You are on page 1of 26

Jumaat, 5 Julai 2013

CONTOH TEKS PENGACARAAN MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG

TEKS PENGACARAAN MAJLIS

MAJLIS ANUGERAH PEKERJA BERKETRAMPILAN 2012

DAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) 2012

INSTITUT TANAH & UKUR NEGARA

4 JULAI 2013

MC & MASA ATURCARA UCAPAN

8.30 am Para tetamu mengambil Pohon perhatian. Majlis akan dimulakan sebentar lagi. Dipohon
tempat kerjasama tuan-tuan dan puan-puan untuk mematikan telefon atau
Erni
meletakkannya dalam ‘silent mode’. Terima kasih.

9.30 am Ketibaan Timbalan Hadirin yang dihormati sekalian,


Ketua Setiausaha I
Erni
(Sumber Asli)
Mengumumkan ketibaan Timbalan Ketua Setiausaha I
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, YBhg. Dato’ Dr. Mohd
Ali bin Mohamad Nor diiringi oleh Pengarah Institut Tanah dan
Ukur Negara, dan dif-dif kehormat. Para hadirin diminta berdiri.
PERSEMBAHAN PEMBUKAAN

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Kumpulan Penari


cilik yang comel-comel daripada Sekolah Rendah Taman
Erni Kata-kata aluan
Desaminium, Lestari Perdana, Seri Kembangan. Semoga semua
Pengerusi Majlis
hadirin terhibur.

Ke Pekan Kuala membeli bingka,


Sayang pesanan terlupa sudah;
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah.

Melati kuntum tumbuh melata


Sayang merbah di pohon cemara
Assalammualaikum mulanya kata
Saya sembah pembuka bicara

Faiz
Mencari timba si anak dara
Di bawah sarang burung tempua
Salam sembah pembuka bicara
Selamat datang untuk semua

Sayang kumbang mencari makan


Erni
Terbang seiring di tepi kali
Selamat datang kami ucapkan
Moga diiring restu Illahi
Yang Berbahagia, Dato’ Dr. Mohd Ali bin Mohamad Nor, Timbalan
Ketua Setiusaha I Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar,

Yang Berusaha, Tuan Mohd ‘Ashraf bin Mohd Noor, Pengarah


Institut Tanah dan Ukur Negara,
Faiz
Yang Dihormati dif-dif kehormat,

Yang diraikan Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan


Pekerja Berketrampilan 2012

Seterusnya, para hadirin sekalian.

Assalamualaikum Warohmatullah hiwabarokatuh, Salam Sejahtera


dan Salam 1 Malaysia.
Erni

Majlis mengucapkan Selamat Datang dan mengalu-alukan


kehadiran YBhg. Timbalan Ketua Setiausaha I, Kementerian Sumber
Asli dan Alam Sekitar serta sidang hadirin sekalian ke Majlis
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Institut Tanah dan Ukur
Negara tahun 2012.

YBhg. Dato' dan sidang hadirin sekalian,


Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada hari ini, akan turut
disertakan dengan penyampaian anugerah lain iaitu Anugerah
Pekerja Berketrampilan 2012.

Erni Persembahan Koir : Seterusnya, hadirin diminta untuk berdiri bagi sama-sama
menyanyikan lagu Negaraku, Perkhidmatan Awam, dan
1. Negaraku
Mendahului Cabaran dengan diiringi oleh Kumpulan Koir INSTUN
2.Perkhidmatan Awam dan pelajar-pelajar Fakulti Muzik dan Seni Persembahan Universiti
Pendidikan Sultan Idris. Dipersilakan.
3. Lagu INSTUN
(Mendahului Cabaran) NYANYIAN OLEH PASUKAN KOIR INSTUN

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas nyanyian sebentar


tadi.
Bacaan Do’a
Kalau pergi Tanjung Keramat,
Anak manis jangan diangkat;
Bersama kita memohon rahmat,
Faiz Moga majlis mendapat berkat.

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, dijemput Al fadhil Ustaz
Mohd Ridhzuwan bin Ahmad untuk memimpin bacaan doa.

Majlis mempersilakan.
BACAAN DOA

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Al fadhil Ustaz


Mohd Ridhzuwan bin Ahmad atas bacaan doa sebentar tadi.
Semoga majlis kita diberkati dan dilimpahi rahmat hendaknya.
Amin

Bukan rumput sebarang rumput,

Rumput penghias tepi halaman;

Bukan jemput sebarang jemput,

Jemput memohon kata aluan.

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan sepatah dua kata oleh


Pengarah Institut Tanah dan Ukur Negara. Untuk itu, majlis
menjemput Yang Berusaha Tuan Mohd ‘Ashraf bin Mohd Noor
untuk menyampaikan ucapan. Majlis mempersilakan.

Ucapan alu-aluan oleh (A)


Pengarah INSTUN

Majlis merakamkan ucapan terima kasih di atas kesudian tuan


menyampaikan ucapan sebentar tadi.

Faiz
Ucapan Perasmian oleh Kalau tuan pikat kenari,
Timbalan Ketua Jangan patahkan batang jerami;
Erni
Setiausaha Kepada tuan sembah diberi,
I, Kementerian Sumber Mohon rasmikan majlis kami.
Asli dan Alam Sekitar

Hadirin dan hadhirat yang dirahmati sekalian,


Majlis seterusnya menjemput Timbalan Ketua Setiausaha I
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Yang Berbahagia Dato’
Dr. Mohd Ali bin Mohamad Nor, untuk menyampaikan ucapan dan
seterusnya merasmikan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
Institut Tanah dan Ukur Negara 2012. Majlis mempersilakan.

(A)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih di atas kesudian Yang


Bebahagia Dato’ menyampaikan ucapan perasmian sebentar tadi.

Tayangan Montaj

Hadirin sekalian,

Tanpa melengahkan masa, marilah sama-sama kita saksikan satu


Persembahan tayangan montaj ‘Way Forward INSTUN’

PERSEMBAHAN SLAID

Faiz Itulah tadi tayangan Montaj Way Forward INSTUN. Semoga


persembahan montaj tadi akan menyuntik semangat semua Warga
INSTUN khususnya untuk meletakkan INSTUN bertaraf dunia.
Penyampaian Anugerah
Pekerja Berketrampilan

Bertanam Lada berbatas Rimbun,

Tumbuh di kali lebat buahnya

Berkat usaha disulam tekun

Sumur digali terbitlah airnya

Hadirin sekalian,

Majlis seterusnya berbesar hati menjemput Ketua Bahagian


Pengurusan dan Perundangan Tanah bagi mengiringi Pengarah
INSTUN, Yang Berusaha Tuan Mohd ‘Ashraf bin Mohd Noor bagi
menyampaikan Anugerah Pekerja Berketrampilan. Majlis
mempersilakan.
Erni

Seramai 10 orang pegawai telah terpilih untuk menerima Anugerah


Pekerja Berketrampilan. Anugerah ini diberi sebagai menghargai
jasa dan sumbangan pegawai-pegawai yang berdedikasi tetapi tidak
menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Untuk itu, dijemput
:

1) Encik Mohd Yusaimi bin Mat Yusop dari Bahagian Pengurusan


dan Perundangan Tanah

2) Encik Affandi bin Kastor dari Bahagian Ukur dan Pemetaan

3) Encik Mohd Faizal bin Abu Kaslan dari Bahagian Teknologi


Maklumat

Seterusnya dijemput :

4) Puan Haryanti binti Dahalan dari Bahagian Teknologi


Maklumat

5) Cik Fuziyah binti Sarjuni dari Bahagian Penyelidikan dan


Pembangunan dan akhir sekali...

6) Encik Muhamad Akmal bin Abdul Rafar Bahagian Penyelidikan


dan Pembangunan
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Pengarah INSTUN,
YBrs. Tuan Mohd ‘Ashraf bin Mohd Noor, di atas kesudian tuan
menyampaikan Anugerah.

Untuk makluman hadirin sekalian, seramai 3 orang penerima


Anugerah Pekerja Berketrampilan tidak dapat bersama-sama pada
hari ini kerana 2 orang pegawai tersebut iaiti En. Mohd Iqbal bin
Persembahan Abdul Razif dan Puan Siti Zaharah binti Saad dari Bahagian
Pertengahan (Nasyid Pentadbiran dan Kewangan sedang mengikuti Kursus Diploma
dan deklamasi puisi Pentadbiran Awam (DPA), Jabatan Perkhidmatan Awam. Manakala
Faiz daripada Kumpulan seorang lagi penerima Anugerah iaitu Encik Ahmad Rostam bin
Shoutul Iman) Hamzah dari Bahagian Ukur dan Pemetaan bertugas di luar
kawasan.

Tahniah diucapkan kepada Penerima-penerima anugerah Pekerja


Berketrampilan. Semoga dengan pengiktirafan ini akan memberi
suntikan dan semangat yang lebih membara kepada semua
pegawai INSTUN yang lain untuk terus berkhidmat dengan lebih
cemerlang di masa akan datang.

Pergi Ke Kuala Menaiki Sampan,

Mesyusur Sungai Perlahan-lahan,

Berehat Sebentar Untuk Hiburan,


Faiz Dendangan Nasyid Buat Santapan.
Hadirin yang dihormati sekalian,

Erni Ayuh kita rehatkan minda seketika. Kami tampilkan kepada anda
Persembahan Puisi dan Nasyid daripada Kumpulan Shoutul Iman
dengan 2 buah lagu mereka iaitu Damai dan Nasib Bangsaku.
Dipersilakan.

Penyampaian Anugerah (A)


Perkhidmatan
Cemerlang 2012
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Kumpulan Shoutul
Iman dengan persembahan yang sungguh menyentuh perasaan
sebentar tadi.Semoga semua terhibur.

Faiz Anugerah Pekerja Berketrampilan

Semoga terus gemilang

Inilah saat yang dinanti-nantikan,

Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

Sidang hadirin sekalian,


Erni Bagi tahun 2012, seramai 13 orang pegawai INSTUN akan
menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Anugerah ini diberi
sebagai menghargai komitmen, jasa dan sumbangan mereka dalam
melaksanakan tugas-tugas yang telah dipertanggungjawabkan
dengan penuh dedikasi dan cemerlang.

Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang akan menerima Sijil


Simpanan Premium Bank Simpanan Malaysia bernilai RM1000,
Plak Institut Tanah dan Ukur Negara berserta Sijil Penghargaan.

Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya sekali lagi menjemput


Pengarah INSTUN bagi mengiringi Timbalan Ketua Setiausaha I
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Yang Berbahagia
Dato’ Dr. Mohd Ali Bin Mohamad Nor untuk upacara
penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Institut Tanah
dan Ukur Negara 2012. Majlis mempersilakan.

Faiz Burung serindit riang berpacaran,

Petang menyusur terbang pulang,

Terbit di hati siapa gerangan,

Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang?


Erni

Diumumkan Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Institut


Tanah dan Ukur Negara tahun 2012 bagi

BAHAGIAN PENGURUSAN DAN PERUNDANGAN TANAH

Dijemput :

1) Encik Mohd Sabli bin Bakri

En. Mohd Sabli bin Bakri kini menjawat jawatan sebagai Ketua
Bahagian Pengurusan dan Perundangan Tanah Gred M52.

Seterusnya dijemput :

2) Encik Jalil bin Sabudin

En. Jalil bin Sabudin kini menjawat jawatan sebagai Penolong


Pegawai Tanah Gred NT32.

Seterusnya diumumkan Penerima Anugerah Perkhidmatan


Cemerlang Institut Tanah dan Ukur Negara tahun 2012 bagi:

BAHAGIAN UKUR DAN PEMETAAN:


Dijemput :

1) Encik Roslan bin Abd Ghani

Erni Encik Roslan bin Abd Ghani kini menjawat jawatan sebagai
Juruukur Gred J48.

Seterusnya dijemput:

2) Encik Mohd Imam Ma’arof bin Soa’ib

Encik Mohd Imam Ma’arof bin Soa’ib kini menjawat jawatan


sebagai Penolong Juruukur, Gred J36.

Seterusnya
diumumkan Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Institut
Tanah dan Ukur Negara tahun 2012 bagi:

BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

Dijemput :

1) Puan Syazwana binti Ahmad Basir.

Puan Syazwana binti Ahmad Basir kini menjawat jawatan sebagai


Pegawai Teknologi Maklumat, Gred F41 di Unit Multimedia,
Seksyen Pembangunan, Sistem dan Multimedia.

Faiz Seterusnya, dijemput:

2) Encik Adzrizal bin Adnan.


Encik Adzrizal bin Adnan kini menjawat jawatan sebagai Penolong
Pegawai Teknologi Maklumat, Gred F29 di Unit Sistem Sokongan,
Seksyen Pembangunan, Sistem dan Multimedia.

Seterusnya diumumkan Penerima Anugerah Perkhidmatan


Cemerlang Institut Tanah dan Ukur Negara tahun 2012 bagi:

BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN:

Dijemput :

1) Puan Norhaidah binti Riboet

Puan Norhaidah binti Riboet kini menjawat jawatan sebagai


Penolong Ketua Program, Gred M48.

Seterusnya diumumkan Penerima Anugerah Perkhidmatan


Cemerlang Institut Tanah dan Ukur Negara tahun 2012 bagi:

BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN KEWANGAN:

Dijemput :

1) Cik Caroline binti Boni

Cik Caroline binti Boni kini menjawat jawatan sebagai Penolong


Pendaftar, Gred M41 di Seksyen Pengurusan Sumber Manusia.
Beliau telah dinaikkan pangkat ke Gred M44 dan akan bertukar ke
Kementerian Kesihatan, Wilayah Persekutuan Labuan. Tahniah
Erni diucapkan.
Faiz
Erni

Faiz

Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang seterusnya, dijemput


:
Faiz
2) Puan Saripah binti Ramli.

Puan Saripah binti Ramli kini telah pun bersara wajib pada 15 Mei
2013. Beliau sebelum ini menjawat jawatan sebagai Pembantu
Tadbir (pengkeranian/operasi) Gred N22 di Seksyen Kewangan.

Seterusnya. Dijemput :
3) Puan Shahrina Hasnieza binti Abd Halim

Puan Shahrina Hasnieza binti Abd Halim kini menjawat jawatan


sebagai Pembantu Tadbir (Pengkeranian/Operasi), Gred N17 di
Seksyen Pengurusan Sumber Manusia.

Erni
Seterusnya, dijemput,

4) Encik Hairol Supfian bin Sarabani

Encik Hairol Supfian bin Sarabain kini menjawat jawatan sebagai


Pekerja Rendah Awan Gred R1 di Seksyen Pentadbiran.

Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang seterusnya, dijemput


:

5) Encik Mohamad Ikhfa bin Mohamad Ikram

Encik Mohamad Ikhfa bin Mohamad Ikram kini menjawat jawatan


sebagai Pembantu Am Pejabat Gred N1 di Bahagian Ukur dan
Pemetaan.

Faiz
Akhir sekali, dijemput :

6) Encik Mohd Azani bin Mohd Yutam

Encik Mohd Azani bin Mohd Yutam kini menjawat jawatan sebagai
Pekerja Rendah Awam Gred R1.

Dipohon Y.Bhg. Dato’ untuk terus berada di atas pentas bagi sesi
fotografi. Untuk itu, dijemput penerima-penerima anugerah
perkhidmatan cemerlang dan penerima anugerah Pekerja
Berketrampilan 2012, ahli keluarga penerima APC serta dif-dif
kehormat untuk naik ke atas pentas bagi sesi fotografi. Majlis
mempersilakan.

(A)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Y.Bhg Dato’ Dr.


Mohd Ali bin Mohamad Nor di atas kesudian Dato’ menyampaikan
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2012 sebentar tadi.

Tahniah diucapkan kepada Penerima-penerima anugerah


perkhidmatan cemerlang 2012. Semoga dengan pengiktirafan ini
akan memberi suntikan dan semangat yang lebih membara kepada
semua pegawai INSTUN yang lain untuk terus berkhidmat dengan
lebih cemerlang di masa akan datang.

Erni
Awan bersua citra berkisah
Ukiran sukma kilauan kelisa
Penyampaian anugerah selesai sudah
Persembahan penutup menyusul pula

Hadirin sekalian,

Acara kita sudah sampai ke kemuncaknya. Tanpa melengahkan


masa, kita tampilkan sekali lagi Kumpulan Penari cilik yang comel-
comel daripada Sekolah Rendah Taman Desaminium, Lestari
Perdana, Seri Kembangan dan diikuti dengan persembahan
daripada Pasukan Koir Institut Tanah dan Ukur Negara diiringi oleh
pelajar-pelajar Fakulti Muzik dan Seni Persembahan Universiti
Pendidikan Sultan Idris dengan persembahan lagu mereka Ku Ada
Kamu. Majlis mempersilakan.

(A)

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas persembahan yang


sungguh hebat dan menarik sebentar tadi.

Bunga dedap di atas para,


Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta

Sayang selasih bunganya wangi,

Ia cantik tapi berduri,

Terima kasih sekalung budi,


Faiz Moga berjumpa di lain hari.

Alhamdulillah, Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Institut


Erni Tanah dan Ukur Negara 2012 tamatlah sudah. Kami selaku pihak
urusetia majlis memohon kemaafan di atas segala kekurangan atau
keterlanjuran sepanjang majlis ini dijalankan.
YBhg. Dato’ dan dif-dif jemputan, majlis mengucapkan setinggi-
tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kerana sudi bersama-
sama kami di dalam majlis pada hari ini.

Di kesempatan ini juga majlis merakamkan penghargaan kepada


semua urus setia yang telah menjayakan majlis ini.

Bahagian Pentadbiran dan Kewangan,

Bahagian Ukur dan Pemetaan,

Bahagian Teknologi Maklumat,

Bahagian Pengurusan dan Perundangan Tanah,

Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan,

Petugas-petugas teknikal,

Kumpulan Koir INSTUN,

Kumpulan Nasyid Shoutul Iman

Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) Kuala Lumpur atas


sumbangan bahan percetakan

Pelajar-pelajar daripada Fakulti Muzik dan Seni Persembahan


Faiz Universiti Pendidikan Sultan Idris

Kumpulan Penari daripada Sekolah Kebangsaan Taman


Desaminium, Lestari Perdana, Seri Kembangan

Serta Semua yang terlibat dalam penganjuran majlis ini samada


secara langsung atau tidak langsung.
Sebelum kita bersurai dipohon tuan-tuan dan puan-puan sidang
hadirin sekalian untuk terus berada di dalam dewam Auditorium ini
bagi sesi bergambar beramai-ramai

Seterusnya, dijemput Y.Bhg Dato’ Timbalan Ketua Setiausaha


1,Pengarah INSTUN, dif-dif kehormat dan semua para hadirin
sekalian untuk menikmati Jamuan yang telah disediakan di khemah
selepas sesi fotografi ini
Erni

Sehingga itu sahaja daripada kami,

Saya Azfaizan Ahmad Sarkawi

Dan Saya Erni Safura Awang

Semoga berjumpa lagi di tahun hadapan.

Wabillahitaufik walhidayah Wassalamualaikum WBT.


Erni
Faiz

Erni

Faiz & Erni

You might also like