-tisu (xilem ) diwarnai (pelbagai warna) / merah
dan jernih / mana-mana dua warna/ tisu xilem mengangkut air.

Pemboleh ubah dimalarkan


Jenis tumbuhan // pokok Keembung // isipadu air / larutan berwarna // magnifikasi (kuasa
pembesaran) mikroskop.

Senarai radas dan bahan


Radas: Pisau (tajam) / pisau belit, bikar, piring petri, sisip kaca, penutup sisip kaca,
mikroskop, jubin putih dan forsep
Bahan: Pokok Keembung, air / larutan merah, air / larutan jernih, air suling dan kertas turas
Prosedur eksperimen
1. Cabut dua pokok Keembung yang sihat dengan daun-daun, batang dan akar daripada
tanah/ pasu.
2. Bersihkan akar-akar tanpa merosakkannya.
3. Rendam dengan segera akar-akar pokok Keembung ke dalam 150ml larutan/ air merah
dan satu lagi ke dalam air cerah/larutan.
4. Perhatikan warna awal kedua-dua daun dan batang pokok.
5. Tinggalkan pokok selama 1-2 jam dan penuhkan piring petri dengan 15 ml air suling.
6. Selepas 1 jam, potong beberapa lapisan nipis secara rentas batang pokok Keembung
daripada air merah ke dalam piring petri.
7. Letakkan keratan rentas batang yang paling nipis ke atas slaid kaca menggunakan forsep.
8. Letakkan secara perlahan-lahan penutup slaid kaca untuk menghindari gelembung gas dari
terperangkap.
9. Mengairi slaid kaca dengan kertas turas untuk menghalang berlebihan larutan.
10. Perhatikan slaid tersedia di bawah mikroskop kuasa rendah.
11. Perhatikan dan rekod keratan rentas batang pokok yang diwarnai merah menggunakan
mikroskop.
12. Rekodkan magnifikasi mikroskop.
13. Ulangi langkah-langkah 5-12 dengan batang pokok Keembung daripada air jernih ke
dalam piring petri.
14. Semua keputusan direkodkan ke dalam jadual.

Persembahan data.

Warna larutan Warna dalam keratan rentas batang Keembung selepas 1-2 jam

Xilem Floem

Merah

Cerah

SOALAN 3

Sekumpulan pelajar telah menjalankan eksperimen untuk mengkaji kesan pengambilan


air garam yang mengandungi natrium klorida yang berbeza ke atas kadar penghasilan
isipadu air kencing.
Pelajar tersebut menjalankan langkah-langkah berikut:
Langkah 1:
Tiga pelajar lelaki P, Q dan R dari Tingkatan 5 berumur 17 tahun dipilih.

Langkah 2:
Semua pelajar tidak dibenarkan makan dan minum bermula jam 11 malam. Pagi keesokan
harinya , kesemua pelajar dikehendaki membuang air kecil bagi mengosongkan pundi kencing.

Langkah 3:
Pada jam 8.00 pagi , setiap pelajar diberi minum air garam yang berbeza kepekatan garam
natrium klorida , NaCl seperti berikut:
Pelajar P : 500 ml 2.0 % NaCl
Pelajar Q : 500 ml 4.0 % NaCl
Pelajar R : 500 ml 6.0 % NaCl

Langkah 4:
Semua pelajar dikehendaki rehat selama 2 jam dalam makmal pada suhu bilik, 30 OC .

Langkah 5:
Dalam tempoh 2 jam , dengan menggunakan selinder penyukat , pelajar dikehendaki
mengukur isipadu air kencing pada jam 9.00 pagi (bacaan 1) dan jam 10.00 pagi
(bacaan 2). Kedua-dua bacaannya direkodkan.

88 79

80 40

55 30
a) Rekod isipadu air kencing dalam kotak yang telah disediakan dalam jadual di atas. [3M]

b) i) Berdasarkan jadual di atas, nyatakan dua pemerhatian berbeza. [3M]

Pemerhatian 1 :
Pelajar P / jika kepekatan air garam 2.0 % , isipadu air kencing dalam tempoh 2 jam bacaan 1
adalah 88ml dan bacaan 2 adalah 79ml

Pemerhatian 2 :
Pelajar R / jika kepekatan air garam 6.0 % , isipadu air kencing dalam tempoh 2 jam bacaan 1
adalah 55 ml dan bacaan 2 adalah 30 ml.

b) ii) Nyatakan dua inferens yang sepadan dengan pemerhatian di 1(b)(i). [3M]

Inferens daripada pemerhatian 1 :


Pelajar P / kepekatan garam rendah, kadar penghasilan air kencing bertambah // tekanan osmosis
darahnya berkurang.

Inferens daripada pemerhatian 2 :


Pelajar R / kepekatan garam tinggi , kadar penghasilan air kencing berkurang // tekanan osmosis
darahnya bertambah.

c) Lengkapkan jadual di bawah berdasarkan eksperimen ini. [3M]

Pemboleh ubah Cara mengendalikan pemboleh ubah


dimanipulasikan Menggunakan kepekatan air garam yang berbeza-
Kepekatan air garam beza // berlainan iaitu iaitu 2.0%, 4.0% dan 6.0%.
bergerak balas Ukur isipadu air kencing dalam tempoh 2 jam menggunakan
Isipadu air kencing dalam tempoh 2 jam selinder penyukat dan catat keputusan dalam jadual.
//
// Kira kadar penghasilan air kencing mengunakan formula :
Kadar penghasilan air kencing Jumlah isipadu air kencing / masa
dan catat keputusan dalam jadual
dimalarkan
Masa eksperimen // Tetapkan masa eksperimen iaitu 2 jam.
Jantina / umur // Tetapkan jantina// umur pelajar iaitu lelaki // 17tahun
Suhu bilik // Tetapkan suhu bilik iaitu 30oC
Isipadu air minum Tetapkan isipadu air iaitu 500ml

d) Nyatakan hipotesis bagi eksperiman ini. [3M]


Semakin bertambah/berkurang kepekatan air garam , semakin berkurang/bertambah (jumlah)
isipadu air kencing // kadar penghasilan air kencing.
e) i) Bina satu jadual dan rekodkan semua data yang dikumpulkan dalam eksperimen itu.
Jadual anda hendaklah mengandungi tajuk-tajuk berikut : [3M]
• Pelajar
• Kepekatan air garam
• Isipadu air kencing dalam masa 2 jam pada bacaan 1 dan bacaan 2
• Jumlah isipadu air kencing
• Kadar penghasilan air kencing

Pelajar Kepekatan Isipadu air kencing dalam Jumlah Kadar


air garam masa 2 jam (ml) isipadu air penghasilan air
(%) kencing (ml) kencing (ml/jam)

Bacaan 1 Bacaan 2

P 2.0 88 79 167 83.5

Q 4.0 80 40 120 60.0

R 6.0 55 30 85 42.5

e) ii) Menggunakan data di e) i), lukis graf untuk menunjukkan kadar penghasilan air kencing
melawan kepekatan air garam. [3M]

f) Berdasarkan graf di e) ii), nyatakan hubungan antara kepekatan air garam dengan kadar
penghasilan air kencing. Terangkan jawapan anda. [3M]
Semakin bertambah kepekatan air garam, semakin berkurang kadar penghasilan isipadu air
kencing , kerana tekanan osmosis darah semakin meningkat. Maka banyak air diperlukan
oleh badan dan Isipadu air kencing sedikit dan pekat.

g) Berdasarkan keputusan eksperimen ini, nyatakan definisi secara operasi bagi penghasilan air
kencing. [3M]
Penghasilan air kencing adalah air yang dihasilkan oleh ginjal pelajar / lelaki. Ia ditunjukkan oleh
isipadu air kencing dalam 2 jam. Ia dipengaruhi oleh kepekatan air garam yang berbeza-beza.
h) Dalam eksperimen yang lain, Pelajar P direhatkan dan diberi minum air suling dalam makmal
dengan suhu 30 0C. Ramalkan jumlah isipadu air kencing yang diperolehi dalam masa 2 jam.
Terangkan jawapan anda. [3M]
Jumlah Isipadu air kencing lebih dari 167 ml, kerana air suling tiada garam larut // 0 % NaCl ,
maka kurang ADH dirembeskan / kurang penyerapan semula air ke dalam kapilari darah //
isipadu air kencing lebih banyak dan cair.

i) Lengkapkan jadual di bawah dengan memadankan cuaca , jenis air dan keadaan badan
dengan keadaan air kencing yang dihasilkan. [3M]

Item Air kencing pekat dan sedikit Air kencing cair dan banyak

Cuaca Musim kemarau Musim salji

Jenis air Air laut Minum air sungai

Keadaan badan Berpeluh Berehat

Rajah di bawah menunjukkan tiga helai pakaian bayi yang mempunyai kesan kotoran bubur
nasi. Ketiga tiga helai pakaian tersebut telah dicuci menggunakan serbuk pencuci
mengandungi enzim Y dengan tiga suhu berbeza P,Q,R.

Dengan menamakan enzim dan suhu yang sesuai, rancangkan satu eksperimen makmal untuk
mengkaji kesan suhu terhadap kadar tindak balas enzim.
Perancangan eksperimen anda hendaklah meliputi aspek-aspek berikut: [17M]





Pernyataan masalah
Apakah kesan suhu ke atas kadar tindakbalas enzim amilase terhadap kesan kotoran bubur
nasi/ kanji?

Hipotesis
Semakin meningkat suhu, semakin meningkat kadar tindak balas enzim amilase sehingga
suhu optimum 370C

Pembolehubah

Manipulasi :
Suhu air // air panas dan air sejuk
Bergerakbalas :
Kadar tindak balas enzim amilase // masa yang diambil oleh larutan iodin kekal kuning //
masa untuk yang diambil untuk cucian menjadi bersih
Malar :
Isipadu air liur/amilase // isipadu ampaian kanji // pH medium bagi larutan kanji // kepekatan
amilase

Senarai bahan dan radas

Ampaian kanji 1%,ampaian air liur/amilase, larutan iodin,ais,air suling,bikar,tabung


uji,picagari,penitis,rod kaca,jubin putih berlekuk,termometer,(penunu Bunsen,tungku kaki
tiga,kasa dawai) dan jam randik.

Prosedur eksperimen

1.Guna picagari untuk masukkan 5 ml ampaian kanji 1% ke dalam setiap tabung uji yang
berlabel A1, B1, C1, D1 dan E1

2. Guna picagari kedua untuk masukkan 2 ml air liur/larutan amilase dimasukka ke dalam
setiap tabung uji berlabel A2, B2, C2, D2 dan E2.

3. Rendam tabung uji A1 dan A2, B1 dan B2, C1 dan C2, D1 dan D2, E1 dan E2 ke dalam
lima bikar yang mengandungi kukus air bersuhu 0⁰C, 28⁰C, 37⁰C, 45⁰C dan 60⁰C.

4. Selepas direndam 5 minit, tuangkan ampaian kanji dalam tabung uji A1 ke dalam tabung
uji A2. Campuran dikacau menggunakan rod kaca.

5. Jam randik dimulakan serta merta.

6. Gunakan penitis untuk meletakkan setitis campuran dari tabung uji A2 ke dalam lekuk
jubin putih yang mengandungi larutan iodin.

7. Ulang ujian iodin setiap minit selama 10 minit.

8. Bilas penitis selepas setiap persampelan.

9. Masa yang diambil untuk hidrolisis kanji menjadi lengkap apabila campuran tidak lagi
bertukar menjadi biru tua bila diuji dengan larutan iodin diukur dengan menggunakan jam
randik dan keputusan dicatat dalam jadual.

10. Biarkan tabung uji dengan campurannya dalam kukus air masing-masing sepanjang
eksperimen dijalankan.
11. Langkah 4 hingga 9 diulang untuk tabung uji B1, C1, D1 dan E1.

12. Kira kadar tindak balas enzim dengan menggunakan formula

Masa untuk hidrolisis kanji menjadi lengkap dan keputusan dicatat dalam jadual

Persembahan data

Suhu Masa untuk hidrolisis kanji menjadi lengkap Kadar tindakbalas

( ⁰C) ( minit) 1/minit (minit-1)

28

37

45

60

SOALAN 4
Pernyataan masalah
What is the effect of the toasted bread, dried fish and roasted nuts on the
energy value of foods?
Apakah kesan roti bakar, ikan kering dan kekacang panggang ke atas nilai
tenaga makanan?

Hipotesis
Roasted nuts have higher food energy value compared to toasted bread and dried fish
Kekacang panggang mempunyai nilai tenaga makanan lebih tinggi berbanding roti bakar dan
ikan kering.

Pemboleh ubah
1. Manipulasi
The type of foods // roasted nuts, toasted bread and dried fish
Jenis makanan // kekacang panggang, roti bakar dan ikan kering

2. Bergerak balas
The energy value // the final reading of thermometer // increases of water temperature
Nilai tenaga makanan // bacaan akhir termometer // kenaikan suhu air

3. Dimalarkan
Mass of distilled water
Jisim air suling

Senarai radas dan bahan

Apparatus : retort stand, thermometer*, needle, boiling tube, Bunsen burner, electronic
balance, shield
Radas : kaki retort, termometer, jarum, tabung didih, penunu Bunsen, penimbang
elektronik, pengadang
Materials : roasted nuts, toasted bread, dried fish, distilled water, plasticine
Bahan : kekacang panggang, roti bakar, ikan kering, air suling, plastisin

Prosedur eksperimen

1. Measure the mass of roasted nuts and its mass is recorded


Ukur jisim kekacang panggang dan merekodkan jisimnya.
2. Pin up roasted nuts with the needle
Cucukkan kekacang panggang dengan jarum.
3. Measure 20ml of distilled water pour into boiling tube
Mengukur 20ml air suling dan mengisi ke dalam tabung didih.
4. The initial temperature of the distilled water in the boiling tube is recorded
Suhu awal air suling di dalam tabung didih direkodkan.
5. The roasted nuts is burned and placed below the boiling tube
Kekacang panggang dibakar dan diletakkan di bawah tabung didih.
6. The combustion of food must be carried out in a closed condition or cover with shield to
minimal heat loss to the surroundings.
Pastikan pembakaran makanan dijalankan dalam tertutup atau ditutup dengan pengadang
untuk menghalang kehilangan haba ke persekitaran.
7. The final temperature of water is recorded using thermometer
Suhu terakhir air suling direkodkan menggunakan thermometer.
8. The increase in temperature was measured when the roasted nuts burnt completely
Peningkatan suhu diukur apabila kekacang panggang dibakar sepenuhnya.
9. Calculate the amount of energy value of the roasted nuts by using the formula
Mengira jumlah nilai tenaga kekacang panggang menggunakan formula.

10 . Repeat step 1 to 9 using toasted bread and dried fish


Ulang langkah 1 hingga 9 dengan roti bakar dan ikan kering

Persembahan data

Type of food sample Increase in temperature (oC) Energy value (J/g)

Jenis sampel makanan Kenaikan suhu (oC) Nilai tenaga (J/g)

Roasted nuts

Kekacang panggang

Toasted bread

Roti bakar

Dried fish

Ikan kering

SILA SEMAK DAN FAHAMI BAGAIMANA CARANYA UNTUK MENJAWAB SOALAN KERTAS 3
SEPERTI CONTOH DI ATAS.

KERTAS 3 PALING MUDAH UNTUK SCORE MARKAH


SOALAN 1 DAN 2 KERTAS 3 , PASTIKAN ANDA KENAL PASTI DENGAN TEPAT MV DAN RV.
JIKA TELAH KENAL PASTI , JAWAB SAHAJA SETIAP SOALAN DENGAN MENGGUNAKAN
FORMULA MENJAWAB YANG SAYA TELAH SAYA AJAR. LIHAT PANDUAN PADA TEKNIK
MENJAWAB BIOLOGI YANG TELAH LAMA DI UPLOAD. JANGAN LUPA FORMULA MENJAWAB

You might also like