You are on page 1of 3

BAB 2 (anith munif)

SOALAN STRUKTUR

1. Langkah utama model ADDIE

 Menganalisis latar belakang pelajar


 Mereka bentuk
 Pembangunan dan pengintegrasian media
 Pelaksanaan
 Penilaian

2. 4 peranan reka bentuk

 Menggunakan model pengajaran yang sesuai


 Memilih strategi PdP yang sesuai
 Pembangunan aktiviti PdP secara lebih bersistematik
 Pengajaran dan pembelajaran secara inovatif

3. tiga perkara teliti model ASSURE

 Teknologi
 Pedagolgi
 Isi kandungan

4. Dua Kelebihan fasa nilai dan semak

Ini merupakan langkah terakhir dalam Model ASSURE. Sebenarnya langkah ini menyentuh
dua aspekpenilaian aiitu penilaian pembelajaran dan penilaian pengajaran. Penilaian
seharusnya dibuat sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan
pemilihan objektif, media dan bahan sumber sesuai dengan keupayaan pelajar. Dalam fasa
ini, guru dapat mengetahu kekurangan dan kelebihan setiap aspek yang dijalankan bagi
membolehkan proses penambahbaikan dilakukan. Selain itu, fasa ini mombolehkan kita untuk
menilai tahap keberkesanan sesuatu perkara yang dijalankan sama ada ianya memberi impak
ataupun sebaliknya.

ESEI

Soalan 1

Jelaskan tiga katogeri reka bentuk


F1: Model berorentasi bilik darjah

H1: lebih memberi tumpuan kepada keadaan pembelajaran dalam bilik darjah serta tertumpu kepada
elemen yang wujud dalam bilik darjah seperti guru, pelajar,kurikulum dan kemudahan.

C1: Antara model-model reka bentuk pengajaran berorentasikan bilik darjah ini ialah Model ASSURE
(1982), Model Gerlach and Ely(1980), Model Kemp (1985) dan Model Hanafin and Peck.
F2: Model reka bentuk pengajaran berfokuskan produk

H2: membuat andaian bahawa bahan sesuatu produk pengajaran sentiasa diperlukan, bahan yang
dihasilkan tidak memerlukan proses pengubahsuaian, produk yang dihasilkan boleh digunakan oleh
pelbagai pihak dan penekanan diberikan kepada percubaan.

C2: Antara model reka bentuk produk ialah VaPatten (1989), Lesih, Pollock dan Reigeluth (1990).

F3: Model reka bentuk berasaskan sistem

H3: melibatkan pembangunan bahan pengajaran besar bagi sesuatu kursus atau satu kurikulum.
Model ini lazimnya dibangunkan oleh satu pasukan yang besar.

H3: Pembangunan perisian memerlukan sumber tenaga, bahan sokongan, analisis, percubaan dan
ujian yang banyak.

C3: Antara model yang terdapat dalam kategori ini ialah Branson (1975), Diamon (1989) dan Dick
and Carey (1996).

Soalan 2

RPH model ASSURE

Terdapat 6 langkah yang penting dan perlu dilalui oleh seseorang guru sekiranya memilih reka
bentuk pengajaran Model ASSURE ini. Antaranya ialah; (Analisis Pelajar) ( Nyatakan
objektif/hasil pembelajaran) ( Pilih kaedah, media dan bahan sumber) ( Guna media dan
bahan sumber) (Libatkan pelajar dalam pembelajaran) (Nilai dan semak semula)

Tiga fasa yang dipilih ialah analisis pelajar, guna media dan bahan sumber, dan nilai dan
semak semula. Menganalisis kumpulan sasaran atau pelajar.adalah penting ntuk membantu
kita merancang pengajaran pembelajaran yang sesuai bagi mereka. Pelajar dapat dianalisis
berdasarkan aspek-aspek berikut:

Ciri-ciri umum pelajar

Ciri umum pelajar termasuklah umur, tahun, kelas, aliran, jantina,


penempatan/daerah/kawasan, budaya dan seumpamanya/ Pemilihan kaedah, sumber dan
bahan dapat disesuaikan dengan jenis pelajar yang dikenalpasti. Pelajar yang lemah dalam
penguasaan bahasanya dapat dibantu pembelajarannya melalui penggunaan gambar, bahan
konkrit dan aktiviti tanpa media cetak.

Pengetahuan sedia ada

Setiap pelajar mempunyai pengalaman yang berbeza. Analisis pengetahuandan pengalaman


sedia ada pelajar dapat membantu guru menyediakan pengajaran yang bermanfaat kepada
pelajar. Guru boleh mengenalpasti pengetahuan sedia pelajar melalui ujian praunit yang akan
dipelajarinya, mengkaji pencapaian pembelajaran unit terlebih dahulun mengadakan sesi
soaljawab di dalam kelas. Apabila guru ada maklumat tentang pengetahuan dan pengalaman
pelajar tentang topik yang akan dipelajari, mudahlah bagi guru untuk memilih pengisian
sumber pembelajaran dan kaedah yang sesuai yang akan digunakan.

Gaya Pembelajaran Pelajar

Pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri. Gaya pembelajaran individu merujuk
kepada cara yang paling sesuai dan berkesan untuk individu itu menguasai pembelajaran.
Pengetahuan tentang gaya pembelajaran pelajar dapat membantu guru merancang
pengajaran dan pembelajaran yang efektif.Model Dunn dan Dunn, model Honey dan
Mumford, dan modelMutiple Intelligence Gadner adalah beberapa contoh model gaya
pembelajaran pelajar. Gaya pembelajaran individu mempengaruhi cara individu memproses
maklumat, membentuk persepsi merupakan faktor motivasi dan tingkah laku belajar.

Seterusnya ialah gunakan Media dan Bahan Sumber. Bagi memastikan kejayaan
penggunaan media dan bahan, sumber tindakan-tindakan berikut perlu dilakukan oleh
guru.Semak/pratonton/kaji bahan sumber sebelum digunakan di dalam kelas. Guru hendaklah
mengkaji/menyemak/menonton bahan sumber yang telah dipilih sebelum digunakan. Ini dapat
membantu guru memastikan bahan tersebut benar-benar sesuai dengan kumpulan pelajarm
objektif pengajaran dan pembelajaran. Sediakan bahan untuk penggunaan dalam kelas.
Sediakan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran. Sediakan pengalaman
pembelajaran bagi pelajar.

Fasa ketiga yang dipilih ialah Nilai dan Semak Semula

Ini merupakan langkah terakhir dalam Model ASSURE. Sebenarnya langkah ini menyentuh
dua aspek penilaian iaitu penilaian pembelajaran dan penilaian pengajaran. Penilaian
seharusnya dibuat sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan
pemilihan objektif, media dan bahan sumber sesuai dengan keupayaan pelajar.

You might also like