You are on page 1of 28

Disediakan dan disampaikan oleh : Arrahmah binti Anoowah. Broneka Uding Kirew. Haslinda binti Baadu.

du. Nadzirah binti Amir Hamzah.

Terdapat dua kaedah pembelajaran iaitu koperatif dan kolaboratif. Koperatif ialah pembelajaran dalam kumpulan kecil. Murid bekerjasama, membantu sesama sendiri bagi memenuhi kehendak tugasan individu dan kumpulan. Menggalakkan murid yang berpotensi berinteraksi untuk diri sendiri dan rakan-rakan yang lain.

Pembelajaran kolaboratif dan koperatif membolehkan murid dapat menguasai kemahiran saintifik, berfikir, sosial dan nilai-nilai murni. Perkongsian kecerdasan dalam strategi koperatif dirumuskan melalui KISSES iaitu :
Keep with the group Include everyone Share ideas and feeling Stay on task Encourage others Six inches voices Sentiasa dalam kumpulan Libatkan semua ahli elakkan jadi penumpang / passenger Bersedia berkongsi idea dan perasaan Sentiasa melakukan tugasan yang diberikan Memberikan galakan kepada rakan sebaya Perbincangan mesra kumpulan berdua atau berempat dalam jarak kurang 6 inci

Perkongsian maklumat dan kuasa dalam strategi kolaboratif dilaksanakan melalui :


Perkongsian maklumat antara guru dengan murid dan murid dengan murid. Perkongsian kuasa antara guru dengan murid. Guru sebagai orang tengah. Mewujudkan personaliti dan harga diri positif hasil perkongsian maklumat sesamnma rakan sebaya.

Berfikir : Murid berfikir menyelesaikan masalah, menjana idea dan membuat keputusan. Faham : Murid memahami apa yang dan dapat mengaplikasikan pengetahuan yang baharu. Ingat : Murid dapat mengingat konsep yang dipelajari dan mengaitkan pengetahuan yang diterima dan sedia ada.

Yakin : Murid lebih yakin kerana diberi peluang untuk membina kefahaman sendiri.
Kemahiran sosial : Murid berkemahiran untuk bekerjasama dengan orang lain. Seronok : Murid berasa seronok kerana pembelajaran yang aktif melibatkan mereka sendiri.

Menggalakkan murid menerangkan idea mereka dan menghargai idea tersebut. Membantu murid untuk menyedari kesesuaian kurikulum dengan kehidupan sebenar. Menstuktur pelajaran yang diajar untuk mencabar persepsi murid.

Mentaksir dan menilai pencapaian pembelajaran secara berterusan.

Menggalakkan murid membuat tugasan yang mencabar.


Membimbing murid mengambil bahagian dalam tugasan yang merangsang pencarian. Mengajukan masalah dan persoalan serta membimbing murid menemui jawapan. Menggalakkan pertemuan oleh murid melalui pertanyaan solan bercampah dan aras tinggi.

Menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif.

Mempunyai akauntabiliti dan bertanggungjawab terhadap pembelajaran. Berkongsi kecerdasan dengan melakukan perbincangan. Menentukan objektif pembelajaran dan mencabar hipotesis yang dibuat. Menggunakan data dan bahan interaktif.

KONTEKSTUAL
Pembelajaran kontekstual merupakan kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan pelajaran dengan pengalaman harian murid atau individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti amali atau hands-on dan teori atau minds-on. Pembelajaran hanya akan berlaku apabila murid dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara bermakna dalam rangka minda mereka.

KONTEKSTUAL
Antara unsur-unsur penting dalam pembelajaran kontekstual adalah: 1. Kepelbagaian konteks Contoh: budaya, sosial, psikologi dan fizikal. 2. Kepelbagaian persekitaran pembelajaran Contoh: bilik darjah, makmal komputer, bilik kerja dan sudut bacaan 3. Kepelbagaian disiplin ilmu Contoh: Matematik, Sains, Pendidikan Moral/Islam

KONTEKSTUAL
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran kontekstual, murid akan melalui satu atau lebih daripada kaedah pembelajaran berikut yang diringkaskan sebagai REACT iaitu:
R-Relating Menghubungkaitkan pengetahuan baharu dengan pengalaman harian. CONTOH: Murid melakukan aktiviti mengutip sampah di sekitar sekolah untuk menanam sikap bertanggungjawab akan kebersihan sekolah. Menerusi pengalaman ini, murid dapat mengaitkan aktiviti yang dilakukan oleh ibu bapa mereka semasa membersihkan kawasan tempat tinggal mereka pada setiap hari. E-Experiencing Memberikan peluang kepada murid untuk mengalami supaya murid boleh menemui, meneroka atau mereka cipta sesuatu yang baharu. CONTOH: Murid dibawa ke makmal untuk menyaksikan demonstrasi serta membuat latihan amali menyambungkan wayar kepada plug 3 pin. Pengalaman ini boleh digunakan di rumah apabila berlakunya situasi wayar plug 3 pin sterika tertanggal.

A-Applying

Mengaplikasikan konsep atau maklumat yang telah dipelajari dalam situasi lain. CONTOH: Murid mempelajari teori dan konsep tuas. Mereka dapat mengaplikasikan pengetahuan ini apabila menghadapi situasi sebuah kereta yang tayarnya pancit dan tidak mempunyai jek. Dengan mengamalkan pengetahuan yang sedia ada, murid boleh menggunakan konsep tuas untuk menggantikan jek kereta bagi membolehkan penukaran tayar.

C-Cooperating

Bekerjasama, satu ciri yang wujud dalam dunia sebenar. Contohnya, berkongsi maklumat dan bekerja dengan selesa dalam pasukan. Begitu juga dengan kerja-kerja makmal, murid-murid bekerja dengan ahli kumpulan untuk melakukan amali makmal.

T-Transfering

Memindahkan, iaitu murid belajar dalam konteks pengetahuan sedia ada dengan menggunakan atau membina daripada apa yang telah diketahui.

KONTEKSTUAL
Setiap kaedah yang dibincangkan oleh guru harus mengaitkan pembelajaran dengan pengalaman dan persekitaran. Murid yang melalui kaedah pembelajaran kontekstual berupaya mengaitkan apa yang dipelajari dan mengaplikasikannya kepada situasi lain.

KONTEKSTUAL
Faedah pembelajaran kontekstual kepada: 1) MURID Dapat mengaitkan matapelajaran dengan pekerjaan atau kehidupan Dapat mengaitkan kandungan matapelajaran dengan pengalaman harian Boleh memindahkan kemahiran Boleh meneroka dan mendapatkan bukti Boleh menguasai perkara abstrak melalui pengalaman konkrit Dapat belajar secara kerjasama 2) GURU Dapat menjadikan pengajaran sebagai satu pengalaman yang berjaya Dapat mengaitkan prinsip-prinsip matapelajaran dengan dunia pekerjaan Dapat menjadi penghubung antara pihak akademik dan vokasional atau industri

Pembelajaran yang membantu murid mencapai dan menguasai hasil pembelajaran yang berkualiti Membolehkan murid menguasai objektif pembelajaran jika masa dan keperluan diberikan dengan cukup

Pelaksanaan berdasarkan tahap kemajuan seseorang murid Bahan pembelajaran dibahagikan kepada unit yang lebih kecil Menyatakan objektif dan hasil pembelajaran

Pelbagai kaedah dalam pengajaran dan pembelajaran Menggunakan diagnostik untuk mengesan kemampuan murid. Menggunakan maklum balas yang tepat mengenaik hasil pembelajaran yang telah dan belum dikuasai oleh murid.

Memastikan objektif pembelajaran tercapai. Kemahiran murid dapat dikuasai dengan mudah. Memberi peluang kepada murid untuk menguasai hasil pembelajaran yang berkualiti. Moderator yang membimbing murid dalam segala bentuk aktiviti.

Guru menyusun unit pembelajaran mengikut urutan tajuk dan kepada yang senang kepada yang susah. Pengubahsuaian yang sesuai dan merancang aktiviti, kaedah, aktiviti yang memudahkan murid menguasai pembelajaran.

Guru menentukan spesifik perkara, tajuk atau isu yang perlu dipelajari murid. Guru memotivasikan murid untuk mempelajari dan meningkatkan ilmu pengetahuan tentang tajuk atau isu. Guru menyediakan bahan bantu mengajar.

Guru menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang lengkap dan menepati. Guru memantau dan mengawasi kemajuan pembelajaran dan pncapaian murid. Guru menjalankan ulang kaji dan latihan yang boleh mengekalkan minat dan semangat murid untuk terus belajar.

Guru merancang dan membina item ujian formatif dan sumatif serta membuat analisis item ujian dan respon murid bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang tahap penguasaan murid. Guru harus melihat formatif dan sumatif sebagai alat pengajaran dan pembelajaran. Maklum balas yang diterima daripada penilaian ini dapat digunakan dengan berkesan bertujuan meningkatkan pengajaran dan pembelajaran. Guru mentadbir ujian dan memeriksa respons murid.

Guru menganalisis dan mentafsir hasil ujian bagi mengenal pasti murid yang telah menguasai hasil pembelajaran dengan murid yang belum menguasai. Guru menggalakkan murid yang telah menguasai hasil pembelajaran menjalani aktiviti pengayaan atau menjadi tutor kepada rakan sekelas atau ke unit pembelajaran seterusnya.

Murid perlu belajar dan bukannya bertanding dengan rakan yang lain. Murid perlu mempunyai sifat berdikari. Murid perlu mengetahui kekuatan dan kelemahan dirinya serta hasil pembelajarn yang perlu dikuasai.

Murid perlu memaklumkan kepada guru jika masih belum menguasai pembelajaran. Murid haruslah bermotovasi, terarah kendiri dan tekun dalam menghadapi pembelajaran. Murid harus memiliki keyakinan diri, tidak putus asa, boleh mengubahsuai cara berfikir dan bekerjasama dengan murid lain.

SEKIAN, TERIMA KASIH

You might also like