You are on page 1of 7

TEKS PENGACARAAN MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN

CEMERLANG PPD TANAH MERAH 2019

MC & MASA ATURCARA UCAPAN


9.30 am Para tetamu Pohon perhatian. Majlis akan dimulakan sebentar
mengambil tempat lagi. Dipohon kerjasama tuan-tuan dan puan-puan
untuk mematikan telefon atau meletakkannya
dalam ‘silent mode’. Terima kasih.

10.00 am Ketibaan Pegawai Hadirin yang dihormati sekalian,


Pendidikan Daerah
Mengumumkan ketibaan  YBrs. Tn Hj Mashadi b
Dato Hj Mustafa , Pegawai Pendidikan Daerah
ke dewan utama.  Para hadirin diminta berdiri.

Nyanyian lagu Para hadirin diminta berdiri untuk sama-sama


Negaraku menyanyikan lagu Negaraku dan Selamat Sultan

Yang Berbahagia , Tn Hj Mashadi b Dato Hj


Mustafa , Pegawai Pendidikan Daerah Tanah
Merah.
Yang Berusaha , Tn Hj Ab Manaf b Yaacob.
Pengerusi , Majlis Pengetua Sekolah
Menengah Tanah Merah.
Yang Berusaha , En Mohd Fauzi b Mad Nor ,
Yang Dipertua Majlis Guru Besar Tanah Merah.
Yang Berusaha , En Razali b Kasim , Timbalan
Pegawai Pendidikan Daerah Tanah Merah.
Ketua-ketua Unit Pejabat Pendidikan Daerah
Tanah Merah,
Pengetua dan Guru Besar , sekolah-sekolah
daerah Tanah Merah dan ,

Yang diraikan Penerima Anugerah


Perkhidmatan Cemerlang Sekolah-sekolah
daerah Tanah merah.
Seterusnya, para hadirin sekalian.
Assalamualaikum Warohmatullah
hiwabarokatuh,  Salam Sejahtera
Mencari timba si anak dara
Di bawah sarang burung tempua
Salam sembah pembuka bicara
Selamat datang untuk semua

Sayang kumbang mencari makan


Terbang seiring di tepi kali
Selamat datang kami ucapkan
Moga diiring restu Illahi

Majlis mengucapkan Selamat Datang dan mengalu-


alukan kehadiran Yang Berusaha Tn Hj Mashadi b
Dato Hj Mustafa ke Majlis Anugerah
Perkhidmatan Cemerlang Pejabat Pendidikan
Daerah Tanah Merah bagi tahun 2018.

Kalau pergi Tanjung Keramat,


Bacaan Do’a Anak manis jangan diangkat;
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini,


dijemput Dr Hj Mohd Zawawi bin Mohamad .
untuk memimpin bacaan doa.
Majlis mempersilakan.
BACAAN DOA
Majlis merakamkan ucapan terima kasih Dr Hj
mohd Zawawi b Mohamad atas bacaan doa
sebentar tadi. Semoga majlis kita diberkati dan
dilimpahi rahmat hendaknya. Amin

Lafaz Ikrar.

Meneruskan majlis , dipersilakan En Zamri b Nawi


, Penolong Kanan Ko Kurikulum SK Tanah Merah
(1) untuk mengetuai lafaz ikrar Perkhidmatan
Awam.

Para hadirin diminta berdiri.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

Ucapan 1 (MGB)

Bukan rumput sebarang rumput,


Rumput penghias tepi halaman;
Bukan jemput sebarang jemput,
Jemput memohon kata aluan.

Majlis diteruskan dengan ucapan sepatah dua kata


oleh Yang Berusaha En Mohd fauzi bin Mad Noor ,
Yang Dipertua Majlis Guru Besar Daerah Tanah
Merah , untuk menyampaikan ucapan. Majlis
mempersilakan.

(1)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih di atas


Ucapan 2 (MPSM) ucapan sebentar tadi.

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan oleh Yang


Berusaha Hj Abdul manaf bin Yaacob , Pengerusi ,
Majlis Pengetua Sekolah Malaysia, Daerah Tanah
Merah , untuk menyampaikan ucapan. Majlis
mempersilakan.

(2)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih di atas


ucapan sebentar tadi.

Ucapan Perasmian Kalau tuan pikat kenari,


Jangan patahkan batang jerami;
Kepada tuan sembah diberi,
Mohon rasmikan majlis kami.

Hadirin dan hadhirat yang dirahmati sekalian,

Majlis seterusnya menjemput Yang Berusaha Tn


Hj Mashadi bin Dato Hj Mustafa , Pegawai
Pendidikan Daerah Tanah Merah untuk
menyampaikan ucapan dan seterusnya
merasmikan Majlis Anugerah Perkhidmatan
Cemerlang. Pejabat Pendidikan Daerah Tanah
Merah, Majlis mempersilakan.

( Ucapan perasmian)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih di atas


kesudian Yang Berusaha Tn Pegawai Pendidikan
Daerah Tanah Merah menyampaikan ucapan
perasmian sebentar tadi.

Penyampaian
Hadirin sekalian,
Anugerah
Perkhidmatan
Cemerlang
Penyampaian Anugerah Perkhidmatan
Cemerlang

Sidang hadirin sekalian,


Bagi tahun 2018, seramai 180 orang pegawai
perkhidmatan pendidikan akan menerima
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Anugerah ini
diberi sebagai menghargai komitmen, jasa dan
sumbangan mereka dalam melaksanakan tugas-
tugas yang telah dipertanggungjawabkan dengan
penuh dedikasi dan cemerlang.

Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya sekali


lagi menjemput Yang Berusaha Tn Hj Mashadi b
Dato Hj Mustafa , Pegawai Pendidikan Daerah ,
Pejabat Pendidikan daerah Tanah Merah  untuk
upacara penyampaian Anugerah Perkhidmatan
Cemerlang Pejabat Pendidikan Daerah Tanah
Merah tahun 2018. Majlis mempersilakan.

Burung serindit riang berpacaran,


Petang menyusur terbang pulang,
Terbit di hati siapa gerangan,
Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang?
 

Senarai penerima Anugerah , didahului dengan


………

(Rujuk senarai )

Majlis merakamkan terima kasih kepada Yang


Berusaha Tn Hj Mashadi bin Dato Haji Mustafa atas
kesudian menyampaikan anugerah kepada penerima.

Demikian tadi berakhirnya Majlis Anugerah


Perkhidmatan Cemerlang Pejabat Pendidikan Daerah
Tanah Merah tahun 2018. Majlis merakamkan ucapan
tahniah kepada penerima anugerah. Semoga dengan
pencapaian ini menjadi pendorong kepada penerima
untuk mejalankan tugas dengan lebih dedikasi dan
cemerlang di masa akan datang.

Kami selaku pengacara majlis memohon maaf


sekiranya ada kesilapan dan kekasaran yang tidak
disengajakan semasa majlis ini berjalan.

Terima kasih diucapakan kepada semua pihak yang


menjayakan majlis ini.

1
 
 

You might also like