You are on page 1of 14

KEPELBAGAIAN LATAR

BELAKANG MURID
SEKOLAH
Hubungan Etnik dengan Kurikulum Sekolah

• Konsep ras: merujuk kepada golongan manusia yang


mempunyai ciri-ciri fizikal yang sama atau serupa.
• Konsep etnik: merujuk kepada golongan manusia yang
mempunyai ciri-ciri kebudayaan yang sama atau hampir
serupa
• Perkataan etnik berasal daripada bahasa Greek iaitu ethnos:
kumpulan manusia yang mempunyai siri kesamaan dari aspek
sejarah, bahasa, tradisi, budaya dan nilai sistem negara asal
mereka
• Sesuatu kumpulan etnik tidak semestinya terdiri daripada satu ras
sahaja
• Dalam masyarakat moden, kumpulan etnik terdiri daripada dua
atau lebih kumpulan ras
• Contohnya: di dalam sesuatu kumpulan etnik yang terbesar di
Malaysia terdiri daripada rakyat berbilang kaum tetapi sama-sama
menganuti agama Islam
• Pandangan ahli sosiologi: kumpulan etnik adalah sekumpulan
orang yang ramai dan mempunyai ciri kebudayaan serupa dan
sering dapat diperlihatkan berinteraksi sosial antara mereka dalam
kehidupan seharian
• Kajian ahli sosiologi: ciri-ciri sesuatu kumpulan etnik diperoleh
daripada persekitaran yang mereka sering berinteraksi
• Contoh: Nyonya dan Baba berketurunan cina tetapi mengamalkan
kebudayaan tersendiri yang diperoleh daripada masyarakat Melayu
tempatan dan cirinya mengikut kebudayan asal keturunan mereka
• Perkembangan tamadun sesebuah negara serta kemajuannya adalah
berasaskan perkembangan kebudayaan kumpulan etniknya dan bukan ras
yang ditentukan mengikut ciri-ciri fizikal
• Malaysia terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum yang mempunyai
pelbagai latar belakang, budaya, agama, bahasa dan komuniti masing-masing
oleh itu pelbagai jenis sekolah perlu didirikan bagi memenuhi keperluan dan
ciri komuniti masing-masing
• Peranan utama sekolah: mensosialisasikan kanak-kanak mengikut kehendak
dan aspirasi masyarakat, khasnya untuk pengekalan budaya kumpulan etnik
mereka
• Kandungan kurikulum sekolah mengutamakan mata pelajaran kebudayaan
masyarakat, di samping kemahiran-kemahiran yang boleh menjadi tenaga
kerja untuk memberi sumbangan kepada pembangunan dan kemajuan negara
mereka
• Kebudayaan kumpulan etnik berkaitan rapat dengan kurikulum sesebuah
sekolah
• Kebudayaan kumpulan-kumpulan etnik khasnya kebudayaan rakyat
berbilang kaum, merentasi secara meluas dalam kurikulum sekolah
terutamanya di dalam mata pelajaran bahasa dan pendidikan moral
Akta Bahasa Kebangsaan (Ordinan
Pelajaran) 1967
• Akta ini menetapkan bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi
yang tunggal
• Diluluskan pada 3 Mac 1967 di Dewan Rakyat
• Dikuatkuasakan mulai dari September dalam tahun yang sama
• Dalam Fasal 3: memberi kuasa kepada kerajaan Persekutuan
dan kerajaan Negeri menggunakan penterjemahan dokumen
rasmi atau komunikasi dalam bahasa yang lain sekiranya
terdapat keperluan dan kepentingan awam
• Dalam Fasal 4: menetapkan bahawa
“…..Yang di-Pertuan Agong boleh membenarkan agar
meneruskan penggunaan bahasa Inggeris sebagai tujuan
rasmi apabila dianggap perlu.”
• Akta ini selaras dengan Perlembagaan Persekutuan 1957
dalam Article 152, Fasal 1 dan 2 yang menyatakan:
“ Bahasa Melayu akan digunakan sabagai bahasa
Kebangsaan, tetapi…..
“ Untuk sepanjang tempoh 10 tahun selepas hari
Merdeka, dan selanjutnya, sehingga Parlimen menetapkan
peruntukan lain, bahasa Inggeris boleh digunakan dalam
Dewan Rakyat, Dewan Negara, Dewan Negeri serta semua
tujuan rasmi.”
Implikasi dan Kesan
Langkah-langkah yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran untuk
menjadikan sebagai bahasa Malaysia sebagai pengantar di sekolah-sekolah
kerajaan:
• Mulai Januari 1968, mata pelajaran pendidikan jasmani, seni lukis dan
kraftangan, kajian tempatan dan muzik dalam Tahun 1 hingga 3 di SRJK(I)
hendaklah diajar dengan pengantar bahasa Malaysia
• Mulai tahun 1969, bahasa pengantar mata pelajara sivik Tahun 4 di
SRJK(I) ditukar kepada bahasa Malaysia
• Mulai tahun 1970, bahasa pengantar mata pelajaran sejarah dan ilmu alam
Tahun 4 ditukar kepada bahasa Malaysia
• Semua mata pelajaran Tahun 1 di SRJK(I), kecuali bahasa Inggeris dan
bahasa ibunda, diajarkan dengan bahasa Malaysia sebagai bahasa
pengantar
• Mulai 1975, semua SRJK(I) ditukar kepada SRK
• Mulai 1982, semua SMJK(I) ditukar kepada SMK
• Kementerian Pelajaran mengumumkan pelajar yang ingin
menuntut di uiversiti luar negeri termasuk Nanyang University
di Singapura diwajibkan memperoleh sijil MCE/HSC terlebih
dahulu
• Bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh para pelajar
sekolah menengah Cina, Dong-Jiao Zong mengusulkan
Universiti Merdeka ditubuhkan di dalam Malaysia tetapi
usulnya ditolak oleh kerajaan
• Tahun 1981, isu penubuhan Universiti Merdeka dibawa ke
mahkamah yang memutuskan bahawa penubuhan universiti
yang menggunakan bahasa bukan rasmi sebagai bahasa
pengantar telah bercanggah dengan Akta Bahasa Kebangsaan
dan Akta Universiti 1971
Langkah-langkah yang dilaksanakan oleh Lembaga
Peperiksaan menjadikan bahasa Malaysia sebagai bahasa
pengantar dalam peperiksaan :
• Mulai 1978, peperiksaan LCE dimansuhkan dan diganti
dengan SRP
• Mulai 1980, peperiksaan MCE dimansuhkan dan diganti
dengan SPM
• Mulai 1982, peperiksaan HSC dimansuhkan dan diganti
dengan paperiksaan STPM
Dalam Latihan Perguruan:
• Mulai 1970, calon-calon yang memohon untuk mengikuti
kursus di Maktab Perguruan hendaklah memperolehi gred
kepujian bahasa Melayu dalam SPM/MCE
• Mulai 1973, semua kursus di Maktab Perguruan adalah
disampaikan dengan bahasa Malaysia sebagai bahasa
pengantar
Ke Arah Merialisasikan Matlamat
Pendidikan Negara
• Matlamat Pendidikan Negara berlandaskan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (1988) dan Wawasan 2020 (1991) ialah menjadikan Malaysia
sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan Serantau dalam abad ke-21
Langkah-langkah yang diambil untuk melaksanakan rancangan-rancangan
pendidikan:
• Penubuhan institusi pengajian pendidikan tinggi seperti Institut Aminuddin
Baki (1985, IAB) dan Institute of Islamic Thought and Civilization (1987-
ISTAC)
• Wawasan Pendidikan dirancang dan dikemukakan pada tahun 1993
sebagai program reformasi pendidikan di peringkat sekolah
• Wawasan Kementerian Pendidikan dilancarkan pada bulan Januari 1994.
Di samping Piagam Pelanggan yang berikrar memberi perkhidmatan yang
terbaik dan berkualiti, 14 sasaran kerja utama diumumkan untuk
melaksanakan program pendidikan dengan tujuan mencapai matlamat
kecemerlangan pendidikan di peringkat sekolah
• Menggubal dan menguatkuasakan Akta Pendidikan 1995 untuk
memperkemas dan melengkapkan perundangan pendidikan agar mencapai
cita-cita Wawasan 2020
• Mengubal dan menguatkuasakan Rang Undang-undang Institusi
Pendidikan Tinggi 1996 dengan tujuan menjadikan Malaysia sebuah
negara yang maju dan pusat kecemerlangan pendidikan yang bertaraf dunia
• Mencepatkan proses pengkoporatan dan penswastaan universiti-universiti
tempatan dengan tujuan meningkatkan kualiti dan mutu kursus yang
ditawarkan
• Menubuhkan Lembaga Akreditasi Negara (1996) bertujuan menjamin taraf
dan mutu pendidikan di institusi pendidikan tinggi supaya mencapai
piawaian bertaraf dunia
• Menubuhkan Koridor Raya Multimedia, MSC (1999), untuk melaksanakan
projek sekolah-sekolah bestari dan memperuntukkan kemudahan-
kemudahan teknologi bagi penyelidikan dan kursus sarjana yang
diusahakan dalam kampus Universiti Multimedia yang terletak dalam
kawasan bandaraya MSC
• Menubuhkan sekolah-sekolah bestari di dalam kawasan bandaraya MSC
serta di tiap-tiap negeri di Malaysia menjelang tahun 2000
• Mengutamakan pelajaran bahasa Inggeris dengan menggubal Sukatan
Pelajarannya setaraf dengan Kertas Ujian Bahasa Inggeris 1119 dalam
peperiksaan SPM, dan mewajibkan calon STPM mengambil Kertas Ujian
Bahasa Inggeris (MUET) sebagai syarat memohon masuk universiti tempatan
• Mencepatkan proses pendaftaran universiti dan kolej universiti swasta yang
menggunakan bahasa Inggeris sebagai pengantar bahasa utama
• Menganjurkan Expo Pendidikan di negara-negara serantau, termasuk negeri
China dengan menarik lebih ramai pelajar luar negeri untuk mengikuti kursus
pengajian di institusi pendidikan dalam Malaysia baik di dalam peringkat
sekolah, mahupun di peringkat universiti-universiti tempatan. Sehingga Ogos
1999 didapati seramai 17 200 bilangan pelajar daripada 115 buah negara
asing sedang mengikuti pelbagai kursus pendidikan di Malaysia
• Menguatkuasakan Akta Pendidikan 1996: Pindaan tahun 2002, iaitu:
1. Pendidikan Wajib bagi semua kanak-kanak yang cukup umur masuk
belajar di sekolah rendah Tahun 1
2. Kurikulum Kebangsaan Pra Sekolah yang digubal oleh Kementerian
Pendidikan wajib dipatuhi dan dilaksanakan oleh semua prasekolah di
seluruh negara
• Mata pelajaran Matematik dan Sains Tahun 1 di sekolah rendah dan
menengah, serta Tingkatan 6 Bawah diajar dalam bahasa Inggeris mulai dari
tahun 2003
• Usaha- usaha ini merupakan langkah positif ke arah merealisasikan
cita Wawasan 2020 menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara
yang maju serta Pusat Kecemerlangan Pendidikan Serantau
menjelang tahun 2020
• Masyarakat Malaysia terdiri daripada berbilang kaum yang
menpunyai kebudayaan yang berbeza
• Semangat kekitaan, kekeluargaan dan kejiranan penting bagi
memupuk perpaduan di kalangan rakyat dan membentuk identiti
kebudayaan tersendiri dalam masyarakat Malaysia
• Sekolah memikul tugas memainkan perana sebagai agen sosialisasi
untuk membentuk identiti kebudayaan tersendiri melalui proses
integrasi mengikut prinsip-prinsip Rukun Negara dan Falsafah
Pendidikan Negara
• Pelaksanaa kurikulum berpusat merupakan langkah positif ke arah
mencapai matlamat perpaduan di kalangan rakyat dan pembentukan
identiti kebudayaan tersendiri dalam masyarakat Malaysia

You might also like