You are on page 1of 3

INFO: Teras Pelan Strategik dan Pelan Tindakan Pengajian

Meluaskan Akses dan Meningkatkan Kualiti Tinggi Menambahbaik Kualiti Pengajaran dan Pembelajaran Memperkasa Institusi Pengajian Tinggi Memperkasakan Insitusi Pengajian Tinggi Mempergiatkan Pengantarabangsaan Membudayakan Pembelajaran Sepanjang Hayat Mengukuhkan Sistem Penyampaian Kementerian Pengajian Tinggi Teras Pertama: Meluaskan Akses dan Meningkatkan Kualiti Meneruskan pengambilan pelajar ke IPTA menerusi sistem meritokrasi berdasaarkan akademik dan kokurikulum. Satu mekanisme disediakan bagi memberi peluang kepada memilih pelajar sendiri. Menyediakan piawaian laluan kemasukan ke IPT bagi menggalakkan fleksibiliti kursus dan kemasukan terbuka dan pada masa sama meningkatkan penawaran program pembelajaran jarak jauh dan e-pembelajaaran di politeknik dan kolej komuniti. Menambah bilangan tempat belajar di IPTA termasuk program francais dengan kolej bersekutu dan pada masa sama menjamin kualiti pengajaran dan pembelajaran. Menyediakan kriteria dan mekanisma kemasukan pelajar yang mempunyai pelbagai kebolehan dan bakat pelajar. Menyedikan mekanisme pengiktirafan Prior Learning Experience bagi menggalakkan lebih ramai pelajar matang mengikuti pengajian di IPT terutama IPTS yang menawarkan kursus secara pendidikan jarak jauh dan kemasukan terbuka.

Teras Kedua: Menambahbaik Kualiti Pengajaran dan Pembelajaran. Memberikan fleksibiliti kepada Jawatankuasa Kurikulum IPT yang mempunyai wakil industri menggubal kurikulum kaedah pengajaran dan pembelajaran berkesan, berinovatif dan bersifat antarabangsa. Menubuhkan Pusat Pengembangan Kurikulum Pengajian Tinggi peringkat Kementerian yang dianggotai pihak industri, perdagangan dan perniagaan, institusi latihan dan penyelidikan dan badan professional. Mengiatkan penggunaan ICT bagi semua kursus di IPT termasuk pembelajaran jarak jauh, e-pembelajaran dan pembangunan perisian kursus serta penilaian kursus secara dalam talian.

Teras Ketiga : Memperteguhkan Penyelidikan dan Inovasi Meneruskan program Skim Latihan Akademik Bumiputera (SLAB), Skim Latihan Akademik IPTA (SLAI) dan Skim Hadiah Latihan Persekutuan untuk pensyarah politeknik dan kolej komuniti bagi menambah bilangan kritikal penyelidik di peringkat sarjana dan Ph.D. Mengekalkan bilangan penyelidik terbaik di IPT melalui pemberian pengiktirafan, dorongan, insentif dan motivasi kepada penyelidik tekun dan berdedikasi, membenarkan penyelidik menyimpan hak bersama hak intelek terhadap hasil penyelidikannya dan terus mendapat sebahagian besar daripada royati penyelidikan yang dikomersialkan. Memantapkan Universiti Penyelidikan ke arah satu tahap yang lebih tinggi dan global dengan menggiatkan program penyelidikan pasca-siswazah dan pasca kedoktoran.

Teras Keempat: Memperkasakan Insitusi Pengajian Tinggi Memastikan sistem tadbir urus IPT cekap, berkesan dan terus menuju kea rah autonomi dengan memantapkan kepimpinan dan pengurusan tertuinggi IPT dan membudayakan sifat profesionalisme di kalangan ahli akademk supaya dapat memberikan perkhidmatan yang lehih cemerlang di IPT. Menyeidakan mekanisme untuk menaik taraf IPT sedia ada kepada satu atau dua universiti Apex. Satu jawatankuasa dibentuk khas untuk menyelaras dan menyediakan kriteria, struktur dan garis panduan bagi merealisasikannya. Memantapkan struktur tadbir urus IPT dengan meningkatkan keberkesanan pengurusan dan penyampaian perkhidmatan yang dinamik, berkualiti dan berintegriti. I memperjelaskan peranan Lembaga Pengarah Universiti, Naib Canselor dan Senat menerusi pindaan AUKU untuk meningkatkan autonomi.

Teras Kelima: Mempergiatkan Pengantarabangsaan Mempertingkatkan jaringan global pengajian tinggi dan kegiatan kolaboratif akademik diperingkat antarabangsa. Memperluas dan memantapkan jaringan global pengajian tinggi Negara di semua peringkat menerusi memorandum persefahaman (MoU) dan memorandum perjanjian (MoA) antara universiti tempatan dan universiti terkemuka luar Negara. Memperluaskan penawaran program pengajian yang sesuai dengan pelajar antarabangsa. Pelaksanaannya menerusi enrolmen pelajar berkenaan secara berperingkat menerusi program pemasaran ke luar negara dalam ekspo anjuran agensi tempatan dan antarabangsa. Memperluas bilangan pelajar antarabangsa terutama di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) menerusi program promosi dan pemasaran Malaysia sebagai hab kecemerlagan pengajian tinggi antarabangsa.

Teras Keenam: Membudayakan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) Memastikan PSH menjadi satu gaya hidup masyarakat Malaysia bagi melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran sepanjang hayat. Menjadikan PSH pemangkin kepada pembentukan organisasi pembelajaran di setiap organisasi. Meningkatkan mekanisme dan prasarana bagi memudahkan PSH sebagai alat menambah pelbagai ilmu dan kemahiran mengikut minat dan kehendak masyarakat.

Teras Ketujuh: Mengukuhkan Sistem Penyampaian Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Memudah cara dan menyelaraskan pelaksanaan. Memperteguhkan standard pengajian tinggi selaras piawaian antarabangsa. Melaksanakan proses autonomi kepada IPTA secara berperingkat.

You might also like