You are on page 1of 2

MASJID PERMAI

PERSIARAN LEMBAH PERPADUAN,


31150 ULU KINTA PERAK.

__________________________________________________________________________________
Ruj. Kami :
Ruj. Tuan :
Tarikh : 16 Syabaan 1442 H
30 Mac 2021 M
YAB DATO’ SAARANI BIN MOHAMAD
MENTERI BESAR PERAK DARUL RIDZUAN
ARAS 2 PEJABAT MENTERI BESAR PERAK JALAN PANGLIMA BUKIT GANTANG
WAHAB
30000 IPOH PERAK
(UP SETIAUSAHA SULIT KANAN MB PERAK)

Dato’

PERMOHONAN PERUNTUKAN KEWANGAN PEMBINAAN MASJID PERMAI DI LOT


29947 PERSIARAN LEMBAH PERPADUAN, TAMBUN, MUKIM ULU KINTA

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa JK Penaja Masjid Permai, komuniti penduduk di kawasan Lembah


Perpaduan telah memohon kepada Jabatan Agama Islam Perak kebenaran bagi mendirikan sebuah
masjid untuk kegunaan penduduk muslim di kawasan ini. Permohonan tersebut telah diluluskan dalam
Persidangan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak kali ke 198 (Bil 01/2017) yang bertarikh 21
Mac 2017 / 22 Jamadilakhir 1438H. (Rujuk lampiran yang disertakan).

3. Untuk pengetahuan pihak tuan , sehingga kini semua aktiviti keagamaan seperti solat jamaah
fardhu, kelas pengajian agama, majlis kebesaran Islam dan lain-lain aktiviti keagamaan oleh
penduduk di kawasan ini dilakukan di tapak tadika perumahan yang dijadikan surau sementara.
Namun demikian status surau sementara ini kini menjadi perbalahan antara penduduk sekitar dan
pemaju kondominium The Haven. Surat mahkamah telah dikeluarkan meminta agar surau sementara
itu menghentikan kegiatan keagamaan dan mengosongkan kawasan tersebut disebabkan berada di
kawasan tanah pemaju. (Rujuk Lampiran surat berkenaan).

4. Justeru, besarlah harapan penduduk di kawasan Lembah Perpaduan agar permohonan ini
mendapat pertimbangan yang sewajarnya dari pihak Yang Berhormat. Kos yang masih tidak
mencukupi untuk membina masjid tersebut adalah sebanyak RM100,000 . Bersama ini disertakan
sekali kertas kerja berkaitan pembinaan Masjid Permai tersebut. Segala perhatian dan pertimbangan
pihak Yang Berhormat amat kami harapkan dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih

Sekian.

“MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT”

Saya yang menjalankan amanah,

...........................................................
(ZIKHIRWAN BIN ABD LATIF)
Pengerusi,
Penaja Pembinaan Masjid Permai
MASJID PERMAI
PERSIARAN LEMBAH PERPADUAN,
31150 ULU KINTA PERAK.

__________________________________________________________________________________
Ruj. Kami :
Ruj. Tuan :
Tarikh : 25 Ramadhan 1441H
18 Mei 2020 M
YB TUAN HAJI AHMAD MARZUK BIN SHAARY
TIMBALAN MENTERI
DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA)
Setia Perdana 8,
Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502, Putrajaya.

Yang Berhormat,

PERMOHONAN PERUNTUKAN KEWANGAN PEMBINAAN MASJID PERMAI DI LOT


29947 PERSIARAN LEMBAH PERPADUAN, TAMBUN, MUKIM ULU KINTA

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa JK Penaja Masjid Permai, komuniti penduduk di kawasan Lembah


Perpaduan telah memohon kepada Jabatan Agama Islam Perak kebenaran bagi mendirikan sebuah
masjid untuk kegunaan penduduk muslim di kawasan ini. Permohonan tersebut telah diluluskan dalam
Persidangan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak kali ke 198 (Bil 01/2017) yang bertarikh 21
Mac 2017 / 22 Jamadilakhir 1438H. (Rujuk lampiran yang disertakan).

3. Untuk pengetahuan pihak Yang Berhormat, sehingga kini semua aktiviti keagamaan seperti
solat jamaah fardhu, kelas pengajian agama, majlis kebesaran Islam dan lain-lain aktiviti keagamaan
oleh penduduk di kawasan ini dilakukan di tapak tadika perumahan yang dijadikan surau sementara.
Namun demikian, status surau sementara ini kini menjadi perbalahan antara penduduk sekitar dan
pemaju kondominium The Heaven. Surat mahkamah telah dikeluarkan meminta agar surau sementara
itu menghentikan kegiatan keagamaan dan mengosongkan kawasan tersebut disebabkan berada di
kawasan tanah pemaju. (Rujuk Lampiran surat berkenaan).

4. Justeru, besarlah harapan penduduk di kawasan Lembah Perpaduan agar permohonan ini
mendapat pertimbangan yang sewajarnya dari pihak Yang Berhormat. Kos yang masih tidak
mencukupi untuk membina masjid tersebut adalah sebanyak RM700,000.00 (Rujuk Lampiran
Cadangan Harga). Bersama ini disertakan sekali kertas kerja berkaitan pembinaan Masjid Permai
tersebut. Segala perhatian dan pertimbangan pihak Yang Berhormat amat kami harapkan dan
didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian.

“MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT”

Saya yang menjalankan amanah,

...........................................................
(ZIKHIRWAN BIN ABD. LATIF)
Pengerusi,
Penaja Pembinaan Masjid Permai

You might also like