You are on page 1of 5

KEPENTINGAN INTEGRASI KAUM DAN HUBUNGAN ETNIK

Hubungan etnik yang mantap sangat perlu dalam kalangan rakyat sesebuah negara
yang mempunyai kepelbagaian kaum yang terdiri dari kaum Melayu , kaum Cina dan kaum
India . Kaum-kaum ini juaga terdiri daripada pelbagai agama, bahasa, budaya dan etnik yang
tersendiri. Kaum Melayu terdiri daripada etnik Jawa. Bugis , Rawa , Banjar yang datang dari
kepulauan Indonesia.[5] Manakala kaum Cina terdiri daripada etnik Kwangsi, Hakka, hokien ,
Kantonis, Teochem dan Hainan.[6] Bagi kaum India pula mereka terdiri dari kasta
Maruthuvar,Vanniyar ,Thevar ,Nadar ,Yadhavar dan Adhi Dravidar.[7] Kesemua etnik ini
mempunyai bahasa yang berbeza dan cara hidup yang berbeza.

Oleh itu kerajaan mestilah berusaha untuk menyatukan hubungan etnik, perpaduan dan
integrasi amat penting bagi mewujudkan kestabilan politik dan seterusnya pembangunan negara
berjalan rancak tanpa sebarang gangguan ataupun berlakunya prasangka antara kaum.Selain itu
juga Integrasi kaum dan hubungan etnik sangat penting supaya tenaga negara dapat disalurkan
kepada memajukan negara .Selaras dengan harapan pemimpin negara untuk mencapai negara
maju menjelang 2020.[8] Sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum dan etnik,
perkara ini dianggap penting kerana kemajuan sesebuah negara adalah bergantung kepada
perpaduan rakyat di negara . Lantaran itu Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Najib bin
Tun Abdul Razak telah menekankan tentang pentingnya perpaduan kaum atau integrasi kaum di
negara ini diperkukuhkan melalui slogannya iaitu Satu Malaysia dengan perkara asas yang
perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat-menghormati sesama
kaum.[9]

CABARAN INTEGRASI KAUM DAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA


Cabaran utama yang menghalang intergrasi kaum dan hubungan etnik di negara kita
adalah bersangkutan dengan nilai hidup iaitu prasangka, perkauman , etnosentrisme ,
sosioekonomi dan pemisahan fizikal. Kesemua perkara ini membawa perpecahan antara kaum
dan etnik kerana mereka masih kukuh kepada peranan tradisional dan berpegang teguh kepada
nilai-nilai yang terbatas antara kaum.[10] Masalah hubungan etnik dan intergrasi kaum ini
berpunca daripada dasar-dasar British ketika menjajah Tanak Melayu dulu. [11]

Sikap prasangka buruk antara kaum dan mengutamakan etnik sendiri menjadi penghalang
kepada perpaduan antara kaumdan bercorak generalisasi dan stereotaip di atas bukti-bukti yang
tidak kukuh.[12] Masalah prasangka buruk antara kaum ini bermula dari Era Penjajahan British
yang menjalankan pemerintahan Dasar Pecah dan Belah yang telah menjarakkan perpaduan
antara kaum. Begitu juga Era Pendudukan Jepun yang telah mengamalkan sikap berat sebelah

dengan semangat anti-Cina telah memberi peluang kepada kaum Melayu membabitkan diri
dalam bidang perniagaan keadaan ini telah menimbulkan kemarahan kaum Cina .[13] Setelah
Jepun menyerah kalah kaum Cina telah mengambil tindakan dengan membalas dendam kepada
kaum Melayu ,kesannya berlakulah pergaduhan antara kaum.

Manakala perkauman pula merupakan sikap mementingkan kumpulan etnik sendiri


dalam bidang politik ,ekonomi dan sosial atau kebudayaan dimana satu-satu etnik memntingkan
kaumnya sendiri. Sikap perkauman ini boleh menwujudkan hubungan yang tegang dan
menjarakkan sosial antara individu. Sikap perkauman ini boleh menghalang perpaduan rakyat
sekali gus merencatkan kemajuan negara.[14] Etnosentrisme pula merujuk kepada kepercayaan
bahawa unsure-unsur budaya sendiri adalah yang terbaik dari budaya etnik lain. Sikap ini
menghalang interaksi dan pergaulan yang luas antara kaum dan etnik.[15]

Kedudukan geografi juga mempengaruhi masalah integrasi kaum dan hubungan etnik
kerana jarak yang jauh menyukarkan perhubungan dan sukar mengenali etnik lain. Sebagai
contoh kedudukan Sabah dan Sarawak yang terpisah dengan Semenanjung Malaysia sukar untuk
berhubung dan ia boleh menimbulkan prasangka antara kaum dan etnik.[16]

USAHA INTEGRASI KAUM DAN HUBUNGAN ETNIK


Dalam Perlembagaan terkandung beberapa perkara yang menjurus kepada kesamarataan
kaum seperti hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera dan kerakyataan bagi kaum Cina dan
kaum India.[17] Bagi hak istimewa kaum Melayu dan Bumiputera adalah bertujuan untuk
membangunkan kaum Melayu demi menyumbangkan kedudukan ekonomi dan sosial anata
kaum. Kewujudan Akta keselamatan Dalam Negari (ISA) adalah bertujuan menjaga kepentingan
dan keselamatan dalam negeri dengan tujuan utama mencegah daripada sesiapa rakyat
membangkitkan isu-isu sensitive di khalayak ramai bagi menjaga persefahaman
rakyat. [18] Penyatuan parti-parti berbilang kaum seperti Barisan Nasional adalah sangat wajar
bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan penuh kesamarataan.

Dalam bidang ekonomi pula ketidaksamarataan telah mewujudkan jurang yang sangat
besar antara kaum dan etnik dan ia menjadi penghalang kepada integrasi dan perpaduan kaum
serta etnik. Lantaran itu kerajaan telah mewujudkan usahawan-usahawan Melayu dengan cara
memberi bantuan, pinjaman ,lessen dan kontrak pekerjaan.[19] Di samping itu juga agensi
kerajaan seperti PERNAS,MARA dan UDA turut membantu orang Melayu dengan aktif
terutama dalam bidang perniagaan agar matlamat Dasar Ekonomi Baru tercapai. Kerajaan juga
mengalakkan kaum bumiputera membeli saham tajaan kerajaan seperti MARA dan PNB. Tidak
ketinggalan juga kerajaan telah membangunkan tanah seperti FELDA, RISDA , KEJORA ,

KESEDAR dan FELCRA unbtuk mermbangunkan kedudukan ekonomi dan sosial kaum
bumiputera.

Pembangunan tanah secara berkelompok atau menggunakan pendekatan agropolitan akan


dilaksanakan untuk pembangunan pertanian kepada masyarakat Orang Asli serta Bumiputera
Sabah dan Sarawak. Pemberian tanah ini untuk golongan ini akan membolehkan mereka
memajukan dengan bantuan kerajaan. Di samping itu mereka turut diberi akses yang lebih baik
kepada infrastruktur dan kemudahan awam seperti jalan, pendidikan dan kemahiran. Kerajaan
tidak mahu ada golongan atau kumpulan yang tertinggal dalam pelaksanaan RMK 10 kerana
keadilan sosial perlu diutamakan. Pemberian tanah serta usaha memajukan pertanian secara
berkelompok membolehkan mereka menikmati pendapatan yang lebih lumayan.[20]

Dalam bidang sosial dan kebudayaan amalan pengkongsian pelbagai kaum dan etnik
telah dilakukan semenjak merdeka lagi terutama dalam bidang pendidikan .Kurikulum
pendidikan juga telah diubahsuai bagi pengenalan kepada unsur budaya pelbagai kaum dan etnik
yang terdapat di Negara kita. Pengiktirafan kerajaan terhadap kepentingan pendidikan yang
berteraskan agama juga tidak ketinggalan dalam perancangan RMK10. Bantuan merupa dana
tahunan disediakan untuk sekolah-sekolah agama, sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil juga
kepada sekolah mubaligh . Ia adalah bertujuan memupuk hubungan antara kaum dan etnik,
supaya kaum-kaum lain yang terdapat di Negara kita tidak terasa dipinggirkan oleh kerajaan.

Satu daripada penanda aras atau indikator negara maju ialah penjagaan dan perkhidmatan
kesihatan yang lengkap di samping rakyatnya sihat dan cerdas. Penyediaan kemudahan kesihatan
yang menyeluruh serta bertaraf dunia telah lama dilaksanakan oleh kerajaan. Kerajaan sentiasa
memastikan tidak ada kawasan atau rakyat yang tidak mendapat perkhidmatan kesihatan di
negara ini. Sejak RMK pertama hingga RMK10 perkhidmatan kesihatan sentiasa diberi
perhatian yang serius oleh kerajaan. Banyak hospital, pusat kesihatan, klinik, klinik bergerak
tidak ketinggalan juga hospital pakar telah banyak didirikan di setiap negeri dalam negara ini.
Peruntukan yang berbilion ringgit setiap tahun telah diberi kepada sektor kesihatan bagi
menjamin kualiti kesihatan kepada rakyat. Ia dalaha bertujuan menjamin kesihatan rakyat
terjamin tanpa mengira bangsa contohnya dengan kewujudan Klinik 1 Malaysia. Tanpa mengira
lokasi sama ada bandar, pedalaman atau taman perumahan, kerajaan sentiasa menyediakan
kemudahan kesihatan kepada rakyat. Tidak ada mana-mana kawasan atau rakyat yang terpinggir
daripada menikmati peluang kesihatan percuma di negara ini. Keprihatinan kerajaan
menyediakan kemudahan kesihatan bertujuan mewujudkan rakyat Malaysia yang sihat, cergas
dan mampu melaksanakan pembangunan untuk negara atau menyumbang secara yang mampu.

Kemewahan dan nikmat pembangunan yang dikecapi rakyat Malaysia kini telah
menyebabkan pertambahan bilangan pesakit. Pelbagai penyakit sama ada kronik atau wabak
semakin bertambah di negara ini menyebabkan kebanyakan hospital kerajaan menjadi sesak.
Prihatin dengan situasi ini, kerajaan sentiasa menambah bilangan hospital dengan membina
bangunan tambahan atau baru. Empat buah hospital baru dan empat yang akan dinaik tarafkan
telah disediakan untuk memberi kemudahan dan keselesaan kepada rakyat yang memerlukan
rawatan.Konsep kebudayaan nasional telah diperkenalkan pada tahun 1970 adalah bertujuan
untuk memperkenalkan identity nasional. Di Negara kita kebudayaan nasional adalah berasaskan
kebudayaan Melayu di samping menerima unsur-unsur kebudayaan lain .[21]

ASAS PERPADUAN KAUM DAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA


Pencapaian penyatupadukan kaum dan etnik di Negara kita jelas Berjaya apabila
perkongsian kuasa politik telah terjalin dengan jayanya sebagai contoh dalam UMNO .
[22]Begitu juga dalam system demokrasi berpalimen yang diamalkan di Negara kita .Setiap ahli
politik yang mewakili diberi kuasa untuk menyuarakan pendapat dari pelbagai etnik ,walau
bagaimanapun masih terikat dengan undang-undang yang telah kita setujui bersama ketika
perlembagaan Tanah Melayu hendak dibentuk dulu. Setiap rakyat juga diberi kebebasan
bersuara untuk menjaga kepentingan diri dan keluarga tetapi masih terikat dengan undangundang dan peraturan tertentu . Semua ini bertujuan untuk menjaga intergrasi kaum dan
hubungan etnik supaya sentiasa terjalin dengan muhibah.

Sebenarnya ekonomilah yang memainkan peranan yang sangat penting dalam memupuk
integrasi kaum dan hubungan etnik yang mesra .Pertumbuhan ekonomi yang berterusan dan baik
dapat meningkatkan perpaduan yang utuh. Disamping itu kerajaan juga dapat mengendalikan
program ekonomi yang lebih berkesan, sebagai contoh komuniti kaum Melayu telah semakin
maju dalam bidang ekonomi dan terlibat aktif dalam bidang perniagaan. Melalui DEB yang
mempunyai serampang dua mata juga telah Berjaya memenuhi keperluan semua kaum dan etnik
dan tidak merugikan sesiapapun.

Tolak ansur dalam budaya juga telah menambahkan kemesraan antara kaum dan etnik
apabila bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi dan bahasa ibunda lain masih boleh digunakan
dengan bebas tanpa sekatan. Kaum-kaum lain dan kumpulan etnik bebas mempelajari bahasa
ibunda tanpa dikenakan hukuman. Begitu juga dengan amalan budaya lain masih boleh
diteruskan oleh komuniti walaupun budaya Melayu jelas diamalkan di Negara kita. Tolak ansur
ini bertujuan menjaga perasaan semua kaum dan etnik di Negara kita supaya semua prasangat
dapat dihapuskan. Kerajaan juga tidak lupa menganjurkan kongsi raya bagi mewujudkan
penyatuan dalam konsep 1 Malaysia. Begitu juga kunjungan muhibah yang diadakan sempena
rumah terbuka setiap kali perayaan yang diadakan oleh Perdana Menteri dan ahli kabinet lain.

MENCAPAI INTERGRASI NASIONAL

[1] Nurallya Sufian, Pembangunan Rakyat Malaysia,hlm 1


[2] Modul Kenegaraan, hlm 179
[3] Ibid,181
[4] Sulaiman Zakaria , Perpaduan Negara, hlm 6 dan Modul Kenegaraan, hlm 179
[5] Nurallya Sufian, Op.cit ,hlm 3
[6] Ibid,hlm 7
[7] Ibid,hlm 11
[8] Modul Kenegaraan op.cit,hlm 179
[9] Ibid,hlm 189
[10] Nurallya Sufian,op.cit,hlm 17
[11] Ibid,hlm 17
[12] Modul Kenegaraan,op.cit, hlm 183
[13] Nurallya Sufian, op.cit, hlm 18
[14] Modul Kenegaraan,op.cit,hlm 183
[15] Ibid,hlm 18
[16] Ibid,hlm 20
[17] Akta 1260/2006 :Undang-Undang Malaysia -Perlembagaan Persekutuan,hlm 32
[18] Nurallya Sufian ,hlm 20
[19] Ibid,hlm 20
[20] Rancangan Malaysia Ke-10
[21] Nur Alisya Sufian,op.cit,hlm 22 dan lihat juga op.cit , Jurnal RMK10
[22] Ibid,hlm 22

You might also like