You are on page 1of 10

Penulisan Akademik Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019

Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)


Semester 3, Ambilan Jun 2018

IMPLIKASI PENGGUNAAN SUMBER PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN SEJARAH DALAM MENANGANI TINGKAH LAKU
BERMASALAH DI SK BUNUT SUSU

Nur Arina binti Mohamad


Jabatan Seejarah,
IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka

1.0 PENGENALAN
Pada 4 hingga 8 Ogos 2019 yang lalu, saya telah menjalani Pengalaman Berasaskan
Sekolah (PBS) di Sekolah Kebangsaan Bunut Susu. Berdasarkan Pengalaman Berasaskan
Sekolah (PBS), satu pemerhatian telah dijalankan bagi menganalisis isu-isu semasa
berkaitan tingkah laku bermasalah di dalam bilik darjah. Selain itu, jenis-jenis sumber
pengajaran dan pembelajaran Sejarah yang releven dengan mengambil kira kepelbagaian
latar belakang murid juga telah dikenalpasti. Hal ini bertujuan untuk meningkatkan ciri-
ciri profesionalisme guru sebagai usaha untuk membudayakan pembelajaran yang
kondusif dan meraikan kepelbagaian murid yang mempunyai potensi yang berbeza.

2.0 DAPATAN PEMERHATIAN DI SK BUNUT SUSU


Jika dilihat dalam konteks pendidikan, masalah tingkah laku merujuk kepada sebarang
bentuk tingkah laku murid yang boleh menganggu kelancaran dan keberkesanan proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah (Mohd Fadli et al., 2016). Tingkah
laku di sekolah dapat diperlihatkan dalam berbagai bentuk dan ragam. Misalnya, tingkah
laku bermasalah negatif merangkumi tingkah laku bergantung di mana murid tidak
mempunyai keyakinan kerana sikap rendah diri yang terlalu tinggi, tingkah laku yang
mengganggu (disruptif) dan tingkah laku anti-sosial yang menjurus kepada masalah
tingkah laku berbentuk jenayah (Talib, 2009). Melalui pemerhatian sepanjang tempoh
menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah, permasalahan utama yang dihadapi oleh
guru ketika menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran adalah masalah kawalan bilik
darjah disebabkan tingkah laku disruptif.
Sehubungan dengan itu, satu temu bual telah dijalankan bersama guru Sejarah
di sekolah tersebut bagi membincangkan permasalahan yang dihadapi. Menurut guru
panitia Sejarah, beliau menyatakan tingkah laku bermasalah di dalam bilik darjah tercetus
kerana murid didapati mudah bosan dan kurang memberikan perhatian ketika pengajaran
dan pembelajaran Sejarah berlangsung (Yahya, 2019). Terdapat beberapa faktor yang
mempengaruhi masalah tingkah laku murid. Antaranya adalah berpunca daripada murid-
murid yang ketandusan minat terhadap pembelajaran yang bersifat konvensional dan juga
bahan sumber sejarah yang terhad. Hal ini kerana, guru tidak mempelbagaikan
penggunaan sumber pengajaran dan hanya bergantung terhadap sumber bercetak iaitu
buku teks sahaja. Justeru itu, strategi dan kaedah pengajaran yang berkesan perlu
difikirkan bagi mengatasi masalah ini daripada terus berlarutan hingga menjejaskan
kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Kepelbagaian murid juga perlu diambil
kira bagi menentukan strategi dan sumber pengajaran yang bersesuaian bagi memenuhi
keperluan murid yang berbeza.

2.1 ISU TINGKAH LAKU BERMASALAH DALAM APLIKASI SUMBER


SEJARAH
Berdasarkan pemerhatian, masalah tingkah laku murid di Sk Bunut Susu tercetus apabila
murid mula hilang fokus di dalam bilik darjah. Mereka terdorong untuk melakukan
Penulisan Akademik Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
Semester 3, Ambilan Jun 2018

perkara-perkara yang menggangu kelancaran proses pembelajaran. Kadangkala murid


sengaja melakukan tingkah laku bermasalah bagi menarik perhatian guru kerana
merasakan keperluan mereka tidak dipenuhi. Apabila minat murid tidak dapat dirangsang,
motivasi murid akan menurun dan menjejaskan keberkesanan proses pembelajaran yang
bermakna. Antara faktor yang menyumbang kepada permasalahan ini adalah sumber
pengajaran yang tidak sesuai dan tidak menarik kerana guru kerap menggunakan buku
teks Sejarah sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran. Ekoran daripada itu, minat dan
tarikan murid terhadap pelajaran semakin pudar dan akhirnya lenyap begitu sahaja. Perlu
ditegaskan bahawa pelbagai media pengajaran sangat diperlukan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Hal ini adalah kerana murid boleh mempelajari sesuatu
dengan berkesan apabila pembelajaran diintegrasikan dengan pelbagai media
pembelajaran yang sesuai. Tanpa media pembelajaran yang berkesan, objektif
pembelajaran sukar untuk dicapai (Noriati et.al, 2010).
Di samping itu, masalah tingkah laku murid timbul dari kepincangan hubungan
guru dan murid. Hubungan antara guru dan murid yang kurang mesra menjadi penghalang
kepada keberkesanan komunikasi yang efektif (Jacobson, 2005). Tinjauan dan
pemerhatian mendapati guru Sejarah terlalu banyak menggunakan kaedah penyoalan
yang tidak bersesuaian dengan tahap kecerdasan murid. Hal ini menyebabkan murid
menjadi tertekan, takut dan malu sekiranya tidak dapat menjawab soalan dengan betul.
Tambahan pula, guru bersifat dominatif dalam mengatur aktiviti murid tanpa mengkaji
latar belakang dan keperluan murid yang pelbagai. Murid didapati mengalami masalah
apabila melakukan aktiviti secara berkumpulan kerana murid yang lemah dilihat sukar
mengadaptasikan diri bersama-sama pelajar yang cemerlang. Oleh yang demikian, murid
tersebut dilihat lebih selesa untuk menghindarkan diri daripada menyertai aktiviti secara
berkumpulan kerana tidak dapat menyuarakan buah fikiran dalam menyelesaikan tugasan
secara berkumpulan. Kegagalan guru dalam merancang pengajaran yang berkesan dan
bermakna memberi impak yang negatif kepada pembentukan murid yang holistik.
Kesannya, murid menjadi pasif dan tidak melibatkan diri secara aktif dalam proses
pembelajaran. Tingkah laku murid yang bermasalah ini boleh menggangu pembelajaran
dan menjejaskan suasana sosioemosi di dalam bilik darjah.
Oleh hal yang demikian, guru perlu berusaha mewujudkan perhubungan yang
mesra dengan murid kerana perhubungan yang mesra menggalakkan komunikasi antara
murid dan guru (Abdullah Sani, 2006). Hubungan yang baik antara guru dan murid dapat
membantu mengurangkan masalah tingkah laku dalam kalangan murid kerana teguran
yang diberikan oleh guru bagi memperbaiki sikap dan kelakuan murid. Teguran yang
diberikan akan dapat diterima dengan baik dan terbuka sekiranya hubungan antara guru
dan murid adalah baik (Shoba, 2007). Untuk mengatasi masalah tingkah laku murid
dalam bilik darjah, guru perlu berusaha untuk mengenali murid secara individu dan
mengaplikasi garis panduan asas dalam pengurusan bilik darjah (Suppiah et. al, 2009).
Apabila guru mengenali murid secara lebih dekat, minat murid dapat dicungkil dan guru
dapat memperbaiki kaedah pengajaran sekiranya murid didapati tidak berminat dengan
kaedah pengajaran guru. Guru seharusnya peka akan kepelbagaian tahap kebolehan dan
perkembangan kognitif murid dalam memilih sumber pengajaran dan pembelajaran
Sejarah. Hal ini kerana pemilihan sumber yang tepat dan bersesuaian adalah signifikan
dalam menentukan kejayaan penyampaian maklumat oleh guru.
Di samping itu, faktor kepelbagaian murid turut menyumbang kepada
berlakunya tingkah laku bermasalah dalam bilik darjah kerana setiap individu mempunyai
pelbagai personaliti dan tahap kecerdasan yang berbeza. Hal ini mempengaruhi kesediaan
belajar dan gaya pembelajaran murid. Guru juga dilihat tidak menggunakan pelbagai
Penulisan Akademik Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
Semester 3, Ambilan Jun 2018

kaedah dalam pengajaran dan pembelajaran dan cenderung menggunakan kaedah


tradisional melalui pendekatan chalk and talk. Murid didapati kurang bermotivasi ketika
proses pengajaran berlangsung dan cenderung untuk melakukan tingkah laku bermasalah.
Kaedah berpusatkan guru dan penerangan berdasarkan buku teks Sejarah semata-mata
menyebabkan murid mudah hilang fokus. Oleh hal yang demikian, guru seharusnya
berusaha untuk menggunakan variasi sumber pengajaran supaya murid dapat belajar
dengan berkesan dan menguasai objektif pembelajaran. Pemilihan sumber pengajaran
perlulah menitikberatkan kepelbagaian gaya pembelajaran dan tahap kecerdasan murid.
Kenyataan ini adalah selari dengan Teori Kecerdasan Pelbagai yang menjelaskan bahawa
setiap individu mempunyai profil kecerdasan yang berbeza (Gardner, 2006). Teori ini
menyatakan bahawa kegagalan murid dalam pembelajaran adalah kerana setiap murid
dipercayai mempunyai profil kecerdasan yang tidak sekata tetapi diajar dengan cara yang
sama. Lantaran itu, pengetahuan mengenai kepelbagaian latar belakang dan gaya
pembelajaran murid perlu dikenal pasti agar guru dapat menggunakan metodologi yang
berkesan bagi menghasilkan penambahbaikan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Hal ini adalah penting bagi meminimumkan tingkah laku bermasalah
dalam kalangan murid dan memastikan keberkesanan dalam pengajaran guru.

2.2 SUMBER PDP SEJARAH YANG MEMBANTU MENANGANI TINGKAH


LAKU BERMASALAH
Implikasi berdasarkan tinjauan awal yang dilakukan mendapati perlunya usaha dalam
mencari pendekatan yang lebih baik oleh guru Sejarah untuk memperbaiki dan
mempelbagaikan kemahiran mengajar serta penggunaan variasi sumber. Keberkesanan
mata pelajaran Sejarah bergantung kepada perancangan guru dari segi corak pengajaran
dan penggunaan sumber sebagai bahan bantu mengajar (Jasmi et. al, 2011). Perkara ini
adalah selaras dengan kajian (Mohd Hasani, 2009) yang mendapati pemilihan bahan
pengajaran serta wacana guru dalam bilik darjah sangat mempengaruhi motivasi pelajar.
Kajian kes ini turut mendapati penggunaan sumber bercetak adalah kurang menarik dan
tidak sesuai untuk digunakan terutamanya murid yang mempunyai aras kognitif yang
rendah. Pemilihan sumber yang tidak bersesuaian akan mendorong tingkah laku negatif
murid kerana minat murid tidak dirangsang.
Pemilihan sumber pengajaran Sejarah perlu mengambil kira latar belakang serta
corak pembelajaran murid yang pelbagai. Berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum
dan Pentaksiran, topik Sejarah tahun 5 iaitu tajuk 7: Perjuangan Kemerdekaan Negara,
sumber elektronik telah dipilih bagi menghasilkan satu video yang beranimasi dengan
mengintegrasikan unsur-unsur visual dan audio. Unsur video dalam teknologi multimedia
mampu membawa unsur sebenar serta berupaya menarik perhatian dan emosi murid.
Murid dapat membuat gambaran imaginasi secara visual tentang kronologi peristiwa
kemerdekaan tanah air dan menghayati erti kemerdekaan yang sebenar yang telah
dikecapi. Hal ini kerana pemilihan sumber Sejarah yang melibatkan bahan sebenar
berbanding contoh yang diambil daripada buku teks untuk menggambarkan sesuatu
konsep adalah lebih menyeronokkan dan seringkali dapat menarik perhatian murid
(Lesser et al, 2013). Selain itu, bagi membantu murid berfikir dalam aras yang lebih
tinggi, guru boleh memuatkan beberapa soalan bagi merangsang murid berfikir secara
konkrit dan abstrak serta mengaitkan soalan dengan kehidupan seharian. Soalan yang
dipilih perlulah bersesuaian dengan aras kemampuan kognitif murid dan tidak terlalu
sukar supaya motivasi dan minat murid dapat dikekalkan semasa pembelajaran
berlangsung. Penggunaan media di dalam proses pendidikan akan menambah proses
pemahaman murid lebih mendalam dan menjadikan aktiviti pembelajaran yang pelbagai
Penulisan Akademik Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
Semester 3, Ambilan Jun 2018

(Norah et.al, 2012). Secara tidak langsung, isu tingkah laku murid yang bermasalah dapat
diatasi apabila guru berupaya untuk memilih sumber pengajaran yang bersesuaian dengan
kepelbagaian keperluan murid.
Guru juga boleh menggunakan sumber bahan bercetak dengan
mengimplementasikan terapi seni dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah. Misalnya,
guru menerapkan penggunaan sumber pengajaran dan pembelajaran dengan
mengintegrasikan seni visual dalam mata pelajaran Sejarah. Pengujian telah dilaksanakan
kepada murid-murid tahun 4 Gemilang di mana guru meminta murid untuk mewarnakan
poster berkaitan Hari Kemerdekaan. Hasil yang diperoleh menujukkan peningkatan
dalam minat murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran Sejarah.
Melalui aktiviti sebegini, murid dapat mengembangkan proses kreativiti dan imaginasi di
samping meningkatkan deria kecerdasan visual ruang. Hal ini adalah selaras dengan
dapatan kajian (Lowenfeld & Brittain, 1986), yang menyatakan penggabungjalinan
elemen seni visual dapat memberi peluang kepada murid untuk merasai keseronokan
semasa sesi pembelajaran di samping menjadi motivasi kepada mereka untuk terus
berusaha dan berjaya. Tambahan pula, aktiviti yang mengimplementasikan seni visual
amat bersesuaian dengan murid yang mempunyai gaya pembelajaran visual. Gaya
pembelajaran murid yang pelbagai perlu disesuaikan mengikut kecenderungan murid
bagi membantu guru memilih sumber pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
Secara tidak langsung, isu tingkah laku murid dapat diatasi apabila guru dapat
menentukan aktiviti pembelajaran yang bertepatan dengan perkembangan, minat dan
keperluan murid.

3.0 BANDING BEZA JENIS SUMBER DAN KAITANNYA TERHADAP


TINGKAH LAKU BERMASALAH
Sumber pengajaran dan pembelajaran Sejarah telah dianalisis bagi membuat banding beza
daripada aspek persamaan dan perbezaan sumber. Secara amnya, dari aspek persamaan,
sumber pengajaran dan pembelajaran Sejarah berperanan untuk menyokong sesuatu fakta
atau konsep yang disampaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Syed Ismail
et.al, 2017). Penggunaan sumber dalam Sejarah adalah signifikan sebagai pengukuhan
dan bahan bukti dalam melahirkan objektiviti dalam sejarah. Bukti yang dikemukan akan
membantu murid mengetahui kepentingan dalam mempelajari Sejarah dan menimbulkan
sifat inkuiri dalam diri murid. Secara tidak langsung, murid akan berminat dalam
meneroka bukti Sejarah dan menggerakkan daya pemikiran murid untuk menganalisis
fakta Sejarah. Kecenderungan murid terhadap pembelajaran akan memudahkan guru
untuk mengawal bilik darjah dan memastikan proses pengajaran berjalan dengan lancar.
Pembelajaran bermakna juga dapat diterapkan apabila murid meneroka sumber Sejarah.
Secara tidak langsung, masalah tingkah laku murid dapat dibendung apabila murid
berupaya untuk memahami isi pelajaran melalui bantuan sumber Sejarah.
Selain itu, sumber Sejarah merupakan alat untuk merangsang deria murid
memahami dan mengingati isi pelajaran. Penggunaan sumber Sejarah membantu guru
untuk menggerakkan daya fikiran serta memberi peluang kepada murid menggunakan
satu atau lebih deria dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Penglibatan pelbagai deria
murid menjadikan proses pembelajaran lebih efektif dan menyumbang ke arah
peningkatan tumpuan murid di dalam bilik darjah. Kenyataan ini disokong oleh kajian
yang mendapati penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran boleh menimbulkan
rangsangan dan keinginan murid untuk mengetahui lebih mendalam akan sesuatu aspek
pengajaran di samping menjadikan pembelajaran lebih menarik dan berkesan (Mat Nor
Russin & Abd Rahman, 1988). Hal ini akan memberi kesan yang positif terhadap
Penulisan Akademik Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
Semester 3, Ambilan Jun 2018

peningkatan daya tumpuan murid dan seterusnya menyumbang ke arah pengurangan


tingkah laku menggangu di dalam bilik darjah.
Di samping itu, sumber sejarah digunakan untuk memudah dan
memperkukuhkan lagi pengajaran guru agar aktiviti pengajaran dan pembelajaran
menjadi lebih berkesan. Sumber Sejarah seringkali digunakan bagi menimbulkan situasi
yang lebih bermakna untuk menyampaikan butiran-butiran pelajaran. Bantuan daripada
sumber Sejarah memberi peluang kepada guru mencuba pendekatan dan teknik
pengajaran yang pelbagai bagi menggalakkan proses pemikiran secara kritis dan
meningkatkan kebolehan intelektual murid. Sumber sejarah dapat digunakan sebagai
medium untuk murid melakukan aktiviti pengumpulan dan penerokaan bukti dan
menginterpretasikan sumber sejarah (Hazri Jamil, 2003). Kepelbagaian sumber Sejarah
akan mendorong murid melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran Sejarah apabila
guru berupaya untuk mengintegrasikan bahan yang mampu merangsang minda murid
untuk berfikir. Hal ini akan membantu dalam pengurusan bilik darjah yang berkesan
kerana murid diberi ruang untuk terlibat dalam proses pembelajaran melalui penggunaan
sumber Sejarah di dalam bilik darjah.
Sementelahan itu, guru-guru Sejarah di Sk Bunut Susu didapati lebih kerap
menggunakan sumber bercetak dalam pengajaran Sejarah. Penggunaan sumber bercetak
menjadi pilihan utama guru Sejarah kerana memudahkan guru untuk merujuk dan
menyampaikan isi pelajaran. Namun begitu, kekangan penggunaan sumber yang terhad
telah memberikan impak terhadap keberkesanan proses pembelajaran sejarah.
Penggunaan sumber bercetak tanpa sokongan sumber lain akan membataskan guru dalam
menarik minat murid kerana murid mudah bosan terhadap kaedah pembelajaran yang
sama setiap hari. Kekurangan guru dalam mempelbagaikan sumber menyebabkan guru
sukar untuk menjadi pemudahcara ketika PdP. Lebih membimbangkan lagi apabila PdP
guru tidak mampu menarik minat pelajar untuk belajar kerana proses PdP menggunakan
kaedah tradisional sepenuhnya tanpa memikirkan kesesuaian pelajar (Jasmi et al., 2011).
Hal ini akan menjurus kepada pengajaran yang bersifat sehala dan tidak interaktif serta
pengajaran guru menjadi kurang bermakna. Hal ini menyumbang kepada faktor tingkah
laku murid yang bermasalah dan menggugat kelancaran pengajaran guru di dalam bilik
darjah.
Selain itu, akses kepada sumber bahan bercetak dan bahan maujud adalah lebih
mudah untuk digunakan di dalam bilik darjah manakala sumber elektronik dan sumber
internet mempunyai akses yang terhad kerana sumber ini bergantung kepada jaringan
internet. Tambahan pula, kekangan dari segi masa menyukarkan guru untuk membawa
murid ke perpustakaan dan makmal komputer bagi mengakses maklumat. Guru
mengatasi masalah ini dengan mengintegrasikan bahan maujud dan bahan bercetak bagi
merangsang minat murid dalam mempelajari mata pelajaran Sejarah. Bahan maujud
seperti pakaian tradisional setiap kaum memberi gambaran yang jelas kepada murid
tentang kewujudan kepelbagaian kaum di Malaysia. Murid dapat melihat dan menyentuh
bahan maujud tersebut dan secara tidak langsung penggunaan bahan maujud merangsang
minat murid untuk memahami isi pelajaran yang diterangkan oleh guru. Justeru itu,
keberkesanan pengajaran guru dapat ditingkatkan dan hasilnya objektif pembelajaran
dapat dicapai. Secara tidak langsung, guru berupaya untuk mengekang masalah tingkah
laku murid kerana proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar.
Sumber bahan bercetak pula didapati mempunyai kekurangan dari segi
kandungan maklumat yang tidak terkini dan releven. Walaupun buku-buku teks pada
masa sekarang semakin berkualiti, mempunyai grafik dan berwarna, tetapi ia masih
memiliki kekurangan seperti kandungan buku yang tidak lengkap dan kurang menarik
Penulisan Akademik Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
Semester 3, Ambilan Jun 2018

(Rustaman et al., 2005). Perkara ini boleh menjejaskan keberkesanan pengajaran guru
kerana murid kurang berminat dengan sumber pengajaran yang tidak relevan dengan
keperluan semasa. Murid akan mudah hilang fokus apabila guru seringkali menggunakan
buku teks tanpa pengintegrasian sumber yang pelbagai. Hal ini menyebabkan murid tidak
memberikan perhatian sepenuhnya di dalam kelas dan mengganggu kelancaran
pengajaran guru. Hal ini adalah berbeza dengan sumber elektronik dan sumber internet
yang menggunakan perisian multimedia yang terkini dan mengikut arus peredaran semasa
sesuai dengan revolusi teknologi dan perkembangan pendidikan (Pea, 1994). Maklumat
dari sumber internet serta pengintegrasian sumber elektronik membolehkan murid
meneroka pengetahuan dengan lebih luas dan mempelajari kemahiran baru dalam
mencari maklumat. Secara tidak langsung, pembelajaran menyeronokkan dapat
diimplementasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah dan sekaligus
meminimumkan tingkah laku bermasalah dalam bilik darjah.

4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PENGGUNAAN SUMBER SEJARAH


DAN KESANNYA TERHADAP TINGKAH LAKU BERMASALAH
Pengurusan tingkah laku bermasalah perlu diberikan perhatian serius oleh guru dalam
memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu merangka
strategi dan menggunakan model pengurusan disiplin yang sesuai dalam menangani
masalah tingkah laku murid di dalam bilik darjah. Oleh yang demikian, model Beyond
Discipline Alfie Kohn dilihat sesuai untuk diaplikasikan sebagai intervensi dalam
menangani tingkah laku bermasalah. Model ini menyatakan bahawa komuniti bilik darjah
ialah sebuah tempat di mana murid-murid berasa disayangi dan menyayangi antara satu
sama lain. Murid perlu merasa dihargai dan dihormati di mana setiap murid adalah
penting antara satu sama lain dan saling memerlukan sebagaimana kehidupan sesebuah
komuniti (Kohn, 2001). Model disiplin ini menekankan komuniti bilik darjah yang
penyayang dan menghargai antara satu sama lain di mana setiap murid mempunyai rasa
kepunyaan di dalam bilik darjah (Halizah & Samuel, 2014).
Oleh hal yang demikian, bilik darjah yang demokratik perlu diwujudkan dengan
melibatkan murid dalam pengurusan bilik darjah. Penglibatan murid secara aktif perlu
diterapkan agar kemampuan murid dapat diiktiraf dan meningkatkan rasa kepunyaan
dalam satu komuniti bilik darjah yang penyayang. Perjumpaan bersama komuniti bilik
darjah boleh dilaksanakan bagi melakukan perbincangan dan murid akan diberi peluang
untuk mengemukakan pendapat masing-masing. Guru juga perlu mendapatkan
pandangan murid tentang permasalahan yang dihadapi dan cara untuk mengatasinya.
Misalnya, melalui hasil dapatan perbincangan, guru boleh memberikan autonomi kepada
murid untuk memilih sumber bahan pengajaran dan pemeblajaran Sejarah yang menarik
dan sesuai dengan keperluan mereka. Secara tidak langsung, hal ini dapat meningkatkan
minat murid untuk menimba ilmu pengetahuan dan murid akan merasakan bahawa
mereka dihargai oleh guru (Charles, 2008). Hubungan positif antara guru dan murid juga
turut akan menjadi erat hasil implementasi budaya penyayang dalam satu komuniti bilik
darjah.
Seterusnya, guru seharusnya menggalakkan penglibatan murid yang aktif
sepanjang masa. Model Beyond Discipline Alfie Kohn mencadangkan guru untuk
memulakan sesi pengajaran dengan mengemukakan soalan bagi merangsang pemikiran
kognitif murid (Djamarah, 2002). Sebagai contoh, guru meminta murid untuk berfikir
sejenak berdasarkan soalan berkaitan mata pelajaran sejarah dengan menerapkan elemen
Kemahiran Pemikiran Sejarah iaitu membuat visualisasi. Langkah penyoalan sebegini
akan membantu murid menjana pemikiran yang kritis dan analitikal sekaligus
Penulisan Akademik Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
Semester 3, Ambilan Jun 2018

membolehkan murid meneroka perkaitan ilmu dengan kehidupan seharian. Strategi ini
boleh digunapakai sebagai set induksi bagi merangsang minat dan membangkitkan rasa
keterujaan murid untuk meneroka topik yang akan dipelajari.
Selain itu, pemanfaatan teknologi digital dalam pengajaran dan pembelajaran
akan meningkatkan keberkesanan dan kecekapan sesi pembelajaran dan pemudahcaraan
(PdPc). Hal ini bagi meraikan kepelbagaian murid yang pelbagai keperluan supaya
teknologi ini dapat membantu murid terlibat aktif, kreatif, berpengetahuan dan beretika
dalam masyarakat global. Sehubungan dengan itu, satu pakej bahan pengajaran dan
pembelajaran digital yang menggabungkan pelbagai media pengajaran telah dibangunkan
bagi memenuhi keperluan dan gaya pembelajaran murid yang berbeza. Pakej bahan
pengajaran dan pembelajaran digital yang menepati ciri-ciri multimedia yang baik
merangkumi gabungan lima elemen iaitu teks, grafik, animasi, audio dan video dalam
satu aplikasi dapat dimanfaatkan oleh guru sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran
Sejarah. Elemen interaktiviti di dalam pakej ini menjadikan persembahan maklumat
berkaitan Sejarah lebih dinamik dan lebih efektif. Sumber Sejarah yang mengintegrasikan
pelbagai elemen multimedia ini turut mengambilkira pelbagai corak pembelajaran murid.
Secara tidak langsung, hal ini menjurus ke arah pembudayaan pembelajaran yang
kondusif supaya murid lebih fokus kepada proses pengajaran dan pembelajaran.
Pembelajaran persekitaran ini mempunyai keupayaan untuk menambahkan keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran dalam meraikan kepelbagaian murid dan berupaya untuk
meminimumkan masalah tingkah laku murid di dalam bilik darjah.
Sumber sejarah seperti tayangan sedutan filem juga dapat dijadikan sebagai set
induksi bagi mempelbagaikan kaedah pengajaran. Murid akan teruja untuk mengetahui
dengan lebih lanjut berkenaan topik pembelajaran kerana guru tidak hanya bergantung
kepada penggunanan sumber bercetak semata-mata tetapi guru berinisiatif dalam
menggabungjalinkan variasi sumber yang dapat mendorong minat murid dalam
pembelajaran. Melalui cara sebegini, penglibatan murid secara aktif dapat diterapkan
dalam bilik darjah sekaligus mengelakkan ketepuan murid dalam pembelajaran (Merkt
et.al, 2017). Apabila minat murid dirangsang, isu masalah tingkah laku di dalam bilik
darjah dapat dikurangkan dan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran akan
tercapai.
Murid yang melakukan tingkah laku yang tidak diingini perlu ditangani secara
berhemah. Lantaran itu, guru perlu mendapatkan kepercayaan murid dan berusaha untuk
memberi perhatian kepada keperluan murid dengan berinteraksi dengan mereka.
Misalnya, pengurusan tingkah laku bermasalah dapat ditangani dengan efektif dengan
cara guru terlebih dahulu perlu mengenal pasti punca berlakunya masalah dan
mengimplementasikan penggunaan sumber bahan pengajaran dan pembelajaran yang
menarik dan bersesuaian dengan tahap dan keperluan murid. Berdasarkan isu-isu tingkah
laku bermasalah di Sk Bunut Susu, dapatan kajian mendapati faktor permasalahan ini
tercetus berpunca daripada murid-murid yang tidak berminat dengan pengajaran Sejarah
bersifat konvensional yang diajar oleh guru. Hal ini berkait rapat dengan penggunaan
sumber pengajaran Sejarah yang kurang sesuai dan tidak berkesan kerana guru dilihat
hanya menggunakan sumber bahan bercetak iaitu buku teks dan juga buku rujukan. Guru
boleh mempelbagaikan kaedah pengajaran dengan menggunakan variasi sumber bahan
yang bersesuian dengan keperluan dan kepelbagaian murid. Perbezaan penggunaan
media ini amat mempengaruhi dapatan kajian kerana media pembelajaran dapat
merangsang minda, minat dan perhatian murid dalam mengikuti proses pengajaran dan
pembelajaran. Hal ini sesuai dengan pendapat Kosasih dan Robertus (2007), bahawa
media pengajaran dapat digunakan untuk membangkitkan motivasi dan perhatian
Penulisan Akademik Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
Semester 3, Ambilan Jun 2018

terhadap konsep pembelajaran. Apabila motivasi dan perhatian murid dirangsang,


masalah tingkah laku murid dapat dikurangkan kerana murid akan lebih fokus terhadap
pengajaran guru. Oleh itu, penggunaan sumber Sejarah yang pelbagai dan bersesuaian
adalah penting dalam membantu guru menyelesaikan isu tingkah laku murid.
Seterusnya, antara strategi untuk menangani murid kurang tumpuan adalah guru
perlu mengambil langkah awal dengan berbincang bersama kaunselor sekolah bagi
mengetahui jika terdapat murid yang mempunyai masalah kesukaran dalam pembelajaran
(Anuar et.al, 2009). Guru juga boleh mengambil pendekatan dengan memberi tumpuan
secara individu kepada murid-murid yang bermasalah melalui cara menyapa murid
dengan nama dan menyatakan harapan positif guru supaya mereka dapat melakukan kerja
dengan baik. Selain itu, guru boleh menetapkan sasaran yang boleh dicapai oleh murid
dan memantau kefahamannya dari masa ke semasa serta memberikan ganjaran terhadap
apa yang telah dicapai. Penggunaan bahan sumber pengajaran yang bervariasi dan
menarik juga adalah penting bagi mengaitkan minat murid dengan pelajaran yang akan
diajarkan. Pemilihan sumber bahan pengajaran perlu mengambil kira kepelbagaian
keperluan murid kerana setiap murid mempunyai personaliti dan keperluan yang berbeza.
Berdasarkan satu kajian yang telah dijalankan mendapati bahawa dalam sebuah
bilik darjah, setiap individu mempunyai psikologi dan kebolehan intelek yang berbeza
antara satu sama lain (Siti Hawa, 2008). Lantaran itu pengajaran yang dirancang perlu
sesuai, disusun mengikut tahap murid dan disokong dengan sumber pengajaran bagi
merangsang perkembangan potensi individu ke tahap yang maksimum. Lantaran itu guru-
guru haruslah bijak dan kreatif dalam pengajaran dengan memperbanyakkan penggunaan
sumber dalam pengajaran mereka. Penggunaan sumber adalah penting dalam pengajaran
Sejarah kerana ianya dapat merangsang minat yang tinggi kepada murid untuk belajar.
Hal ini kerana semua jenis pembelajaran dan pengalaman yang diperolehi adalah melalui
deria kita sendiri seperti penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa dan bau (Shakila &
Rosilawati, 2015). Oleh hal yang demikian, penggunaan sumber pengajaran dan
pembelajaran tidak dapat dielakkan dalam pengajaran guru kerana penggunaan alat-alat
ini dapat membantu murid menajamkan deria mereka bagi membantu mereka mencapai
pembelajaran yang berkesan. Apabila guru bijak memilih sumber pengajaran dan
pembelajaran Sejarah yang baik, maka minat murid dapat dirangsang dan hal ini
menyumbang kepada pengurangan masalah tingkah laku murid dalam bilik darjah.

5.0 PENUTUP
Penggunaan sumber Sejarah dalam proses pengajaran dan pembelajaran dilihat amat
signifikan dalam meningkatkan minat, perasaan ingin tahu dan kefahaman murid
terhadap konsep-konsep topik yang akan diajar. Lantaran itu, guru harus menguasai
kemahiran memilih sumber pengajaran yang bersesuaian dan mengoptimumkan
penggunaannya agar objektif pembelajaran yang telah dirancang mampu dilaksanakan
dan dicapai dengan berkesan. Guru dituntut agar berusaha untuk memilih sumber
pengajaran yang berkesan kerana tindakan ini dapat menyokong keberkesanan proses
pengajaran dan pembelajaran. Hal ini adalah kerana proses pembelajaran yang efektif dan
efisien hanya dapat dicapai melalui penggunaan sumber yang tepat dan efektif. Apabila
proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar, maka secara tidak langsung
masalah tingkah laku murid dapat diatasi. Guru juga seharusnya mempunyai pengetahuan
tentang latar belakang murid bagi membolehkan guru memahami tingkah laku murid
yang berbeza. Ekoran daripada itu, guru dapat membuat refleksi diri dan merencanakan
langkah-langkah yang bersesuaian dalam menanagani tigkah laku bermasalah di dalam
bilik darjah. Oleh hal yang demikian, penambahbaikan dalam proses pengajaran dan
Penulisan Akademik Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
Semester 3, Ambilan Jun 2018

pembelajaran perlu direncanakan bagi memastikan objektif pembelajaran tercapai bagi


melahirkan insan murid yang cemerlang.

RUJUKAN

Abdullah Sani. (2006). Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Anuar Ahmad, Siti Haishah Abd Rahman & Nur Atiqah T. Abdullah. (2009). Tahap
Keupayaan Pengajaran Guru Sejarah dan Hubungannya dengan Pencapaian Murid di
Sekolah Berprestasi Rendah. Jurnal Pendidikan Malaysia, 34(1), 53-66.

Charles, C.M. (2008). Today’s Best Classroom Management Strategies: Paths to Positive
Discipline. Boston: Allyn & Bacon.

Djamarah, S.B. (2002). Prestasi Belajar dan Kompetensi Guru. Surabaya: Usaha
Nasional.

Gardner. H. (2006). Multiple intelligence: New Horizons (Rev. ed.). New York: Basic
Books.

Hamzah, H & Samuel, J.N. (2014). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Shah
Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Hazri Jamil. (2003). Historal Thinking: Analyzing Student and Teacher Ability to
Analyze Sources. Journal of Social Studies Research, 18(2), 34-65.

Jacobson, M.J. (2005). Cognitive Flexibility and Constructivism. Hillsdale, NJ: Eribaum.

Jasmi, K.A., Ilias, M.F., Tamuri, A.H. & Mohd Hamzah, M.I. (2001). Amalan
Penggunaan Bahan Bantu Mengajar dalam Kalangan Guru Sejarah di Malaysia. Journal
of Islamic and Arabic Education, 3(1), 59-74.

Kohn, A. (2001). Beyond Discipline: From Compliance to Community. Upper Saddle


River. NJ: Merill / Prentice Hall.

Kosasih & Robertus. (2007). Building A History Curriculum: Guidelines for Teaching
History in Schools. Westlake, OH: National Council for History Education.

Lesser, L.M., Wall, A.A., Carver, R.H. Pearl, D.K., Martin, N. & Kuiper, S. (2013). Using
Fun In The Statistics Classroom: An Exploratory Study of College Instructors’
Hesitations and Motivations. Journal of Statistics Education, 21(1), 34-47.

Lowenfeld & Brittain. (1986). Creative and Mental Growth. New York: MacMilan.

Mat Nor Russin & Abd Rahman Abd Rashid. (1988). Penggunaan Bahan Pengajaran
dan Pembelajaran Sejarah. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Penulisan Akademik Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
Semester 3, Ambilan Jun 2018

Merkt, M., Werner, M., & Wagner, W. (2017). Historical Thinking Skills and Mastery of
Multiple Documents Tasks. Learning and Individual Differences, 54(2), 135-146.

Mohd Hasani Dali. (2009). Pengurusan Bilik Darjah Untuk Guru Novis. Sintok: Penerbit
Universiti Utara Malaysia.

Mohd Fadli, Mohd Hanafi Mohd Yasin & Mohd Moktar Tahar. (2016). Penggunaan
Teknik Peneguhan Bagi Mengatasi Masalah Tingkah Laku Hiperaktif. International
Conference on Education in Southeast Asia Region 6th Series. University Kebangsaan
Malaysia.

Norah M.N., Nurul Izzati H. & Radhiah A.R. (2013). The Framework for Learning Using
Video Based on Cognitive Load Theory Among Visual Learners. Historical Methods,
49(4), 220-229.

Noriati, Boon, Sharifah Fakhriah & Zuraidah. (2010). Technology Tools for Teaching.
Journal of The Young Librarians Association, 5(1), 107-113.

Pea, Roy D. (1994). Seeing What We Build Together: Distributed Multimedia Learning
Environments for Transformative. The Journal of The Learning Sciences, 3(3): 285-299.

Rustaman, N.Y. Dirjoseomanto, S. Yodianto, S.A. Achmad, Y. & Subekti, R. (2005).


Strategi Mengajar Ilmu Sejarah. Malang: UM Press.

Shakila Yacob & Rosilawati Zainol. (2015). Sejarah dan Media Baharu. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Shoba Kumar Pal. (2007). Essentials of Teaching in Pedagogy. Review of Educational


Research, 56(1), 87-95.

Siti Hawa Abdullah. (2008). Empati Sejarah dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah.
Jurnal Pendidik dan Pendidikan, 28(1), 131-146.

Suppiah, Kamarulzaman, Abd Aziz, Ramlah, Rosalinda & Hazalizah. (2009). Amalan
Pengurusan Bilik Darjah. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Syed Ismail Syed Mustapa, Pushpavalli A. Rengasamey, Meor Aris Meor Hamzah &
Rosli Mohd. Sani. (2017). Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah. Petaling Jaya:
Sasbadi Sdn. Bhd.

Talib, J. (2009). Profesionalisme Kaunselor Sekolah Rendah. Jurnal Malim, Universiti


Kebangsaan Malaysia, 10(2), 159-182.

Yahya Bin Hassan. (2019, 5 Ogos). Penggunaan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran
Sejarah, Kelantan. [Temu bual].

You might also like