You are on page 1of 1

Masjid Iktikaf Tok Dor

Kampung Padang Siam Hilir


17500 Tanah Merah
Kelantan 13 Oktober 2020

Jabatan Mufti Negeri Kelantan


Kompleks Islam Darul Naim
Jalan Sultan Yahya Petra
15200 Kota Bharu
Kelantan

(U/P : Bahagian Falak)

Assalamualaikum wbt

Tuan,

PERMOHONAN UNTUK MENDAPATKAN KHIDMAT JABATAN MUFTI NEGERI


KELANTAN UNTUK MENGUKUR ARAH KIBLAT DI TAPAK BINAAN MASJID IKTIKAF
TOK DOR, PADANG SIAM HILIR, TANAH MERAH, KELANTAN

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Ahli Jawatankuasa Masjid Iktikaf Tok Dor di


Kampung Padang Siam Hilir akan mula menjalankan kerja persediaan tapak dan binaan
asas bangunan (Foundation Beam) bagi Masjid Iktikaf Tok Dor di alamat di atas.

3. Sehubungan itu, kami memohon khidmat Jabatan Mufti Negeri Kelantan untuk
mengukur arah kiblat yang tepat sebelum kerja kerja asas tapak dan pembinaan tiang
seperti di atas mula dilaksanakan.

4. Besarlah harapan kami agar permohonan kami ini mendapat perhatian dari pihak
tuan. Untuk segala pertanyaan dan maklumat lanjut, dimohon pihak tuan menghubungi wakil
jemaah dan AJK Masjid Iktikaf Tok Dor iaitu Encik Mustapha bin Ismail di talian 019-
9198991.

Segala kerjasama pihak tuan hanya Allah yang dapat membalasnya.

Sekian, terima kasih.

Yang benar

……………………………………
MAZRI BIN MUHAMMAD
Setiausaha
Masjid Iktikaf Tok Dor
010-6560478

You might also like