You are on page 1of 5

KARNIVAL KELAB DAN PERSATUAN

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BERUNTUNG

1. 0 PENDAHULUAN

Karnival Kelab dan Persatuan sempena Hari Kokurikulum adalah satu acara tahunan yang diadakan bagi
memantapkan lagi minda murid dengan ilmu yang tidak didapati secara langsung melalui pengajaran
dan pembelajaran (PdP) dalam kelas. Selain itu, ianya juga dapat memberi kesedaran kepada murid-murid
supaya aktif, bukan sahaja dalam bidang kokurikulum, tetapi juga menggalakkan mereka aktif dalam
bidang kemasyarakatan. Beberapa aktiviti yang dianjurkan seperti pertandingan ikatan , pertandingan
pertolongan cemas, pertandingan masakan dan pertandingan persembahan diadakan.Aktiviti-aktiviti yang
akan diadakan bukan sahaja memberi peluang dan keseronokan kepada murid yang terlibat tetapi juga
menguji dan memantapkan lagi kemahiran dan pengalaman murid dalam kerja berkumpulan. Para murid
akan dibantu oleh guru-guru penasihat yang berpengalaman daripada Persatuan dan Kelab masing-
masing.

2. 0 MATLAMAT
Matlamat Karnival Kelab dan Persatuan pada tahun ini adalah bertujuan bagi mencapai beberapa
sasaran :
2.1 Menanam sifat berkerjasama, bertolak ansur dan ikatan perpaduan dalam kalangan murid dan
guru-guru.
2.2 Melahirkan bakal pemimpin pada masa depan dalam kalangan murid
2.3 Meningkatkan suasana sekolah yang lebih menarik dan mengembirakan murid-murid dalam
usaha melahirkan Budaya Sekolah yang unggul.

3.0 OBJEKTIF
Objektif Karnival Kelab dan Persatuan adalah bagi menggalakkan murid aktif dan berminat
dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum yang akan dianjurkan oleh pihak sekolah mahupun pihak tertentu.
Antaranya ialah:

3.1 Memupuk semangat bersatu padu bekerja dalam satu kumpulan sama ada persatuan, kelab
atau unit beruniform.
3.2 Melahirkan murid yang berketrampilan dan dedikasi serta mampu menjadi pemimpin yang
berwibawa.
3.3 Menggalakkan murid berusaha dalam aspek kepimpinan serta dapat memupukkan sikap disiplin
yang tinggi.
3.4 Menjadikan murid-murid sebagai individu yang sentiasa bersifat inovatif dan kreatif dalam
sebarang tugas yang diberikan.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan semasa Karnival Kelab dan Persatuan ini akan melibatkan semua
murid Tahun 4,5,dan 6 SK Bukit Beruntung.

1
5.0 TARIKH DAN TEMPAT PELAKSANAAN

Tarikh : 19 Oktober 2013 (Sabtu)


Masa : 7.30 pagi hingga 1.30 petang
Tempat : Dewan Ilmu dan Dewan SKBB

6.0 CADANGAN AKTIVITI

6.1 Pertandingan - Ikatan Simpulan Tali


- Memberi Pertolongan Cemas
- Masakan
- Persembahan Tarian

7.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA

7.1 Jawatankuasa Induk :

Pengerusi : Pn Nor Azian binti Abd. Manan Guru Besar

Timbalan Pengerusi : Pn Hasanah binti Ali GPK Kokurikulum


Naib Pengerusi 1 : Pn Suzanah binti Md Amin GPK Pentadbiran
Naib Pengerusi 2 : Pn Norliza binti Baharun GPK HEM
Naib Pengerusi 3 : Pn Sarina binti Ramli GPK Petang

Setiausaha Kokurikulum : En Mohd Nizam bin Mohid


Penolong Setiausaha : Pn Mis Radziyah binti Ahmad

Penyelaras : Pn Anisah binti Jamian

Ahli Jawatankuasa Kecil : Pn Sofiah binti Hamzah - PPIM


Pn Ruslin binti Yunus - PBSM
Pn Ruzaimah binti Mustar - TKRS
Cik Nahdatul Shima binti Amzah - Tunas Puteri
Cik Mazura Yuslaili binti Yusof - Pengakap

7.2 Jawatankuasa kerja :

Jawatankuasa Pengacara Majlis Perasmian & Pertandingan:


Pn Rozana binti Rosmin
En Nazri bin Jamari

Jawatankuasa Kawalan & Keselamatan :


En Mohd Akhira bin Abu Bakar
En Misel Khan bin Umbras Khan

Jawatankuasa Hadiah & Cenderamata:


Pn Norwati binti Kusri
Pn Norlela binti Jamhuri

2
Jawatankuasa Rakaman :
En Muhammad Sharuddin bin Abdul rahman
Pn Nurulhuda binti Abdul Raziff

Jawatankuasa Buku Program :


Pn Mis Radziyah binti Ahmad
Cik Nur Sarah binti Abdullah

Jawatankuasa Siar Raya :


En Hamzah bin Saad
En Noor Hisham bin Haron

Jawatankuasa Persiapan Tempat :


En Mohd Kushairi bin Abdullah
Cik Mazura binti yusof

Jawatankuasa Minuman :
Semua Guru Penasihat Persatuan

Jawatankuasa Kebersihan:
Pn Risniyati binti Abdullah

Jawatankuasa Disiplin :
Pn Ruzaini binti Nayan

7.3 Jawatankuasa Aktiviti / Pertandingan

Pertandingan Ikatan Simpulan Tali : En Helmey bin Mamat


Pn Zanaria binti Mohamad Pilos
Pn sabariah binti Ahamad
Pertandingan Pertolongan Cemas : Pn Rashidah binti Razali
Pn Siti Mariana binti Yaacob
Pn Norlaila Suriani binti Mat Ail
Pertandingan Masakan : Suhana binti Sulaiman
Pn Noraziah binti Saim
Pn Jurai binti Ahmad Rashdi
Pertandingan Persembahan Tarian : Pn Rozana binti Rosmin
Pn Shuhaili binti Lopez Ahmad Zambiri

8.0 SUMBER KEWANGAN


8.1 Peruntukan Sekolah Wang Kokurikulum
8.2 Peruntukan Wang Suwa Kokurikulum

3
9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Perkara Kuantiti Jumlah


Hadiah (Medal) Tahun 4, 5 dan 6 :
1 Pertandingan Ikatan 96 unit x RM6.00 RM 576.00
2 Pertandingan Pertolongan Cemas 96 unit x RM6.00 RM 576.00
3 Pertandingan Tarian 192 unit x RM6.00 RM 1 152.00
4 Pertandingan Masakan 192 unit x RM6.00 RM 1 152.00
5 Tali Ikatan 1 gulung xRM50.30 RM 50.30

Jumlah Keseluruhan RM 3 506.30

Anggaran perbelanjaan bagi aktiviti Karnival kelab dan persatuan adalah sebanyak
RM 3 506.30 ( Ringgit Malaysia: Tiga Ribu Lima Ratus Enam da Sen Tiga Puluh sahaja )

10.0 TENTATIF ATUR CARA

7.20 pagi : Pelajar berhimpun di Dewan Ilmu

7.30 pagi : Ucapan aluan oleh pengerusi majlis.


Nyanyian lagu-lagu:
Kebangsaan ‘Negaraku’, Lagu Negeri Selangor, Lagu Sekolah

7.40 pagi : Bacaan Doa- Ustaz Mohd Khusairi bin Abdullah


7.45 pagi : Ucapan perasmian oleh Pn Nor Azian bt Abd Manan, Guru Besar
8.00 pagi : Acara-acara pertandingan bermula di Dewan Ilmu dan Dewan SKBB
12.30 tgh : Murid berkumpul di Dewan Ilmu semula.
Penyampaian hadiah kepada semua pemenang
1.30 ptg : Bersurai

11.0 STRATEGI PERLAKSANAAN

11.1 Mengemukakan proposal Program.


11.2 Melantik Ahli Jawatankuasa.
11.3 Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kerja.
11.4 Melaksanakan Program.
11.5 Pemantauan.
11.6 Penilaian.

12.0 KAWALAN & PENYELIAAN

11.1 Guru Besar


11.2 Guru Penolong Kanan Pentadbiran
11.3 Guru Penolong Kanan HEM
11.4 Guru Penolong Kanan Petang

4
13.0 PENILAIAN

13.1 Keberkesanan program Karnival Kelab dan Persatuan ini dapat dinilai
13.2 Program yang dilaksanakan berjaya sepertimana yang dirancangkan.
13.3 Mendokumentasikan laporan program yang dirancangkan dalam format yang
standard.
13.4 Membuat post mortem tentang kelemahan yang perlu diatasi dan kekuatan yang perlu
dikekalkan.

14.0 PENUTUP

Karnival Kelab dan Persatuansempena Hari Kokurikulum yang akan dijadikan acara tahunan ini akan
memberi dorongan kepada murid supaya lebih aktif dalam menyumbangkan sesuatu yang bermakna bagi
menaikkan nama baik SK Bukit Beruntung. Semoga perancangan yang diatur dapatdilaksanakan dengan
licin dan berkesan.

Disediakan oleh Disemak oleh,

……………………………… ……………………………
( MOHD NIZAM BIN MOHID ) ( HASANAH BINTI ALI)
Setiausaha Kokurikulum GPK Kokurikulum
SK Bukit Beruntung SK Bukit Beruntung

Dilulus dan disahkan oleh,

………………………….
( NOR AZIAN BT ABD MANAN)
Guru Besar
SK Bukit Beruntung

You might also like