You are on page 1of 5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

TUGASAN KERJA KURSUS


TAHUN AKADEMIK: 2021

Program: PPISMP Nama Pelajar:

Kod: GKEB1072 Semester / Tahun: Semester 1 / Tahun 1

Nama Kursus: Ambilan: Jun 2021

Kemahiran Belajar Kumpulan: F1A, F1B, F1C, F1D, F1E, F1F,


F1H.F1J, F1K, F1L, F1M, F1N, F1O, F1P,
F1Q, F1R, F1S, F1T, F1U, F1V, F1W, F1X,
F1Y, F1Z
Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar

1. Ujian/Kuiz 3 Oktober 2021 14 Oktober 2021

2. Penghasilan Produk 17 Oktober 2021 11 November 2021

3. Penulisan Akademik 14 November 2021 1 Disember 2021

Hasil Pembelajaran Kursus:


1. Menghuraikan konsep kemahiran belajar, Model Pembelajaran Pelajar, pengurusan diri
dan penyesuaian sosial dalam persekitaran pembelajaran di peringkat pengajian tinggi
(C2, HP1)
2. Menghasilkan produk pembelajaran dengan menggunakan kemahiran dan alat berfikir
bagi meningkatkan kemahiran belajar
(C6, A4, HP2, HP5, KKG2, KIK9)
3. Menganalisis maklumat daripada pelbagai sumber berasaskan kemahiran perolehan,
pengurusan, pemprosesan dan penyampaian maklumat (C4, HP2, HP7, KKG3, KDN6)

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2, 3 di atas.

Objektif Kerja Kursus:


Pelajar akan dapat:
1. Melaksana kuiz/ujian yang dapat menerapkan pengetahuan, kefahaman mengenai
konsep kemahiran belajar, model pembelajaran pelajar, pengurusan diri dan
penyesuaian sosial dalam persekitaran pembelajaran.
2. Menghasilkan satu produk pembelajaran yang sesuai bagi menterjemahkan isi
kandungan dalam satu idea yang sistematik menggunakan alat berfikir yang sesuai.
3. Menganalisis data kuantitatif menggunakan statistik deskriptif untuk dibincangkan
secara kritis dan analitikal dalam penghasilan penulisan akademik

1
Soalan Tugasan

Tugasan ini terbahagi kepada TIGA soalan. Pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan
berikut:

Tugasan 1: Kuiz/Ujian (20%)

1. Kuiz/Ujian dilaksanakan pada Minggu 5 selama 1jam.

2. Soalan berbentuk soalan esei pendek meliputi Topik 1 dan 2

2. Kuiz/Ujian akan menggunakan platform dalam talian(Google Classroom)

Tugasan 2: Penghasilan Produk (40%)

PPPM (hal. 2-5) menggariskan bahawa setiap murid perlu mempunyai semangat ingin tahu,
dan belajar cara untuk terus mendapatkan pengetahuan sepanjang hayat, mampu
menghubung kait pelbagai pengetahuan, dan yang paling penting dalam ekonomi
berasaskan pengetahuan ialah mewujudkan pengetahuan baharu. Setiap murid perlu
menguasai pelbagai kemahiran kognitif yang penting:
➢ Pemikiran Kreatif dan Inovatif: kemampuan menginovasi, menjana kemungkinan baharu, dan
mencipta idea atau pengetahuan baharu;
➢ Penyelesaian Masalah dan Penaakulan: keupayaan meramal masalah dan mendekati isu secara
kritis, logik, induktif, dan deduktif bagi mencari penyelesaian, dan akhirnya membuat
keputusan; dan
➢ Keupayaan Belajar: keupayaan memacu pembelajaran

Tugasan ini melibatkan elemen Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB)

Idea Utama:
Berfikir jambatan ilmu

EQ :

1. Bagaimanakah anda meningkatkan tahap kehidupan?


2. Bagaimana anda menyelesaikan masalah dalam kehidupan?

Berdasarkan hala tuju pendidikan untuk membangunkan pelajar yang berpengetahuan serta
berupaya menguasai dan mengaplikasi kemahiran berfikir melalui proses pembelajaran,
hasilkan satu produk pembelajaran untuk mengingat sesuatu fakta supaya ia dapat disimpan
dalam jangka waktu yang lama di kotak pemikiran anda. Anda perlu memilih satu alat
kemahiran berfikir yang berkesan berdasarkan pengalaman anda sendiri semasa belajar.

2
Tugasan 3: Penulisan Akademik (40%)
Jadual 1: Persepsi murid terhadap Program LINUS

Bil. Item 1 2 3
1. Kelas LINUS sangat menyeronokkan 11 36 73
2. Ujian LINUS sangat menyeronokkan 13 41 66
3. Rakan-rakan saya juga suka akan LINUS 20 51 49
4. LINUS membantu membaiki bacaan saya 13 36 71
5. LINUS membantu membaiki penulisan saya 15 28 77
6. LINUS membantu membaiki pengiraan saya 20 45 55
7. LINUS membolehkan saya menjawab soalan lisan 12 43 65
8. LINUS membolehkan saya menjawab soalan berbentuk tulisan 23 48 49
9. LINUS memberi motivasi kepada saya untuk belajar 14 40 66
10. LINUS sangat bagus untuk saya 11 41 68
**1 =Tidak setuju, 2 =Kurang setuju, 3 = Setuju ; **(N=120)
Sumber : Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

Jadual 1 menunjukkan data berkaitan persepsi murid terhadap Program LINUS yang telah
dijalankan di sekolah rendah di Malaysia. Buat analisis data kuantitatif dengan menggunakan
statistik deskriptif bagi setiap item. Berpandukan analisis tersebut, anda dikehendaki
memperoleh maklumat dari pelbagai sumber bagi menyokong pendapat dan cadangan
meningkatkan prestasi Program LINUS ini.

Arahan Pelaksanaan Tugasan:

1. Tugasan 1, 2 dan 3 hendaklah dilaksanakan secara individu.


2. Tugasan 2: Hasilkan satu produk berdasarkan panduan berikut:
• Kenal pasti satu topik daripada kursus Kemahiran Belajar.
• Berdasarkan isi kandungan topik tersebut, pilih satu alat kemahiran berfikir yang sesuai
bertujuan untuk mengingat fakta supaya ia dapat disimpan dalam jangka waktu yang
lama di kotak pemikiran anda.
• Hasilkan satu produk pembelajaran dengan mempamerkan alat kemahiran berfikir dan
nota berdasarkan isi kandungan topik yang telah dipilih.
• Nota hendaklah tidak lebih daripada 500 patah perkataan.
• Produk pembelajaran dan alat berfikir hendaklah berdasarkan pengalaman anda sendiri
semasa belajar secara berkesan.
• Produk pembelajaran ini perlu dikongsikan dengan rakan pembelajaran dipelbagai
platform yang dipilih sendiri oleh anda.

3. Tugasan 3: Hasilkan satu esei yang meliputi perkara berikut:


• Teliti data kuantitatif yang ditunjukkan dalam Jadual 1.
• Lakukan analisis asas data kuantitatif dengan menggunakan statistik deskriptif bagi
setiap item melalui persembahan data menggunakan Carta yang sesuai.

3
• Dengan menggunakan kemahiran anda memperoleh dan memproses maklumat dari
pelbagai sumber, beri cadangan atau pendapat untuk meningkatkan prestasi Program
LINUS bagi membantu murid dapat membaca, menulis, mengira dengan berkesan.
• Berikan hujah yang mendalam, analitikal dan kritikal berdasarkan kesesuaian dan
ketepatan rujukan yang relevan.
• Penulisan esei tidak melebihi 1200 patah perkataan. Rujukan tidak diambil kira sebagai
bilangan muka surat.

4. Format penulisan akademik adalah seperti berikut:


i. Fon Arial
ii. Saiz fon ialah 11
iii. Langkau 1.5 baris
iv. Rujukan mengikut format APA(American Psychological Association
v. Lampirkan rujukan yang relevan

• Rajah, jadual dan gambar hendaklah dilabelkan.


• Semua sumber rujukan perlu dinyatakan dan ditulis menggunakan format APA yang
betul.
• Amalan plagiat tidak dibenarkan.
• Tugasan ini perlu dihantar pada tarikh yang ditetapkan. Markah akan ditolak sekiranya
tugasan ini dihantar lewat.

5. Muka depan kerja kursus hendaklah dilengkapkan dengan maklumat yang berikut:
• Nama Pelajar
• Angka Giliran
• Nombor Kad Pengenalan
• Kumpulan/Unit
• Kod dan Nama Kursus
• Nama Pensyarah
• Tarikh Hantar
• Borang maklumbalas

Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria – kriteria berikut :

1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci.


2. Bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong hujah-hujah anda hendaklah
dikemukakan.
3. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian dengan sokongan ilmiah.
4. Format dan organisasi esei perlu jelas dan koheren.
6. Rujukan perlulah dari pelbagai sumber yang tepat dan memenuhi kehendak tugasan.

4
Disediakan oleh: Disemak oleh:

__________________________________
______________________________
(Nama: MD RODI BIN IDRIS )
(Nama: SALMIAH BINTI SAID )
Pakar Bidang (SME)
Pensyarah / Penyelaras Kursus
GKEB1072 Kemahiran Belajar
IPG Kampus Sultan Abdul Halim

Disahkan oleh:

_____________________________
(Nama: )
Ketua Jabatan Teknologi Pendidikan
IPG Kampus Sultan Abdul Halim

You might also like