You are on page 1of 4

1.

PENDAHULUAN

Penerapan nilai-nilai murni serta pengurusan diri dalam kehidupan seharian


amat perlu bagi melahirkan masyarakat yang bermoral dan beretika seterusnya
mampu berdikari. Selaras dengan matlamat negara Malaysia untuk mewujudkan
masyarakatnya yang mempunyai nilai jati diri yang tinggi, berakhlak mulia serta
penyayang. Satu program perlu dilaksanakan di peringkat akar umbi iaitu di
peringkat sekolah lagi. Bagi merealisasikan hasrat murni ini, satu ceramah akan
diadakan untuk memenuhi keperluan murid dalam mengukuhkan sahsiah dan
mempertingkatkan kebolehan mereka dalam kehidupan mereka. Hasilnya murid
dapat menjalankan aktiviti harian secara berdikari mengikut tuntutan syariat dan
seterusnya diberkati hidup di dunia dan akhirat.

2. MATLAMAT

Melahirkan murid yang mempunyai kemuliaan sahsiah yang kukuh


seterusnya mewujudkan masyarakat yang berkemahiran yang menghayati nilai-
nilai murni, bertanggungjawab, cergas dan berdikari.

3. OBJEKTIF

1. Memberi pendedahan kepada murid sesi petang tentang memupuk disiplin


diri yang baik sepanjang masa samada di dalam atau di luar sekolah.
2. Memberi pendedahan kepada murid-murid tentang aspek keselamatan diri di
dalam dan di luar sekolah serta bahaya pengaruh tidak sihat di luar sekolah.
3. Memupuk minat dalam diri murid-murid tentang kerjaya polis sebagai kerjaya
pilihan mereka satu hari nanti.

4. SASARAN

Murid-murid sesi petang tahun 1-3.

5. PENCERAMAH

Sarjan 186625 Mohd Zulhilmie bin Mohd Noor


Bahagian Siasatan Jenayah Nakotik IPD Gombak

Korporal 161448 Dzulfazlie bin Abdulllah


Balai Polis Selayang

6. TARIKH PELAKSANAAN / MASA


Hari : Rabu
Tarikh : 17 April 2019
Masa : 2.00 – 3.00 petang (Slot 1)
3.00 – 4.00 petang (Slot 2)

7. TEMPAT
Dewan Ibu Zain, SK Sungai Tua Baharu.

8. JAWATANKUASA PROGRAM:

Pengerusi : Puan Raja Ashariah bt Raja Jaafar


Naib Pengerusi : Tn. Hj Aznam bin Mohamed
: En. Azmin bin Abdullah
: En. Nazrul bin Ahmad Zaidi
: Puan Nora bt Mohamed Isa

Penyelaras : En. Najib Asri bin Nordin


Pen. Penyelaras : En. Mohd Amir bin Abd Rahim

PA Sistem : En. Abdul Malick bin Abu Hanipah


Kawalan murid : Semua guru tahun matapelajaran

9. PENUTUP

Usaha murni secara berterusan yang serius serta sokongan padu amatlah
diperlukan bagi menentukan bahawa program yang akan dilaksanakan ini berkualiti
dan benar-benar memberi manfaat besar kepada individu pelajar golongan sasar. Ini
adalah selaras dengan matlamat untuk melahirkan pelajar yang mempunyai sahsiah
peribadi mantap yang mampu membuat perubahan seterusnya memberi kesan yang
besar kepada diri sendiri, warga sekolah, masyarakat dan agama.

Disediakan oleh :
(NAJIB ASRI BIN NORDIN)
GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SK SUNGAI TUA BAHARU

Disahkan oleh:

(AZMIN BIN ABDULLAH)


GPK HEM
SK SUNGAI TUA BAHARU
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI TUA BAHARU

KERTAS KERJA

PROGRAM NUR AKHLAK TERBILANG

ANJURAN:

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

DENGAN KERJASAMA

UNIT KESELAMATAN SEKOLAH (HEM)

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI TUA BAHARU

You might also like