You are on page 1of 6

SRA JAIM BUKIT BARU / PIATU MELAKA

KM 5, JALAN BUKIT BARU,


75150 MELAKA

KERTAS KERJA MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS


SEKOLAH SRA JAIM BUKIT BARU / PIATU SESI 2022/2023

1.0 PENDAHULUAN
Pengawas sekolah merupakan kumpulan yang dihormati di sekolah. Peranan mereka
amat penting dalam membantu pihak sekolah dalam memastikan peraturan dan
pengurusan sekolah berjalan lancar. Mereka merupakan pelajar yang terpilih selepas
menjalani penilaian selama 2 tahun sepanjang berada disekolah bagi melayakkan
mereka memegang jawatan tersebut. Oleh itu, sebagai tanda pengiktirafan kepada
mereka, majlis Penyerahan Watikah ini wajar dijalankan.

2.0 RASIONAL
2.1. Pihak sekolah berharap jawatan yang digalas dapat melatih murid menjadi
pemimpin yang berkesan dan bertanggungjawab
2.2 Sifat kepimpinan yang diasah dari peringkat sekolah rendah ini sememangnya
menjadi titik permulaan yang terbaik untuk melahirkan generasi dan pelapis pemimpin
seterusnya.

3.0 OBJEKTIF
3.1 memberi pengiktirafan dan semangat kepada Pengawas Sekolah Sra Jaim Bukit
Baru/ Piatu supaya melakukan tugas yang diamanahkan oleh pihak sekolah dengan
dedikasi dan penuh tanggungjawab
3.2 Semoga dengan pelantikan ini, semua murid yang telah dilantik dapat menggalas
dan menyempurnakan tanggungjawab yang diberi dengan penuh taat dan dedikasi.
4.0 SASARAN
Pengawas sekolah : 84 ORANG

5.0 PERLAKSANAAN PROGRAM

Tarikh : 6 Julai 2022 / Rabu

Masa: 3.00 petang

Tempat: Dewan Utama SRA JAIM BUKIT BARU / PIATU

6.0 ATURCARA PROGRAM – Khamis / 7 Julai 2022


2.30 petang : Ketibaan Guru/ Pelajar / Pengawas Tahap 1 dan 2
3.00 petang : Ketibaan VIP (Ketua Balai Polis Bukit Baru)
3.10 petang : Ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Majlis
3.20 petang : Bacaan Doa
: Nyanyian Lagu Negaraku, Melaka Maju Jaya dan Asma Ul Husna
: Ucapan Guru Besar
: Ucapan Perasmian
: Penyerahan Watikah Pelantikan
: Bacaan Ikrar oleh Ketua Pengawas Sekolah
4.30 petang : Majlis Bersurai
4.45 petang : Sesi bergambar badan pengawas

7.0 AHLI JAWATANKUASA INDUK


Pengerusi : Pn Khairunnisa Binti Budin
Naib Penegrusi 1 : Pn Mardiana binti Omar (GPK 1)
Naib Pengerusi 2 : En. Mohd Yunus bin Minhat (GPK KOKU)
Naib Pengerusi 3 : Pn. Norain binti Idris (GPK HEM)
Penyelaras Majlis : Pn Nurul Hanim binti Othman (Guru Pengawas)
Penyelaras Pengawas : En. Mohd Hafiz bin Mohd Nor (Guru Disiplin )
Guru – Guru : Pn. Fadzliatun Nazihah binti Noorkhirin
: Cik Nor Ain binti Zakaria
: Pn. Rabiatul Adawiyah binti Yusof
: Pn Nur Hakidah binti Abd Rahman

8.0 JAWATANKUASA PROGRAM


Penyelaras Pengawas : Pn Nurul hanim binti Othman
Penyelaras Disiplin : En Mohd Hafiz bin Mohd Nor
Sijil : Pn. Norain binti Idris
Bacaan doa : En Mohd Hafiz bin Mohd Nor
Protokol / PA System : En. Mohd Yunus bin Minhat
Emcee : Cik Nor Ain binti Zakaria
Laporan : Pn Nurul hanim binti Othman
Bacaan ikrar : Pn Nurul hanim binti Othman
Pentas / backdrop : Pengawas darjah 6
Buku program : Pn. Fadzliatun Nazihah binti Noorkhirin
Persediaan Tempat : Pn Nur Hakidah binti Abd Rahman
Kawalan murid : Pn Mardiana binti Omar
Jamuan : Pn. Rabiatul Adawiyah binti Yusof
Cenderahat i: Pn Mardiana binti Omar
9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH
1. Sijil Pengawas Sekolah = 84 orang RM 50
2 Backdrop Hiasan pentas RM 50
Kertas A4
Reben
Lain – lain peralatan

3 Jamuan Kuih muih RM50


4 Cenderahati 1 RM 30
JUMLAH RM180

1.0 PENUTUP
Semoga dengan adanya Majlis Penyerahan Watikah ini, pelajar terlibat lebih
bersemangat dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka serta lebih
berkeyakinan untuk membantu dalam pengurusan sekolah seterusnya menaikkan
nama sekolah . Diharapkan juga menjadi contoh kepimpinan kepada pelajar lain
dalam bidang akademik serta kokurikulum

Sekian, terima kasih.

DISEDIAKAN OLEH, DISEMAK OLEH,

________________________ ______________________________
(NURUL HANIM BINTI OTHMAN) (NORAIN BINTI IDRIS)
GURU PENGAWAS GPK HAL EHWAL MURID
DISAHKAN OLEH,

_____________________
(KHAIRUNNISA BINTI BUDIN)
GURU BESAR

You might also like