You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN SAMUDRA

JALAN SAMUDRA BARAT 4, TAMAN SAMUDRA,


68100 BATU CAVES, SELANGOR DARUL EHSAN
KOD SEKOLAH : BBA7227 NO. TEL. / FAKS : 03-61866649

Ruj. Tuan :
Ruj. Kami : 800-2/6/6
Tarikh : 3 Oktober 2019

Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak,


Jalan Bidara, Taman Bidara,
68100 Batu Caves,
Selangor.

Tuan,

PEMBERITAHUAN MENGADAKAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM


SEKOLAH BAGI TAHUN 2019

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa, Unit Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Taman


Samudra akan mengadakan perkhemahan tersebut seperti ketetapan berikut :

TARIKH : 1 – 3 NOVEMBER 2019


MASA : 2.30 PETANG (JUMAAT) – 2.00 PETANG (AHAD)
TEMPAT : SK TAMAN SAMUDRA

3. Sehubungan dengan itu, surat kebenaran telah pun diagihkan kepada 78 orang
murid untuk diserahkan kepada ibu bapa masing-masing. Makluman ini bertujuan untuk
meminta bantuan dan kerjasama dari pihak tuan agar program sekolah dapat berjalan
dengan baik.

4. Besarlah harapan pihak sekolah agar pihak Polis dapat membuat pemantauan
atau rondaan di sekitar kawasan kem agar tiada sebarang gangguan luar atau perkara
yang tidak diingini berlaku sepanjang perkhemahan.

5. Kerjasama daripada pihak tuan kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

`` BERKHIDMAT UNTUK NEGARA``

Saya yang menjalankan amanah,

...........................................
(TAUFEK BIN MOHAMED)
GURU BESAR
SK TAMAN SAMUDRA

You might also like