You are on page 1of 9

PERJANJIAN BANGKOK

Perjanjian Bangkok (9 Julai 1909)

Perjanjian Bangkok 1909 telah membawa


kepada penguasaan sepenuhnya kuasa
British di Kedah, Perlis, Kelantan dan
Terengganu melalui pembentukan Sistem

Penasihat British.

Sebab Sebab Perjanjian Bangkok ialah:

1.

Pakatan Inggeris Perancis 1904

Pakatan ini telah menamatkan permusuhan di antara inggeris


dengan Perancis di Siam. Pakatan ini juga sekali gus meletakkan
harapan Inggeris bahawa campur tangan mereka di negeri
negeri Melayu Utara tidak akan membahayakan kepentingan

mereka di Siam.
2.

Bimbang campur tangan Jerman.

Tahun 1906, Siam bercadang membina jalan kereta api yang


menghubungkan Bangkok dengan Kedah atas bantuan modal
dan buruh Jerman. Inggeris mulai mengesyaki kemungkinan
berlakunya campur tangan Jerman di Kedah.

3.

Negeri Melayu Utara tidak menguntungkan Siam.

Siam mula menyedarai bahawa pemerintah di Negeri negeri


Melayu Utara tidak senang dengan penguasaan Siam di negeri
mereka.

Tambahan

pula

negeri

negeri

tersebut

tidak

mendatangkan keuntungan kepada Siam. Malah Siam terpaksa


memberi pinjaman wang kepada

Kedah berjumlah SP$2 juta

atas sikap boros pemerintahnya selepas tahun 1904. Tindakan


tersebut menjadikan Siam menghadapi krisis kewangan yang
serius. Justeru itu, Siam berhasrat menyerahkan Negeri negeri
Melayu Utara kepada Inggeris dengan syarat Inggeris bersetuju
memansuhkan wilayah asingan di Siam yang diperolehi dari Siam
dalam Pejanjian Bowring pda tahun 1855.

Rundingan telah diadakan di Bangkok antara wakil wakil


kerajaan Inggeris dan Siam. Akhirnya persetujuan telah dicapai
pada 9 Julai 1909 di antara Inggeris dan Siam ( Raja Rama V
iaitu Raja Chulalongkorn ) yang dikenali sebagia Perjanjian
Bangkok.

Menurut Pejanjian Bangkok 1909:

1.

Siam bersetuju menyerahkan Perlis, Kedah, Kelantan dan

Terengganu kepada Inggeris.


2.

Inggeris menyerahkan hak wilayah asingannya (extra teritorial


rights) di Siam.

3.

Kerajaan Inggeris di Tanah Melayu memberi pinjaman wang


kepada Siam berjumlah $4 juta untuk membina jalan kereta api
yang menghubungkan Bangkok dengan negeri negeri Melayu
Utara.( Kedah )

4. Hutang hutang Negeri Negeri Melayu Utara ditanggung oleh


Kerajaan Inggeris.

Melalui Perjanjian Bangkok, Inggeris telah berjaya


memantapkan kuasa mereka di Tanah Melayu,
khususnya Negeri - Negeri Melayu Utara.

Dengan itu terbentuklah Sistem Penasihat Inggeris


apabila keempat empat buah negeri tersebut bersetuju
menerima penasihat Inggeris di negeri mereka.
Penasihat Inggeris akan bertugas menasihati Sultan
dalam semua perkara kecuali berkaitan dengan agama
Islam dan Adat Istiadat orang Melayu.

Pada

tahun

1910,

Kelantan

menerima

penasihat

Inggeris iaitu J.S Mason, diikuti oleh Johor pada tahun


1914 apabila Maharaja Abu Bakar menerima D.G
Campbell sebagai penasihat Inggeris. Terengganu
hanya bersetuju menerima wakil British iaitu W.L Conlay
dengan kuasa terhad. Akhirnya pada tahun 1919, Sultan
Terengganu iaitu Sultan Muhammad Syah II telah
bersetuju

menerima

penasihat

Inggeris

iaitu

J.L

Humphreys. Pemerintah Kedah iaitu Sultan Abdul


Hamid Halim Syah bersetuju menerima W. Peel sebagai
penasihat Inggeris pada tahun 1923 dan L.A Allen
diterima sebagai penasihat Inggeris di Perlis

Oleh itu menjelang tahun 1919, seluruh negeri

Melayu telah menerima pengaruh Inggeris dan


pada tahun 1930, semua negeri di Tanah
Melayu telah menerima Penasihat dan Residen
Inggeris dengan rasminya. Pada masa yang
sama, hubungan antara Negeri negeri Melayu

dengan Siam telah terputus sama sekali.

Terima Kasih
Pembentangan Ini Dibuat Oleh
ZUL
UMAR
IZRUL
SHAH

You might also like