You are on page 1of 6

PEMBANGUNAN MASYARAKAT – Perpaduan

Soalan yang berkaitan dengan perpaduan terdiri daripada 2 bentuk. 1 soalan adalah berkaitan
dengan aspek dan elemen pemantapan perpaduan dalam konteks pembangunan
masyarakat(aspek yang menyebabkan berlakunya perpaduan). Soalan kedua adalah berkaitan
dengan kepentingan perpaduan dalam konteks pembangunan masyarakat.

Soalan berikut adalah berkaitan dengan aspek dan elemen pemantapan perpaduan dalam konteks
pembangunan masyarakat.

Arahan : Baca contoh soalan dan skema jawapan berikut, kemudian lengkapkan jadual yang seperti
di bawah.

1. Perpaduan merupakan asas penting dalam pembangunan masyarakat. Bincangkan elemen


pemantapan perpaduan dalam konteks pembangunan masyarakat. [25]

Perpaduan merupakan perkara yang amat mustahak untuk mengekalkan keharmonian dan
kedamaian rakyat di sesebuah. Negara yang aman dan damai dapat manjamin kebahagiaan dan
keselamatan rakyatnya. Perpaduan boleh diertikan sebagai satu proses yang menyatu padukan
seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti
dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan tanah air. Kedamaian dan kesejahteraan
dalam kalangan masyarakat dapat mengelakkan daripada berlakunya pertelingkahan dan
perselisihan faham antara satu sama lain. Sikap toleransi turut dilahirkan daripada kedamaian dalam
kalangan rakyat sesebuah negara. Hal ini demikian, kerana rakyat sedar bahawa sikap bertolak ansur
penting bagi mengekalkan keharmonian negara.

Aspek perkahwinan penting bagi mewujudkan elemen kasih sayang dan perpaduan dalam kalangan
masyarakat. Dengan adanya perkahwinan akan menyebabkan hubungan baru terjalin antara dua
pihak iaitu pihak lelaki lelaki dan perempuan dan mewujudkan kasih sayang antara mereka. Ahli
keluarga bagi kedua-dua pihak pengantin lelaki dan perempuan akan turut terlibat sekiranya berlaku
perkahwinan. Mungkin sekiranya seseorang itu tidak berkahwin, peluang untuk menjalin hubungan
baru dan untuk masyarakat berkembang agak terhad. Contohnya, perkahwinan di antara Gayah
dan Sudin telah menjalinkan hubungan muhibah di antara keluarga kedua-dua pihak. Hubungan ini
telah meleraikan persengketaan di antara keturunan Imam Saad iaitu bapa Sudin dan Penghulu
Mahmud iaitu bapa saudara Gayah. Persengketaan ini berpunca daripada keengganan Tuk Aki Maali
iaitu moyang Sudin membenarkan anak-anak muridnya menuntut bela di atas kematian Penghulu
yang diberi kuasa oleh Datuk Mat Saman iaitu moyang Gayah menjalankan dan mengusahakan
lombong bijihnya. Semenjak itu keluarga Imam Saad dipandang hina oleh orang-orang Datuk Indera
turun- temurun. Perkara tersebut menghalang keluarganya meminang Gayah untuk Sudin.
Walaubagaimanapun, dengan usaha YB Muhd Yusuf dan Encik Muhammad akhirnya keduanya
berkahwin dan perkahwinan tersebut bukan sahaja telah menyatukan dua buah keluarga ini tetapi
juga melibatkan penduduk kampung Pulai. Jika ditakdirkan Sudin tidak bertemu Gayah, maka
mungkin pertikaian antara keluarga ini akan berlanjutan dan masyarakat kampung akan hidup
berpuak-puak. Keadaan ini akan pastinya akan menjejaskan keharmonian dalam kampung tersebut.
Jelaslah bahawa perkahwinan merupakan asas penting bagi mewujudkan perpaduan dalam kalangan
masyarakat.

Selain itu aspek yang paling penting bagi mewujudkan perpaduan di dalam sesebuah negara ialah
menerusi pendidikan yang mewujudkan elemen perkongsian ilmu dalam kalangan masyarakat.
Sistem pendidikan yang ada di negara kita sekarang ialah satu usaha yang disedari dan bersungguh-
sungguh untuk memberi jawapan atau penyelesaian kepada masalah perpaduan ini dengan kaedah-
kaedah yang praktikal, wajar dan dapat diterima oleh sebahagian besar rakyat. Langkah ini
mempercepatkan lagi perpaduan, persahabatan dan rasa hormoni antara kaum di negara ini. Dasar
Pendidikan amat penting dalam memberi panduan untuk melaksanakan sistem yang dirancangkan.
Tanpa dasar yang jelas, sudah tentu sistem dan pelaksanaannya juga tidak sistematik dan tidak
mempunyai hala tuju yang tetap. Contohnya, sistem pendidikan yang diterima oleh watak-watak
dalam novel seperti Mahani, Robert dan Rahim yang bersekolah di sekolah yang sama dan menerima
sistem pendidikan yang sama telah menjalin hubungan yang erat sehingga mampu membentuk
perpaduan yang harmoni dalam kalangan masyarakat. Selain itu, Lili anak Datuk Tan yang
merupakan penuntut di Universiti Malaya tinggal di asrama universiti berkenaan. Datuk Tan
memang suka anaknya tinggal di asrama supaya anaknya dapat meluaskan pergaulannya dengan
siswi-siswi daripada pelbagai kaum. Apabila golongan muda bergaul dan berkomunikasi dengan
rakan yang berlainan bangsa maka akan mewujudkan persahabatan, kemesraan dan keharmonian
dalam kalangan mereka. Sekiranya, golongan-golongan muda seperti mereka ini tidak bersekolah
yang sama dan hanya bergaul sesama kaum sahaja, pastilah peluang untuk mewujudkan perpaduan
agak terhad. Jelaslah nilai-nilai perpaduan dan permuafakatan hendaklah didedahkan kepada
generasi muda sejak awal lagi agar jiwa perpaduan dalam diri mereka dapat berkembang dengan
sempurna.

Seterusnya, aspek yang boleh memupuk perpaduan ialah faktor ekonomi iaitu perniagaan.
Perkongsian dan kerjasama yang terjalin dalam bidang perniagaan dapat membangunkan ekonomi
negara dan mengelakkan semangat assabiah iaitu semangat kekitaan yang hanya mementingkan diri
sendiri. Semangat assabiah ini akan menimbulkan permusuhan antara kaum dan pastinya
menjejaskan keharmonian hidup masyarakat dan ekonomi negara. Contohnya, kerjasama dalam
bidang perniagaan antara Encik Muhammad dan Tan Sri Syed Aris dengan Datuk Tan Chong Seng
sebenarnya bukan sahaja telah mewujudkan hubungan yang intim sebagai rakan niaga malahan
memperkukuh perpaduan (integrasi) nasional di negara ini. Datuk Tan bukan sahaja mewujudkan
hubungan perpaduan kaum yang baik dengan orang-orang Melayu bahkan sanggup bekerjasama
sebagai rakan kongsi perniagaan dengan Encik Muhammad dan Tan Sri Syed Aris. Hubungan
integrasi kaum ini bukan dibuat-dibuat tetapi atas dasar hubungan yang telah lama terjalin di zaman
nenek/datuk moyang kedua-dua pihak iaitu datuk dan moyang Encik Muhammad serta datuk dan
moyang Datuk Tan Chong Seng. Perkongsian perniagaan antara Datuk Tan dan Encik Muhammad
melalui Syarikat Firma Serba Dagang Internasional di bawah naungan Tan Enterprise mengeratkan
hubungan persahabatan di antara mereka.. Meskipun berbeza kaum, semangat perpaduan antara
mereka tidak menghalang perkongsian tersebut malahan mereka sentiasa bekerjasama dalam usaha
memajukan perniagaan. Sikap saling hormat-menghormati dan saling mempercayai di antara satu
sama lain membuka peluang mereka meneruskan perkongsian tersebut dengan menubuhkan
Syarikat Lada Muhammad & Tan dan Syarikat Lombong Lembah Tualang. Selain itu, hubungan
integrasi kaum ini pula dilanjutkan oleh anak-anak mereka seperti Mahani, Robert dan Rahim
bersekolah di sekolah menengah yang sama dan kemudiannya Robert dan Rahim melanjutkan
pelajaran di unversiti yang sama di England dan sering berdampingan bagai saudara kandung apabila
berada di universiti tersebut. Keluarga ini sering berkumpul dan berkelah di Jeram Merdang iaitu
jeram bertingkat tempat mandi manda dan memancing ikan yang indah di Sungai Tualang. Jelaslah
bahawa bidang perniagaan juga merupakan elemen penting dalam memupuk perpaduan dalam
kalangan masyarakat, di samping membangunkan ekonomi negara.

Pegangan ataupun anutan agama juga boleh menjadi aspek penting dalam memupuk perpaduan dan
mewujudkan hormat menghormati terutamanya dalam masyarakat yang bertamadun. Pegangan
agama yang merupakan asas kepada ketamadunan dan acuan kepada latar budaya masyarakat juga
dapat membentuk pandangan semesta seseorang dan sesebuah masyarakat serta perilaku dan
tindakan mereka dalam kehidupan. Ini dapat dilihat dari segi pertuturan, perilaku dan gaya hidup
seseorang manusia. Masyarakat yang tiada pegangan agama atau tidak mengamalkan kehidupan
beragama, pasti akan goyah kehidupan mereka serta tidak berminat untuk melibatkan diri dalam
kegiatan agama. Keadaan ini pasti membataskan pergaulan dalam masyarakat dan peluang untuk
memupuk perpaduan adalah tipis. Dalam novel ini, Lebai Maarup digambarkan mempunyai
pegangan agama yang utuh. Pegangan agama ini penting dalam memupuk perpaduan khususnya
dalam kalangan masyarakat Islam. Lebai Maarup merupakan seorang anak muda yang mempunyai
pendidikan agama dan lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) merupakan seorang pendakwah dan
imam Surau Kampung Pulai. Dia mengajar kanak-kanak dan orang dewasa mengaji Al-Quran dan
pendidikan agama Islam. Dia dihormati oleh masyarakat Kampung Pulai dan menjadi ikon anak muda
yang ingin berubah menjadi seorang muslim yang baik. Perubahan ini akan melahirkan masyarakat
yang bertamadun, harmoni dan berakhlak mulia. Kegigihan Lebai muda tersebut dapat menarik
makin ramai orang kampung yang mengaji dan berjemaah di surau khususnya waktu maghrib dan
isyak. Keadaan ini telah meningkatkan keimanan, mengeratkan hubungan dan perpaduan dalam
kalangan mereka. Buktinya, mereka mahu ditempatkan di kawasan yang sama di Rancangan Felda
agar hubungan persaudaraan antara mereka tetap terpelihara apabila Syarikat Lombong Lembah
Tualang melaksanakan projek perlombongan mereka kelak. Sekiranya, Lebai Maarup bukanlah
seorang yang kukuh pegangan agamanya pastilah tiada siapa yang mampu membimbing dan
memimpin masyarakat kampung tersebut ke jalan Allah. Dan pastilah tiada sesiapun yang akan
menjadi penggerak aktiviti-aktiviti untuk agama dan pastilah peranan surau sebagai tempat
menyatupadukan masyarakat tidak akan dimanfaatkan. Jelaslah bahawa anutan atau pegangan
agama adalah asas penting dalam melahirkan masyarakat yang bersatu padu.

Seterusnya, aktiviti sosial juga merupakan aspek penting dalam pembangunan masyarakat. Aktiviti-
aktiviti gotong royong mewujudkan sikap tolong menolong. Sikap sebegini mampu menjamin
kesejahteraan hidup warga setempat, dengan membuka ruang dan peluang komunikasi serta
kerjasama antara jiran tetangga,masyarakat bandar dan desa yang pelbagai kaum dan bangsa.
Sekiranya aktiviti seumpama ini tidak lagi diamalkan sudah pasti tidak akan wujud kerjasama dan
perpaduan dalam kalangan masyarakat. Contohnya, kerjasama yang dapat dilihat dalam kalangan
penduduk Pekan Tualang ketika menyambut lawatan Duli Yang Maha Mulia Sultan. Mereka
bergotong-royong membersihkan dan menghiasi pekan tersebut dengan bendera-bendera negeri
dan Persekutuan, membina pintu gerbang dan menghiasi keliling padang dengan panji-panji.
Amalan sosial ini memudahkan tugas mereka dan mewujudkan kerjasama serta mengeratkan
hubungan dalam kalangan mereka. Mereka akan menjalankan aktiviti bersama-sama, berinteraksi
dan bergaul mesra. Persefahaman yang lebih erat akan memupuk perasaan kekitaan. Dengan ini,
tembok pemisah antara kaum dapat diruntuhkan di samping mengekalkan keharmonian negara.
Jelaslah bahawa kegiatan sosial dan amalan berbudaya dalam boleh mewujudkan semangat kekitaan
dan kerjasama dalam kalangan masyarakat seterusnya mewujudkan perpaduan dalam kalangan
mereka.

Kesimpulannya perpaduan yang mantap dapat mewujudkan sebuah masyarakat yang membangun
serta mampu menjana kejayaan dan kecemerlangan bagi kesejahteraan serta kemakmuran negara.
Oleh itu, berdasarkan peristiwa yang telah dibincangkan dalam novel SBDKL, ia penting untuk
diaplikasikan oleh masyarakat hari ini agar dapat mengekalkan keharmonian dalam kalangan
masyarakat khususnya di Malaysia. Perpaduan yang telah wujud kini harus dikekalkan agar
kemajuan dan keharmonian negara terus terpelihara. Tanpa perpaduan, nescaya kemerdekaan dan
kedaulatan negara yang telah diperoleh sejak sekian lama akan hilang dalam sekelip mata.
ASPEK ELEMEN PERPADUAN WATAK CONTOH PERISTIWA
PERPADUAN
Ekonomi

Pendidikan Perkongsian ilmu Mahani, Robert dan Rahim Ssistem pendidikan yang diterima oleh watak-watak dalam
novel seperti Mahani, Robert dan Rahim yang bersekolah di
sekolah yang sama dan menerima sistem pendidikan yang
sama telah menjalin hubungan yang erat sehingga mampu
membentuk perpaduan yang harmoni dalam kalangan
masyarakat. Selain itu, Lili anak Datuk Tan yang merupakan
penuntut di Universiti Malaya tinggal di asrama universiti
berkenaan. Datuk Tan memang suka anaknya tinggal di
asrama supaya anaknya dapat meluaskan pergaulannya
dengan siswi-siswi daripada pelbagai kaum. Apabila golongan
muda bergaul dan berkomunikasi dengan rakan yang berlainan
bangsa maka akan mewujudkan persahabatan, kemesraan
dan keharmonian dalam kalangan mereka.

You might also like