You are on page 1of 7

SEKOLAH KEBANGSAAN KALAI

08700 JENIANG, KEDAH DARUL AMAN


TEL: 011- 65735266 EMEL: KBA8011@moe.edu.my

“KALAI  KAIZEN ”

KERTAS KERJA

KARNIVAL PANITIA
2022 / 2023

Disediakan oleh,

UNIT KURIKULUM
SEKOLAH KEBANGSAAN KALAI
08700 JENIANG, KEDAH DARUL AMAN

1
1.0 PENGENALAN

Karnival Panitia merupakan program julung kali diadakan bagi memantapkan lagi minda
murid dengan ilmu melalui penglibatan aktif murid sekolah dalam aktiviti-aktiviti setiap
panitia sebagai pelengkap bagi memperkukuhkan pengajaran dan pembelajaran murid di
bilik darjah. Kekangan masa dan kewangan menjadi faktor utama kepada murid di
kampung untuk bergerak ke destinasi pusat ilmu. Oleh sebab itu pihak sekolah melalui
Unit Kurikulum mengambil inisiatif untuk mengadakan Karnival Panitia ini di sekolah.
Tujuan karnival panitia diadakan adalah untuk memberi kesedaran kepada murid-murid
supaya aktif, bukan sahaja dalam bidang kokurikulum, tetapi juga menggalakkan mereka
aktif dalam bidang kemasyarakatan. Beberapa aktiviti yang dianjurkan seperti pameran,
pemainan dalaman, pertandingan nyanyian lagu patriotik, pertandingan mewarna, dan
lain-lain. Aktiviti-aktiviti yang akan diadakan bukan sahaja memberi peluang dan
keseronokan kepada murid yang terlibat tetapi juga menguji dan memantapkan lagi
kemahiran dan pengalaman murid dalam kerja berkumpulan. Karnival ini akan dibantu
oleh guru penasihat yang berpengalaman daripada Persatuan/Kelab, Sukan dan
Permainan serta Badan Beruniform dengan kerjasama daripada unit kokurikulum,
Persatuan Ibu Bapa-Guru (PIBG) agensi-agensi luar serta komuniti setempat.

2.0 MATLAMAT

Matlamat utama Karnival Panitia ini adalah untuk membantu murid menambah ilmu
pengetahuan melalui aktiviti panitia-panitia serta merasai sendiri pengalaman
pembelajaran secara terus dari agensi-agensi luar sekolah. Karnival ini juga bertujuan
merapatkan hubungan, menanam sifat bekerjasama, bertolak ansur dan ikatan perpaduan
dalam kalangan warga sekolah, PIBG, agensi swasta dan kerajaan sebagai usaha
meningkatkan kecemerlangan murid secara holistik di samping meningkatkan suasana
sekolah yang lebih menarik dan mengembirakan murid-murid dalam usaha melahirkan
budaya sekolah yang unggul

2
3.0 OBJEKTIF

Karnival Panitia ini dapat:

3.1 Menarik minat murid untuk menambah ilmu pengetahuan dalam semua
bidang kurikulum.

3.2 Mencungkil bakat, ilmu dan kemahiran murid-murid.

3.3 Membentuk pemikiran murid yang berfikiran kritis dan kreatif.

3.4 Menyediakan murid dengan sistem pendidikan abad ke-21.

3.5 Mengeratkan hubungan silaturrahim  antara komuniti setempat dengan


agensi-agensi kerajaan dan swasta.

4.0 TEMA

“Meningkatkan Ilmu Melalui Kurikulum”

5.0 KUMPULAN SASARAN

5.1 Seluruh warga Sekolah Kebangsaan Kalai.

Guru : 18 orang

Staf skongan : 03 orang

Murid-murid : 160 orang

(jumlah murid yang warisnya berpendapatan bawah RM1000 seramai


74 orang (46.2%), peserta RMT dan Kumpulan Wang Amanah Pelajar
Miskin (KWAPM) seramai 94 orang (69.62 %).

5.2 Komuniti di kampung  berhampiran yang juga merupakan waris murid


Sekolah Kebangsaan Kalai iaitu:

i) Kampung Kalai

ii) Kampung Berona Kanan

iii) Kampung Berona Kiri dan Seri Gading

3
iv) Kampung Berona Kiri Dalam dan Bukit Botol

v) Kampung Mambong dan Changhai

vi) Kampung Kuala Dahanan

6.0 CADANGAN TARIKH DAN TEMPAT

Tarikh : 24  September  2022

Hari : Sabtu

Masa : 8.00 pagi hingga 1.00  tengah hari

Tempat : Sekolah Kebangsaan Kalai, 08700 Jeniang, Kedah

7.0 AHLI JAWATANKUASA INDUK

PENASIHAT : Cikgu Suryani  binti  Nazmin


  Guru Besar
  
PENGERUSI : Cikgu Norman  bin Hashim
  Penolong Kanan Kurikulum  

NAIB PENGERUSI 1: Cikgu Zulkiffli  bin Mahmud


                               Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
  
NAIB PENGERUSI 2: Cikgu Rosniza  binti  Hamid
                                            Penolong Kanan Kokurikulum

NAIB PENGERUSI 3: En. Radin Mahazar bin Ahmad Radin


YDP PIBG
    
SETIAUSAHA 1 : Cikgu Shuhida binti Othman
SETIAUSAHA 2 : Cikgu Roslina binti Zainul @ Hassan
SETIAUSAHA 3 : Cikgu Abd. Halim bin Ahmad
4
BENDAHARI : Cikgu Nurul Wahida binti Mohd Nor
PENYELARAS : Cikgu Helmy  Shahmi  bin Abd Samad
PEN. PENYELARAS : Cikgu Hyusmee bin Kassim

8.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

BIL SENARAI TUGAS TANGGUNGJAWAB

1 Protokol perasmian GB, YDP, PK


Ustazah Hasnah
Pendaftaran & Jemputan
Ustazah Hamidah
2 Susunan aktiviti Panitia Guru-guru Penolong Kanan
3 Dana & Mencari Penajaan GB, YDP, NYDP, PIBG, PIBK
Ustazah Zarina
4 Makanan & Minuman Ustazah Atikah (KAFA)
Pn. Roezani (PIBG)
Cikgu Shuhida
5 Surat - menyurat
En. Zabidi
Cikgu Hasni
Hadiah & Cenderahati & Sijil & Cabutan Teacher Nurul Wahida
6
bertuah (jika ada) Ustazah Noor Hidayu (KAFA)
Pn. May Lee (PIBG)
Cikgu Hyusmee
Cikgu Md. Ashri
Teacher Nur Atikah
7 Persiapan Tempat & pentas & Banner En. Hussain
En. Muhammad Hisyam (PIBG)
Pn. Azizah (PIBG)
Pn. Makniewan (PIBG)
Cikgu Roslina
Ustazah Waqhidah
8 Pengelola aktiviti & pemenang Pn. Juliana (PIBG)
Ustazah Siti Nurjuliza (KAFA)
Ustazah Zanariah
9 Pengacara majlis semasa majlis penutup Cikgu Siti Hawa
10 Bacaan doa Ustaz Muhamad Afiq
Cikgu Helmy Shahmi
11 Audio-visual
Cikgu Hyusmee
Cikgu Abd. Halim
12 Brosur & Dokumentasi & Jurufoto Ustaz Muhamamd Afiq
Cikgu Fairil Azwan (PIBG)
13 Kebersihan Pekerja kebersihan
14 Keselamatan Pengawal keselamatan
9.0 ATUR CARA PROGRAM
5
TARIKH & TANGGUNG
MASA AKTIVITI
HARI JAWAB

KHAMIS Membuat persiapan sempena Semua AJK


12.00 – 3.00 ptg
22 . 9 . 2022 karnival Pelaksana

JUMAAT Semua AJK


8.00 – 10.30 pagi RAPTAI & Persiapan akhir
23 . 9. 2022 Pelaksana

7.30 – 8.15 pg Pendaftaran & Perhimpunan

8.15 – 10.15 pg Aktiviti Panitia


1 stesen ada 2 panitia
Setiap panitia perlu sediakan
aktiviti)
Ada 6 stesen (12 panitia) +
prasekolah. Panitia mata
10.15 – 10.45 pg pelajaran
REHAT
SABTU
24 . 9 . 2022 10.45 – 11.45 pg Motivasi
Aktiviti Panitia Stesen 1 – 6

11.45 – 12.45 tgh


Penyampaian hadiah &
cenderahati / majlis
penutupan

12.45 tengah hari


Jamuan
1.00 tengah hari
Bersurai

Mengemas, meruntuhkan
khemah dan memulangkan
AHAD 9.00 pagi Semua AJK
peralatan
25 . 9 . 2022 Pelaksana
Post mortem

AKTIVITI YANG BERJALAN SEPANJANG MASA

1. Pameran bahan-bahan panitia

6
2. Pameran  CETREE , UGSS   dari  USM
3. Perpustakaan  Bergerak

10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA KUANTIT HARGA JUMLAH


I SEUNIT (R
(RM) M)
1 Banner / backdrop 1 45.00 45.00
2 Cenderamata Perasmi 1 50.00 50.00
Cenderamata & Sijil untuk USM dan
3 2 20.00 40.00
Perpustakaan bergerak
3 Makan minum tetamu jemputan 15 10.00 150.00
4 Makan minum murid & minuman waris 200 06.00 1200.00
Hadiah setiap pertandingan
5 Tahun 1 – Tahun 6 252 3.00 756.00
Tempat pertama - ketiga
JUMLAH 2241.00

11.0 PENUTUP

Besarlah harapan pihak sekolah agar Karnival Panitia ini akan berjalan dengan jayanya
dan memberi impak seperti yang diharapkan. Semoga dengan aktiviti ini akan menjadi titik
permulaan kepada sekolah agar menjadi lebih cemerlang dan gemilang.

Disediakan oleh,
               
……………………………. Tarikh: 01 Ogos 2022
(NORMAN BIN HASHIM)
PKP / Pengerusi
Karnival  Panitia    
Sekolah Kebangsaan Kalai                 
 

You might also like