You are on page 1of 14

1.

0 PROSES AWAL

1.1 Penghargaan

Bismilllahirahmanirrahim , di sini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada


semua pihak yang telah terlibat dalam penghasilan Kajian Kes Sejarah Tingkatan 5 ini
sama ada secara langsung ataupun secara tidak langsung .

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru
bimbingan subjek Sejarah saya iaitu Puan Juliana yang bertungkus lumus membantu
saya dan rakan-rakan yang lain dalam proses menyiapkan kajian kes Sejarah ini. Jika
tiada bimbingan beliau , mustahil saya dan rakan-rakan dapat menyiapkan tugasan ini
dengan sempurna dan tepat pada masanya.

Seterusnya , ucapan terima kasih juga ditujukan kepada kedua ibubapa yang
amat saya kasihi iaitu Abdul Rahim Bin Ghazali kerana tanpa sokongan darinya mungkin
saya tidak mampu meneruskan tugasan Sejarah ini . Juga kepada rakan-rakan yang telah
menunjuk ajar dan memberikan banyak nasihat di sepanjang proses penyiapan kajian
kes ini.

Akhir sekali, terima kasih sekali lagi kepada semua pihak yang banyak
membantu saya dalam pelbagai aspek untuk menyiapkan tugasan Sejarah ini.
1.2 OBJEKTIF KAJIAN
(a) Menjelaskan sejarah idea pembentukan Malaysia pada akhir abad ke-19 oleh British dan
penduduk tempatan.

(b) Membuktikan reaksi tempatan dan negara jiran terhadap pembentukan Malaysia

(c) Menerangkan secara kronologi langkah-langkah pembentukan Malaysia

(d) Menyenarikan kepentingan amalan muafakat dalam menjayakan sesuatu misi


1.3 KAEDAH KAJIAN
Bagi menyempurnakan kajian kes sejarah ini, terdapat beberapa kaedah kajian yang telah saya
lakukan bagi memastikan fakta-fakta yang bakal saya berikan adalah tepat, sahih dan terperinci.
Oleh itu, terdapat tiga jenis kaedah kajian yang telah digunakan, iaitu:

(a) Rujukan Internet


Dengan menggunakan kaedah rujukan internet ini, ia bermaksud saya telah membuat rujukan
dengan meneliti dan mencari maklumat melalui jaringan internet. Pelbagai dokumen-dokumen
yang terdapat di dalam internet telah saya terokai. Saya telah mencatat maklumat yang
diperlukan dan menganalisis serta mengkaji beberapa fakta yang telah diperoleh untuk
memastikan kesahihannya.

(b) Bacaan Ilmiah


Melalui kaedah ini, saya telah merujuk Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 yang telah banyak
membantu dari segi pencarian maklumat. Saya juga ada merujuk beberapa buah buku rujukan
untuk memantapkan lagi kajian kes ini.

(c) Tontonan Video


Saya telah melayari internet dan melihat beberapa buah video mengenai tajuk kajian kes
yang telah diberikan dan mendapati lebih banyak maklumat baru yang dapat dimiliki. Oleh itu,
saya telah menggunakan kemudahan yang ada untuk menyiapkan serta menyelesaikan kajian kes
ini dengan sebaik mungkin.
1.4 SUMBER KAJIAN
1) Internet
Saya telah melayari internet dan menemui beberapa laman sesawang seperti
https://news.ump.edu.my/experts/manfaat-penubuhan-malaysia-16-september-19633 untuk
mendapatkan maklumat tambahan tentang manfaat pembentukan Malaysia dan juga
http://noteform12345.blogspot.com/2018/02/kelebihan-kelebihan-mengamalkkan-sikap.html
untuk mengetahui lebih lanjut tentang sikap permuafakatan.

2) Buku Ilmiah
Buku telah menjadi bahan rujukan utama saya dalam menyiapkan kajian kes ini dan saya telah
menggunakan bahan seperti Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 KSSM yang berjaya memberi saya
pelbagai maklumat yang berguna dan tepat. Selain itu, saya turut merujuk buku rujukan iaitu
buku FOCUS Sejarah SPM Tingkatan 5 untuk memantapkan lagi maklumat yang telah saya
peroleh dengan menambah lebih banyak maklumat serta pengetahuan baharu.

3) Video
Selain melawati beberapa laman sesawang dan menggunakan buku, saya telah mendapati
dengan menonton video di beberapa aplikasi seperti youtube banyak membantu dalam
menambahkan keyakinan saya dalam memberi fakta buat kajian kes ini. Video seperti
https://youtu.be/Nou-AzWIAOA telah membuatkan saya lebih memahami proses pembentukan
Malaysia dan memberikan banyak maklumat baharu yang tidak pernah diketahui.
2.0 PERANCANGAN AWAL

2.1 Tajuk Tugasan : Pembinaan Negara ( Gagasan Pembentukan


Malaysia)

2.2 Pengenalan
Pembentukan Malaysia pada peringkat awalnya terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu,
Sarawak, Sabah dan Singapura. Pembentukan ini merupakan peristiwa penting dalam sejarah
negara. Pembentukan Malaysia menimbulkan pelbagai reaksi daripada penduduk tempatan dan
negara jiran. Oleh itu, beberapa lanhgkah dibuat untuk menjayakan usaha pembentukan Malaysia
termasuklah menangani konfrontasi.
Kemedekaan Persekutuan Tanah Melayu kemudiannya disusuli oleh pembentukan Malaysia
melahirkan negara ini sebagai sebuah negara yang berdaulat. Pembentukan Malaysia
memperlihatkan kerjasama tokoh dari Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak, Sabah dan
Singapura dalam rundingan dengan kerajaan British. Kesepakatan antara semua pihak ini
menzahirkan pembentukan Malaysia dan kemudiannya terbentuklah Perlembagaan Persekutuan
Malaysia 1963.
Idea gagasan Malaysia ialah konsep yang menggabungkan beberapa bekas tanah jajahan
British di Asia Tenggara. Antara idea lain yang pernah dilahirkan termasuklah Melayu Raya oleh
gerakan nasionalis sebelum Perang Dunia Kedua yang mahu mendapatkan kemerdekaan wilayah
Alam Melayu daripada kuasa penjajah British, Belanda dan Amerika Syarikat. Walau
bagaimanpun, idea ini tidak dapat dilaksanakan.
Bagi pihak pegawai British,mereka mengemukakan idea penyatuan wilayah penguasaan
British di Asia Tenggara dalam satu sistem pentadbiran dan ekonomi. Langkah ini bertujuan
memudahkan pentadbiran pihak British.
Idea gagasan Malaysia yang dicadangkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj ialah
penggabungan Persekutuan Tanah Melayu dengan Sarawak, Sabah, Singapura dan Brunei untuk
merdeka dalam satu sistem Kerajaan Persekutuan.
3.0 PELAPORAN

3.1 Jelaskan sejarah idea pembentukan Malaysia pada akhir abad


ke-19 oleh british dan penduduk tempatan
Idea pembentukan Malaysia pada akhir abad ke-19 melibatkan pihak British dan penduduk
tempatan. Bagi kronologi idea pembentukan Malaysia dalam kalangan pegawai British, ia
bermula pada tahun 1887 apabila cadangan dikemukan oleh Lord Brassey, Pengarah Syarikat
Berpiagam Borneo Utara. Beliau mencadangkan untuk menggabungkan Sarawak, Sabah, negeri
Melayu dan NNS supaya menjadi suatu tanah jajahan yang besar.
Apabila Perang Dunia Kedua tamat, Sir Malcolm MacDonald mencadangkan
penggabungan tanah jajahan British di Asia Tenggara bagi memebentuk satu entity politik dan
ekonomi. Ia bertujuan untuk menyesuaikan rancangan dekolonisasinya. Oleh itu, pada tahun
1951, Sir Malcolm MacDonald mengadakan perbincangan dengan Dato’ Onn Jaafar, iaitu
pemimpin UMNO dan juga ahli Majlis Perundangan Persekutuan berkaitan usaha penggabungan
Tanah Melayu, Singapura dan wilayah Borneo
Namun, pada tahun 1952, Sir Gerald Templer iaitu Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah
Melayu meminta supaya penggabungan tersebut disegerakan bagi tujuan keselamatan. Dengan
itu, pada tahun 1960, dengan persetujuan daripada mesyuarat antara pegawai tinggi British di
Borneo, penggabungan tersebut dipercepatkan.
Akhir sekali, juga pada tahun 1960, Sir Geofroy Tory, Pesuruhjaya Tinggi British di
Persekutuan Tanah Melayu mencadangkan penyatuan Persekutuan Tanah Melayu dengan
Singapura atas kepentingan ekonomi. Cadangan ini mendapat sokongan Pejabat Kolonial.
Manakala, pembentukan Malaysia melalui penduduk tempatan bermula pada tahun 1906
apabila majalah Al-Imam menggesa penyatuan raja dan orang Melayu dalam pendidkan dan
pembangunan ekonomi di Alam Melayu.
Pada tahun 1938, konsep Melayu Raya dipperjuangkan oleh nasionalis Tanah melayu
seperti Ibrahim Haji Yaakob dan lain-lain. Ia telah bermula sejak sebelum perang Dunia Kedua
dengan idea untuk menggabungkan Tanah Melayu dengan Indonesia. Namun, idea mereka tidak
berhasil apabila Presiden Soekarno mengisytiharkan kemerdekaan Indonesia pada tahun 1945
tanpa melibatkan Tanah Melayu.
Seterusnya, pada tahun 1955, Tunku Abdul Rahman dalam ucapannya di Persidangan
Agung UMNO telah mencadangkan supaya Singapura, Sarawak, Sabah dan Brunei menyertai
Persekutuan Tanah Melayu. Pada tahun 1958 pula, Datu Mustapha Datu Harun iaitu pemimpin
Sabah telah menyatakan minatnya kepada Tunku Abdul Rahman untuk membawa Sabah
bergabung dalam Persekutuan Tanah Melayu.
Akhir sekali, Tunku Abdul Rahman memaklumi Lord Perth pada 10 Jun 1960 bahawa beliau
berminat untuk bergabung dengan Sarawak, Sabah, Brunei dan Singapura
3.2 Buktikan reaksi tempatan dan negara jiran terhadap
pembentukan Malaysia .
Pembentukan Malaysia mendapat reaksi daripada pemimpin dan juga penduduk di Persekutuan
Tanah Melayu, Sarawak, Sabah, Singapura dan Brunei. Di Persekutuan Tanah Melayu, ia bermula dengan
sambutan yang baik daripada penduduk dan parti politik. Parti politik secara prinsipnya bersetuju dan
menerima cadangan pembentukan Malaysia, walaupun wujud perbezaan pemdapat dalam
melaksanakannya dan Tunku Abdul Rahman mendapat sokongan UMNO berkaitan dengan rancangan
pembentukan Malaysia.
Seterusnya, bagi penduduk di Sarawak, mereka terbahagi kepada tiga reaksi iaitu pihak yang
menyokong, pihak yang menentang dan pihak yang menentang kemudian menyokong. Bagi yang
menyokong, contohnya seperti BERJASA iaitu pimpinan Datuk Patinggi Abdul Rahman Ya’kub dan
Datu Tuanku Haji Bujang Tuanku Othman menyokong pembentukan Malaysia. Pihak yang menentang
terdiri daripada SUPP yang dipimpin oleh Ong Kee Hui dan SNAP yang diketuai oleh Stephen Kalong
Ningkan menentang cadangan pembentukan Malaysia ini. Manakala, pihak yang awalnya menentang dan
kemudian menyokong terdiri daripada SNAP yang kemudiannya menyokong berdsarkan cadangan
Jawatankuasa Setia Kawan Malaysia (JSKM)
Bagi penduduk di Sabah, mereka terbahagi kepada dua jenis reaksi iaitu pihak yang menyokong dan
yang menentang. Bagi yang menyokong, mereka terdiri daripada UNKO, USNO, Pasok Momogun dan
SCA. Bagi USNO, mereka telah menyokong idea pembentukan Malaysia ini sejak awal lagi. Sebaliknya,
bagi yang menentang, mereka menginginkan kemerdekaan yang berasingan untuk membentuk Kesatuan
Negeri-negeri Borneo yang merdeka. Oleh itu, terbentuklah Barisan Bersatu untuk mencabar rancangan
pembentukan Malaysia. UNKO yang pada awalnya menyokong akhirnya bertukar pendapat dan
menyokong Barisan Bersatu.
Pemimpin dan penduduk Singapura turut memberikan reaksi terhadap pembentukan Malaysia. PAP
yang didpimpin Lee Kuan Yew menyambut baik rancangan ini. Golongan pedagang dan pengusaha
industri juga menyokong rancangan pembentukan Malaysia kerana ia membuka peluang pasaran yang
lebih luas. Pada masa yang sama juga, Parti Rakyat Singapura menentang rancangan ini. Baringan
Sosialis juga menentang penggabungan tersebut kerana menganggap pembentukan Malaysia sebagai
penjajahan baharu.
Reaksi dari penduduk tempatan yang terakhir ialah daripada Brunei yang juga mengutarakan pelbagai
reaksi. Sultan Brunei menunjukkan sokongan baginda dan mengalu-alukan pembentukan Malaysia.
Rakyat Brunei pada awalnya menerima gabungan ini, namun begitu, mereka mahu mencapai
kemerdekaan dahulu. Manakala, Parti Rakyat Brunei yang dipimpin A.M Azahari menentang
pembentukan Malaysia kerana mahu menggabungkan Sarawak, Sabah, Brunei dan Kalimantan. Selain
itu, Brunei juga khuatir akan kehilangan sebahagian besar kekayaan mereka dengan penggabungan
tersebut.
Seterusnya, bagi reaksi negara jiran iaitu daripada Indonesia, Filipina dan Thailand yang mempunyai
penerimaan yang berbeza-beza. Bagi Indonesia, mereka menerima rancangan pembentukan Malaysia dan
mengalu-alukan pembentukan Malaysia. Namun, Filipina menentang pembentukan Malaysia kerana
mereka mahu menuntut wilayah Sabah. Akhir sekali, kerajaan Thailand memberikan reaksi yang positif
dan menerima idea pembentukan Malaysia kerana ia dianggap memperkuat usaha ke arah keamanan
rantau Asia Tenggara.
3.3 Buktikan secara kronologi langkah-langkah Pembentukan Malaysia
Langkah pembentukan Malaysia dimulakan dengan mengadakan beberapa siri lawatan iaitu bermula
dengan Tuku Abdul Rahman mengadakan lawatan ke Sarawak dan Brunei untuk meninjau dan bertemu
dengan pemimpin tempatan bagi menerangkan rancangan pembentukan Malaysia. Seterusnya, kerajaan
Persekutuan Tanah Melayu mengatur lawatan pemimpin Sarawak dan Sabah ke Persekutuan Tanah
Melayu. Oleh itu, pada Ogos 1962, mereka telah hadir untuk meninjau kemajuan di Persekutuan Tanah
Melayu. Siri lawatn diteruskan dengan lawatan Tunku Abdul Rahman ke Sarawak dan Sabah pula.
Lawatan rombongan Dr. Burhanuddin al-Helmi dan Ghafar Baba ke Sarawa dan Sabah menunjukkan
terdapatnya kesepakatan dalam kalangan ahli politik Tanah Melayu.
Langkah pembentukan Malaysia yang kedua ialah pembentukan JSKM semasa Persidangan Ahli-ahli
Parlimen Komanwel di Singapura. JSKM ini ditubuhkan dengan tujuan untuk meyakinkan penduduk
Sarawak dan Sabah tentang pembentukan Malaysia. Mereka juga perlu mengumpulkan pandangan
tentang Malaysia dan menyebarkan maklumat berkaitan tentang Malaysia. Jawatankuasa ini memainkan
peranan penting dalam memberikan kefahaman kepada pemimpin tempatan dan mendapatkan sokongan
terhadap pembentukan Malaysia.
Seterusnya ialah referendum Singapura iaitu rundingan antar kerajaan Persekutuan Tanah Melayu
demgan Singapura yang diadakan dan memperoleh persetujuan penyertaan Singapura ke dalam Malaysia.
Referendum ini diadakan pada awal bulan September 1962 menyatakan bentuk pilihan Singapura
menyertai Malaysia. Keputusan referendum mendapati rakyat Singapura bersetuju untuk bergabung
membentuk Malaysia seperti syarat yang ditetapkan oleh kerajaan Singapura dan Persekutuan Tanah
Melayu.
Langkah pembentukan Malaysia diteruskan dengan rundingan London iaitu rundingan berhubung
dengan pembentukan Malaysia diadakan di London antara Persekutuan Tanah Melayu dengan kerajaan
British. Hasil daripada rundingan tersebut ialah kedua-dua kerajaan bersetuju agar ditibuhkan sebuah
suruhanjaya bagi meninjau reaksi penduduk Sarawak dan Sabah.
Hasil daripada rundingan di London itu, lahirlah Suruhanjaya Cobbold yang mempunyai wakil yang
dilantik oleh kerajaan British dan Persekutuan Tanah Melayu. Suruhhanjaya ini melawat 35 buah pusat
lawatan iaitu 20 di Sarawak dan 15 di Sabah. Pada Jun 1962, Suruhanjaya Cobbold menyerahkan laporan
kepada kerajaan British dan Persekutuan Tanah Melayu uang menyatakan bahawa dua pertiga penduduk
menyokong pembentukan Malaysia. Selain itu, mereka juga mengesyorkan Perlembagaan Persekutuan
Tanah Melayu 1957 dijadikan asas Perlembagaan Persekutuan yang baharu.
Akhir sekali, langkah pembentukan Malaysia diakhiri dengan pembentukan Jawatankuasa Antara
Kerja (JAK). Penubuhan JAK ini adalah bertujuan untuk menyediakan rangka perlembagaan dan
membentuk keperluan melindungi kepentingan Sarawak dan Sabah. JAK terbahagi kepada lima
jawatankuasa kecil iaitu Perlembagaan, Kewangan, Perkhidmatan Awam, Perundangan dan Kehakiman
dan Organisasi Jabatan. JAK mengusulkan 18 perkara bagi Sarawak dan 20 perkara bagi Sabah yang
perlu dimasukkan ke dalam Perlembagaan Persekutuan. Antara perkara yang menjadi teras utama dalam
perlembagaan termasuklah Islam sebagai agama Persekutuan Malaysia tetapi dikecualikan kepada
Sarawak dan Sabah.
3.4 Mengapakah amalam muafakat itu penting dalam menjayakan
sesuatu misi ?.Buktikan .
Permuafakatan adalah suatu perkara yang penting dalam memupuk perpaduan. Perpaduan
yang kukuh pula mendorong dalam menjayakan suatu misi selaras dengan tajuk kajian kes kali
ini iaitu pembentukan Malaysia, di mana pelbagai pihak perlu bersama-sama bekerjasama untuk
membentuk sebuah negara yang berjaya, aman dan makmur. Sesebuah negara yang teguh
permuafakatan dan perpaduannya dalam kalangan rakyat akan mudah menerima pengiktirafan
sebagai sebuah kerajaan yang berdaulat, digeruni serta disegani oleh sahabat dan lawan.
Oleh yang demikian, amalan permuafakatan perlulah diutamakan dalam perlaksanaan suatu
misi agar hasil daripada kejayaan mahupun kegagalan tersebut tidak melahirkan sebuah
ketegangan dalam hubungan di antara pihak yang terlibat. Sebagai contoh, dalam usaha
pembentukan Malaysia, pihak Persekutuan Tanah Melayu mengambil langkah yang bijak dengan
mengadakan beberapa siri lawatan terlebih dahulu bagi memperoleh kepercayaan dan
meyakinkan pihak Sarawak dan Sabah bahawa cadangan untuk bergabung adalah suatu idea
yang bernas. Di sini, kita dapat melihat bahawa tiada sebarang pergolakan atau pergaduahn yang
berlaku malah ianya berjalan dengan lancar tanpa perlu melibatkan senjata kerana wujudnya
amalan muafakat.
Selain itu, amalan muafakat penting dalam menjayakan sesuatu misi kerana ia dapat
menjamin hasil yang diperoleh dipersetujui dan diterima semua pihak. Konsep syura perlulah
diamalkan oleh setiap organisasi tidak mengira bangsa atau agama kerana ia terbukti mampu
membawa kepada satu keputusan yang adil dan sempurna. Seperti dalam misi pembentukan
Malaysia, ia dilakukan dengan teratur dan melibatkan semua pihak. Penduduk yang terlibat
diberi peluang untuk menyuarakan pandangan mereka bagi menjaga kepentingan bersama.
Dengan itu, terbuktilah bahawa kita perlu menjaga kesepakatan agar kestabilan negara terjaga.
Imtihannya, permuafakatan dan perpaduan dalam kalangan pemerintah dan masyarakat
amatlah penting dalam menjayakan sesuatu misi kerana ia akan mewujudkan hubungan timbal
balik di mana kerajaan akan mewujudkan suasana yang aman dan harmoni serta menyediakan
kemudahan dan keperluan kepada rakyat. Manakala, kita sebagai rakyat yang bertanggungjawab
perlulah akur dengan arahan pemerintah yang tidak lain tidak bukan adalah untuk kepentingan
kita bersama.
3.5 Adakah pembentukan Malaysia ini memberikan banyak
manfaat ? Berikan hujah anda .
Tidak dinafikan lagi, penubuhan Malaysia yang merangkumi Malaysia, Sabah dan Sarawak telah
berjaya membentuk sebuah negara yang aman dan bebas dari pengaruh dan anasir luar khususnya
komunis. Komunis adalah musuh utama negara sebelum kemerdekaan dan awal kemerdekaan. Bagi
mengelakkan pengaruh komunis terus berleluasa, kerajaan Tanah Melayu pada waktu itu melihat
penggabungan Sabah dan Sarawak serta Singapura dapat menyelesaikan masalah ini. Setelah Malaysia
ditubuhkan, masalah ini telah dapat diatasi sedikit demi sedikit dan ekoran daripada usaha kerajaan,
keamanan telah dapat diwujudkan.
Seterusnya, penubuhan Malaysia sesungguhnya telah memberi banyak manfaat kepada penduduk di
Sabah dan Sarawak. Nikmat yang paling berharga bagi kedua-dua buah negara ini bermulanya dengan
pembebasan daripada naungan British. Tanah Melayu secara tidak langsung telah membantu
memerdekakan Sabah dan Sarawak. Dengan ini, penubuhan Malaysia sebenarnya melakar sejarah apabila
sebuah negara yang kecil telah membantu negara yang besar untuk memperoleh kemerdekaan dan bebas
daripada cengkaman British. Ekoran daripada ini juga telah wujud satu negara bangsa yang besar
merangkumi Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Dengan pembentukan negara bangsa yang besar ini ia
juga telah berjaya menyeimbangkan nisbah penduduk yang terdiri daripada pelbagai agama, budaya dan
bangsa.
Percantuman antara Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak juga telah berjaya menyatupadukan seluruh
bangsa dan kaum sehingga terbentuknya satu budaya yang sangat unik di bawah satu payung. Ini
bermakna, Malaysia telah muncul sebagai antara negara yang sangat kaya dengan keunikan budaya, adat
resam, kepercayaan dan gaya hidup. Lihatlah kesannya kepada Malaysia sekarang yang mana ia telah
berjaya menarik pelancong daripada dalam dan luar negara untuk melihat sendiri gaya hidup masyarakat
yang mempunyai budaya yang unik ini. Amat sukar untuk melihat kepelbagaian budaya dan etnik dalam
satu negara, tetapi di Malaysia anda dapat melihat semua ini. Ini merupakan sumbangan yang besar hasil
penubuhan Malaysia kerana kini Malaysia telah dikenali di seluruh dunia.
Selain itu, Malaysia merupakan negara yang terdiri daripada masyarakat majmuk, kaya dengan
budaya dan adat resam serta kaum dan bangsa yang berbagai-bagai. Secara praktisnya, amat sukar untuk
menyatupadukan kaum yang berbeza agama, budaya dan cara hidup. Tetapi dengan penubuhan Malaysia,
perpaduan rakyat dapat dilaksanakan dan direncanakan hasil kepimpinan pemerintah terdahulu.
Perpaduan adalah asas penting kepada pembangunan ekonomi dan sosial sesebuah negara. Justeru,
penubuhan Malaysia sebenarnya bukan sahaja dapat menyatupadukan rakyat, malahan telah membentuk
satu rumpun bangsa yang bersatu padu dalam satu acuan yang besar iaitu Malaysia. Tidak keterlaluan jika
dikatakan Malaysia telah dijadikan contoh oleh negara maju sebagai sebuah negara yang berjaya
menguruskan perpaduan kaum dan masyarakatnya.
Akhir sekali, dengan penubuhan Malaysia, telah terbentuklah satu negara yang besar dan disegani
oleh kawan dan lawan. Dengan penggabungan ini, lahirlah sebuah negara pelbagai bangsa dengan nama
Malaysia yang gah dan masyhur serta ekonomi yamg kukuh dan politik yang sukar ditandingi. Apabila
menjadi sebuah negara yang besar, mantap dari segi sosiopolitik maka sudah tentu ia menjadi perhatian
seluruh dunia dan masyarakat perlulah bersama berganding bahu bersama mengekalkan kekayaan dan
keamanan yang telah dikecapi ini

4.0 KESIMPULAN

4.1 Rumusan tentang keadaan Malaysia pada awal abad ke-20 dan
pada masa ini.
Abad ke-20 bermula dari 1 Januari 1901 sehingga 31 Disember 2000. Ini bermakna, pada
sepanjang abad ke-20 ini, Tanah Melayu telah melalui pelbagai perubahan sehingga dikenali
sebagai sebuah negara yang aman dan makmur pada masa kini iaitu Malaysia. Pada awal abad
ke-20, idea gagasan Malaysia telah dikemukakan. Idea gagasan Malaysia yang dikemukakan
oleh British adalah untuk menyatukan wilayah penguasaan British dalam satu pentadbiran dan
ekonomi untuk memudahkan pentadbiran. Namun, idea gagasan Malaysia yang dicadangkan
oleh Tunku Abdul Rahman adalah untuk menggabungkan Persekutuan Tanah Melayu dengan
Sarawak, Sabah, Singapura dan Brunei agar mereka merdeka dalam satu sistem Kerajaan
Persekutuan.
Malaysia yang aman dan makmur pada masa kini adalah berpunca daripada usaha dan titik
peluh pejuang dan pemerintah pada tahun-tahun terdahulu. Tanah Melayu yang asalnya dikuasai
oleh pengaruh British telah berjaya memperoleh kemerdekaan dan berdiri dengan sendirinya
tanpa campur tangan kuasa lain. Manakala, Malaysia pada masa kini adalah suatu negara yang
berkembang maju dan rakyat tidak perlu risau tentang masalah ekonomi mahupun politik kerana
semuanya berada dalam keadaan yang terkawal dan diuruskan sepenuhnya oleh pihak kerajaan.
Seterusnya, seperti yang diketahui umum, Tanah Melayu suatu ketika dahulu pernah
didatangi dan diserang oleh pihak komunis dan juga Jepun di mana ianya telah menyebabkan
pelbagai jenis kerosakan dan menyebabkan kesengsaraan hidup rakyat. Namun yang demikian,
dengan wujudnya para pejuang dan parti politik yang berani serta berhati cekal, kesemua
rintangan tersebut dapat ditempuh demi kebahagiaan dan kemerdekaan negara. Oleh itu, rakyat
Malaysia pada masa kini, dilarang sama sekali untuk tidak mempunyai persaan berterima kasih
kepada pejuang negara kerana disebabkan mereka kita mampu hidup dalam keselesaan yang
sukar dikecapi mereka dahulu.
Sebagai penutup, kita semua perlulah beringat untuk menjadi seorang rakyat Malaysia yang
bertanggungjawab kerana masa hadapan negara terletak di tangan kita. Kerajaan memerlukan
bantuan rakyat untuk mewujudkan sebuah kawasan yang aman kerana permuafakatan merupakan
prinsip yang peling penting dalam menghidupkan keharmonian dan mengelakkan peperangan.
5.0 RUJUKAN
1. Dr. Mohd bin Samsudin, Dr. Azharudin bin Mohamed Dali, Ridzuan bin Hasan dan Ishak bin
Saidoo (2020), Buku Teks Sejarah Tingkatan 5, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
2. Nazril Aiman, Masariah Mispari, Ahmad Mustapha, Dr. Mahdi Shuid dan R. Sivakumar
(2021), FOCUS Sejarah SPM Tingkatan 5, Selangor: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd
3. https://news.ump.edu.my/experts/manfaat-penubuhan-malaysia-16-september-1963
4. http://noteform12345.blogspot.com/2018/02/kelebihan-kelebihan-mengamalkkan-sikap.html
5. https://youtu.be/Nou-AzWIAOA
6.0 LAMPIRAN

You might also like