You are on page 1of 16

http://journalarticle.ukm.my/154/1/1.

pdf MODEL PEMBELAJARAN KOLB Model Pembelajaran Kolb adalah satu model pembelajaran pengalaman yang telah mendapat perhatian berbagai bidang pengajian khususnya yang memerlukan latihan amali. Model ini dapat dijelaskan dalam bentuk satu kitaran seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2. Kolb (1984) menerangkan dimensi pertama pada paksi menegak adalah dimensi menerima maklumat iaitu sama ada secara pengalaman konkrit iaitu dengan merasai atau konseptual abstrak iaitu secara berfikir pada kontinum yang bertentangan. Pengalaman konkrit bermaksud pelajar memperoleh maklumat dengan pengalaman langsung sementara konseptual abstrak adalah secara pemahaman konsep dan prinsipal. Dimensi kedua ialah keupayaan memproses maklumat pada dua kontinum iaitu sama ada secara pemerhatian reflektif iaitu memerhati atau secara eksperimentasi aktif iaitu dengan melakukan. Pelajar memproses maklumat sama ada dengan refleksi secara sengaja atau secara melakukan sesuatu iaitu eksperimentasi aktif. Proses pembelajaran melibatkan konflik antara cara yang bertentangan di mana individu menerima maklumat iaitu antara pengalaman konkrit dan konseptual

abstrak dan cara maklumat diproses antara pemerhatian reflektif dan eksperimentasi aktif. Cara pelajar melihat dan memproses maklumat dipengaruhi oleh berbagai faktor seperti jenis personaliti, latar belakang pendidikan dan kerjaya yang diceburi (Kolb 1984). Menggabungkan aktiviti instruksi yang melibatkan empat aspek dalam teori pembelajaran Kolb memberikan dua faedah utama (Harb et al. 1995; Siegel et al. 1997). Faedah pertama pendekatan ini ialah membolehkan pedagogi disesuaikan dengan kecenderungan gaya pembelajaran pelajar. Faedah kedua, pedagogi ini ialah mencabar pelajar untuk membentuk kompetensi pembelajaran melalui pelbagai gaya. Teori pembelajaran pengalaman Kolb (1984) menyatakanStrategi Pembelajaran Pengalaman Berasaskan Model Kolb 119 bahawa idea bukanlah satu unsur pemikiran yang tidak boleh diubah tetapi ia terbentuk dan dibentuk semula melalui pengalaman. Oleh itu, pembelajaran adalah satu proses di mana konsep sentiasa diubahsuai oleh pengalaman. Kolb mencadangkan beberapa langkah yang perlu diambil bagi menjadikan teori ini produktif kepada pembelajaran iaitu: 1. Pelajar perlu terlibat secara aktif dalam aktiviti pengalaman baru. 2. Menggunakan pemerhatian reflektif bagi menghubungkan pengalaman

sedia ada; secara tak langsung dari pendengaran, pembacaan dan sebagainya kepada pemerhatian baru. 3. Membentuk konseptual abstrak bagi membentuk teori dan generalisasi yang logik. 4. Menggunakan teori baru dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Model pembelajaran Kolb telah digunakan dalam kajian di berbagai bidang pengajian terutama sekali yang memerlukan kerja amali seperti kejuruteraan (Harb et al. 1995), perubatan, keusahawanan (Ulrich & Cole 1987; Norasmah 2002) dan perakaunan (Baker et al. 1987; Togo et al. 1990; Jonick 1998; Siegel et al. 1997) Kajian ini bertujuan melihat kesan gaya pembelajaran terhadap peningkatan kemahiran kognitif apabila pelajar melalui strategi pembelajaran pengalaman berasaskan Model Kolb berbanding strategi PT. Persoalan kajian yang dijawab dalam penulisan ini adalah seperti berikut: RAJAH 2. Model pembelajaran dua-dimensi Kolb dan empat gaya pembelajaran Sumber: Kolb (1984)

Dimensi memproses Pengalaman Konkrit Konseptual Abstrak Pemerhatian Reflektif Eksperimentasi Aktif Akomodator Diverger Konverger Asimilator120 Jurnal Pendidikan 30 1. Apakah komposisi gaya pembelajaran pelajar dalam kursus pendidikan perakaunan (Kursus Pengantar Perakaunan Kewangan)? 2. Apakah pencapaian pelajar dalam kursus pendidikan perakaunan berdasarkan komposisi gaya pembelajaran? 3. Adakah terdapat perbezaan dalam pencapaian pelajar pada peringkat pra

rawatan berdasarkan gaya pembelajaran? 4. Apakah taburan skor nilai tambah kemahiran (peningkatan) yang diperolehi oleh pelajar melalui strategi KPK dan strategi PT? 5. Adakah gaya pembelajaran memberi kesan terhadap peningkatan kemahiran kognitif pelajar melalui strategi KPK dan strategi PT? 6. Adakah terdapat perkaitan di antara empat fasa pembelajaran dalam strategi KPK dengan pencapaian kognitif pelajar?

http://eprints.utm.my/3680/1/71881.pdf 2.1.3 Model Gaya Pembelajaran Kolb (1984) Kolb (1984) telah membahagikan gaya pembelajaran yang digunakan oleh pelajar kepada empat kategori iaitu imaginatif dan kreatif, teori analisis, praktik dan intuitif dinamik. Individu yang mengamalkan gaya pembelajaran secara imaginatif dan kreatif akan membuat pengamatan terhadap maklumat yang ada secara konkrit dan seterusnya memproses maklumat tersebut secara reflektif. Persoalan yang sering bermain di fikiran mereka ialah mengapa?. Golongan ini suka mencari makna dan sebab-sebab mempelajari sesuatu 26maklumat itu. Mereka sukakan pelbagai aktiviti yang membolehkan mereka berinteraksi dan berkongsi idea-idea bersama-sama orang lain. Manakala bagi golongan pelajar yang mempunyai gaya pembelajaran teori analisis pula

sukakan persoalan mengenai apa dia?. Maklumat yang diperolehi oleh mereka adalah secara abstrak dan maklumat tersebut diproses secara reflektif. Mereka suka mencari faktafakta untuk menjelaskan konsep-konsep dan membuat analisis tentang sesuatu maklumat. Golongan pelajar jenis praktik pula suka mempersoalkan tentang bagaimanakah ia berfungsi?. Mereka ingin mengetahui kaedah atau cara-cara sesuatu benda berfungsi dan lebih suka membuat atau mencuba sendiri untuk menambahkan pengalamannya dalam mengendalikan pelbagai benda. Mereka mengamati maklumat secara abstrak dan memprosesnya secara aktif. Mereka gemar mencari kegunaan maklumat yang diperolehi dan belajar menguji teori untuk mengetahui kegunaannya. Sementara pelajar jenis intuitif dinamik suka menyoal apakah kegunaan baru yang boleh saya cipta?. Mereka membuat pengamatan terhadap maklumat secara konkrit dan

memprosesnya secara aktif. Mereka suka mencari perkara baru yang belum diketahui untuk memperolehi maklumat. Mereka cuba mencari sesuatu yang boleh direkabentuk berdasarkan maklumat baru dan suka berinteraksi dengan orang lain. Mereka belajar melalui kaedah cuba jaya dan inkuiri.

http://www.scribd.com/doc/87320818/GAYA-PEMBELAJARAN

Aplikasi: Setelah pelajar membuat generalisasi, pensyarahharus membimbing pelajar hingga peringkataplikasi, iaitu percubaan dalam situasi baharu.Pelajar diberi peluang berfikir untuk membuatkeputusan dan menyelesaikan masalah dalamsituasi baharu. Pendekatan pembelajaran sepertikajian kes dan pembelajaran berasaskan masalahdapat membantu pengaplikasian teori kepadapraktis. Sekiranya proses ini dibuat dengan baik,pelajar dapat melihat aplikasi teori terhadappenyelesaian masalah dalam dunia sebenar.

Di samping itu terdapat ketegangan di antara fasapembelajaran berdasarkan model Kolb, misalnyapertembungan dua jenis pembelajaran [(cth., pembentukankonsep abstrak (abstract conceptualization) dan percubaandalam situasi baharu (active experimentation)]. Pelajarmungkin berada dalam dua fasa pada satu masa. Apabila iniberlaku, pelajar lazimnya menunjukkan tingkahlaku dominanterhadap salah satu daripada gaya pembelajaran itu. Hasilnya terbentuklah gaya pembelajaran yang mengambilkirakedua fasa/elemen pembelajaran tersebut. Wolf dan Kolb(1984) telah mencadangkan empat gaya pembelajaran yangmenunjukkan kecenderungan individu memilih modpembelajaran tertentu berdasarkan pertembungan dua jenispembelajaran di atas : diverger, converger,accommodator, dan assimilator.

AKOMODATOR DIVERGER

Suka mengambil risiko Berupaya melihat situasi konkritdaripada pelbagai perspektif Cemerlang dalam mengadaptasi diri dalamkeadaan yang khusus dan segeraBagus untuk sesi penjanaan ideaseperti brainstormingAkan mengketepikan teori atau perancangansekiranya ia tidak sesuai dengan fakta ataukeadaanBerminat dengan hubungansesama manusia dan imaginatif serta emosionalMenyelesaikan masalah secara intuitif cuba jaya;bergantung kuat kepada maklumat daripadaorang lain daripada kebolehan analitikalsendiriMempunyai minat kebudayaanyang luas dan cenderung dalampengkhususan seniSelesa dengan masyarakat tetapi kekadangnampak gopoh dan mendesak. Kebanyakanmereka berpendidkan dalam bidang teknikalatau praktikal seperti bidang perniagaan.Karekteristik mereka dalam kerja actionorientedseperti jurujual, pemasaran, dsb.Karekteristik individu daripadalatar belakang kemanusiaan dansastera liberal (cth., kauselor,pengurus personel)Ciri-ciri gaya pembelajaran KolbPengalaman Konkrit

Percubaan Aktif Pemerhatian Reflektif

KONVERGER ASIMILATORMahir dalam ujian IQ konvensional di manaterdapat satu jawapan atau penyelesaianmasalah yang benarMahir dalam pemikiran induktif danmembentuk pemerhatian denganmengintegrasi maklumatPengetahuan individu disusun melaluipemikiran hipotetikodeduktif; mampuberfokus untuk satu masalah spesifikKurang berminat dengan hubungan sesamemanusia; lebih berminat dengan konsepabstrakSecara relatifnya mereka tidak beremosi;suka berurusan dengan benda lebihdaripada manusiaMelihat kepentingan teori yang logikdipercayai dan jelas; sekiranya teori atauperancangan tidak sesuai dengan fakta ataukeadaan, assimilator akan besarkemungkinan mengenepikan atau mengkajisemula fakta.Lebih cenderung mempunyai minat teknikalyang menjurus dan mendalami bidang sainsfizikal.Karekteristik mereka dalam bidang sainstulen dan matematik lebih daripada sainsterapanKarekteristik kebanyakkan jurutera.Pembentukan Konsep Abstrak

You might also like