You are on page 1of 7

KERTAS KERJA

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KILANG

KERTAS CADANGAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR MURID-


MURID TAHUN ENAM 2017
PENGENALAN

Jawatankuasa Lawatan dan Pelancongan SK Jitraberhasrat untuk mengadakan satu program


lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur

Ia merupakan aktiviti kokurikulum dan rekreasi untuk murid-murid tahun enam. Kegiatan
kokurikulum telahpun diiktiraf sebagai sebahagian daripada proses pendidikan. Pengiktirafan ini
secara langsung menuntut supaya kegiatan kokurikulum ini dirancang, diurus dan dilaksanakan
dengan lebih cekap,teratur dan berkesan .

Berdasarkan hakikat di atas,Jawatankuasa Lawatan dan Pelancongan SK Jitra telah merancang


dan melaksanakan pelbagai program dan aktiviti bagi merealisasikan hasrat kurikulum
Kebangsaan. Salah satu daripada program yang telah dirancang adalah lawatan sambil belajar
yang difikirkan oleh pihak Jawatankuasa Lawatan dan Pelancongan sekolah ini sebagai salah satu
program yang dapat membantu murid-murid tahun enam melancong ke tempat-tempat menarik
yang terdapat di negeri Perak.

RASIONAL

1. Memberi peluang kepada murid-murid tahun enam untuk melihat sendiri dan berkongsi
pengalaman ke arah memajukan diri sendiri dan membantu pembelajaran mereka.

2. Memberi pengalaman baru dan mengenali tempat-tempat pelancongan di Malaysia.

3. Sebagai satu program yang dapat menyumbang kepada kemajuan sekolah.


4. Mengenali tempat-tempat bersejarah yang terdapat di Malaysia.

MATLAMAT

Menjadikan program ini sebagai satu program yang dapat membantu murid-murid tahun enam
untuk menambah pengetahuan dan menolong mereka membina keyakinan diri dan seterusnya
dapat menghargai kemerdekaan, mempunyai tanggungjawab kewarganegaraan dan menghayati
unsur-unsur kesetiaan.

OBJEKTIF

1. Memperolehi pengetahuan, pengalaman dan kemahiran yang baru yang tidak terdapat
dalam bilik darjah.
2. Menguji dan mempertingkatkan ciri-ciri ketabahan,kecekalan dan tolak ansur dalam
menghadapi masalah dalam situasi yang mencabar dan berbeza.
3. Melatih diri berdikari dalam apa jua keadaan dan situasi.
4. Menyemaikan dan memupuk perasaan kekitaan antara pelajar.
5. Memupuk kecintaan yang mendalam dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi terhadap
negara,
6. Menghargai kepentingan perpaduan sebagai landasan kepada sebuah negara yang aman
dan damai.

KUMPULAN SASARAN

 80 orang murid-murid tahun enam SK Jitra.


 8 orang guru yang berdedikasi dan bertanggungjawab .

JAWATANKUASA INDUK :

PENGERUSI : GURU BESAR

PENASIHAT : PENOLONG KANAN 1


GURU PENGIRING :
TENTATIF PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE TAIPING PERAK

TARIKH :
HARI :

07.30 pagi : Berkumpul di dewan sekolah untuk mendengar


taklimat daripada Guru Besar dan Ketua Rombongan

8.00 pagi : Bertolak ke Bukit Merah Lake Town Resort

11.00 pagi : Dijangka sampai di Bukit Merah Lake Town Resort

2.30 ptg : Bertolak ke Zoo Taiping

5.00 ptg : Bertolak pulang dan singgah di Tesco Extra Seberang


Jaya Pulau Pinang

8.30 ptg : Bertolak pulang ke SK Jitra

10.00 malam : Dijangka tiba di SK Jitra


ANGGARAN PERBELANJAAN

BI PERKARA RM
L
1. PENGANGKUTAN ( BAS ) RM 2000

2. TIKET 8 DEWASA X RM 70.00 =


1. BUKIT MERAH LAKE RM RM 560
TOWN RESORT 80 MURID X RM 55.00 =
DEWASA – RM 70 RM 4400
KANAK-KANAK – RM 55 JUMLAH =RM 4960

8 DEWASA X RM 16=
2. ZOO TAIPING RM 128
DEWASA – RM 16 80 MURID X RM 8=
KANAK-KANAK – RM 8 RM 640
JUMLAH = RM 768

3. MAKAN ( PAGI , PETANG DAN 88 X RM 10= RM 880


MALAM ) JUMLAH = RM 880
4. UBAT-UBATAN RM 100
5. LAIN-LAIN RM 92
JUMLAH KESELURUHAN RM 8800
SUMBER KEWANGAN (SK JITRA)

BIL PERKARA RM SEN


1. BAYARAN MURID (RM100 X 8000 00
80 ORANG)
2. BAYARAN GURU ( RM100 X 800 00
8 ORANG )

JUMLAH KESELURUHAN 8800 00

PENUTUP

Program ini diharap akan dapat meningkatkan motivasi murid-murid tahun enam untuk berusaha
bersungguh-sungguh bagi merealisasikan visi dan misi Kementerian Pelajaran Malaysia ke arah
melahirkan insan pelajar yang mempunyai kehidupan bermakna dari pelbagai aspek. Diharap
lawatan sambil belajar ini akan dapat meningkatkan lagi minat murid-murid tahun enam untuk
berekreasi , bersosialisasi dan berinteraksi serta dan peningkatan kendiri sama ada di sekolah, di
persekitaran rumah mereka mahu pun persekitaran luar.

Disediakan oleh : Diluluskan oleh:


............................................. ..................................................
( ) ( )
Setiausaha Lawatan dan Pelancongan Guru Besar
SK Jitra SK Jitra

You might also like