You are on page 1of 33

STRUKTUR SEL DAN FUNGSI

Sel kanta mata. Sel kanta mata berkekalan


sepanjang hayat.
APAKAH SEL?

• unit terkecil dalam satu


organisma yang
diklasifikasikan sebagai
hidup, dan sering dipanggil
blok binaan hidup
• Setiap organisma berbentuk
sama ada unisel (satu sel)
ataupun multisel
PERBINCANGAN
1. Apakah komponen sel yang
dapat diperhatikan menerusi
mikroskop cahaya?
2. Adakah sel tumbuhan
mempunyai bentuk yang tetap?
3. Namakan satu lagi jenis
tumbuhan yang boleh digunakan
dalam aktiviti ini untuk
menggantikan bawang.
SEL DAUN ELODEA
• Elodea
PERBINCANGAN SEL PIPI
1. Apakah struktur sel yang boleh diperhatikan
menerusi mikroskop cahaya?
2. Adakah sel pipi manusia mempunyai bentuk tetap?
3. Bolehkah anda melihat bintil berwarna biru tua
pada sel pipi?
4. Apakah persamaan antara sel haiwan dan sel
tumbuhan?
5. Apakah struktur yang hadir dalam sel bawang tetapi
tidak hadir dalam sel pipi?
Struktur sel bawah
mikroskop elektron
MEMBRAN CIRI FUNGSI
PLASMA
• Membran luar yang menyelaputi • Mengasingkan kandungan sel
keseluruhan kandungan sel daripada persekitaran luar
• Dibina daripada protein dan fosfolipid • Mengawal pergerakan bahan
• Selaput nipis dan kenyal ke dalam dan ke luar sel
• Bersifat telap memilih • Membenarkan pertukaran
nutrien, gas respirasi dan bahan
buangan antara sel dan
persekitarannya
DINDING SEL CIRI FUNGSI

• Satu lapisan luar yang kuat dan • Mengekalkan bentuk sel


tegar tumbuhan
• Dibina daripada gentian selulosa • Memberikan sokongan
• Bersifat telap sepenuhnya mekanikal kepada sel tumbuhan
VAKUOL CIRI FUNGSI

• Kantung berisi cecair iaitu sap sel. • Air meresap ke dalam


• Vakuol dikelilingi oleh membran vakuol sel tumbuhan dan
tonoplas. sel menjadi segah. Tumbuhan
• Sel tumbuhan muda mempunyai banyak herba mendapat sokongan.
vakuol bersaiz kecil manakala sel • Dalam haiwan unisel,
tumbuhan matang mempunyai vakuol vakuol mengecut
bersaiz besar. terlibat dalam proses
• Vakuol bagi sel haiwan adalah kecil. pengosmokawalaturan,
• Sap sel mengandungi air, asid organik, osmosis dan perkumuhan.
gula, asid amino, enzim, garam mineral,
oksigen, karbon dioksida dan hasil
sampingan metabolisme.
SITOPLASMA CIRI FUNGSI

Terdiri daripada medium seperti jeli Bertindak sebagai medium bagi


yang mengandungi komponen sel tindak balas biokimia dalam sel
terampai
• Mengandungi sebatian organik
(seperti protein, lipid dan karbohidrat)
serta sebatian tak organic (seperti ion
kalium)
NUKLEUS CIRI FUNGSI

• Komponen paling besar dalam sel • Mengawal segala aktiviti sel


• Berbentuk sfera, padat dan • Mempunyai kromosom yang
dilingkungi membran nukleus yang mengandungi asid
mempunyai liang deoksiribonukleik (DNA). DNA
• Nukleus mengandungi kromosom, menentukan ciri sel dan fungsi
nucleolus dan nukleoplasma. metabolisme
MITOKONDRIA CIRI FUNGSI

• Komponen sel berbentuk rod atau • Tapak penjanaan tenaga


sfera melalui proses pengoksidaan
• Terdiri daripada dua lapisan glukosa semasa
membran, iaitu membran luar yang respirasi sel
licin dan • Tenaga dijana dalam bentuk
membran dalam yang berlipat-lipat molekul ATP (adenosina trifosfat)
• Mengandungi enzim yang terlibat untuk digunakan oleh sel
dalam respirasi sel
RIBOSOM CIRI FUNGSI

• Granul kecil, padat dan berbentuk Merupakan tapak sintesis


sfera protein
• Terdiri daripada protein dan asid
ribonukleik (RNA)
• Ribosom terdapat pada permukaan
jalinan endoplasma kasar atau wujud
bebas dalam sitoplasma.
SENTRIOL CIRI FUNGSI

• Struktur silinder kecil yang wujud Membentuk gentian gelendong


secara semasa pembahagian sel dalam
berpasangan dalam sel haiwan sel haiwan
• Terdiri daripada susunan
mikrotubul kompleks
• Tidak wujud dalam sel tumbuhan
JALINAN CIRI FUNGSI
ENDOPLASMA
• Terdiri daripada satu sistem • Sistem pengangkutan bahan dalam sel
rongga ceper berlipat yang • Menyediakan permukaan luas untuk
bersambungan perlekatan enzim dan tindak
• Membran jalinan endoplasma balas biokimia
membentuk jalinan berterusan • Jalinan endoplasma kasar mengangkut
dengan membran nukleus. protein yang disintesiskan
– Jalinan endoplasma kasar oleh ribosom.
mempunyai ribosom yang • Jalinan endoplasma licin mensintesis
terlekat pada permukaannya dan mengangkut gliserol
– Jalinan endoplasma licin tidak dan lipid serta menjalankan detoksifikasi
mempunyai ribosom dadah dan hasil
sampingan metabolisme.
JASAD GOLGI CIRI FUNGSI

• •Terdiri daripada satu Memproses, mengubah suai,


timbunan kantung pipih membungkus dan mengangkut
selari yang setiap satunya bahan kimia seperti protein,
dilapisi oleh membran karbohidrat dan glikoprotein
unit tunggal (gabungan karbohidrat dengan
• Membran baharu protein)
ditambah pada satu hujung
jasad Golgi dan vesikel
digentingkan dari hujung
yang satu lagi.
KLOROPLAS CIRI FUNGSI

• Berbentuk bujur Klorofil menyerap cahaya matahari


• Terdiri daripada dua dan menukarkannya kepada
lapisan membran tenaga kimia
• Mengandungi pigmen semasa fotosintesis.
klorofil pada grana yang
memberikan warna hijau
kepada tumbuhan
LISOSOM CIRI FUNGSI

• Kantung sfera kecil • Menghidrolisis molekul


yang diselaputi oleh organik kompleks seperti
membran tunggal protein, asid nukleik dan lipid
• Mengandungi enzim • Menguraikan bakteria dan
lisozim (enzim komponen sel yang rosak
pencernaan)
PRAKTIS FORMATIF 2.1

1.Nyatakan satu perbezaan


struktur antara jalinan
endoplasma kasar dengan
jalinan endoplasma licin.
JAWAPAN

Jalinan endoplasma kasar mempunyai ribosom yang


terlekat pada permukaannya TETAPI Jalinan endoplasma
licin tidak mempunyai ribosom
PRAKTIS FORMATIF 2.1

1.Mengapakah penggunaan
mikroskop elektron penting
dalam mengkaji sel?
JAWAPAN

Mikroskop cahaya lazimnya memberi pembesaran 1000x.


Sebaliknya, mikroskop elektron boleh membesarkan sel sebanyak
2000000x. Tanpa mikroskop elektron, struktur sel tidak dapat
dilihat dengan jelas kerana mikroskop cahaya hanya dapat
memerhati komponen sel tertentu seperti membran sel, dinding
sel, nukleus, sitoplasma dan kloroplas sahaja.
PRAKTIS FORMATIF 2.1

Kloroplas terdapat dalam


sesetengah sel tumbuhan sahaja.

Beri satu contoh sel tumbuhan


yang tidak mengandungi
kloroplas dan terangkan mengapa.
JAWAPAN
• Sel bawang kerana bebawang
hidup dalam tanah.
• Pokok bawang mendapat makanan
daripada organ simpanannya iaitu
bebawang.
PRAKTIS FORMATIF 2.1

1.Banding dan bezakan sel


haiwan dengan sel
tumbuhan.
JAWAPAN
Persamaan:
Kedua-dua sel mempunyai nukleus, sitoplasma, membran plasma, jasad Golgi, mitokondrion, jalinan
endoplasma dan ribosom.

Perbezaan:
• Sel tumbuhan mempunyai bentuk sel tetap manakala sel haiwan tidak mempunyai bentuk sel tetap.
• Sel tumbuhan mempunyai dinding sel manakala sel haiwan tidak mempunyai dinding sel.
• Sel tumbuhan mempunyai kloroplas manakala sel haiwan tidak mempunyai kloroplas.
• Sel tumbuhan mempunyai vakuol bersaiz besar manakala sel haiwan tidak mempunyai vakuol (sekiranya ada,
saiznya kecil).
• Sel tumbuhan tidak mempunyai sentriol manakala sel haiwan mempunyai sentriol.

You might also like