You are on page 1of 9

8 Jun 2023

PERNYATAAN MASALAH
“…an important monument for the future of our country…people of
all races who inhabit this fair land will mix together without any
barrier whatsever and it is here that much of the groundwork of
building a united Malayan nation will be carried out.”

Tun Abdul Razak, Pengerusi Lembaga Penguasa Stadium


Merdeka

Stadium Merdeka yang dibina sempena perisytiharan kemerdekaan


Persekutuan Tanah Melayu menyimpan satu memori yang amat
bermakna kepada pembinaan negara kita.
Bincangkan.

a) Dengan merujuk pelbagai sumber, jelaskan asal usul pembinaan


Stadium Merdeka .
b) Secara kronologi, tunjukkan kegunaan Stadium Merdeka sejak 31
Ogos 1957 sehingga tahun 2003.
c) Berdasarkan kata kata Tun Abdul Razak di atas, nilaikan
mengapakah perlunya kita memelihara warisan kebangsaan
seperti bangunan Stadium Negara , Stadium Merdeka, Bangunan
Sultan Abdul Samad, Tugu Negara dan sebagainya.
JADUAL KERJA

TARIKH PERKARA. T.TANGAN


• Mendengar penerangan tentang Kajian Kes
08/06/2023 daripada guru sejarah di kelas dan
perbincangan dengan kawan kawan
• Membina objektif kajian dan Kaedah Kajian
09/06/2023 berdasarkan pernyataan masalah dan
persoalan kajian.
• Berjumpa guru sejarah bagi menunjukkan
10/06/2023 objective kajian dan kaedah kajian yang dibina
• Mengunjungi perpustakaan sekolah bagi
10/06/2023 mengumpul maklumat kategori buku atau
majalah atau laporan
• Melayari internet di rumah bagi mengumpul
12/06/2023 maklumat berkaitan, mencetak, membaca, dan
membuat catatan isi yang bersesuaian
13/06/2023 • Mengumpul gambar berkaitan untuk persoalan
kajian
13/06/2023 • Mula menulis laporan bagi persoalan kajian (a)
• Menghubungi guru sejarah melalui aplikasi
whatsapp untuk menunjukkan penulisan
13/06/2023 laporan bagi (a)
• Membuat pembetulan selepas perbincangan
dengan guru
• Membaca bahan2 cetakan bagi mendapatkan
14/06/2023 idea bagi persoalan kajian (b)
• Menyediakan rangka penulisan
• Menunjukkan hasil kerja kepada guru untuk
15/06/2023 mendapat pengesahan dan penambahbaikan
• Menunjukkan hasil kerja kepada guru
15/06/2023 • Memulakan penulisan bagi menjawab
persoalan kajian (c)
• Melengkapkan jadual kerja dan menulis
16/06/2023 rujukan mengikut format diberi
• Menyemak semula semua hasil penulisan dan
16/06/2023 menunjukkan kepada guru
17/06/2023 • Membuat rumusan bagi hasil laporan
• Menghantar tugasan yang telah siap kepada
17/06/2023 guru sejarah

2
OBJEKTIF KAJIAN
Saya melaksanakan kajian kes ini dengan beberapa objektif.
Antaranya adalah untuk mengetahui sejarah pembinaan Stadium
Merdeka. Ini telah membolehkan saya mengetahui siapakah
jurutera yang terlibat, tempoh masa pembinaan dan kos yang
dibelanjakan.
Selain itu,objektif kajian saya yang kedua ialah untuk
membolehkan saya menyediakan satu garis masa kegunaan
Stadium Merdeka selepas peristiwa perisytiharan kemerdekaan
pada tahun 1957 sehinggalah tahun 2003. Terdapat banyak acara
bersejarah lain yang pernah berlangsung di stadium ketika itu.
Akhirnya, objektif kajian saya yang ketiga adalah untuk menilai
mengapakah perlunya bangunan-bangunan warisan kebangsaan
seperti stadium ini diperlihara.

3
KAEDAH KAJIAN
Kaedah kajian adalah cara atau usaha untuk mendapatkan
sebanyak mungkin maklumat bag menjawab semua persoalan
kecil dalam kajian kes ini. Antara kaedah kajian yang telah saya
laksanakan adalah sepertiberikut:

Saya telah melayari internet di rumah saya untuk mengetahui


maklumat awal tentang sejarah pembinaan stadium Merdeka.
Saya telah menyimpan semua alamat URL bagi memudahkan
saya merujuk semula nanti.

Kaedah kedua ialah saya telah menganalisis dokumen seperti


laporan tahunan Perbadanan Stadium 2004 dan membuat bacaan
terhadap dua buah buku seperti yang dinyatakan dalam sumber
rujukan. Selain buku dan laporan tahunan, saya juga membaca
keratan akhbar berkaitan dengan stadium ini. Melalui kaedah ini
saya dapat mengetahui maklumat yang lebih terperinci tentang
pembinaan stadium in seperti aspek reka bentuk dan kapasiti
penonton.

Selain itu saya juga telah menggunakan kaedah audio visual


dengan menonton video berkaitan stadium dari saluran You Tube
bagi mengetahui maklumat lain seperti kegunaan stadium dan
kepentingan memelihara warisan kebangsaan.

4
HASIL DAPATAN
(a) Dengan merujuk pelbagai sumber, jelaskan latar belakang pembinaan
Stadium Merdeka.

Pada tanggal 31 Ogos 1957, Stadium Merdeka telah menjadi saki peristiwa
pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu ole almarhum YTM Tuanku
Abdul Rahman, Bapa Kemerdekaan Negara. Stadium yang memiliki
keupayaan 25,000 penonton dengan 10,000 tempat duduk ini terletak di Bukit
Petaling, Kuala Lumpur.

Sebelum Stadium Merdeka dibina, kawasan sekitar adalah padang golf tertua
Kuala Lumpur dan sebelum itu ialah tanah perkuburan Cina. Padang golf ini
telah ditinggalkan sejak tahun 1921. Pada tahun 1937 kawasan in dijadikan
"Coronation Park" sempena pertabalan King George ke VI sebagai Raja
England. Pada tahun 1958 ditukar menjadi Taman Tunku Abdul Rahman
sebagai memperingati dan menghormati Perdana Menteri pertama Tanah
Melayu

Menurut Or Azmy Bin Morshidi dan Mohd Bakri Jaafar (2007), pembinaan
Stadium Merdeka adalah hasil dari cetusan idea alMarhum YTM Tunku Abdul
Rahman Putra Al-Haj sejak tahun 1951 lagi apabila beliau mash lagi menjadi
Pegawai Kerajaan semasa pemerintahan British dan Presiden Persatuan
Bola Sepak Malaysia. Pada awalnya keperluan membina sebuah stadium
adalah untuk pembangunan sukan bola sepak di negara ini. Oleh yang
demikian, ketika Tunku Abdul Rahman memegang jawatan Presiden Bola
Sepak Malaya, beliau telah melipatgandakan usaha untuk mengadakan
sebuah stadium yang hebat.

Adan Nawang dan Jatswan Sidhu (1999) dalam bukunya berjudul Stadium
Merdeka dan Stadium Negara pula menyatakan bahawa berikutan pelantikan
Tunku Abdul Rahman sebagai Ketua Menteri PTM pada tahun 1955, beliau
telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Penasihat yang dipengersikan oleh
E. M.McDonald pada 15 September 1955. Jawatankuasa inilah yang telah
diberikan mandat untuk meneliti penubuhan sebuah stadium dan mengkaji
plan seta kos pembinaannya.

Kerja-kerja pembinaan seterusya dimulakan pada 25 September 1956.


Stadium ini dijangka siap menjelang pertengahan Ogos 1957. Pada 15
Februari 1957, Tunku meletakkan batu asas pembinaan stadium baru ini.
Berikutnya pada 11 Mac 1957, Tunku menubuhkan Lembaga Penguasa
(Board of Control) yang akan mengambil alih pengendalian pembinaan
stadium daripada
Jawatankuasa
Perancangan Pembinaan Stadium. Lembaga Penguasa (Board of Control)
mengambil alih pengendalian Stadium Merdeka secara rasminya pada 23
Ogos 1957, jam 10.0C pagi daripada pihak Jabatan Kerja Raya Persekutuan
Tanah Melayu. Ini dikuti dengan penubuhan sebuah Sekretariat Stadium
Merdeka yang mula beroperasi pada 24 Ogos

5
1957. Stadium Merdeka dibuka kepada orang ramai but pertama kalinya
antara 24 hingga 29 Ogos 1957. Dalam pada itu pula, Badan Penguasa
mengadakan mesyuarat pertamanya di Stadium Merdeka pada 30 gos 1957
untuk membincangkan beberapa isu. Perbincangan utamanya mengenai
perasmian Stadium Merdeka dan persiapan bagi mengadakan upacara
menyambut Kemerdekaan Tanah Melayu. Pada 30 Ogos 1957, Stadium
Merdeka yang menelan kos pembinaan sebanyak RM2.3 juta dibuka secara
rasmi oleh Tunku Abdul Rahman dan pada 31 Ogos 1957, Stadium Merdeka
menjadi tuan rumah upacara paling gemilang sekali dalam sejarah negara in
apabila kemerdekaan Tanah Melayu disambut di tempat tersebut.

(b) Secara kronologi tunjukkan kegunaan Stadium Merdeka sejak 31 ogos


1957 sehingga tahun 2003

30 ogos 1957 Upacara pembukaan Rasmi Stadium Merdeka oleh YTM Tunku Abdul
Rahman Putra al-Haj
31 ogos 1957 Perisytiharan kemerdekaan PTM oleh YTM Tunku Abdul Rahman
Putra al-Haj
1957-1995 Sambutan Kemerdekaan Negara
Stadium Merdeka yang penuh bersejarah ini dulunya pernah menjadi
1957-1994 stadium tuan rumah bagi pasukan bola sepak Selangor selama 38
tahun
1959-2001 Pesta Bola Merdeka dilangsungkan setiap tahun
1960 Majlis Tilawah Al-Quran Antarabangsa kali pertama
1965 Southeast Asian Peninsular Games
1971 Southeast Asian Peninsular Games
1977 Menjadi tuan rumah sukan SEA
1979 Menjadi tuan rumah sukan SEA
1979 Perlawanan tinju di antara Muhammad Ali menentang Joe Bugner
1989 Southeast Asian Games
1996 Michael Jackson, History World Tour 27 dan 29 oktobor
1999 The Malaysia Cup final between Sarawak and Brunei
2002 Kelly Chen, Dynacarnival world tour
2003 Beyond 20th Anniversary World Tour Live 03
2003 Linkin Park, Meteora World Tour

(c) Nilaikan mengapakah perlunya kita memelihara warisan


kebangsaan seperti bangunan Stadium Negara, Stadium
Merdeka, Bangunan Sultan Abdul Samad, Tugu negara dan
sebagainya

6
Antara kepentingan memelihara warisan kebangsaan adalah menjadi daya
tarikan pelancong sama ada pelancong domestik mahupun antarabangsa.
Pengekalan bahan-bahan tinggalan penjajah telah menggamit hati para
pelancong untuk melihat sendiri tentang keunikan ciptaan masyarakat
terdahulu. Senario ini dapat dibuktikan menerusi peningkatan bilangan
pelancong di bandar warisan seperti Georgetown, Melaka dan Kota Bahru
yang amat ketara dalam tempoh 1990 ningga
1997. Ini bermakna, warisan kebangsaan merupakan salah satu penyebab
utama industri pelancongan begitu rancak sekaligus menyumbang kepada
peningkatan ekonomi negara.

Warisan negara juga dapat memupuk semangat patriotik dalam jiwa generasi
pada masa kini. Semangat ini akan lahir dengan sendirinya apabila generasi
muda dapat merasakan semangat. perjuangan pahlawan-pahlawan negara
dalam mempertahankan tanah air yang tercinta. Nama-nama pejuang yang
telah terkorban ada tercatat di Tugu Negara untuk tatapan semua. Justeru,
generasi muda tidak akan menjadi seperti kacang lupakan kulit kerana
mereka akan sentiasa mengenang jasa dan pengorbanan pejuang dalam
mempertahankan negara. Oleh itu, pemeliharaan warisan negara in sangat
penting untuk melahirkan generasi yang berjiwa patriotik dan cinta akan tanah
air.

Di samping itu, nilai seni dan estetika juga berupava dikekalkan, Bangunan-
bangunan lama seperti Steen Keretapi Kuala Lumpur mempunyai nilai seni
yang tinggi dan tidak terdapat pada bangunan-bangunan sekarang. Adan
Nawang dan Jatswan Sidhu (1996) menjelaskan bahawa seni binanya sangat
unik dan indah serta menggambarkan cita rasa arkitek pada ketika itu. Ole itu,
bangunan-bangunan lama in mungkin menjadi sumber inspirasi kepada
arkitek baharu untuk membina bangunan-bangunan yang bukan sahaja indah
malah mempunyai nilai seni yang sangat mengagumkan.

Lebih penting lagi, usaha memelihara warisan negara ini dapat mengenang
sejarah penting yang berlaku di negara kita. Bangunan lama yang diberi nafas
baru dapat mengembalikan nostalgia yang sungguh bermakna but semua.
Contohnya, Stadium Merdeka telah menjadi saki bisu terhadap kemerdekaan
negara. Laungan kemerdekaan yang diketuai oleh Y.T.M Tunku Abdul
Rahman Putra al-Haj pada 31 Ogos 1957 telah berlangsung di stadium ini.
Sekiranya bangunan ini tidak dipelinara kemungkinan besar generasi muda
akan melupakan sejarah-sejarah penting negara.

Tuntasya, masyarakat Malaysia perlu peka aka kepentingan pemeliharaan


warisan kebangsaan. Justeru, segala usaha perlu dipergiat untuk memastikan
khazanah negara ini tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Boleh
dikatakan bahawa pemeliharaan dan pengekalan warisan in dapat
mempertingkatkan imej dan identiti negara di persada dunia.

7
KESIMPULAN DAN CADANGAN
Pembinaan Stadium Merdeka bagi Tuanku Abdul Rahman adalah ibarat
mimpi yang menjadi kenyataan. Ini adalah kerana tujuan asal adalah
untuk pembangunan sukan tetapi ia dapat disiapkan untuk kegunaan
hari yang lebih bermakna dan bersejarah laitu perisytiharan
kemerdekaan Persekutuan Tana Melayu. Namun seiring dengan
peredaran waktu dan zaman, Stadium Merdeka perlu dikekalkan
sebagai satu monumen bagi memperingati peristiwa paling bersejarah
dalam negara.

Sebagai generasi muda saya amat berharap, para pemimpin mampu


mengunakan kuasa mereka dengan sebaiknya bagi mengekalkan
warisan kebangsaan in untuk tatapan generasi seterusnya. Pengekalan
stadium ini sudah pasti memudahkan pemahaman dan penjelasan
peristiwa yang pernah dilangsungkan dengan gilang-gemilang. Selain
itu ia dapat memberi peluang generasi muda menjiwai semangat
patriotik yang pernah subur ketika itu.

RUJUKAN
a. Internet
1. https://bm.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=26
429&extra=&ordertype=1&mobile=2
2. https://www.iproperty.com.my/lifestyle/kisah-5-binaan-
bersejarah-malaysia-yang-tidak-diketahui-ramai/
3. https://www.scribd.com/doc/268805534/Kepentingan-
Memelihara-warisan-Negara

b. Buku
1. Dr. Azmi Morsidi dan Mohd Bakari, 2007. Menjejak
Warisan Kita. Kuala Lumpur. Perpustakaan Negara
Malaysia
2. Adnan Haji Nawang dan Jatswan S. Sidhu, 1999. Stadium
Merdeka & Stadium Negara; Meniti Sejarah Kegemilangan.
Kuala Lumpur: Perbadanan Stadium Merdeka

c. Akhbar
1. New Strait Time, 31 August 2015, hal 8

d. Lain-lain
1. https://www.youtube.com/watch?v=-JGgo1qKoSU
2. https://www.youtube.com/watch?v=HM-1Jq52A5M
8
LAMPIRAN

You might also like