You are on page 1of 1

Kaedah dan Teknik Pengajaran Masa Kini : Project-Based Learning

Terangkan secara ringkas kaedah Project-Based Learning berserta ciri-cirinya.

Pembelajaran berasaskan projek ialah pengajaran berpusatkan murid supaya mereka


berpeluang menerokai kehidupan yang sebenar. Teknik ini merupakan satu teknik pembelajaran
abad ke-21 yang sangat kompresensif kerana ia menyokong kesemua kemahiran dalam
komponen-komponen 4C (Communation, Collaboration, Critical Thinking, Creativity). Teknik
pembelajaran ini adalah berpusatkan murid, memerlukan masa untuk disiapkan, merentasi
kurikulum dan melibatkan kemahiran pelbagai (mutiple intellent). Perkara yang lebih ketara di sini
adalah ciri-ciri PBL yang memerlukan murid berinteraksi dengan isu dan amalan dunia sebenar.
Teknik ini memberikan ruang dan peluang kepada murid untuk memahami sesuatu perkara
secara mendalam (mastery learning). Ini memberikan peluang dan kepada pelajar untuk
memahami suatu perkara secara terperinci dan nyata. Ini merupakan ilmu pengetahuan yang
sebenar, iaitu pembelajaran melalui pengalaman sebenar. Melalui PBL, pelajar menjelajah
pengetahuan-pengetahuan baru, membuat pertimbangan, interpretasi serta membuat sintesis
kepada semua maklumat yang telah diperoleh secara bermakna.

Ciri-Ciri Project Based Learning:-

 Cara pembelajaran yang pelbagai


 Individu atau berkumpulan
 Berorientasikan dunia sebenar
 Berpusatkan murid
 Menggalakkan penggunaan K-BAT
 Kaedah Hands On & Mind On
 Guru sebagai fasilitator
 Pembelajaran bermakna
 Pembelajaran merentasi kurikulum
 Berasaskan kemahiran, pengetahuan, pengalaman

You might also like