You are on page 1of 20

KUMPULAN GAZA

AHLI KUMPULAN
GAZA
• 1.SITI AISHAH BINTI SELAMAT
• 2.SAZLINA BINTI OTHMAN
• 3.ABDUL RAZAK BIN IBRAHIM
• 4.MICHAEL AJANG ENGAN
• 5.NAPSIAH BINTI IBRAHIM
• 6.NARGIS BINTI YASIN
• 7.AIEEN HAFASA @ HELDA BT AMIN
TEMA 1
SEJARAH KETENTERAAN
TAJUK 1
*Perjuangan Tentera Pembebasan Nasional Malaya(TPNM) pada tahun 1945-
1957
TAJUK 2
*Peranan Kubu Hose dikawasan Baram Marudi , Sarawak Tahun 1898-1971
TAJUK 3
*Perkembangan ICQS Bukit Bunga,Jeli dari tahun 2010-2020
TAJUK 4
*Pendudukan Jepun di Labuan antara Tahun 1941-1945
TEMA 2
SEJARAH SUKAN
• TAJUK 1
Perkembangan Sepak Raga Bulatan dari tahun.....hingga....
TAJUK 2
Peranan Kelab Nusa Mahsuri dalam meningkatkan Sukan Badminton di
Malaysia pada tahun 1997 hingga 2020
TAJUK 3
Tokoh yang berkaitan Misbun,Jailani..
TEMA 3
SEJARAH KUMPULAN ETNIK/KAUM/KLAN/
SUKU KAUM
TAJUK 1
Tradisi dan kepercayaan Orang Asli Jahut di Kg Penderas,Temerloh pada tahun 1960
hingga 2020
TAJUK 2
Perkembangan Masyarakat Kampar di Batu 1, Temerloh pada tahun 1563 hingga 2000
TAJUK 3
Sejarah Kedatangan Etnik Kenyah di Long Watt,Sg Baram pada tahun 1956 hingga
2000
TEMA 4
SEJARAH TOKOH
• TAJUK 1
Che Dat bin Anjung Abdullah Pemimpin Pari Kmunis Malaya di Temerloh
Pahang pada tahun 1945 hingga 1980
TOKOH
TAJUK: PANDELELA RINONG ANAK PAMG: Pencapaian dalam Sukan
Terjun di Malaysia 2008-2015
PENGENALAN
• Sukan terjun merupakan sejenis sukan iaitu penerjun akan melompat dan
jatuh ke dalam air daripada sebuah pelantar atau papan anjal.
Kebiasaannya sukan terjun diiringi dengan akrobatik. Sukan ini diiktiraf
sebagai salah satu acara dalam Sukan Olimpik dan Komanwel.
• Bermula tahun 2007 Malaysia telah berjaya melahirkan seorang atlet
sukan terjun bertaraf dunia iaitu Pandelela Rinong. Seorang jaguh
kelahiran Sarawak sehingga menjadi antara atlet paling berjaya di
Malaysia. Beliau telah mencapai status professional pada tahun 2007.
OBJEKTIF KAJIAN
• Pada umumnya terdapat tiga objektif utama kajian ini. Secara dasarnya kajian ini
bertujuan untuk menjelaskan latar belakang Pandelela Rinong sebelum menceburi
bidang sukan terjun. Sejarah latar belakang ini penting untuk memahami kejayaan
tokoh.
• Selain itu, penulisan kajian ini dijalankan adalah untuk menjelaskan pencapaian
Pandalela Rinong dalam sukan terjun di peringkat kebangsaan dan antarabangsa
dari tahun 2008 hingga 2015. Dengan adanya kajian ini, masyarakat dapat
mengenali ketokohan beliau dalam bidang sukan terjun dengan lebih mendalam.
• Malah kajian ini juga dilaksanakan untuk menghuraikan cabaran-cabaran yang
dihadapi oleh Pandelela Rinong sepanjang penglibatan beliau dalam sukan terjun.
Ini kerana dalam tempoh kajian dari tahun 2008 hingga 2015, beliau telah
berhadapan dengan pelbagai cabaran untuk menjadi pemain tersohor di Malaysia.
PERSOALAN KAJIAN
• Permasalahan kajian adalah fokus utama dalam penulisan ilmiah. Dalam
kajian ini terdapat tiga permasalahan yang ingin dikaji. Kajian ini cuba
untuk mengupas apakah faktor-faktor yang membawa kepada pencapaian
yang dirangkul oleh beliau sejak beliau melibatkan diri dalam sukan terjun
secara professional bermula dari tahun 2008.
• Apakah usaha-usaha yang diambil oleh beliau sehingga berjaya dalam
sukan terjun.
• Apakah bentuk cabaran dihadapi oleh Pandelela Rinong sejak beliau mula
melibatkan diri sebagai pemain professional dalam sukan terjun sepanjang
tempoh kajian ini.
SKOP KAJIAN
• Skop kajian ini dapat dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu kawasan kajian,
tempoh kajian dan aspek yang dikaji. Dari aspek kawasan kajian (geografikal), kajian
ini difokuskan kepada sukan terjun di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Dalam
penulisan ini juga, tumpuan akan diberikan kepada pencapaian dan cabaran yang
dihadapi Pandelela Rinong.
• Dari segi tempoh kajian, kajian ini meliputi tempoh masa dari tahun 2008 hingga
2015. Tempoh kajian selama tujuh tahun ini dipilih kerana sepanjang masa tersebut
pelbagai kejayaan dan pencapaian Pandelela Rinong dalam sukan terjun.
• Manakala aspek kajian (fungsional) pula, dapat dilihat dari tiga aspek yang
menjadi fokus kajian ini. Ia tertumpu kepada faktor yang menyumbang kepada
pencapaian Pandelela Rinong, pencapaian beliau dalam sukan terjun dan cabaran
yang dihadapi oleh beliau sepanjang tempoh kajian dari tahun 2008 hingga 2015.

SOROTAN KAJIAN LEPAS
• Pengkaji telah melakukan pembacaan terhadap beberapa kajian lepas berhubung
tajuk penyelidikan ini. Berdasarkan kepada penulisan Wan Noriza Meor Idris,
berhubung kajian dalam atrikel Diving Is Easy But Serious Business di dalam
www.themalaymail.com (16 Mei 2015), beberapa persoalan kajian dapat dijawab
iaitu antaranya sejauh manakah tahap kemahiran terjunan akrobatik perlu dikuasai
oleh seseorang ahli sukan terjun. Ini kerana atlet tersebut perlu berusaha mencapai
sasaran yang ditetapkan oleh Majlis Sukan Negara (MSN). Pihak MSN dan jurulatih
memandang serius perkara ini kerana ianya merupakan aspek yang sangat penting
bagi persediaan atlet untuk menghadapi sebarang kejohanan. Langkah-langkah yang
drastik perlu diambil bagi memastikan tahap kecergasan atlet dapat ditingkatkan.
Oleh yang demikian, pengkaji tertarik untuk melakukan kajian tentang penglibatan
Pandelela Rinong dalam sukan terjun. Ini bertujuan untuk melihat Pandelela Rinong
menyesuaikan diri apabila berhadapan dengan pelbagai situasi cabaran dalam setiap
kejohanan.
• Berdasarkan penulisan oleh Anthony Lim melalui artikel bertajuk
Kepakaran Kejurulatihan, dalam laman sesawang
https://www.mystar.com.my (20 Ogos 2009), Majlis Sukan Negara (MSN)
akan membuat penelitian terperinci berhubung penambahan jurulatih luar
untuk skuad terjun negara. Ketua Pengarah MSN berkata ‘Kita kena
tengok latar belakang jurulatih dan kelayakannya terlebih dahulu baru kita
umumnya nanti’. Secara umumnya pengambilan jurulatih luar selalunya
menglibatkan kos yang tinggi kerana selain bayaran gaji kita juga perlu
membayar cukai pendapatan, pengangkutan dan penginapan. Ini
menunjukkan jurulatih memainkan peranan dalam menentukan kejayaan
sukan terjun. Penulisan ini menarik minat pengkaji untuk mengkaji
cabaran-cabaran yang dihadapi oleh atlet dalam latihan persediaan untuk
pertandingan antarabangsa.
• Pengkaji juga telah membaca artikel Yanni Jackson, bertajuk Teknik
Terjunan dalam blognya iaitu yannickson.blogspot.com yang menulis
tentang teknik terjun dalam sukan terjun iaitu kekemasan terjunan,
lompatan dan percikkan air. Kekemasan terjunan merangkumi keadaan
kaki tangan dan bentuk badan. Semua ini membantu atlet tersebut untuk
mendapat markah yang tinggi. Pembacaan daripada blog ini telah menarik
minat pengkaji untuk mengkaji pencapaian Pandelela Rinong sebagai
penerjun professional negara.
KAEDAH KAJIAN
• Bagi melaksanakan kajian ini, pengkaji menggunakan tiga kaedah untuk
mendapatkan maklumat. Pada mulanya, pengkaji menjalankan kaedah kajian
kepustakaan bagi meneroka sumber primer dan sumber sekunder di
Perpustakaan Negara dan Arkib Negara. Ini dilakukan untuk mendapatkan
rekod-rekod dan maklumat berkenaan kegiatan sukan terjun di negara ini.
• Selain itu, pengkaji juga mendapatkan maklumat melalui kaedah temubual.
Soalan –soalan telah dirangka bagi mendapatkan maklumat berkenaan kajian ini.
Antara yang terlibat ialah kedua ibu bapa dan jurulatih Pandelela Rinong.
Maklumat yang diperolehi akan dicatat dan dirakamkan sebagai bahan kajian.
• Kaedah yang terakhir ialah kaedah kerja lapangan, iaitu pengkaji akan membuat
lawatan ke pusat latihan di Bukit Jalil dan ke rumah kediaman beliau untuk
mendapatkan maklumat yang lebih terperinci.
PEMBAHAGIAN STRUKTUR ESEI
• Secara keseluruhannya, kajian ini dapat dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu
pengenalan, isi dan kesimpulan. Dalam bahagian pengenalan, pengkaji akan
menjelaskan tentang perkembangan sukan terjun di Malaysia. Pengkaji seterusnya
akan mengaitkannya dengan tokoh.
• Pada bahagian isi pula, pengkaji akan membincangkan isu kajian yang terbahagi
kepada tiga aspek. Aspek yang pertama adalah mengenal pasti faktor-faktor yang
meyumbangkan kepada pencapaian tokoh dalam sukan terjun. Selain itu juga,
pengkaji akan membuat kajian tentang latar belakang tokoh dalam sukan terjun.
Seterusnya mengkaji penglibatan tokoh secara professional dalam sukan ini sehinga
beliau mencapai kejayaan di peringkat serantau mahupun di peringkat antarabangsa.
Dalam kajian ini juga, pengkaji akan menghuraikan cabaran-cabaran yang dihadapi
oleh tokoh dalam tempoh kajian.
• Aspek terakhir ialah bahagian kesimpulan. Pengkaji akan merumus hasil kajian
berkenaan kehebatan dan impak sumbangan tokoh dalam bidang sukan terjun
sekaligus menarik minat masyarakat dalam sukan terjun.
PENUTUP
• Diharapkan kajian ini akan menambahkan lagi khazanah ilmu tentang
sukan terjun di Malaysia. Selain itu kajian ini diharapkan dapat
memudahkan masyarakat luar mendapatkan maklumat berkenaan sukan
terjun di Malaysia
• BIBLIOGRAFI
• Sumber Primer
• Alice Wong. “Saving Grace”. The Star, 30 Julai 2014.
• Wan Noriza Meor Idris. “Diving Is Easy But Serious Business”. The Malay Mail. 16 Mei
• 2015.

• Sijil-sijil pencapaian tokoh.

• Sumber Sekunder
• Anthony Lim. “Kepakaran Kejurulatihan”. Diakses pada 30 Ogos 2019.
• https://www.mystar.com.my
BIBLIOGRAFI
Sumber Primer
• Alice Wong. “Saving Grace”. The Star, 30 Julai 2014.
• Wan Noriza Meor Idris. “Diving Is Easy But Serious Business”. The
Malay Mail. 16 Mei 2015.
• Sijil-sijil pencapaian tokoh.
Sumber Sekunder
• Anthony Lim. “Kepakaran Kejurulatihan”. Diakses pada 30 Ogos 2019.
https://www.mystar.com.my
• Yanni Jackson. “Teknik Terjunan”. Diakses pada 22 Disember 2019.
http://www.yannickson.blogspot.com
• Wan Noriza Meor Idris. “Diving Is Easy But Serious Business”.
Diakses pada 1 Januari 2020. https://www.themalaymail.com
Sumber Lisan
• Qi Jian Hua. Ditemubual oleh Noraini Harun. 30 minit. Kompleks
Sukan Bukit Jalil, 2 Januari 2020.

You might also like