You are on page 1of 1

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR TUA


36800 KG. GAJAH TELEFON : 05-6311769
PERAK DARUL RIDZUAN FAKS : 05-6311769

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-

Ruj Kami : SKBT8236 08/01/001


Jil1(68)
Tarikh : __/09/2019
Kepada

Tuan,

JEMPUTAN MENGHADIRI MAJLIS SAMBUTAN PENUTUP BULAN KEMERDEKAAN


SK BANDAR TUA ANJURAN BERSAMA MPKK KG BANDAR TUA

Perkara di atas dengan hormatnya adalah dirujuk.

Adalah dimaklumkan bahawa Sekolah Kebangsaan Bandar Tua dengan kerjasama MPKK
Kg Bandar Tua akan menganjurkan Majlis Penutup Sambutan Bulan Kemerdekaan
peringkat Kg Bandar Tua seperti ketentuan berikut:

Hari : Khamis
Tarikh : 12 September 2019
Tempat : Dewan SK Bandar Tua
Masa : 11.00 Pagi

2. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah adalah berbesar hati dan penuh takzim
menjemput pihak tuan untuk menghadiri majlis tersebut.

3. Kesudian dan jasa baik pihak tuan menerima jemputan ini amatlah kami hargai dan
didahului dengan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih. Semoga dengan kehadiran
pihak tuan dapat memeriahkan lagi Majlis Penutup Sambutan Bulan Kemerdekaan tahun
2019 ini.

Saya yang menjalankan amanah,

…………………………..
(ZULKIFLI BIN NAIM)
Yang Dipertua
PIBG SK Bandar TUa

You might also like