You are on page 1of 11

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

06000 JITRA, KEDAH DARUL AMAN


PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
(PISMP)

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN


EDUP3073

NAMA : AINI HAYATI BINTI MOHD JAILANI


NO. KAD MATRIK : 2018182340193
NO. KAD PENGENALAN : 990830-08-5804
PROGRAM : PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA
PERGURUAN
KURSUS : PENDIDIKAN ISLAM 4
SEMESTER : 4
AMBILAN : JUN 2018
TAJUK : LAPORAN TEMUBUAL
NAMA PENSYARAH : PN. HAJAH RUSYATI BINTI HANAFIAH
TARIKH HANTAR : 07 APRIL 2020

Pengakuan Pelajar

Saya AINI HAYATI BINTI MOHD JAILANI No Kad Pengenalan 990830-08-5804 telah faham
dan menerima maklum balas daripada PN. HAJAH RUSYATI BINTI HANAFIAH Pensyarah
BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDUP3073 sesi tahun 2020.

Tandatangan pelajar

……………………….
Tarikh:
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN
BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS

Nama: AINI HAYATI BINTI MOHD


JAILANI Angka Giliran : 2018182340193
Kod : EDUP3073
Nama Kursus: BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

Pensyarah: PN. HAJAH RUSYATI BINTI HANAFIAH

Tarikh Hantar: : 7 APRIL 2020 Tarikh Terima (Diisi oleh Pensyarah):

Pengakuan Pelajar
Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan Pelajar : ...........................................................Tarikh: ………………………

Perincian Maklumat Balas Kerja Kursus

Pemeriksa Moderator (jika berkaitan)


Kekuatan: Kekuatan:

Aspek yang boleh diperbaiki: Aspek yang boleh diperbaiki:

Tandatangan: Tarikh: Tandatangan: Tarikh:

Pengesahan Pelajar
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan
fahami.

Catatan (jika ada):

Tandatangan Pelajar: Tarikh:


BIODATA PELAJAR

NAMA : AINI HAYATI BINTI MOHD JAILANI

ANGKA GILIRAN 2018182340193

NO. KAD PENGENALAN : 990830-08-5804

UMUR : 21 TAHUN

TARIKH LAHIR : 30 OGOS 1999

ALAMAT : NO 2439 PADANG MENORA, 13310 TASEK


GELUGOR, PULAU PINANG

NO TELEFON : 010-9626965

E-MEL : hayatiaini02@gmail.com

KUMPULAN : PISMP PENDIDIKAN ISLAM 4

SEMESTER : EMPAT

AMBILAN : JUN 2018


PENGHARGAAN

Alhamdullilah, bersyukur ke atas llahi dengan limpahan rahmat serta nikmat


masa nyawa dan tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya
menyiapkan tugasan ini dengan jayanya Pertamanya, saya ingin mendedikasikan
ucapan penghargaan ini kepada pensyaran saya. Puan Hajah Rusyati Binti Hanafiah
kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk saya
menyiapkan tugasan Budaya dan Pembelajaran (EDU3073) dengan jayanya. Saya
juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya yang
banyak membantu untuk menyiapkan kerja kursus ini Mereka telah memberikan saya
segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai saya berjaya
menghabiskan tugasan ini. Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan
seperjuangan yang sama- sama bertungkus iumus menghasilkan tugasan ini dan
bertukar-tukar idea dalam usaha menyiapkan tugasan ini. Akhir kata, saya
mengucapkan terima kasih kepada mereksa yang terlibat secara langsung atau
sebaliknya dalam pembikinan tugasan ini. Terima kasih.
Laporan Temu Bual Kesan Kepelbagaian Sosiobudaya Dari Aspek Struktur Sosial Dan
Adat Resam Serta Implikasinya Kepada Guru Dan Murid.

Pada 1 Mac sehingga 5 Mac yang lalu, saya telah menjalani Pentaksiran Berasaskan
Sekolah (PBS) di Sekolah Kebangsaan Mahang yang terletak di Kulim, Kedah (Lampiran: Rajah
1). Semasa PBS, saya ditugaskan untuk menemubual guru berkaitan kesan kepelbagaian
sosiobudaya dari aspek struktur sosial dan adat resam serta implikasinya kepada guru dan murid
yang bertepatan dengan kehendak kerja kursus Budaya dan Pembelajaran (EDUP3073). Oleh
itu, saya telah menemubual seorang guru yang telah berkhidmat sebagai guru Bahasa Melayu
selama 24 tahun. Beliau ialah Encik Rushdi bin Ahmad (Lampiran: Rajah 2). Menurut beliau,
pengalaman 10 tahun berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Jerong di Marang Terengganu adalah
berbeza berbanding mengajar di Sekolah Kebangsaan Mahang. Hal ini kerana, Sekolah
Kebangsaan Jerong bilangan muridnya adalah lebih ramai dan berbilang kaum yang terdiri
daripada Melayu, Cina dan India. Dengan wujudnya pelbagai kaum, maka terbentuknya
kepelbagaian budaya di sekolah sekaligus menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran
adalah sedikit berbeza dan lebih menarik.

Berdasarkan temu bual yang telah dijalankan, responden menyatakan bahawa terdapat
jurang pendidikan dalam kalangan murid dari aspek kelas sosial. Terdapat dua peringkat struktur
sosial di SK Jerong iaitu kelas pertengahan dan kelas bawahan. Sebahagian murid SK Jerong
adalah berasal dari keluarga yang taraf ekonominya rendah. Sikap samba lewa dan tidak
mempunyai minat untuk belajar memberi kesan kepada tahap pencapaian akademik murid. Hal
ini kerana, mereka lebih gemar membantu ibu bapa mereka mencari rezeki demi meneruskan
kelansungan hidup. Menurut responden, pencapaian akademik bagi murid yang berasal dari
keluarga yang sederhana adalah lebih memberansangkan. Hal ini dijelaskan oleh Choong (2008),
bahawa mereka yang bertaraf hidup sederhana mempunyai pelbagai kemudahan pembelajaran
dan persekitaran yang lebih mementingkan pelajaran sekaligus menjadikan mereka murid yang
sentiasa bersedia untuk belajar.

Responden juga telah menyatakan kesan kepelbagaian sosiobudaya dari aspek kelas
sosial dalam kalangan murid SK Jerong. Menurut responden, disiplin murid sekolah tersebut
adalah masih di tahap terkawal. Namun begitu, terdapat segelintir murid yang kerap tidak
menghadirkan diri ke sekolah. Hal ini kerana, mereka merasakan tiada keperluan untuk belajar
dan menghadirkan diri ke sekolah. Antara sebab lain mereka ponteng sekolah ialah, faktor
kewangan. Dalam keadaan yang serba kekurangan, terdapat segelintir murid yang terpaksa
ponteng sekolah kerana tiada wang saku. Ibu bapa mereka terpaksa bekerja keras untuk
mencukupkan perbelanjaan harian dan menyebabkan mereka terpaksa menggalas
tanggungjawab untuk menjaga adik-beradik yang lain sepanjang ketiadaan ibu bapa di rumah.

Kepelbagaian sosiobudaya dalam kalangan murid juga menyebabkan murid di SK Jerong


ini mengetahui tentang adat resam kaum lain menerusi interaksi sesama murid yang berbeza
bangsa. Perkara tersebut bertepatan dengan Mohd Hasani Dali (2009) yang menyatakan bahawa
interaksi antara murid yang terdiri daripada kaum berbeza menyebabkan murid tersebut
mengetahui aspek-aspek sosiobudaya yang berbeza sesama mereka. Kepelbagaian
sosiobudaya yang wujud dalam kalangan murid juga menyebabkan murid-murid lebih cenderung
untuk berkumpul mengikut bangsa, bahasa dan struktur sosial seperti mana yang dapat dilihat di
SK Jerong. Hal ini bertepatan dengan teori Ainsworth iaitu kanak-kanak menjalinkan hubungan
sosial dengan individu yang mempunyai persamaan dengan mereka sahaja (Noriati, Jamilah,
Zuraida, Lee dan Raymond, 2009).

Dalam sesi temu bual yang telah dijalankan, responden telah menyatakan beberapa
implikasi terhadap guru dan murid. Antaranya ialah, murid perlu memahami perbezaan dalam
kalangan mereka. Perkara tersebut adalah penting untuk mewujudkan penerimaan terhadap
perbezaan aspek sosiobudaya dalam kalangan murid untuk mewujudkan perasaan saling
hormat-menghormati sesama murid seperti mana yang ditekankan dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (2013-2025) menerusi aspek identiti nasional (Syahruan Azan, 2015).

Seterusnya, guru perlu merancang aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan semua taraf
sosial dan adat resam murid menerusi pembelajaran secara koperatif. Menurut Syed & Ahmad
(2010), pembelajaran secara koperatif mengalakkan murid untuk menerima perbezaan sesama
mereka. Implikasi kepelbagaian sosiobudaya yang berikutnya ialah guru perlulah mewujudkan
komunikasi berkesan agar dapat menimbulkan suasana yang lebih efektif untuk murid memahami
dan melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan dalam kelas. Dengan adanya komunikasi
berkesan ini, ianya dapat meningkatkan keyakinan dan semangat murid untuk bergaul dan
berinteraksi dengan rakan lain tanpa mengira perbezaan kelas sosial atau adat resam. Hal ini
sekaligus menjadikan mereka saling menghormati dan meraikan kepelbagaian sosiobudaya
masing-masing.
Secara keseluruhannya, berdasarkan sesi temu bual yang telah dijalankan, terdapat
pelbagai kesan sosiobudaya dari aspek kelas sosial dan adat resam yang mendatangkan
pelbagai implikasi terhadap murid dan guru.

Disediakan oleh, 27 Mac 2020

(Aini Hayati Binti Mohd Jailani)


Pelajar PISMP Pendidikan Islam 4
IPG Kampus Darulaman, Kedah.

(635 patah perkataan)


Rujukan

Choong, L. K. (2008). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia Untuk Program Perguruan


Pendidikan Rendah 4 Tahun. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Mohd Hasani Dali. (2009). Pengurusan Bilik Darjah. Diakses pada Mac 25 2020 daripada
http://irep.iium.edu.my/13309/1/Chapter_-_Pengurusan_Bilik_Darjah_-_2009.pdf

Noriati A. Rashid, Jamilah Ismail, Zuraidah A. Majid, Lee, & Raymond Mohanraj Paul. (2009).
Modul Pengajian Profesional EDU3106 Budaya Dalam Pembelajaran. Kuala Lumpur:
Kementerian Pelajaran Malaysia.

Rushdi Ahmad. (Mac 3, 2020). Temu Bual Kesan Kepelbagaian Sosiobudaya Dari Aspek
Struktur Sosial Dan Adat Resam Serta Implikasinya Kepada Guru Dan Murid.

Syahruan Azan. (2015). Hubungan Perapatan Guru Dengan Murid Dalam Bilik Darjah Terhadap
Tingkah Laku Moral Murid. Diakses pada Mac 25 2020 daripada
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/59793/1/FPP%202015%2070IR.pdf

Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad Subki Maskon. (2010). Budaya dan Pembelajaran.
Selangor Darul Ehsan: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Lampiran
Soalan temu bual

1) Adakah perbezaan kelas sosial mempengaruhi pencapaian akademik murid?


2) Berdasarkan berbezaan kelas sosial murid SK Jerong, bagaimanakah tahap disiplin murid?
3) Dengan adanya pelbagai bangsa di SK Jerong, adakah berlakunya pertembungan atau
persilangan adat resam di kalangan murid?
Rajah 1

Rajah 2

You might also like