You are on page 1of 2

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN KLANG UTAMA

(Kod Sekolah : BEA0107)


Persiaran Sungai Keramat,
42100 Klang, Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03-3291 8081 Fax : 03-3290 4276
Email : smktamanklangutama@gmail.com

Ruj. Kami : Bil ( ) dlm SMKTKU 03/04/001


Tarikh : 13/03/2020
Kepada:
Murid / Ibu Bapa / Penjaga
SMK Taman Klang Utama

JEMPUTAN KE HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK 2019


 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2.         Berhubung perkara di atas, pihak sekolah menjemput Tuan/puan waris pelajar
untuk menghadiri Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik tahun 2019 yang akan
diadakan seperti butiran berikut:

                                    Tarikh             : 28 Mac 2020 (Sabtu)

                                    Masa                : 8.00 Pagi – 1.00 Tengah Hari

                                    Tempat            : Arena Mazfari

3.        Kehadiran Tuan / Puan didahului jutaan terima kasih. 

Sekian, terima kasih

Saya yang menjalankan amanah, 

……………………………………
(Tn Haji Shamsuddin Bin Shaari)
Pengetua
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Klang Utama
PENGESAHAN KEHADIRAN KE
MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG BAGI TAHUN 2019

NAMA / WAKIL :……………………………………………..

KATEGORI ANUGERAH :……………………………………………..

Sukacita saya AKAN HADIR / TIDAK HADIR* ke MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG BAGI
TAHUN 2019

2. Saya AKAN HADIR bersama-sama

(a) Seorang

(b) Ibu Bapa/ Penjaga


Tandatangan : …………………..

1. Pelajar-pelajar atau wakil pelajar yang ingin menghadiri majlis tersebut hendaklah mengembalikan Borang
Pengesahan Kehadiran Ke Majlis Anugerah Cemerlang Bagi Tahun 2019 secara terus, pos , fax kepada:

Urusetia Majlis Anugerah Cemerlang Bagi Tahun 2019, SMK Taman Klang Utama

U.P: Ketua Jemputan Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik 2019

( Pn Siti Alifah Binti Hamsin) sebelum atau pada 25 Mac 2020

( No. Telefon :012 - 6655967) atau menghubungi ke talian terus seperti tertera.

3. PAKAIAN SEMASA MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG:

3.1 Bagi Lelaki

Memakai baju kebangsaan iaitu baju melayu dan berkasut. Bapa Penjaga yang mewakili pelajar perlu
berpakaian kemas atau berkemeja. (Seluar jeans tidak dibenarkan).

3.2 Bagi Perempuan

Memakai baju kebangsaan (baju kurung, kebaya dll) serta berkasut. Pakaian hendaklah sopan, tidak ketat, tidak
berbelah,tidak jarang serta tidak mendedahkan dan berlengan panjang

3.3 Tidak dibenarkan berambut panjang (lelaki), berekor dan berwarna warni semasa menghadiri Majlis.

You might also like