You are on page 1of 6

FILEM ASING

Pengenalan

Filem merupakan media penghibur yang


berupaya menjadi pendidik bagi masyarakat
melalui jalan cerita yang digarap serta sebagai
medium untuk mengajak penonton berfikir.

Tidak dapat dinafikan bahawa kemasukan filem


asing mempunyai kesan positif dan negatif
kepada industri perfileman tempatan dan juga
masyarakat di Malaysia.

Faktor Kemasukan Filem Asing

Malaysia mengamalkan sistem pasaran bebas


dalam kemasukan filem asing kecuali filem-filem
yang gagal melepasi tapisan LPF.

Oleh itu,pengedar filem bebas membawa masuk


filem dari mana-mana negara.

Dari satu segi menunjukkan kerajaan mengambil


pendekatan liberal dengan membenarkan rakyat
menilai sendiri kesesuaian filem yang hendak
ditonton.

Kesan Positif

Mewujudkan persaingan yang sihat dalam penggiat seni


tempatan sekali gus dapat meningkatkan mutu industri perfileman
tempatan.

Menjadikan mereka lebih berdaya saing di peringkat


antarabangsa

Penggiat seni tempatan dapat mencontohi kualiti yang mereka


miliki terutamanya dari segi gaya penceritaan,mutu skrip yang
bagus dan lakonan yang mantap.

Berdasarkan statistik Kementerian Penerangan Komunikasi dan


Kebudayaan , sebanyak 25 buah filem tempatan sahaja yang
dikeluarkan pada 2008 berbanding filem dari luar negara yang
mencatatkan pengeluaran lebih dari 100 buah pada tahun yang
sama.

Kesan Negatif

Filem tempatan perlu bersaing dengan filem-filem yang


dihasilkan dengan kos puluhan atau ratusan juta ringgit,
terutamanya dari Hollywood yang telah lama
mendominasi industri filem tempatan.

Menampakkan kelemahan dan kekurangan kualiti filem


tempatan terutamanya mengenai jalan penceritaan yang
lebih tertumpu kepada genre sama seperti seram dan
komedi,manakala sasaran penontonnya pula terhad
kepada bangsa-bangsa tertentu sahaja.

Kebanyakan filem import membawa budaya dan


norma yang bertentangan dengan budaya
tempatan.Hal ini boleh memberikan kesan negatif
terhadap penonton terutamanya terhadap
golongan remaja.

Merosakkan penggunaan bahasa Melayu kerana


masyarakat telah terpengaruh dengan bahasa
asing.Contohnya,pengaruh bahasa Inggeris
dicampuradukkan dengan bahasa kebangsaan
dalam perbualan.

Kesimpulan

Kesimpulannya ,kemasukan filem asing telah


meninggalkan pelbagai kesan positif dan negatif
terhadap industri seni tempatan dan masyarakat.

Oleh itu,pihak yang terlibat seharusnya


mengehadkan jumlah filem asing yang boleh
ditayangkan kepada kuota tertentu agar penggiat
seni filem tempatan mempunyai peluang untuk
mengembalikan kegemilangan industri perfileman.

You might also like