You are on page 1of 1

Selanjutnya isu pelajar Pendidikan Islam iaitu tentang pengurusan yang memalukan pihak MARSAH

sendiri. Pelajar praktikum dibiarkan tergantung tidak bertali. Mengapa pihak Timbalan Pendaftar
melakukan kerja bagaikan melepaskan batuk di tangga. Apakah skop tugas beliau yang menyebabkan
kerja yang sepatutnya diselesaikan secepat mungkin tetapi bertangguh-tangguh? Apakah nasib pelajar
praktikum yang dibiarkan begitu. Seterusnya tentang peluang sambung belajar ke Mesir bagi pelajar
Tahfiz, Syariah dan Usuluddin. Mengapakah Timbalan Pendaftar USTAZ SANUSI BIN MD. NOH
menyatakan bahawa pelajar-pelajar tersebut tidak boleh menyambung pelajaran ke Mesir atas sebab
MARSAH tidak mempunyai jalinan kerjasama bersama Universiti Al-Azhar sedangkan sewaktu
pendaftaran semester satu beliau telah berjanji manis tentang peluang sambung belajar ke MESIR

1. Urusan Pelajar Praktikum


1.1 Pengajian semester ke-2 bagi sesi 2016/2017 telah bermula pada 4 November 2016. Pelajar-
pelajar-pelajar Diploma Pendidikan, semester 6, sepatutnya mengikuti kursus praktikum mulai 4
November 2016, Kursus Praktikum perlu ditangguhkan kerana; MARSAH menentukan keperluan
mengikuti praktikum berdasarkan perkara-perkara berikut:
1.1.1 Kebolehan atau kesesuaian waktu mengikuti kursus praktikum seperti bukan pada waktu
atau musim cuti sekolah.Pada bulan November dan Disember adalah waktu cuti sekolah
1.1.2 Kesesuaian waktu di sekolah; pada 1-15 Januari 2017, pihak MARSAH merasakan
bahawa pihak sekolah sedang sibuk dengan urusan awal tahun
1.1.3 MARSAH menangguhkan sehingga bulan Februari setelah mengambil kira ketetapan cuti
baharu sempena Tahun Baharu China, sekolah bercuti selama seminggu, maka
keputusan memulakan Kursus Praktikum dan ROS mulai 5 Februari 2017 merupakan satu
keputusan yang memberikan kebaikan kepada semua pihak samada pihak pelajar,
penyelia, sekolah, MARSAH mahupun Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam
Johor
1.1.4 MARSAH juga perlu melalui proses-proses ini dalam menguruskan Kursus Praktikum ini
iaitu;
1. Kelulusan kewangan daripada Lembaga Pengelola dan Lembaga Pengarah
MARSAH Sdn. Bhd.
2. Kebenaran khusus daripada Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Islam Johor
3. Taklimat Praktikum kepada Pelajar
4. taklimat Praktikum kepada penyelia-penyelia yang dilantik
5. Taklimat Praktikum kepada Guru Besar dan Guru Pembimbing

1.2 Secara umumnya semua pihakyang terlibat bermula daripada Jabatan Pendidikan Islam dan
Pengajian Umum (JPPU), penyelaras praktikum, Pengarah Jabatan Agama Islam Johor, Bahagian
Pendidikan Islam Negeri Johor, Daerah-daerah dan pihak sekolah telah mengikut segala
perancangan pihak MARSAH yang telah melihat pelaksanaan Kursus Praktikum dari setiap sudut
demi melahirkan bakal Guru Agama yang berwibawa. Pihak MARSAH tidak berhasrat untuk
melaksanakan Kursus Praktikum ini hanya sekadar seperti pepatah “ Melepaskan Batok Di
Tangga”

You might also like