You are on page 1of 10

SEKOLAH KEBANGSAAN PENGIRAN JAYA PIMPING,

89720 MEMBAKUT, SABAH.

KERTAS CADANGAN :

Karnival Permainan Tradisional


SK Pengiran Jaya Pimping

TARIKH & HARI :

4 Mac 2017 (Sabtu)


7.30 – 10.00 Pagi

TEMPAT:

Padang SK Pengiran Jaya Pimping, Membakut.

ANJURAN:

Unit Kokurikulum SK Pengiran Jaya Pimping

DENGAN KERJASAMA:

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)


SK Pengiran Jaya Pimping.
ISI KANDUNGAN

1.0 Pendahuluan
2.0 Rasional
3.0 Objektif
4.0 Anjuran
5.0 Tarikh dan Masa
6.0 Tempat/ Lokasi
7.0 Penyertaan dan Sasaran
8.0 Pengisian
9.0 Jawatankuasa Pelaksana Karnival Permainan Tradisional
10.0 Tentatif Program
11.0 Anggaran kewangan
12.0 Peralatan dan kemudahan
13.0 Penutup
14.0 Lampiran
1.0 PENDAHULUAN

Malaysia merupakan sebuah negara yang unik iaitu mempunyai kepelbagaian kaum dan
etnik. Keunikan ini menjadikan negara kaya dengan pelbagai budaya yang diwarisi dari
masyarakatnya yang majmuk. Antara budaya yang terdapat di Malaysia termasuklah
permainan tradisional yang merupakan sebahagian daripada warisan budaya tradisi rakyat
Malaysia. Permainan tradisional merupakan permainan yang dimainkan oleh generasi pada
zaman nenek moyang kita sejak dahulu lagi. Contoh permainan tradisional yang terdapat di
Malaysia ialah permainan galah panjang, gasing, wau dan congkak. Namun, peredaran
zaman yang telah menyaksikan bahawa permainan tradisional ini makin dipinggirkan oleh
generasi muda kini.

Oleh itu, kertas kerja ini bertujuan memohon pertimbangan dan kelulusan pihak Tuan
Guru Besar SK Pengiran Jaya Pimping terhadap cadangan permohonan kelulusan daripada
pihak tuan untuk menjalankan permainan tradisional bersama-sama pelajar di SK Pengiran
Jaya Pimping.

2.0 RASIONAL PERTANDINGAN

2.1 Penganjuran karnival ini, diharap dapat memberikan pendedahan,


pengetahuan dan pengalaman mengenai permainan tradisional yang
terdapat di Malaysia.

2.2 Selain itu, karnival ini dapat memupuk nilai kerjasama, tolong-menolong,
toleransi, perpaduan dan kerjasama juga dalam kalangan ahli jawatankuasa
serta peserta dalam usaha untuk menjayakan karnival ini.

2.3 Karnival ini turut meningkatkan kecerdasan dan kesihatan peserta khususnya
murid dalam menguji daya ketahanan fizikal dan mental semasa menjalani
permainan tradisional ini.

2.4 Di samping itu, karnival ini juga diharapkan dapat menyemai kembali rasa
cinta terhadap permainan tradisional yang menjadi warisan budaya di
kalangan seluruh masyarakat Malaysia.
3.0 OBJEKTIF

3.1 Memberi peluang kepada murid, ibu bapa dan guru mendapatkan
pengalaman baru dan keseronokan dalam permainan tradisional.

3.2 Menimba ilmu pengetahuan dalam bidang kemasyarakatan, sosial dan


budaya.

3.3 Menghayati dan menghargai warisan permainan dari pelbagai bangsa di


Malaysia.

3.4 Meningkat kecergasan dari segi fizikal dan mental dalam kalangan murid,
guru dan ibu bapa.

3.5 Mewujudkan hubungan yang baik terhadap komuniti luar dan menjalinkan
hubungan silaturahim dalam kalangan peserta.

4.0 ANJURAN

Karnival ini dianjurkan oleh Unit Kokurikulum SK Pengiran Jaya dengan kerjasama daripada
pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Pengiran Jaya Pimping.

5.0 TARIKH & MASA

Karnival ini dicadangkan untuk diadakan pada hari Sabtu bersamaan dengan 4 Mac 2017.
Pemilihan tarikh ini adalah berdasarkan hari cuti supaya ibu bapa yang bekerja dapat
meluangkan masa untuk menyertai karnival ini.

6.0 TEMPAT/LOKASI

Lokasi yang dicadangkan bagi mengadakan karnival ini ialah di padang SK Pengiran Jaya
Pimping, Membakut.

7.0 PENYERTAAN DAN SASARAN

Penyertaan utama ialah murid iaitu mengikut rumah sukan masing-masing dalam
menghantar wakil bagi setiap permainan tradisional yang diadakan (lampiran 1). Selain itu,
acara tambahan pada akhir karnival yang melibatkan ibu bapa dan guru bagi menyertai acara-
acara yang terpilih.
8.0 PENGISIAN

Pengisian pertama ialah acara senamrobik yang melibatkan semua yang hadir. Acara
kedua iaitu acara permainan tradisional untuk murid. Kemudian, acara untuk para guru dan
ibu bapa. Ucapan dan perasmian penutupan karnival permainan tradisional oleh Guru
Besar diiringi Penolong Kanan Kokurikulum dan pengerusi PIBG. Akhir sekali, penyampaian
hadiah kepada pemenang.

9.0 JAWATANKUASA PELAKSANA KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL

Pengerusi : Encik Mohd Rahmad Bin Masrat


Guru Besar SK Pengiran Jaya.
Naib Pengerusi : Puan Latifah Mahmood
Guru Penolong Kanan Kokurikulum
Setiausaha : Cik Nurlidyawati binti Jasmin

Naib Setiausaha : Puan Janeffer Jimtin

Bendahari : Puan Nuriana binti Sabrin

Guru Pembimbing : Encik Zafril bin Izyan

Puan Dayang Hamidah Basir

AJK lain-lain (sila lihat lampiran 2)

10.0 TENTATIF PROGRAM

(sila lihat lampiran 3)


11.0 ANGGARAN KEWANGAN

BIL PERKARA KUANTITI ANGGARAN SUMBER


PERBELANJAAN

1 Peralatan SK
-tali besar -satu -RM10 Pengiran
-tali rapia -empat -RM4 Jaya

-guli -satu kotak -RM2


-penyembur cat -tiga -RM30
Jumlah : RM46
2 Hadiah -5 acara X 3 -RM80 Sumbangan
pemenang
-sijil dan pingat -RM120 pihak luar
-empat
-hamper (keseluruhan -RM30
bagi rumah sukan)
Jumlah :
-penghargaan PIBG -satu
RM230
3 Makanan dan minuman 200 botol Jumlah: PIBG
-Air RM200
200 biji
-roti

12.0 PERALATAN DAN KEMUDAHAN

Diambil dari stor unit Kokurikulum dan dipinjam dari stor Pendidikan Jasmani Kesihatan.

13.0 PENUTUP

Akhir sekali, dengan kerjasama dan komitmen yang tidak berbelah bahagi daripada semua
pihak yang terlibat secara langsung adalah amat diharapkan dalam menjayakan Karnival
Permainan Tradisional ini. Diharap semua objektif pertandingan permainan tradisional ini
dapat dimanfaatkan oleh semua pihak yang terlibat. Setinggi-tinggi harapan untuk pihak
tuan mempertimbangkan dan meluluskan permohonan menjalankan Karnival Permainan
Tradisional ini. Semoga harapan kita untuk memupuk semangat cinta akan budaya
Malaysia serta melahirkan murid yang seimbang dari aspek fizikal dan mental akan dapat
direalisasikan selaras dengan matlamat dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2020
berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
14.0 LAMPIRAN

LAMPIRAN 1

RUMAH HIJAU

Ketua Guru Rumah Sukan :


Guru rumah Sukan : 1
2
3
BIL NAMA MURID TAHUN
LAMPIRAN 2
AJK LAIN-LAIN

AJK Urusetia : 1. Siti Yuhanis Binti Mohd Yusri


2. Nornabilah Binti Mansor

AJK Teknik : 1. Mohamad Hafizuddin Bin Mohd Noor


2. Muhammad Firdaus Bin Ramli
3. Zuraida Binti Hasan
4. Nor Hashimah Bt Abdul Wahab
5. Nisha A/P Arikrishnan

AJK Peralatan
dan persiapan Tempat : 1. Shamshul Aulia Bin Yunus
2. Nurazilah Bt Mat Hussin
3. Mohamad Hafizuddin Bin Mohd Noor

AJK Hadiah, Cenderamata & Sijil : 1. Mohd Farhan Bin Mohammad Fishoul
2. Nurhidayah Bt Bedah

AJK Publisiti & Dokumentasi : 1. Muhammad Hibatul Hakimi Bin Yosri


2. Norjuliana Bt Shahabuddin
3. Zahid bin Hamidi

AJK Tugas Khas : 1. Noor Ashikin Binti Othman


2. Aqilah Binti Abu Seman
3. Nor Hashimah Bt Abdul Wahab

AJK Kebersihan, Keselamatan


& Pertolongan Cemas : 1. Nur Hasyimah Binti Abdul Aziz
2. Nur Zafirah Binti Mohd Zakari
3. Zuraida Binti Hasan
LAMPIRAN 3

Tentatif Program

7.30 – 7.35 pagi : Senamrobik


7.35 – 8.00 pagi : Penyerahan makanan dan minuman
8.0 – 9.20 pagi : Pertandingan permainan tradisional (murid)
1. Galah panjang
2. Congkak
3. Batu Seremban
4. Terompah tempurung kelapa
5. Tarik upih
9.20 – 9.30 pagi : Acara Kemuncak (Ibu bapa dan Guru)
Permainan Tarik Tali
9.30 – 10.00 pagi : Perasmian penutupan Karnival Permainan Tradisional 2017
Penyampaian hadiah dan cenderamata
SENARAI RUJUKAN

Ab. Alim Abdul Rahim. 2004. Pengurusan Kokurikulum. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti
Sdn. Bhd.

Kementerian Pendidikan. 2012. Ringkasan Eksekutif – Pelan Pembangunan Pendidikan


Malaysia. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Mok Soon Sang. 2013. Pengurusan Kokurikulum. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn.
Bhd.

Noriati A Rashid, Lee KeoK Cheong, Zulkufli Mahayudin & Zakiah Noordin. 2016. Siri
Pendidikan Guru: Falsafah dan Pendidikan di Malaysia Edisi Ketiga. Selangor:
Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Johor. 2017. Dasar Perlaksanaan Kegiatan


Kokurikulum. Diperoleh pada 30 Februari 2017 dari
http://jpnjohor.moe.gov.my/jpnjohor/v6/bahanpro.php?A=1544

Vaughn, K. 2014. Physical Health vs. Mental Health: Is One More Important?. Diperoleh
pada dari https://www.bjceap.com/Blog/ArtMID/448/ArticleID/93/Physical-Health-vs-
Mental-Health-Is-One-More-Important

You might also like