You are on page 1of 4

KERTAS KERJA KEM BAKAT 1 MURID 1 SUKAN 2022

PETANQUE & BADMINTON


PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI)
SMK SULTAN TAJUL ARIFFIN, MANONG

1. PENGENALAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu. Oleh itu, adalah menjadi satu tanggungjawab dan kemestian
kepada semua murid Pendidikan Khas untuk turut melibatkan diri dalam setiap program atau aktiviti
yang dijalankan. Program yang dijalankan ini memberi pendedahan tentang aktiviti sukan iaitu petanque
dan badminton bertujuan untuk melahirkan insan yang berdisiplin seterusnya dapat diaplikasikan dalam
kehidupan seharian walaupun mereka berkeperluan khas.

2. MATLAMAT
Kem Bakat 1 Murid 1 Sukan ini diadakan bagi membimbing murid-murid untuk bermain petanque dan
badminton dengan teknik yang betul. Melalui aktiviti yang dirancang murid-murid didedahkan dengan
teknik permainan dan peraturan permainan yang betul. Aktiviti ini juga dapat menerapkan amalan
tolong-menolong, bekerjasama dan bertolak ansur. Selain itu, ia juga menerapkan amalan hormat-
menghormati dan dapat dijadikan amalan seharian dalam menjalani hidup bermasyarakat.

3. OBJEKTIF
3.1 Mengeratkan perhubungan di antara murid pendidikan khas .
3.2 Melahirkan semangat kesukanan.
3.3 Memperkenalkan teknik permainan dan peraturan kepada murid-murid.
3.4 Menyemaikan sikap saling hormat-menghormati sesama insan dalam masyarakat.
3.5 Meningkatkan kemahiran mengira murid-murid.

4. KUMPULAN SASARAN
Murid-murid Pendidikan Khas SMKSTA.

1
5. TENTATIF PROGRAM
8.10 pagi : Berkumpul di dataran perhimpunan
Program Kem Bakat Futsal ( Padang Wirawan )
Program Kem Bakat Bola Jaring ( Padang Wirawan )
Taklimat teknik permainan futsal & bola jaring
Taklimat peraturan permainan futsal & bola jaring
Permainan futsal & bola jaring
10.00 pagi : Rehat

6. TARIKH, HARI DAN TEMPAT

BIL AKTIVITI TARIKH TEMPAT TINDAKAN/FASILITATOR

1. Petanque 08.03.2019 Gelanggang petanque En. Mohd Reduan bin Mahmood


sebelah Dewan PLM En. Abdul Hafiz bin Abd Khadir

2. Badminton 08.03.2019 Padang Wirawan Pn. Nur Siti Aminah binti Mohammad
SMKRMM Cik Nor Falahi binti Abdul Mutalib

7. SUMBER KEWANGAN
- Tiada

2
8. JAWATANKUASA PENGELOLA

Pengerusi : Tn. Haji Mohd. Zabidi Bin Mohd Zain


(Pengetua SMK Raja Muda Musa, Kuala Kangsar)

Naib Pengerusi : Pn Latifah Binti Zakariah


(Penolong Kanan PPKIBP, SMK Raja Muda Musa)

Setiausaha : Pn. Sabrina binti Shahabuddin

Bendahari : Pn. Marini binti Md Yusof

Jurugambar : Cik Nurul Husna binti Basri


Cik Ch’ng Pei Huan

Laporan : Pn. Sabrina binti Shahabuddin

Peralatan 1. Futsal : Ustaz Aminuddin bin Mohd Amin :


Pn. Shakila binti Ismail
2. Bola Jaring : Pn. Khairiah binti Mohd Yusof
Pn. Nor Zalina binti Baharuddin

Pengurus Peserta Futsal : Pn. Zainab binti Zabidin


Pn. Saodah binti Omar
Pn. Nor Azura binti Esha
Pn. Eziyani binti Ensan

Pengurus Peserta Bola Jaring : Cik Nor Sharina binti Mohamed Hasdi
Pn. Marini binti Md Yusof
Pn. Rokiah binti Bakri

Makanan/Minuman : Pn. Noraini binti Shaari


Pn. Nor Hapizah binti Harith
Pn. Siti Haijar binti Abdullah
Pn. Saidatul Filzah binti Zaini
Pn. Norfadzila binti Ahmad

3
9. PENUTUP

Kem Bakat 1 Murid 1 Sukan ini merupakan satu usaha yang dijalankan bagi menjana dan meningkatkan
pengetahuan murid Pendidikan Khas tentang teknik permainan dan peraturan permainan futsal dan bola
jarring. Semoga program yang dijalankan ini dapat melahirkan insan yang sentiasa hormat-
menghormati dan bersopan- santun terhadap setiap ahli masyarakat di sekitarnya dan melahirkan
generasi yang mampu memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan
negara.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

.............................................................. ………………………................
(SABRINA BINTI SHAHABUDDIN) (LATIFAH BINTI ZAKARIAH)
Setiausaha Penolong Kanan Pendidikan Khas

Diluluskan oleh,

……………………….................................
(HAJI MOHD ZABIDI BIN MOHD ZAIN)
Pengetua

You might also like