You are on page 1of 1

PEJABAT PELAJARAN DAERAH TANAH

MERAH
JALAN HOSPITAL,
17500 TANAH MERAH,
KELANTAN.
Pejabat Am : 09-9544000, Unit KAFA : 09-9544029, Fax Pejabat Am : 09-9544004, Fax Kewangan : 09-9544039

Ruj.Kami: PPDTM 700 – 7/5 (53)


Tarikh : 26 Jamadilawal 1434 Hijrah
Bersamaan 07 April 2013

Ke majlis :

YBrs Tuan Pengetua


SMK Tanah Merah 1
17500 Tanah Merah
Kelantan

Tuan,

MEMOHON PENGGUNAAN DEWAN SEKOLAH SMK TANAH MERAH 1 UNTUK


MAJLIS TADARUS AL-QURAN PERINGKAT PPD TANAH MERAH TAHUN 2013

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Pelajaran Daerah Tanah Merah akan


mengadakan Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat PPD sebagaimana berikut :

Tarikh : 11 April 2013 (Khamis)


Masa : 8.00 Pagi
Tempat : Dewan SMK Tanah Merah 1

3. Sehubungan itu, kami memohon jasa baik tuan agar membenarkan pihak kami
untuk menggunakan dewan sekolah pada hari tersebut.

4. Di atas keperihatinan dan kerjasama tuan, pihak kami terlebih dahulu merakamkan
ucapan ribuan terima kasih.

Sekian,

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA “

Saya yang menurut perintah,

CHE ABDULLAH BIN MOHAMAD


Pegawai Pelajaran Daerah,
Pejabat Pelajaran Daerah Tanah Merah.

You might also like