You are on page 1of 4

JADUAL KEJOHANAN MEMANAH PRA

MAJLIS SUKAN SEKOLAH SELANGOR 2018

TARIKH MASA ACARA KATEGORI

08.00pg PENDAFTARAN PASUKAN


21 FEB 2018 09.00 – Mesyuarat Pengurus Pasukan
(RABU) Talimat Hakim

10.30 pg Pertandingan Double 30meter KATEGORI


LELAKI

KATEGORI
2.00ptg Pertandingan Double 30 meter PEREMPUAN

09.00pg- Pusingan Olimpik Individu Lelaki /Perempuan


12..00pg Jarak 30m
22 JAN 2014
( KHAMIS)
12.30pg- Majlis Perasmian Penutupan /
1.30th Penyampaian Hadiah
PERATURAN PERTANDINGAN
MEMANAH PRA MSSS
BAWAH 12 TAHUN
MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH SELANGOR

1. UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, pertandingan ini akan dijalankan mengikut undang-
undang ‘World Archery’ (WA) dan Peraturan-Peraturan Am MSSM.

2. JENIS PERTANDINGAN

2.1 Pertandingan akan dijalankan selama DUA ( 2 ) hari

2.2 Lelaki DAN Perempuan Perseorangan dan Berpasukan ( B 12 )


2.2.1 Jarak 30 m ( Face 122” )
2.2.2 Keseluruhan
2.2.3 Pusingan Olimpik Perseorangan

3. PENDAFTARAN PEMAIN / PEMBENTUKAN PASUKAN

3.1 Setiap pasukan hanya boleh mendaftar dua (2) pasukan LELAKI dan dua (2) pasukan
PEREMPUAN terdiri daripada :

PASUKAN LELAKI PPUAN


PENGURUS 1 1

JURULATIH 2 2

PESERTA 8 8

JUMLAH 11 11

3.2 Acara Individu


Setiap pasukan dibenarkan menghantar maksimum lapan (8) pemanah lelaki dan lapan (8) pemanah
perempuan bagi penyertaan acara Individu
3.3 Acara Berpasukan

3.3.1 Setiap pasukan dibenarkan menghantar dua pasukan yang terdiri daripada lapan (8)
orang peserta lelaki dan lapan (8) orang peserta perempuan dalam acara berpasukan.

3.3.2 Setiap pasukan terdiri daripada empat (4) orang peserta. Jumlah mata tertinggi bagi tiga
(3) orang peserta adalah dikira pemenang.

3.3.3 Pasukan yang menghantar kurang dari tiga (3) peserta tidak layak menyertai acara
berpasukan.

3.4 Jurulatih bukan di kalangan pegawai pelajaran tidak boleh disenarai sebagai pegawai pasukan.
(Rujuk Peraturan Am MSSM 8.1)

3.4.1 Jurulatih luar dibenarkan berada di khemah peserta sahaja.

3.4.2 Jurulatih luar tidak dibenarkan memasuki kawasan pertandingan melebihi dari garisan
peralatan (equipment line)

4 SISTEM PERTANDINGAN

4.1 Pertandingan mengikut sistem World Archery (WA)

4.2 Setiap peserta dimestikan memanah pertandingan single WA jarak yang dipertandingkan
sebanyak dua (2) pusingan tiga puluh enam (36) anak panah bagi setiap pusingan yang berjumlah
tujuh puluh dua (72) anak panah keseluruhan. Peserta / Pasukan yang mendapat mata tertinggi
akan dikira pemenang.

5 GELANGGANG / ALATAN

Rujuk Undang-Undang World Archery (WA) dengan Artikel 7.3.2 / 7.3.2.1 adalah diguna pakai dengan
pindaan berikut :

5.1. Hanya arrow jenis aluminium sahaja boleh digunakan.

5.2. glass limb boleh digunakan

6 TAKLIMAT PENGURUS PASUKAN

6.1 Taklimat Pengurus Pasukan akan diadakan pada hari pertandingan.

6.2 Selepas taklimat pengurus, sebarang permohonan / gantian peserta tidak dibenar.

7 SUMBANGAN PENYERTAAN
Bagi setiap pemanah yang didaftarkan, bayaran sumbangan penyertaan sebanyak RM20 akan
dikenakan. Bayaran perlu dijelaskan secara TUNAI semasa pendaftaran peserta pada hari kejohanan.

8 MASA MELAPOR DIRI

Setiap pasukan dikehendaki melaporkan diri kepada Ketua Hakim (Chief Judge) Kejohanan untuk
pemeriksaan wajib peralatan pertandingan (Tackle Inspection) pada hari pertandingan.

9. MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH

Sila rujuk Peraturan Am (11) MSSM dibaca bersama Peraturan WA Rules Book 2 Bab 7.4 dan Bab 7.8

10. BANTAHAN

9.1 Sila rujuk Peraturan Am (12) MSSM.

9.2 Setiap pasukan dibenarkan membuat bantahan. Hanya Pengurus Pasukan dibenarkan membuat
bantahan.

9.3 Bantahan hendaklah dibuat secara bertulis dan dihantar kepada Pengarah / Pegawai Pertandingan
dalam masa tiga puluh (30) minit selepas pertandingan itu tamat. (Berpandukan kepada Undang-
Undang WA, Artikel 150).

11 JURI RAYUAN

Sila rujuk Peraturan Am (13) MSSM

12 PENGADIL (HAKIM DAN PEGAWAI PERTANDINGAN)

Hakim-hakim dan Pegawai Pertandingan akan dilantik oleh Jawatankuasa Pengelola dengan kerjasama
Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Selangor.

13 PENTAFSIRAN UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN-PERATURAN PERTANDINGAN.

Jawatankuasa Pengelola mempunyai hak mentafsirkan segala perkara yang tidak disiarkan di dalam
undang-undang / peraturan pertandingan ini dan keputusan yang dibuat adalah muktamad.

Disediakan oleh,

JK Teknik & Pembangunan

Sukan Memanah MSSS, 2018

You might also like