You are on page 1of 1

 

Teori Pembelajaran Connectivism telah diperkenalkan oleh George Siemen


(2004). Menurut George Siemens, Connectivism merupakan teori
pembelajaran yang digunakan untuk era digital masa kini dan merupakan
alternatif teori pembelajaran pada abad digital. Beliau telah membangunkan
teori pembelajaran Connectivism kerana percaya bahawa teori-teori
pembelajaran sebelumnya seperti Behaviourism, Cognitivism dan
Constructivism tidak dapat lagi memenuhi sifat pengajaran dan pembelajaran
dalam zaman digital kini.
        Teknologi telah merubah kehidupan, komunikasi dan pembelajaran.
Pengajaran dan pembelajaran secara tradisional juga perlu berubah mengikut
format digital seiring dengan perubahan teknologi. Penggunaan makmal
komputer (topologi rangkaian) atau penggunaan ipad atau komputer tablet dan
penggunaan laman sosial seperti Facebook, Skype dan lain-lain di dalam kelas
kini merupakan satu keperluan dan bukannya sebagai satu aksesori.

Kita boleh mempertimbang untuk menerima pakai konsep Connectivism dalam


konteks budaya baru kemasyarakatan, melalui kewujudan ciptaan baru dengan
penghasilan produk-produk yang berasaskan pengetahuan dan kepintaran
buatan (Floridi, 2008). Pendidikan berasaskan online banyak menyumbangkan
kepada perkembangan peluang-peluang pendidikan secara formal dan tidak
formal (Merrian, 2006).
George Siemens (2004) menyenaraikan prinsip-prinsip Connectivisme adalah
seperti berikut:-
1. Kepelbagaian pendapat: pembelajaran dan pengetahuan mempunyai
kepelbagaian pendapat dan pandangan individu.
2. Proses hubungan dalam rangkaian pada nod yang khusus: pembelajaran
dijalankan secara proses menghubungkan sumber-sumber maklumat dalam
nod-nod yang khusus.
3. Pembelajaran boleh berlaku di luar diri manusia.
4. Kapasiti atau kebolehan untuk lebih mengetahui adalah lebih penting
berbanding apa yang telah diketahui sekarang.
5. Keperluan memelihara hubungan rangkaian pembelajaran penting supaya
pembelajaran berlaku secara berterusan.
6. Kemampuan untuk melihat hubungan antara pelbagai bidang, idea dan
konsep merupakan perkara yang utama.
7. Pengetahuan terkini merupakan satu kegiatan dalam pembelajaran
connectivism.
8. Membuat keputusan merupakan proses pembelajaran.
9. Kebolehan dalam memilih apa yang dipelajari sangat penting dalam
menghadapi kepadatan maklumat.
10. Perubahan maklumat yang cepat akan mempengaruhi sesuatu keputusan.

You might also like