You are on page 1of 5

SK.

PARIT KEROMA DARAT, MUAR

KERTAS CADANGAN
HARI KANAK-KANAK,
KARNIVAL SUKAN PERMAINAN
DAN HARI KEUSAHAWANAN

TAHUN 2019

TARIKH : 6 NOVEMBER 2019

TEMPAT : DEWAN DAN PADANG SK. PARIT KEROMA DARAT

ANJURAN

UNIT HAL EHWAL MURID

KOKURIKULUM

SK. PARIT KEROMA DARAT


KERTAS CADANGAN HARI KANAK-KANAK, KARNIVAL SUKAN PERMAINAN
DAN HARI KEUSAHAWANAN

1.0 PENGENALAN
Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia telah disambut di Malaysia sejak tahun 1959,
setelah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengistiharkan Hari Kanak-kanak
Sedunia dan meminta semua Negara meraikannya setiap tahun sebagai satu hari bagi
persaudaraan Dunia dan persefahaman di kalangan kanak-kanak. Sebagai
membuktikan keprihatinan masyarakat terhadap kebajikan dan kesejahteraan kanak-
kanak, pihak sekolah turut serta meraikan Hari Kanak-kanak Sedunia pada setiap tahun.
Pada tahun ini, hari kanak-kanak peringkat sekolah dimeriahkan dengan karnival sukan
permainan dan hari keusahawanan unit kokurikulum. Aktiviti gabungan ini dapat
mengeratkan hubungan sesama murid dan guru selain mencetuskan semangat
kesukanan dan pertandingan yang sihat dalam kalangan murid.

2.0 MATLAMAT
2.1 Memberi penghormatan dan pengiktirafan kepada kanak-kanak dan
mencetuskan kesedaran kepada kita semua bahawa masyarakat mempunyai
tanggungjawab untuk menentukan perlindungan, kebajikan serta hak-hak
mereka sentiasa dipelihara.
2.2 Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang permainan dengan
lebih menyeluruh. Memberikan pendedahan kepada murid tentang pentingnya
kecerdasan kepada kesihatan tubuh badan manusia.
2.3 Memupuk minat dan pengetahuan dalam bidang keusahawanan.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Bersama meraikan kanak-kanak bersempena dengan Sambutan Hari Kanak-
kanak Sedunia.
3.2 Menghargai sumbangan dan peranan kanak-kanak di sekolah.
3.3 Mewujudkan kesedaran di kalangan masyarakat untuk memelihara hak dan
masa depan kanak-kanak.
3.4 Memastikan perkembangan kanak-kanak secara holistik dari segi fizikal,
bahasa, sosio emosi, sahsiah dan rohani.
3.5 Melahirkan generasi yang dinamik, progresif, aktif, berdisplin dan berinovasi.
3.6 Melahirkan bangsa yang memiliki keperibadian cemerlang serta berwibawa.

4.0 KUMPULAN SASARAN


Semua murid SK. Parit Keroma Darat, Muar.

5.0 TARIKH PELAKSANAAN


Tarikh : 6 November 2019
Hari : Rabu
Masa : 7.30 pagi- 12.30 tengah hari.
6.0 AKTIVITI PROGRAM SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK , SUKAN
PERMAINAN DAN HARI KEUSAHAWANAN
BIL AKTIVITI CATATAN

1. PERTANDINGAN ANTARA RUMAH


SUKAN Tahun 3- Tahun 6
1. Bola Sepak >
2. Bola Jaring > Sistem Liga
3. Ping Pong > Sistem kalah mati

SUKANEKA
1. Bawa Bola Ping Pong dalam sudu Tahun 1- Tahun 2
lepasi gelung. Prasekolah dan
2. Kepit bola di kelengkang. Pendidikan Khas
3. Masukkan manik dalam tali.
4. Isi air dalam botol

2. JUALAN UNIT BERUNIFORM, KELAB Tahun 3-Tahun 6


DAN PERSATUAN (tidak terlibat permainan)

3. PERSEMBAHAN PENTAS KELAB BUDAYA

4. PERSEMBAHAN BADUT EN.ROHAIZAL

7.0 ATURCARA PROGRAM


7.15 – 7.30 Pagi Murid berkumpul di dewan
7.30 -8.00 Pagi PELANCARAN
-Gimik pelancaran
-Senamrobik
8.00- 8.15 Pagi Murid bergerak ke lokasi sukan permainan
Bola jaring – dataran kejat
Bola sepak – padang
Pingpong - Sisi kiri dewan (berbumbung)
Sukaneka - Sisi kanan dewan (terbuka)

8.15 – 10.20 Pagi -Aktiviti sukan permainan dimulakan


- Persiapan aktiviti jualan (garaj parkir)
10.20-10.50 Pagi Rehat
-Sesi jual-beli
10.50 -11.30 Pagi Penyampaian hadiah
11.30- 12.30 Tengah Persembahan hari kanak-kanak
hari
12.30 tengah hari Bersurai

8.0 KEWANGAN
ANGGARAN PERBELANJAAN
PERKARA KUANTITI/HARGA JUMLAH
1. Pertandingan Permainan dan Sukan 84 x RM 4 RM 336
2. Piala Tokoh Murid 2 x RM 10 RM 20
3. Hadiah Sukaneka 30 x RM 2 RM 60
4. Hiasan Pentas/dewan RM 50
JUMLAH BESAR RM 466
9.0 JAWATANKUASA INDUK

Penasihat : En.Azman bin Mahmood


( Guru Besar SKPKD)
Pengerusi : En.Helmi bin Sumin
( GPK KOKO )
N/Pengerusi : Pn.Aida binti Abdullah
(GPK Pentadbiran)
Pn.Halimah binti Md.Saru
(GPK HEM)
Penyelaras : Pn.Zaleha binti Hasanon
Siti Rohani binti Jamin

JAWATANKUASA KERJA
Juruacara Majlis :Pn. Mastura binti Abdul Rahman

Pamplet :Pn. Zaleha binti Hasanon / Pn. Siti Rohani binti Jamin

Bacaan Doa :En. Mohd. Hafidz bin Subahir

PA Sistem :En.Azizan bin Aziz

Jurugambar :Pn.Zarifah binti Sarpan / Pn.Nooridayu binti Talib

Gimik :Pn.Norsyahira binti Mohd Zol

Hadiah Pertandingan : Pn.Nadiah binti Azemi


Pn.Nurhidayah binti Saidin

Persiapan/ Hiasan Dewan : Pn.Rohani binti Salleh


Pn.Noriyati binti Mohd Arfan Salim

Pengelola Acara Permainan : SUKAN DAN PERMAINAN


Bola Sepak
En. Mohd Afiq bin Azmi
En. Azizan bin Aziz
Pn. Mastura Abdul Rahman
Pingpong
En. Mohd Hafidz bin Subahir
Pn. Nazliyana bt Talib
Pn. Zuraini binti Yusoff
Bola jaring
Pn. Siti Rohani binti Jamin
Pn. Rohani binti Salleh
Pn. Ramlah bt Satimin
: SUKANEKA (TAHAP 1, PRASEKOLAH, PK)
Pn. Zaleha bt Hasanon
Pn. Noriyati bt Arfan Salim
Pn. Nursyamilah binti Maliki
Pn. Suryani binti Ismail
Pn. Linda bt Ab. Hamid
Pn. Siti Rafidah bt Yusof

Jualan : Pergerakan Puteri Islam


Pn.Norshakila binti Nayan
Nurhidayah bt Saidin
Pn. Zarifah bt Sarpan
Pengakap
Pn.Azlini binti Johari
Pn.Nadiah bt Azemi
Pn.Nurhafiza binti Kamaruzaman
Tunas KRS
Pn. Nazliyana binti Talib
Cik Fatin Hazlini bt Abdullah
Pn. Nursyahirah bt Md Zol

Persembahan : Pn. Ramlah binti Satimin


Cik Fatin Hazlini binti Abdullah

Kawalan Murid : Semua Guru

10.0 PENUTUP
Diharapkan agar Sambutan Hari Kanak-kanak, bagi Tahun 2019 dapat dijalankan
dengan lancar dan mendapat kerjasama daripada semua pihak serta mencapai objektif
yang telah digariskan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

………………………….. ………………………
ZALEHA BT HASANON
SITI ROHANI BT JAMIN

You might also like