You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN KUANG

KM. 28, JALAN KUANG, 48050 RAWANG,


SELANGOR DARUL EHSAN.
Tel/Fax: 03-60383780 Kod Sekolah: BBA7208

Ruj. Tuan :
Ruj. Kami : SKK.800/2/1/1( )
Tarikh : 3 JANUARI 2019
26 Rabiulakhir 1440H

KETUA POLIS DAERAH SUNGAI BULUH


Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buluh,
Jalan Kampung,
Kampung Baru Sungai Buloh,
40160 Sungai Buloh,
SELANGOR DARUL EHSAN

Tuan,

MEMOHON BANTUAN KAWALAN TRAFIK SEMPENA KEJOHANAN MERENTAS DESA


PERINGKAT SEKOLAH

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman tuan, Sekolah Kebangsaan Kuang akan mengadakan Kejohanan


Merentas Desa Peringkat Sekolah bagi Tahun 2018 sebagaimana butiran yang berikut:

Tarikh : 23 Januari 2019


Masa : 7.45 – 11.00 pagi
Penglibatan : Murid Tahun 4,5, 6 dan Pendidikan Khas
Tempat : Sekitar SK Kuang

3. Sehubungan itu, pihak kami mengharapkan bantuan dari segi kawalan trafik untuk
memastikan kelancaran dan keselamatan semua pihak khususnya murid-murid yang terlibat
dalam kejohanan di atas . Bersama ini dilampirkan pelan laluan yang digunakan oleh pihak kami
bagi kejohanan tersebut.

4. Kerjasama dan keprihatinan tuan amatlah dihargai dan kami dahului dengan ucapan
terima kasih. Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi En. Mohd Izwan bin Mohd Raffie (GPK
Kokurikulum) di talian 019-6643213

Sekian.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA “

Saya yang menurut perintah,

( SITI FATIMAH BINTI MAT HASSAN )


Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Kuang

You might also like