You are on page 1of 2

Bab 7 : Membina Kesejahteraan Negara(Buku Modul MS 59 , Soalan 3 & 4)

Kumpulan Afrina, Qistina, Allisya, Nabilah Maisarah, Nabilah Irdina


3-
a) Apakah yang anda faham dengan SUKMA?
Sukan Malaysia atau secara ringkasnya, SUKMA adalah acara sukan peringkat
kebangsaan di bawah anjuran Majlis Sukan Negara Malaysia, Majlis Sukan Negeri,
MSSM, Majlis Sukan Univerisiti Malaysia dan Majlis Sukan Polis Diraja Malaysia.
SUKMA merupakan kejohanan ‘beraneka sukan’ dan berkonsepkan ‘Mini Sukan
Olimpik’. SUKMA diadakan secara dwitahunan pada peringkat kebangsaan yang
disertai oleh 13 negeri dan Wilayah Persekutuan. SUKMA bertujuan mengeratkan
hubungan kaum serta integrasi antara negeri. SUKMA pertama diadakan di Kuala
Lumpur dari 19 April 1986 hingga 26 April 1986yang disertai oleh 3849 atlet.

b) Mampukah SUKMA menjadi alat untuk menyatupadukan rakyat Malaysia?


Berikan hujah anda.
SUKMA mampu menjadi alat untuk menyatupadukan rakyat Malaysia kerana sukan
dapat menyemarakkan semangat kesukanan dan patriotic dalam kalangan rakyat.
Selain itu sukan juga tidak menghadkan kaum untuk memasuki sesuatu aktiviti dan
ianya terbuka kepada semua. SUKMA juga boleh mengeratkan perpaduan kaum dari
setiap peserta negeri. Apabila sukan dapat menyatukan rakyat dan kaum , sekaligus
kita dapat menghapuskan tembok pergaduhan berkaitan perkauman dan agama.
Sukan bukan sahaja untuk ditonton akan tetapi jauh lebih besar , sukan adalah
perpaduan untuk menyatukan pelbagai bangsa dari setiap negeri yan berbeza
dengan bertanding dan berseronok. Ia juga dapat mencungkil bakat atlet atlet muda
dinegara kita sejurus itu mampu membawa nama negara kita untuk menang dan
mencapai peringkat lebih tinggi.

c) Selain daripada mencungkil bakat, apakah rasional SUKMA hanya melibatkan atlet
remaja dalam semua acara yang dipertandingkan?
Berikan hujah anda.
4-
a) Jelaskan latar belakang pembentukan rukun Negara.
Rukun Negara merupakan satu ideology negara yang tercipta ekoran daripada
berlakunya peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. Ideologi ini digubal semasa
negara sedang berada di bawah pimpinan MAGERAN. Kata sepakat dicetuskan
semasa mesyuarat pertama Majlis perundingan negeri yang dipengerusikan oleh
pengarah MAGERAN pada 29 Januari 1970. Rukun Negara diisytiharkan secara rasmi
oleh Yang di-Pertuan Agong IV pada 31 Ogos 1970 bersempena dengan ulang tahun
kemerdekaan yang ke-13.

b) Terangkan kepentingan prinsip-prinsip Rukun Negara.


Antara kepentingan prinsip-prinsip Rukun Negara ialah kepercayaan kepada tuhan
iaitu menunjukkan bahawa agama memainkan peranan penting sebagai panduan
hidup untuk membentuk keperibadian yang baik dan merupakan landasan dalam
membina keharmonian kaum. Kedua kesetian kepada raja dan negara prinsip ini
penting kerana dengan mengamalkannya ia dapat melahirkan rakyat yang
menghormati simbol kedaulatan negara dan mengormati undang-undang .Ketiga,
prinsip keluhuran perlembagaan prinsip ini menekankan supaya rakyat dapat
menerima, mematuhi dan mempertahankan kemulian perlembagaan .Keempat,
kedaulatan undang -undang dengan menghayati prinsip ini seseorang itu tidak
melakukan kesalahan di sisi undang-undang dan berusaha untuk mematuhinya.Akhir
sekali, Kesopanan dan kesusilaan prinsip ini dapat melahirkan rakyat Malaysia yang
mempunyai nilai murni yang disemai dalam diri mereka.

c) Sebagai warganegara yang patriotik, bagaimanakah anda mengamalkan prinsip-


prinsip Rukun Negara?
Antara cara untuk mengamalkan prinsip prinsip Rukun Negara ialah Mematuhi
pegangan agama. Selain itu, kita haruslah setia kepada raja dan negara kerana
kesetiaan ialah satu semangat yang boleh menyatupadukan rakyat. Seterusnya ialah
Menghormati pemimpin, guru dan ibu bapa agar negara akan maju dan menjadi
tempat tumpuan pelancongan. Akhir sekali, Menguasai ilmu sains dan teknologi
untuk dapat menyumbang perkembangan industry kesihatan negara.

You might also like