You are on page 1of 11

MASA CUE ANN

8.00 pagi PENDAFTARAN


Pendaftaran dan sarapan pagi.

8.45 pagi PENGUMUMAN Di sini terdapat beberapa pengumuman. Mohon


semua hadirin memberi perhatian terhadap
pengumuman yang akan dimaklumkan.

1. Hadirin diminta mengambil tempat sebelum


majlis bermula.
2. Mohon pastikan telefon bimbit anda berada
dalam mod senyap bagi mengelakkan gangguan
ketika majlis sedang berlangsung.
3. Hadirin juga diminta untuk mengurangkan
pergerakan keluar masuk sewaktu majlis sedang
berlangsung. Pergerakan keluar dan masuk
hanyalah melalui pintu utama sahaja kerana
pintu-pintu di sebelah kiri dan kanan dewan akan
ditutup.
4. Hadirin boleh mengimbas QR Code yang
terdapat di bahagian pintu masuk bagi
mengakses bahan-bahan yang berkaitan
Seminar.

Kerjasama hadirin amatlah dihargai, terima kasih.

MAJLIS BERMULA Assalamualaikum wbt


Salam sejahtera, Salam Melaka Berwibawa,
Melaka Pintar, Hijau, Bersih.

- Salutasi
Seminar Pasak Melaka 2019 merupakan
wacana ilmu yang dianjurkan oleh Persatuan
Sejarah Malaysia Cawangan Melaka (PSMCM)
dengan kerjasama …..

Tanpa membuang masa, Seminar akan


dibuka dengan Sidang 1 yang akan
dikendalikan oleh moderator Yang
Berbahagia Profesor Datuk Dr. Haji Mohd
Taib bin Haji Dora dari Universiti Teknikal
Malaysia Melaka (UTeM).

Moderator merupakan Timbalan Pengerusi


Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan
Melaka……………..dengan segala hormatnya
dipersilakan………

Terima kasih diucapkan kepada tuan


moderator, Yang Berbahagia Profesor Datuk
Dr. Haji Mohd Taib bin Haji Dora dan para
pembentang yang telah merancakkan wacana
ilmu kita pada hari ini. Diharapkan
pembentangan sebentar tadi sedikit sebanyak
memberi input kepada hadirin dalam
menelusuri Melaka sebagai akar sejarah
negara kita.

PENYAMPAIAN Hadirin yang dihormati,


CENDERAMATA Seterusnya, majlis menjemput Setiausaha
Kehormat, Persatuan Sejarah Malaysia
Cawangan Melaka, Tuan Hj Jamil Jamaat,
bagi menyampaikan cenderamata kepada
para pembentang.
Dijemput
1. Prof Emeritus Datuk Dr. Abdullah bin
Zakaria Ghazali dari Universiti Malaya.
2. Prof Madya Dr. Asyaari Muhammad
dari Universiti Kebangsaan Malaysia
3. Yang Berbahagia, Prof. (Adj.) Datuk
Wira Dr. Haji Mohd Jamil Bin Mukmin
(PSMCM).
4. Tuan Haji Yahya bin Abu Bakar.
Dan seterusnya Yang Berbahagia Profesor
Datuk Dr. Haji Mohd Taib bin Haji Dora selaku
moderator pada hari ini.

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Hj


Jamil Jamaat atas kesudian menyampaikan
cenderamata sebentar tadi.

Dengan berakhirnya penyampaian


cenderamata sebentar tadi, maka tamatlah
pembentangan bagi sidang satu.

Hadirin diminta untuk kekal di dalam dewan


bagi acara seterusnya.

PENGUMUMAN Hadirin sekalian, di sini terdapat beberapa


pengumuman.
1. Mohon pastikan telefon bimbit anda berada
dalam mod senyap bagi mengelakkan gangguan
ketika majlis sedang berlangsung.
2. Hadirin juga diminta untuk mengurangkan
pergerakan keluar masuk sewaktu majlis sedang
berlangsung. Pergerakan keluar dan masuk
hanyalah melalui pintu utama sahaja kerana
pintu-pintu di sebelah kiri dan kanan dewan akan
ditutup.
3. Apabila diumumkan ketibaan para tetamu
jemputan masuk ke perkarangan majlis, para
hadirin diminta untuk berdiri.
4. Hadirin diminta bersedia kerana majlis akan
bermula sebentar sahaja lagi.

9.00 pagi KETIBAAN Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha Datuk


Muhamad Jailani bin Khamis,
EXCO Pelancongan, Warisan & Kebudayaan
Negeri Melaka,

Yang Berbahagia Drs. Mohd Nasaruddin Bin


Abd. Rahman,
Pengurus Besar PERZIM,

Yang Berbahagia Prof. (Adj.) Datuk Wira Dr.


Haji Mohd Jamil Bin Mukmin,
Pengerusi, Institut Kajian Sejarah Dan
Patriotisme Malaysia (IKSEP);

Yang Berbahagia Profesor Datuk Dr. Haji


Mohd Taib bin Haji Dora dari Universiti
Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)

Yang Berbahagia Tuan Hj Jamil Jamaat,


Setiausaha Kehormat, Persatuan Sejarah
Malaysia Cawangan Melaka (PSMCM) diiringi
oleh dif-dif jemputan masuk ke dalam dewan.
Hadirin yang dihormati sekalian, aturcara majlis
dimulai dengan nyanyian lagu Negaraku, dan
lagu Melaka Maju Jaya.

---- NYANYIAN LAGU ----

Terima kasih diucapkan. Semua hadirin


dipersilakan duduk.

9.15 pagi KATA ALU-ALUAN Assalamualaikum wbt


Salam sejahtera, Salam Melaka Berwibawa,
Melaka Pintar, Hijau, Bersih.

Dari Melaka membawa setemi,


Sebagai utusan buat perawan,
Sudilah tuan ke majlis kami,
Membawa gembira seisi dewan.

Yang Berusaha Datuk Muhamad Jailani bin


Khamis, EXCO Pelancongan, Warisan &
Kebudayaan Negeri Melaka,

Yang Berbahagia Drs. Mohd Nasaruddin Bin


Abd. Rahman,
Pengurus Besar PERZIM,

Yang Berbahagia Prof. (Adj.) Datuk Dr. Haji


Mohd Jamil Bin Mukmin,
Pengerusi, Institut Kajian Sejarah Dan
Patriotisme Malaysia (IKSEP);

Yang Berbahagia Profesor Datuk Dr. Haji Mohd


Taib bin Haji Dora dari Universiti Teknikal
Malaysia Melaka (UTeM)

Yang Berbahagia Tuan Hj Jamil Jamaat,


Setiausaha Kehormat, Persatuan Sejarah
Malaysia Cawangan Melaka (PSMCM)

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati


sekalian, selamat datang ke Seminar Melaka
Pasak Sejarah Malaysia.
(tanya maklumat tentang seminar)

Bacaan doa Bagi memberkati majlis pada pagi ini,


dipersilakan Mohd Fairuz bin Mohd Rashid untuk
memimpin bacaan doa. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.

Selepas bacaan doa Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan


dan terima kasih atas bacaan doa itu tadi.

Ucapan alu-aluan Yang Berbahagia Prof. (Adj.) Datuk Dr. Haji


pengerusi majlis Mohd Jamil Bin Mukmin,
Pengerusi, Institut Kajian Sejarah Dan
Patriotisme Malaysia (IKSEP)

Ucapan perasmian Tanpa membuang masa, dijemput Yang


YB Berusaha Datuk Muhamad Jailani bin
Khamis, EXCO Pelancongan, Warisan &
Kebudayaan Negeri Melaka untuk
menyampaikan ucapan beliau. Dengan
segala hormatnya dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Yang
Berusaha Datuk Muhamad Jailani bin Khamis
atas ucapan beliau sebentar tadi.

Perasmian Sekali lagi, dijemput Yang Berusaha Datuk


Muhamad Jailani bin Khamis untuk
membunyikan gong sebagai simbolik
perasmian ‘Seminar Melaka Pasak Sejarah
Malaysia bagi tahun 2019. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Yang


Berusaha Datuk Muhamad Jailani bin Khamis
atas kesudian merasmikan majlis kita pada
malam ini.

Penyampaian Majlis diteruskan lagi dnegan penyampaian


cenderamata cenderamata. Oleh itu, dijemput Yang
Berbahagia Prof. (Adj.) Datuk Dr. Haji Mohd
Jamil Bin Mukmin, Pengerusi, Institut Kajian
Sejarah Dan Patriotisme Malaysia (IKSEP)
untuk menyampaikan cenderamata kepada
Yang Berbahagia Datuk Muhamad Jailani bin
Khamis, EXCO Pelancongan, Warisan &
Kebudayaan Negeri Melaka.

Terima kasih Yang Berbahagia Prof. (Adj.)


Datuk Dr. Haji Mohd Jamil Bin Mukmin di
atas penyampaian cenderamata sebentar
tadi.

Dengan berakhirnya penyampaian


cenderamata sebentar tadi, maka tamatlah
majlis perasmian Seminar Melaka Pasak
Sejarah Malaysia bagi tahun 2019. Setingg-
tinggi ucapan terima kasih diucapkan kepada
Yang Berhormat EXCO Pelancongan,
Warisan & Kebudayaan Negeri Melaka yang
sudi untuk merasmikan majlis pada hari ini.
Diharapkan wacana ilmu sebegini dapat
diteruskan bagi mengangkat sejarah tanah
air khususnya di negeri Melaka.

Pantun

12.45 tengah Seterusnya, dijemput tetamu kehormat untuk


hari menikmati jamuan yang telah disediakan di
bilik jamuan. Hadirin juga dijemput untuk
menikmati jamuan makan tengah hari yang
telah disediakan di luar dewan.

Hadirin dipohon untuk berada semula di


auditorium tepat pada jam 2.00 petang
kerana forum sidang 2 akan dimulakan
mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Sekian terima kasih.


PENYAMPAIAN
HADIAH
Hadirin dewan sekalian,
BERSURAI Dengan berakhirnya sesi penyampaian
cenderamata sebentar tadi, maka berakhirlah
majlis kita pada hari ini.

Andai kata tersilap bicara,


Kemaafan jua kami pohonkan.
Kita akhiri majlis kita pada hari ini dengan surah
al-asr dan tasbih kafarah.

***
Diminta dif-dif kehormat untuk tampil kehadapan
bagi sesi fotografi . terima kasih

MAJLIS TAMAT

You might also like