You are on page 1of 1

KAJIAN KES

Nama Sekolah : Sekolah Kebangsaan Serkam Darat, Melaka.


Mata Pelajaran : Sejarah
Kelas : Tahun 6
Tarikh Mula : 5 Oktober 2018
Tarikh Hantar : 24 Oktober 2018
Tempoh : 2 minggu

Masalah : Negara Malaysia berjaya melahirkan ramai atlet yang berbakat. Buktikan.
Tajuk : Atlet Kebangsaan Kebanggaanku.

Objektif : Objektif kajian ini adalah untuk membolehkan murid;


i. Menyatakan pencapaian Malaysia dalam bidang sukan di peringkat
kebangsaan dan antarabangsa.
[SP 12.1.2]
ii. Mengenali atlet yang telah mengharumkan nama negara.

Arahan : Laporan murid hendaklah menjawab persoalan-persoalan berikut;


1. Nyatakan 5 sukan antarabangsa yang telah disertai oleh atlet-atlet
Malaysia sehingga mengharumkan nama negara. Hasilkan dalam
peta i-think.
2. Pilih seorang atlet kebangsaan. Nyatakan biodata beliau dan
kejayaan-kejayaan beliau dalam bidang sukan. Kemudian, berikan 3
sebab mengapa anda memilih atlet tersebut.
3. Jelaskan 5 kepentingan penglibatan pelbagai kaum mengharumkan
nama negara dalam bidang sukan. Jawapan hendaklah di antara
60 -80 patah perkataan.

Rujukan : Murid boleh menggunakan 2 atau lebih rujukan sumber yang berikut;
- Buku/majalah
- Laman sesawang
- Orang sumber
- Surat khabar
- Dokumen/jurnal

Kaedah : Murid boleh memilih kaedah mengumpul maklumat berikut;


- Temu bual
- Pemerhatian
- Kajian perpustakaan

Laporan : i. Dibuat secara individu


ii. Laporan disediakan dalam bentuk buku skrap
iii. Hasil laporan mengandungi 5 – 12 halaman.
iv. Laporan merangkumi Tajuk Kajian, Pendahuluan, Objektif Kajian,
Kaedah Pengumpulan Data, Hasil Kajian, Kesimpulan dan Rujukan.

Disediakan oleh : .........................................................


(PN. ROSNIZAM BINTI AWANG)
Guru Matapelajaran Sejarah Tahun 6

You might also like