You are on page 1of 10

VISI

PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA


SEJAHTERA

MISI
MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI
UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI
MEMENUHI ASPIRASI NEGARA
SLOGAN SEKOLAH
SEDERAP MEMACU KECEMERLANGAN
ATUR CARA MAJLIS

Ucapan alu-aluan pengacara majlis


Nyanyian lagu negaraku
Nyanyian Lagu sekolah
DOa
Ucapan pengetua
Recap gambar dan Video-video aktiviti HSN
Video Penutup
SECANGKIR KATA PENGETUA

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera diucapkan kepada


semua warga SMK Seksyen 4 Bandar Kinrara.
Terima kasih diucapkan kepada pengerusi majlis pada hari ini.
Yang Berusaha,

Encik Basiran Bin Yusof, Yang Dipertua PIBG SMK Seksyen 4 Bandar Kinrara
Puan Nasibah Binti Tan @ Manaf, Penolong Kanan Pentadbiran Puan Noor Habibi Binti
Ali, Penolong Kanan Hel Ehwal Murid Puan Nor Fazilah Binti Jaafar Sidek, Penolong
Kanan Kokurikulum Encik Mohamad Asri Bin Seman, Penolong Kanan Petang

dan Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran.

Para guru SMK Seksyen 4 Bandar Kinrara,

Ibu bapa serta murid-murid yang dikasihi sekalian.


Terlebih dahulu saya panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana diberi keizinan untuk
berucap dalam majlis yang penuh bermakna ini.

Tuan-tuan dan anak didik sekalian,


Hari Sukan Negara telah diperkenalkan pada tahun 2015 dan diraikan pada hari Sabtu
minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Ia merupakan sebagai satu hari ikonik tahunan
rakyat Malaysia yang dilaksanakan secara serentak di seluruh negara dalam usaha
merealisasikan hasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara bersukan atau
“sporting nation”. Kebiasaannya, pada hari ini, seluruh negara, bukan sahaja di sekolah,
bahkan di universiti, kolej, di jabatan-jabatan kerajaan, dan sektor swasta akan menyambut
Hari Sukan Negara. Namun begitu, keadaan mungkin sedikit berbeza bagi tahun ini kerana
negara masih dalam keadaan pandemik dan Fasa Pemulihan Negara.
Seterusnya, sambutan Hari Sukan Negara juga bertujuan untuk merealisasikan hasrat
dan inspirasi Kementerian Belia dan Sukan bagi menjadikan Malaysia sebagai negara yang
mempunyai rakyat yang sentiasa bersukan sehingga menjadi satu budaya hidup.
Kerajaan berhasrat bukan sahaja menggalakkan budaya bersukan tetapi menitikberatkan
penglibatan bersama dalam aktiviti sukan yang akan merapatkan hubungan rakyat antara
satu sama lain tanpa mengira umur, bangsa dan agama. Di samping itu, gaya hidup sihat
dengan bersukan juga dapat mengatasi masalah obesiti dalam kalangan rakyat negara ini,
yang menjadi penyebab kepada penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi.
Sukan dan kehidupan tidak boleh dipisahkan. Orang yang mementingkan sukan adalah
orang yang tahu makna kehidupan. Dengan bersukan kehidupan lebih sihat, cergas dan
kuat. Amalan ini mestilah dipupuk di peringkat sekolah lagi dan sudah tentulah pihak sekolah
menjadi teraju utama untuk memupuk minat bersukan di kalangan murid-murid yang baru
hendak bercambah ini. Sukan sebahagian daripada kehidupan. Sukan juga merupakan satu
industri. Dunia yang semakin mencabar ini telah menjadikan bidang sukan sebagai satu
bidang kerjaya yang amat menarik. Kita bukan sahaja bersukan untuk menyihatkan badan
tetapi jika bakat yang ada dapat dipupuk ke peringkat yang lebih tinggi tidak mustahil pada
satu hari nanti ada di kalangan anak-anak didik SMKS4BK akan menjadikan bidang sukan
ini sebagai satu kerjaya pilihan.
Mulai tahun 2021, SMKS4BK telah mula menawarkan mata pelajaran elektif Sains Sukan
kepada murid-murid Tingkatan 4. Ia adalah merupakan peluang bagi murid-murid
mengembangkan bakat dan potensi dalam bidang sukan. Mata pelajaran ini bertujuan untuk
melahirkan murid yang menguasai pengetahuan, kemahiran dan pengalaman asas sains
sukan melalui amalan teori dan praktis dalam bidang sukan serta memupuk dan
meningkatkan penghayatan nilai sebagai persediaan di bidang kerjaya dan sebahagian gaya
hidup masa kini.
Hadirin yang saya muliakan,
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada semua warga SMK
Seksyen 4 Bandar Kinrara, terutamanya guru-guru yang bertungkus-lumus membuat
persiapan sempena Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah ini. Kepada semua murid yang
akan menyertai mana-mana pertandingan, kalah atau menang dalam sesuatu pertandingan
sudah menjadi adat. Kepada yang menang diucapkan tahniah dan kepada yang tewas,
belajarlah daripada kesilapan dan teruskan usaha untuk berjaya pada tahun hadapan.
Sempena sambutan Hari Sukan Negara pada tahun ini, marilah kita sama-sama
mengubah gaya hidup ke arah yang lebih baik agar kita sentiasa sihat, sekaligus dapat
menambahkan kekuatan antibodi supaya lebih mudah untuk menghindari sebarang penyakit
terutamanya wabak Covid-19 yang melanda dunia pada ketika ini.
Akhir kalam, dengan lafaz “Bismillahirrahmanirrahim”, saya dengan ini merasmikan Hari
Sukan Negara Peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 4 Bandar Kinrara.
Majulah sukan untuk negara.
Sekian, wabillahi taufik wal hidayah. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
JAWATANKUASA PELAKSANA HARI SUKAN NEGARA
Penasihat : Pn. Fadzlon Binti Faisal

Pengerusi : Pn. Nor Fazilah Binti Jaafar Sidek (PK Kokurikulum)

Pn. Nasibah Binti Tan @ Abdul Manaf (PK Pentadbiran)

Pn. Noor Habibi Binti Ali (PK HEM)


En. Mohd Asri Bin Seman (PK Petang)

Penyelaras : Pn. Rosmalinda Binti Mustapa Jamal (Setiausaha Sukan)

En. Mohamad Alif Asyraf Bin Che Mohd Yusoff (Pen. Setiausaha Sukan)

Penyelaras gambar guru, AKP dan


murid
Bacaan Doa Cik Hawa Iznina Binti Mohd Ismail
En Mohd Ali bin Abdul Rahman Pn. Juliana Binti Ismail

Poster Hebahan
Penyelaras Video dan slide
Pn. Nora Azriana Binti Sabri
Pn. Siti Salihah Binti Faudzi (K)
Pn. Siti Aishah Binti Ibrahim
Pn. Patricia a/p Arokiasamy
Pn. Nurhidayah Binti Haron
En. Syah Reza Bin Mohd Nor
Flip book/QR Code
Pn. Nur Aisyah Binti Zahirudin
Pn. Nurhafiza Binti Ab Ghani
Cik Nor Syafira Binti Abdul Rahman
Penyelaras Pelantar Youtube
Pn. Chuah Sue Yin (K)
Penyelaras gambar aktiviti sekolah Pn. Amadifilzah Binti Abindi
(sukan / HSN) yang melibatkan guru Pn. Rusmiani Binti Ali
dan murid berbaju sukan
Cik Tan Kwai Heong (K) Teks Ucapan Pengetua dan rakaman
ucapan serta ucapan YDP PIBG
Pn. Noor ‘Atikah Binti Mohd Mustafa
Cik Siti Asmah Binti Adnan (Pengetua)
Pn. Nor Aina Sofiah Binti Kamarudin
(Pengetua)
Pn. Siti Aminah Binti Mohamed @ Alias
(YDP)
Pengacara Majlis Aktiviti Sempena Hari Sukan Negara
Pn. Puteri Shahira Binti Sahada (murid)
Pn. Nord Arnee Binti Zainol
My Walk / My Ride
En. Muhamad Zaidan Azmir Bin Ghazali
Penyediaan sijil dan hadiah (K)
Pn. Wan Noraliza Binti Wan Mohamed
(K) En. Idzmir Aizuddin Bin Ibrahim
Pn. Aziah Binti Atin En. Mohamad Nazul Izwan Bin Ab
Pn. Alfiah Binti Awang Rahman

Aktiviti Sempena Hari Sukan Negara


Kuiz Sempena Hari Sukan Negara
(guru/AKP/ibu bapa)
Panitia PJPK.
En. Mohamad Alif Asyraf Bin Che Mohd
Yusof (K)
My Walk / My Ride
En. Muhammad Shazril Bin Amenudin
Pn. Norazura Binti Nordin (K)
Semua guru Panitia PJPK
Pn. Farah Hanisah Binti Hamdan Fadel
Pn. Siti Zaharah Binti Bahari

Dokumentasi
Pn. Juliana Binti Ismail
ACARA HARI SUKAN NEGARA

BERBASIKAL LARIAN

AEROBIK
MAYA
BERJALAN

MENDAKI

KECERGASAN

BERENANG

E - SUKAN

PERTAHANAN
DIRI
SEKALUNG PENGHARGAAN

PERASMI MAJLIS HARI SUKAN NEGARA


PN FADZLON BINTI FAISAL (PENGETUA)

YDP PIBG
EN.BASIRAN BIN YUSOF

PENGERUSI
PN NOR FAZILAH BINTI JAAFAR SIDEK

NAIB PENGERUSI
PN NASIBAH BINTI TAN @ ABD. MANAF
PN NOOR HABIBI BINTI ALI
EN MOHD ASRI BIN SEMAN

SEMUA GURU DAN KAKITANGAN


IBU BAPA DAN MURID-MURID

SMK SEKSYEN 4 BANDAR KINRARA

You might also like