You are on page 1of 5

Bahagian A: Pendapat Murid Tentang Penglibatan dalam Kokurikulum 1.

0Pengenalan: Di dalam sesebuah institusi pendidikan, terdapat dua aspek yang dititikberatkan iaitu kurikulum dan kokurikulum. Kedua-dua komponen ini saling berhubung kait antara satu sama lain selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK) iaitu bagi melahirkan insan yang seimbang dalam pelbagai aspek iaitu jasmani, rohani, intelek dan emosi. Mengikut Md. Aris Mansor (1985) dalam Pengurusan Gerak Kerja Kokurikulum, menyatakan kokurikulum merupakan satu bidang pembelajaran yang berasaskan

kepelbagaian gerak kerja terancang dan perlu dilakukan dalam masa persekolahan. Gerak kerja kokurikulum berasaskan mata pelajaran akademik atau tidak berasaskan mata pelajaran akademik. Walau bagaimanapun, sebahagian besar gerak kerja kokurikulum merangkumi pembelajaran yang bukan berasaskan mata pelajaran akademik. ( Ab. Halim Abdul Rahim, 2004 ). Secara amnya, kokurikulum merujuk aktiviti dan pengalaman pendidikan yang dilaksanakan di luar bilik darjah. Kokurikulum lebih banyak dilaksanakan secara tidak langsung atau tidak formal. Aktiviti kokurikulum lebih menekankan nilai, bakat, peranan, kepimpinan, sosial dan sebagainya.

2.0 Pemilihan murid Satu temubual telah dijalankan terhadap lima orang murid bagi mendapatkan pandangan murid terhadap aktiviti kokurikulum yang dijalankan di sekolah. Murid-murid ini dipilih secara rawak dan mempunyai variasi berbeza dari segi jantina, tahun, kelas serta penglibatan dalam kokurikulum sama ada dari segi unit beruniform, sukan dan permainan, persatuan dan kelab serta rumah sukan.Murid yang terpilih terdiri daripada 3 orang lelaki dan 2 orang perempuan yang mana 2 orang daripada tahun 4, 2 orang daripada tahun 5 serta 1 orang daripada murid tahun 6. Walau bagaimanapun semua soalan yang diajukan dalam bentuk bentuk temu bual adalah sama bagi setiap murid terpilih. 3.0 Persepsi Minat terhadap Kokurikulum Berdasarkan soalan temubual didapati terdapat murid yang berminat dengan aktiviti kokurikulum dan sebahagian yang lain tidak berminat dengan aktiviti kokurikulum. Terdapat pelbagai faktor dikenal pasti yang menyebabkan murid berminat dan tidak berminat dengan

aktiviti kokurikulum. Berikut merupakan faktor yang menarik minat murid dan faktor yang menghalang minat murid terhadap pelaksanaan aktiviti kokurikulum. Faktor Menarik Minat Murid Faktor penyebab murid tertarik dan berminat menyertai aktiviti kokurikulum kerana terdapat aktiviti yang menarik yang dijalankan oleh persatuan dan kelab sama ada di dalam sekolah ataupun di luar sekolah. Antara aktiviti tersebut ialah pameran kelab, penyediaan buku skrap, perkehemahan, lawatan dan sebagainya. Selain itu , terdapat murid menyatakan mereka berminat menyertai aktiviti kokurikulum kerana ianya dapat meningkatkan kemahiran bersosial sesama rakan kerana di dalam sesebuah persatuan, kelab dan rumah sukan, pergaulan murid lebih meluas dan tidak terhadap kepada rakan sekelas dan sealiran sahaja. Sekaligus ianya dapat membentuk nilainilai murni dan sikap-sikap yang positif seperti tolong- menolong, bekerjasama, semangat juang dan sikap daya saing yang positif dan sihat. Faktor Menghalang Minat Murid Murid berpendapat mereka kurang berminat menyertai aktiviti kokurikulum kerana penyampaian guru yang kurang menarik menyebabkan aktiviti yang dijalankan kurang memberansangkan. Hal ini menyebabkan murid berasa bosan untuk menyertai aktiviti kokurikulum. Terdapat murid lebih menekankan pencapaian akademik berbanding kokurikulum. Oleh itu, murid berasakan pencapaian dalam pelajaran lebih ditikberatkan berbanding aktiviti sukan, kelab serta persatuan. Oleh sebab itu, timbulnya perasaan kurang berminat menyertainya dan merasakan ianya membuang masa dan mengganggu kosentrasi terhadap pelajaran. 4.0 Faedah Kokurikulum Menurut Mohd Sofian, Aminuddin & Borhan (2002) kokurikulum merupakan suatu pelengkap kepada kehendak dan keperluan kurikulum di mana ia menyediakan pelbagai peluang kepada pelajar untuk menambah, mengukur dan mengamalkan kemahiran, pengetahuan dan nilainilai yang telah dipelajari semasa pembelajaran di bilik darjah. Ini menunjukkan bahawa kegiatan kokurikulum dapat meberikan pelbagai faedah kepada murid.

Berdasarkan temubual yang dijalankan, murid-murid yang terpilih menyatakan beberapa faedah yang diperolehi daripada aktiviti kokurikulum.Antaranya ialah, Menambahkan ilmu pengetahuan Murid berpendapat aktiviti kokurikulum yang dijalankan dapat menambahkan ilmu pengetahuan yang berguna kepada mereka. Ilmu pengetahuan ini di perolehi melalui skop atau silibus yang disampaikan oleh guru berdasarkan rancangan tahunan kelab atau persatuan. Antara komponen kokurikulum yang mempunyai silibus yang mantap dan padat adalah terdiri daripada badan-badan beruniform seperti Persatuan Bulan Sabit Merah, Persatuan Puteri Islam, Pengakap (Boy Scout) dan Tunas Puteri (Girl Scout). Mengekang gejala sosial Aktiviti kokurikulum dapat mengisi masa lapang daripada melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah bersama-sama dengan rakan. Hal ini dapat mengelakkan daripada timbulnya gejala sosial yang tidak diingini terutama di peringkat awal remaja seperti pergaulan bebas, lepak, merokok, buli, gengsterisme, vandalisme dan hal-hal yang seumpama dengannya. Menyemai sikap dan nilai yang positif Melalui aktiviti kokurikulum, sikap-sikap dan nilai positif dapat diterapkan dalam diri murid sama ada dari segi kerohanian, spiritual , mentaliti , sosial dan etika. Sebagai contoh ialah aspek pengurusan masa, pengurusan diri, kemahiran komunikasi, sikap kepimpinan, disiplin dan sebagainya. 5.0 Kekangan penglibatan dalam Kokurikulum Sebahagian murid menyatakan kurang atau tidak berminat untuk menyertai aktiviti kokurikulum disebabkan oleh masalah dan halangan yang dihadapi mereka.Antaranya ialah, Masalah Kesuntukan Masa Kegiatan Kokurikulum dijalankan pada setiap hari Sabtu sebnayak dua kali sebulan disebabkan oleh proses pembelajaran dua sesi iaitu pagi dan petang. Murid berpendapat kegiatan kokurikulum memberikan banyak impak negatif seperti kurang masa bersama keluarga, mengganggu masa rehat, menghalang konsentrasi terhadap pelajaran terutama bagi murid yang akan menghadapi peperiksaan yang besar seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Masalah Kewangan Latar belakang sosioekonomi di kalangan murid sekolah ini secara majoritinya terdiri daripada golongan berpendapatan sederhana dan rendah. Oleh itu, murid berkenaan ada yang menghadapi masalah bagi menyelesaikan bayaran yuran bagi setiap komponen kegiatan kokurikulum terpilih seperti yuran tahunan, yuran penyertaan aktiviti, pembelian baju atau uniform dan sebagainya. Lokasi Rumah Ke Sekolah Majoriti murid tidak menghadapi masalah untuk menghadiri aktiviti kokurikulum memndang sekolah terletak berhmapiran dengan taman-taman perumahan, rumah pangsa dan kampung-kampung berdekatan. Namun demikian terdapat juga murid yang mengalami masalah pengangkutan untuk ke sekolah memandangkan ada ibu bapa yang tidak dapat menghantar anak-anak ke sekolah pada hujung minggu kerana tuntutan kerja dan perkhidmatan van atau bas sekolah yang tidak beroperasi pada hujung minggu. 6.0 Peluang Penglibatan Sebahagian murid menyatakan bahawa mereka diberikan peluang untuk melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang dijalankan sama ada aktiviti kelab dan persatuan, sukan dan permaianan serta unit beruniform. Namun begitu hal in hanya melibatkan sesetengah aktiviti yang bersifat indoor atau dalam ruang yang tertentu seperi perpustakaan, bilik-blik khas, kelas, surau, makmal, kantin dan seumpamanya dan terhad kepada aktiviti yang bersifat penyampaian menyeluruh seperti menyalin nota, soalan kuiz, serta penyampaian isi pelajaran berdasarkan sukatan. Manakala bagi aktiviti outdoor, ada di kalangan murid yang terlepas peluang untuk menyertainya seperti aktiviti sukan dan permainan yang memerlukan peralatan yang mengcukupi dan aktiviti unit beruniform yang bersifat pemilihan mengikut limitasi seperti menyertai perbarisan dan kawad kaki, perkehmahan dan lain-lain. 7.0 Galakan Ibu Bapa Berdasarkan temubual, didapati ada ibu bapa murid yang menggalakkan penyertaan kokurikulum dan ada yang tidak menggalakkan langsung.Hal ini disebabkan;

Memberikan galakan Ibu bapa yang memberikan galakan kepada anak-anak untuk menyertai kegiatan kokurikulum kerana ianya dapat mengisi masa lapang daripada terlibat dengan aktivitiaktiviti yang tidak berfaedah seperti melepak, merokok dan seumpamnya. Selain itu juga aktiviti kokurikulum juga dijadikan sebagai salah satu platform bagi murid untuk mengembangkan bakat dan potensi ke arah kecemerlangan diri dan mendisiplinkan anakanak mereka. Tidak memberiakan galakan Golongan Ibu bapa yang tidak memberikan galakan adalah terdiri daripada ibu bapa yang berkerja pada hujung minggu atau mempunyai kerja yang tidak mempunyai ketetapan masa sama ada syif pagi atau malam. Oleh itu, mereka sukar untuk menghantar anak mereka ke sekolah untuk menghadiri aktiviti kokurikulum. Selain itu, terdapat juga ibu bapa yang hanya mementingkan pencapaian akademik anak mereka dan kurang menitikberatkan dari segi aspek kegiatan kokurikulum. Hal ini disebabkan mereka berpendapat aktiviti kokurikulum mengganggu konsentrasi anak mereka untuk belajar dan mendapat keputusan yang baik dalam ujian, penilaian atau pperiksaan. 8.0 Kelengkapan dan Kemudahan Kokurikulum Setiap sekolah dibekalakan dengan kemudahan dan peralatan untuk menjalankan aktiviti sukan dan permainan, persatuan dan kelab. Namun begiti, berdasarkan pandangan murid, mereka mendapati kemudahan dan peralatan untuk aktiviti kokurikulum agak terhad bagi sesetengah aktiviti. Sebagai contoh bagi sukan dan permainan, peralatan mengcukupi bagi jenis permainan secara berpasukan seperti bola sepak,bola jaring, bola baling, bola tampar,sepak takraw dan sebagainya tetapi bagi permainan yang bermain secara individu dan berpasangan seperti badminton, tenis dan catur, peralatan tidak mengcukupi untuk semua murid melibatkan diri dalam aktiviti tersebut. Begitu juga halnya bagi menjalankan aktiviti berdasarkan silibus bagi persatuan unit beruniform. Di dalam silibus yang dibekalkan, dinyatakan aktiviti serta peralatan yang digunakan agak banyak seperti pelbagai jenis tali, khemah, perlatan-peralatan dalam kotak pertolongan cemas, peralatan untuk memasak dan menjahit,dan seumpama dengannya. Oleh itu, sekolah perlu menyediakan lebih banyak kemudahan dan peralatan bagi menjalankan aktiviti di dalam komponen-komponen kokurikulum.

You might also like