You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN CENDANA

81700 PASIR GUDANG, JOHOR

KERTAS CADANGAN

PROGRAM :
PERTANDINGAN HOKI ANTARA RUMAH SUKAN
PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2017

ANJURAN :
KELAB HOKI
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN CENDANA

DENGAN KERJASAMA :
UNIT KOKURIKULUM
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN CENDANA

TARIKH :
28 OKTOBER 2017
(SABTU)

TEMPAT :
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN CENDANA,
81700, PASIR GUDANG, JOHOR

SUKAN TERBILANG, AKADEMIK CEMERLANG


1.0 TUJUAN
Kertas cadangan ini dikemukakan untuk mendapatkan kelulusan daripada pihak Sekolah
Kebangsaan Taman Cendana bagi mengadakan Pertandingan Hoki Antara Rumah Sukan
Peringkat Sekolah yang akan diadakan di Gelanggang Hoki Sekolah Kebangsaan Taman
Cendana serta memohon peruntukan berbentuk kewangan bagi melaksanakan program ini.

2.0 MATLAMAT PROGRAM


Matlamat program ini adalah melahirkan pemain sekolah dalam sukan hoki yang disegani di
daerah Pasir Gudang. Di samping itu, program ini bertujuan menarik lebih banyak penyertaan dan
penglibatan murid-murid SK Taman Cendana khasnya dalam sukan hoki.

3.0 OBJEKTIF PROGRAM


Pada akhir program Pertandingan Hoki dapat:

3.1 Mencungkil bakat murid dalam permainan hoki di peringkat awal.


3.2 Membentuk satu pasukan hoki yang terbaik sekolah di peringkat sekolah seterusnya mewakili
sekolah dalam pertandingan ke peringkat daerah
3.3 Memajukan sukan bola hoki sebagai sukan teras di peringkat sekolah rendah seterusnya ke
peringkat yang lebih tinggi
3.4 Menarik minat murid dan membantu memajukan bakat yang ada pada murid
3.5 Mengeratkan hubungan kerjasama dan silaturrahim antara guru dan murid terutama dalam
pembangunan sukan hoki.

4.0 TARIKH PERLAKSANAAN PROGRAM


28 Oktober 2017 (Sabtu)

5.0 LOKASI PERLAKSANAAN PROGRAM


Gelanggang Hoki, Sekolah Kebangsaan Taman Cendana, 81700, Pasir Gudang, Johor.

6.0 SASARAN
Program ini adalah terbuka kepada 40 orang murid tahun 3, tahun 4 dan tahun 5 Sekolah
Kebangsaan Taman Cendana mengikut rumah sukan masing-masing.

7.0 JAWATANKUASA KERJA PROGRAM


Lampiran 1
8.0 TENTATIF PROGRAM
Lampiran 2

9.0 ANGGARAN BELANJAWAN PROGRAM


Lampiran 3

10.0 PENUTUP
Kerjasama dan hubungan rapat antara semua pihak yang terlibat dalam mengelola dan
menjayakan Pertandingan Hoki Antara Rumah Sukan Peringkat Sekolah amatlah diharapkan.
Semoga dengan adanya komitmen daripada semua pihak akan menjadikan Pertandingan Hoki
Peringkat Sekolah pada tahun ini lebih cemerlang dan melahirkan bakat-bakat baru dalam sukan
hoki.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

( M. ALHAM BIN M. AMIN ) ( AZLISHAKARA BIN YAHAYA )


Penyelaras Kelab Sukan & Permainan Guru Penolong Kanan Kokurikulum
Sekolah Kebangsaan Taman Cendana Sekolah Kebangsaan Taman Cendana

Tarikh : 7 Ogos 2017 Tarikh :

Disahkan oleh:

( MAZNAH BINTI MAIN )


Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Taman Cendana

Tarikh :
LAMPIRAN 1

JAWATANKUASA PENGELOLAAN KEJOHANAN

PENASIHAT : Pn Maznah binti Main (Guru Besar)

PENGERUSI : En Azlishakara bin Yahaya (GPK Kokurikulum)

PENYELARAS : En M. Alham bin M. Amin

SETIAUSAHA : Cik Nurul Nadia binti Azmi

BENDAHARI : Pn Haslinda binti Md Ali

JAWATANKUASA KECIL : PENDAFTARAN PESERTA

En Adhar bin Mohd Hamdan

PENGADIL

En Azmi bin Mustafa

PENJAGA MASA

En Adhar bin Mohd Hamdan

HAKIM PENCATAT MARKAH

Cik Nurul Nadia binti Azmi

HADIAH DAN SIJIL

Pn Haslinda Binti Md Ali

PERALATAN

En M. Alham bin M. Amin

JURUGAMBAR DAN DOKUMENTASI

Encik Mohd Zaki bin Zainal


LAMPIRAN 2

TENTATIF PROGRAM
MASA ATURACARA

8.30 pagi Pendaftaran peserta

9.00 pagi Taklimat ringkas jurulatih dan pengurus pasukan

9.20 pagi Pertandingan hoki bermula

12.30 tengah hari Rehat

2.00 petang Pertandingan hoki peringkat akhir

5.00 petang Permainan tamat

Penyampaian hadiah
LAMPIRAN 3

ANGGARAN BELANJAWAN PROGRAM

PERBELANJAAN
BIL PERKARA PERBELANJAAN/UNIT JUMLAH (RM)
1 Bola Hoki RM 20 x 10 biji RM 200.00
2 Kayu Hoki Fiber RM 150 x 10 batang RM 1500.00
3 Set Keeper Hoki RM 1600 x 1 set RM 1600.00
4 Malik Bibs RM 13 x 14 helai RM 182.00
2 Pingat RM 5 x 21 keping RM 105.00
3 Piala Pusingan RM 150 x 1 buah RM 150.00
4 Minuman Peserta RM 30 x 4 tong RM 120.00
5. Sijil Peserta RM 50 x 1 set RM 50.00
JUMLAH : RM 3907.00

Anggaran belanjawan program di atas:

DILULUSKAN

TIDAK DILULUSKAN

( MAZNAH BINTI MAIN )


Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Taman Cendana.

Tarikh :

CATATAN :

______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________

You might also like