You are on page 1of 2

SURAU AN NUR , TAMAN MERAK MAS,

PENGERUSI : 019 6225128


75450, BUKIT KATIL, MELAKA TIMB. PENGERUSI : 019 6204153
SETIAUSAHA : 013 7974949

________________________________________________________________________________________

Ahli-Ahli Kariah / Jemaah, Rujukan Kami : SATMM/1(12)


Surau An Nur Taman Merak Mas/Taman Merak, Tarikh : 3 Mei 2017
75450, Bukit Katil, Melaka.

Muslimin/Muslimat,

SUMBANGAN IKHLAS UNTUK MAJLIS TAHLIL DAN KENDURI ARWAH SEMPENA MENYAMBUT RAMADHAN
AL-MUBARAK

Dengan segala hormatnya, kami merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa sempena kedatangan Ramadhan Al-Mubarak 1438H, Pihak Jawatankuasa
Surau An Nur akan mengadakan Majlis Tahlil dan Kenduri Arwah. Majlis tersebut akan diadakan seperti
ketetapan berikut :-

Tarikh : 20 Mei 2017


Masa : 7.00 Malam
Tempat : Surau An Nur, Taman Merak Mas
*Aturcara program seperti di lampiran

3. Sehubungan dengan itu, Muslimin / Muslimat adalah dialu-alukan untuk menghulurkan sumbangan ikhlas
berbentuk wang/barangan mentah untuk menampung perbelanjaan majlis tersebut. Sumbangan tersebut
boleh diserahkan kepada ahli jawankuasa surau yang telah dilantik. (Rujuk lampiran)

4. Pihak jawatankuasa surau juga meminta jasa baik muslimin/muslimat dapat bekerjasama bergotong-royong
untuk membuat persiapan majlis tersebut. Maklumat gotong-royong seperti di lampiran.

5. Semoga segala sumbangan ikhlas dari muslimin/muslimat akan mendapat keredhaan dan keberkatan Allah
S.W.T.

Sekian, Terima Kasih.

Yang benar,

( HJ. ANUAR BIN HJ. HUSIN)
Pengerusi
Surau An Nur, Taman Merak Mas

You might also like