You are on page 1of 1

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN

TUANKU ABDUL RAHMAN


Telefon : 03-60352237,
48100 BATU ARANG Faks : 03-60353198,
SELANGOR DARUL EHSAN Emel : beb7655@btpnsel.edu.my

Kepada: Ruj. Kami : SMKTAR 800-2/2/1 ( )


Ketua Balai Polis Batu Arang Tarikh : 2 Januari 2020
Polis Diraja Malaysia
48100 Batu Arang
SELANGOR

Tuan,

MEMOHON KHIDMAT BANTUAN KAWALAN LALU LINTAS SEPANJANG KEJOHANAN MERENTAS DESA
PERINGKAT SMKTAR 2020

Adalah dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Kokurikulum SMK Tuanku Abdul Rahman akan
menganjurkan Kejohanan Merentas Desa Peringkat SMKTAR 2020 seperti berikut:

Tarikh : 17 Januari 2020


Hari : Jumaat
Masa : 7.30 pagi hingga 12.30 tgh
Tempat : Kawasan sekolah, sekitar kampung dan Pekan Batu Arang

3. Untuk makluman pihak tuan, kejohanan ini merupakan aktiviti sukan tahunan peringkat sekolah.
Penglibatan murid sebagai peserta dalam kejohanan ini adalah menyeluruh.

4. Sehubungan dengan ini, saya memohon jasa baik dan pertimbangan pihak tuan untuk
mendapatkan bantuan kawalan lalulintas di sepanjang kejohanan ini berlangsung.

5. Bersama-sama ini disertakan tentatif program dan peta laluan larian tersebut. Sebarang
pertanyaan dan keterangan lanjut pihak tuan boleh menghubungi Setiausaha Sukan Sekolah iaitu
Puan Nor Saliza Binti Ahmad Soobni (012-3067869).

6. Segala perhatian dan kerjasama pihak tuan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian.

Saya yang menjalankan amanah,

………………………………………….
(NOR ANIDA BINTI MAMAT)
Pengetua
SMK Tuanku Abdul Rahman

You might also like