You are on page 1of 9

BIMASAKTI

MENARI
TEMA
KETABAHAN SEORANG WANITA dalam menghadapi cabaran dan
tekanan hidup dalam USAHANYA MELUPAKAN PERISTIWA HITAM
yang menghantui fikirannya.
- Setelah kematian anaknya yang terkorban dalam kebakaran
- Keretakkan rumah tangga yang dibina atas dasar suka sama suka
- Ayahnya tidak merestui lelaki pilihannya dan juga kerjayanya sebagai pakar
bedah
- Masalah di tempat kerja
Raiha dapat menangani masalah tersebut dia redha dengan kematian anaknya
dan pesalah mengakui kesilapan yang dilakukan dan mendapat hukuman yang
setimpal.
PERSOALAN
• Kasih sayang ibu kepada anak kandungnya
• Dendam kesumat merosakkan kehidupan masyarakat
• Kenangan pahit mengubah personaliti
• Bapa kandung kejam yang tidak bertanggungjawab
• Amanah dalam menjalankan tugas
• Ketegasan dalam membuat satu-satu keputusan
• Jodoh pertemuan di tangan Tuhan
• Tanggungjawab membantu sesama manusia tanpa mengira
darjat dan kedudukan individu.
BINAAN PLOT

PERKEMBANGA
PENGENALAN PERUMITAN KLIMAKS PELERAIAN
N
PENGENALAN
• Nurul hafsa yang baru berkerja sebagai pegawai sains di
balai cerap sultan salahuddin , kuala Selangor .Pada
hari pertama,dia telah melayan sekumpulan murid dari
jepun yang diiringin oleh puan wickham mencerap
bintang.Namun begitu, mereka semua berasa hamba
kerana bintang tidak kelihatan disebabkan langit terlalu
cerah.Hasrat mereka untuk melihat kelip-kelip di
kampung kuantan juga tidak kesampaian
PERKEMBANGAN
• Apabila Nurul Hafsa membuat laporan berkaitan dengan pencemaran
cahaya yang menghalang aktiviti mencerap bintang dan melihat kelip-kelip
di Pejabat Daerah.Ketua Nurul Hafsa,iaitu Puan Foziah telah menasihati
Nurul Hafsa agar tidak mengharapkan sebarang tindakan kerana
pembangunan di Kuala Selangor tidak melanggar undang –undang alam
sekitar.
• Kemudian,abang Nurul Hafsa iaitu Budiman telah mempertemukan Nurul
Hafsa dengan Muhammad Taufik yang mencintai alam sekitar juga.Setelah
berbincang mereka berdua bersetuju untuk bekerjasama untuk
melaksanakan projek kawasan simpan langit gelap di Kuala Selangor bagi
membolehkan aktiviti pencerapan bintang dan menjaga populasi kelip-kelip
di kampung Kuantan.
• Dengan bantuan pengaruh Tan Sri Muhaimin,mereka Berjaya membuat
pembentangan kepada pegawai Daerah Kuala Selangor.Kemudian, Menteri
Besar telah mengadakan majlis terbuka kepada orang ramai untuk
mendengar pembentangan tenteng projek kawasan simpan Langit Gelap
PERUMITAN
• Projek kawasan Langit Gelap mendapat tentangan daripada Dato’ Johann
Arlington-Majid. Dato’ Johann Arlingto-Majid cuba membatalkan projek
tersebut dengan mengemukakan pelbagai soalan kepada Nurul Hafsa tetapi
semua soalannya dapat dijawab dengan jelas oleh Nurul Hafsa. Dato Arlintong-
Majid tidak bersetuju kerana syarikat beliau tidak dapat membekalkan lampu-
lampu full cut off yang dipermulakan untuk tujuan projek tersebut.Lantaran
Dato Arlingto-Majid yang sememangnya telah lama berdendam dengan Tan Sri
Muhimin kerana Maryam Wickham memililh Tan Sri Muhaimin sebagai
pasangan hidupnya, telah merancang untuk mengagalkan projek tersebut
dengan mengupah penjahat untuk menimbulkan ketakutan kepada masyarakat
apabila suasana menjadi gelap pada waktu malam.Cerita bertambah rumit
apabila Muhammad Taufik telah diserang ketika dia balik dari masjid selepas
menunaikan solat isyak.Berita serangan terhadap Muhammad Taufik telah
sampai ke pengetahuan Menteri Besar. Setelah mendapat penjelasan daripada
Tan Sri Muhaimin tentang peristiwa serangan itu, Menteri Besar bersetuju
untuk meneruskan Projek Kawasan Simpan Langit Gelap di Kuala Selangor.
KLIMAKS

• Retetan penculikan Nurul Hafsa ,Muhammad Taufik telah


membatalkan niat untuk mengikut ibunya balik ke otago ,New
Zealand.Dia telah menemui sekumpulan penculik itu di stesen
minyak PETRONAS di hadapan Hospital. Kemudian , Muhammad
Taufik telah di culik dan dibawa ke kawasan peladangan kelapa
sawit.Selepas penjahat dapat menculik Muhammad Taufik mereka
membebaskan Nurul Hafsa .Nurul Hafsa telah membuat laporan di
balai polis . Berdasarkan laporan dari balai polis bestari jaya , ketua
inspector lim telah menubuhkan pasukan Gerak khas , Akhirnya,
kumpulan penjenayah itu Berjaya diberkas dan Muhammad Taufik
dapat diselamatkan .
PELERAIAN
• Hubungan antara Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik bertambah
intim. Mereka berdua selalu berbual-bual tentang peristiwa yang
menakutkan mereka itu. Peristiwa yang berlaku terhadap
Muhammad Taufik dan Nurul Hafsa juga telah merapatkan hubungan
antara Tan Sri Muhaimin dan bekas isterinya, Mariam Wickham.
Mereka mengambil keputusan untuk bernikah semula. Selepas
kenduri kesyukuran untuk meraikan pernikahan buat kali kedua Tan
Sri Muhaimin dan Maryam Wickham, Muhammad Taufik telah
melamar Nurul Hafsa dan Nurul Hafsa menerima lamaran tersebut.
Nurul Hafsa tersenyum apabila membaca mesej teks daripada
Muhammad Taufik yang berbunyi kita ialah dua ekor kelip-kelip yang
terakhir di dunia.

You might also like