You are on page 1of 9

Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Bahiyah

Lebuh Raya Sultanah Bahiyah, 05350 Alor Setar Kedah Darul Aman

LAPORAN PERTANDINGAN MENGHASILKAN JALUR GEMILANG DARIPADA BAHAN


TERBUANG
SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN 2014

1.0 PENDAHULUAN

Pertandingan menghasilkan jalur gemilang daripada bahan terbuang telah diadakan


sempena bulan Kemerdekaan tahun 2014 bagi pelajar tingkatan 1, 2 dan 4. Program ini
dianjurkan untuk memantapkan jati diri pelajar serta kepimpinan pelajar dalam cabang
ko-kurikulum. Aktiviti ini diadakan supaya murid-murid dapat menggunakan kreativiti dan
kemahiran mereka menghasilkan jalur gemilang yang menarik bagi menterjemahkan
semangat patriotisme sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan kali ke-57 peringkat
sekolah. Ia merupakan salah satu aktiviti sekolah yang bertujuan untuk memberi
pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan pendidikan dan
ibu bapa agar mereka mengenang dan menghargai kemerdekaan negara. Selain itu,
program ini juga bertujuan untuk memantapkan kerjasama dikalangan pelajar dengan
melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang dilaksanakan. Ianya selaras dengan
matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari
segi Jasmani, Emosi, Rohani, Intelektual dan Sosial (JERIS).

2.0 OBJEKTIF

Menguji kemampuan diri dari segi semangat berdikari, kemahiran dan rasa
tanggungjawab terhadap diri dan negara.
Menyemai semangat cintakan negara melalui tema pertandingan menghasilkan jalur
gemilang daripada bahan terbuang.
Meraikan Hari Kemerdekaan dengan cara yang positif.
Membentuk budaya sihat, tingkah laku positif dan amalan nilai-nilai murni dikalangan
murid sekolah.
Menyemai sikap rajin berusaha dengan bersaing secara sihat dan bersungguh-sungguh.
Menyemai semangat perpaduan sesama murid melalui perkembangan sosioemosi
berinteraksi serta membentuk perhubungan sosial yang sihat.
3.0 TARIKH PROGRAM

TARIKH : 3 SEPTEMBER 2014


HARI : RABU
MASA : 2.30 – 4.30 PETANG
TEMPAT : ANJUNG TERBUKA SMK SULTANAH BAHIYAH

4.0 AHLI JAWATANKUASA PROGRAM

Pengerusi : Puan Hajah Zaini bt Kamaruddin ( Pengetua )


Naib Pengerusi : Puan Hajah Norlela bt Mohd Sahat ( Penolong Kanan)
: Puan Norashikin bt Yusoff ( PK HEM)
: Puan Sopinar bt Bakar ( PK Kokurikulum )
Penyelaras : Puan Raudzah bt Abdullah ( GK Kemanusiaan )
: Puan Noor Afiza bt Salleh ( GK Sains dan Matematik )
Setiausaha : Puan Rosnah bt Sirat
Pen. Setiausaha : Puan Yusniza bt Yussof
AJK Pertandingan : Puan Khairun Najmi bt Amir (K)
Menghasilkan Jalur Puan Asmida bt Fadzil
Gemilang Daripada Bahan Cik Lili Arlina bt Mohd Jalaludin
Kitar Semula

5.0 PESERTA PROGRAM

Pelajar tingkatan 1, 2 & 4 SMK Sultanah Bahiyah.

6.0 PELAKSANAAN

Pada 3 September 2014 yang lalu, pihak sekolah telah mengadakan suatu
Pertandingan Menghasilkan Jalur Gemilang daripada bahan terbuang sempena bulan
kemerdekaan yang ke-57. Pelajar-pelajar yang terlibat ialah dari tingkatan 1, 2 dan 4.
Aktiviti ini telah dijalankan di Anjung Terbuka SMK Sultanah Bahiyah dan diawasi oleh
guru yang terlibat. Acara tersebut telah diadakan bermula jam 2.30 sehingga 4.30
petang. Murid menghasilkan jalur gemilang daripada bahan terbuang. Hadiah akan
diberi kepada Pemenang Pertama hingga Ketiga. Hakim pula terdiri daripada guru yang
mengajar mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Berdasarkan pemerhatian, program ini
berjalan lancar dan meriah.

Tarikh : 3 September 2014


Hari : Rabu

Masa Aktiviti
2.20 petang Pendaftaran bermula

2.30 – 4.30 petang Pertandingan bermula

4.30 petang Pelajar bersurai


7.0 SENARAI NAMA PEMENANG MELUKIS POSTER
Pemenang Pertama 1. Anis Shuhana Binti Mohd Shukri
2. Nurul Ayuni Binti Ismail
3. Siti Aishah Binti Ramli Robert
4. Siti Maisya Binti Sallehuddin
5. Syahira Binti Mat Rais
Pemenang Kedua 1. Wan Maziah Binti Mohd Nawawi
2. Syafiqah Binti Syaiful Anuar
3. Nur Annisa Binti Anday Shaibullah
4. Nur Qhairul Nisa Binti Zolkarnai
5. Nur Atiqah Ayuni Binti Rosli
6. Ummi Natrah Binti Mahamod
Pemenang Ketiga 1. Ainisa Husna Binti Ahmad Suhaimi
2. Najiha Maisarah Binti Ahmad Desa
3. Nur Ayu Izzyani Binti Azlan
4. Nurin Nadiah Binti Naim
5. Zarra Nursheila Binti Zakaria

8.0 PENILAIAN

Secara keseluruhan Pertandingan Menghasilkan Jalur Gemilang Daripada Bahan


Terbuang pada kali ini berjalan dengan lancar dan teratur. Segala aturcara yang
dirancang dapat dilaksanakan mengikut masa yang telah ditetapkan. Walau
bagaimanapun, penyertaan pelajar perlu dipertingkatkan pada masa akan datang. Pihak
sekolah ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah
menjayakan program ini. Semua AJK Pelaksana juga telah menjalankan tugas dengan
baik dan teratur mengikut perancangan yang telah ditetapkan.

Penambahbaikan

1. Menawarkan hadiah atau sijil kepada semua pelajar yang menyertai pertandingan
bagi menyuntik semangat pelajar untuk menyertai pertandingan.
2. Pertandingan diadakan ditempat yang lebih selesa seperti di dalam kelas.

9.0 PENUTUP

Pertandingan Menghasilkan Jalur Gemilang Daripada Bahan Terbuang sempena bulan


Kemerdekaan yang ke-57 tahun 2014 telah berjalan dengan lancar dan teratur.
Pertandingan ini mendapat sambutan yang menggalakkan di kalangan semua murid.
Semua hasil pertandingan dipamerkan di dalam kelas masing-masing. Pihak sekolah
ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sepanjang
pertandingan ini berlangsung; khususnya guru-guru yang bertindak sebagai AJK
pelaksana serta pelajar-pelajar yang turut membantu dalam program ini.Melalui aktiviti
yang dijalankan, pihak sekolah juga berharap pelajar akan dapat meningkatkan
semangat patriotism dalam diri pelajar dan dapat menyemai semangat cintakan negara.
Ia juga diharap dapat membangunkan modal insan yang memiliki ketahanan dan jati diri
yang tinggi dikalangan murid dari segi fizikal, emosi, mental dan rohani. Selain itu, ia
dapat membentuk budaya sihat, tingkah laku positif dan amalan nilai-nilai murni
dikalangan murid sekolah. Aktiviti yang dirancang ini juga dapat memberi peluang
kepada pelajar untuk melakukan aktiviti yang menggembirakan dan meningkatkan lagi
tahap keyakinan diri di samping dapat memupuk semangat untuk bergaul dan
bersosialisasi dengan rakan sebaya.. Syabas dan tahniah kepada semua pihak yang
terlibat di atas sumbangan dalam mengatur dan melaksanakan program ini. Pihak
sekolah berharap program ini dapat diteruskan demi kebaikan serta pembentukan diri
yang seimbang dari segi Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial (JERIS).
Sehubungan itu, adalah diharapkan program ini akan dapat dilaksanakan lagi pada
tahun-tahun yang akan datang dengan sedikit pengubahsuaian untuk kebaikan
bersama.

Disediakan oleh,

…………………………………….
(KHAIRUN NAJMI BINTI AMIR)
GAMBAR AKTIVITI SEKITAR PERTANDINGAN MENGHASILKAN JALUR
GEMILANG DARIPADA BAHAN TERBUANG

You might also like